Friday 30 December 2011

Perlawanan Persahabatan Kelantan VS Terengganu

Pertembungan EL-Classico ..wahh kecep spanyol plokk kawe . .tapi memang inilah game paling di tunggu-tunggu ...kita bertemu antara Juara Liga Super 2011 dan Juara Piala FA 2011.Dalam Liga super kita juga bertarung saat-saat akhir dengan Terengganu begitu juga Piala FA.Jadi walaupun perlawanan Persahabatan Kelantan mencari "ong" untuk jersi baru 2012.Kita akan memakai Jersi baru secara rasminya malam esok kalau ada Live kat astro kan baguss.Tapi Live ada di TRWFM dan Gegar TV kita boleh tengok Insyallah...
Kawe sajo letakkan pemain tempatan sebab mereka ada pertarungan peribadi di peringkat Kebangsaan.Sebagus mana Hadi atau Matyo di bahagian serangan kedua-dua pasukan Tetapi kita boleh tengok anatara Apek dan Sarbinee sape lebih kebal?Hanya malam esok penentuannya.Begitu juga dengan saingan AFC kedua-duanya bakal beraksi di sana.Apa yang kita akan saksikan adalah Formasi pasukan kita . . Apa yang akan kita gunakan 4-4-2 / 4-5-1 atau 4-3-3? gabungan semuanya kan best . .heheheh Apa pun . .turun blako malam esok . .kito Gegar gelanggang Keramat Kita Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
GO FOR MORE!!!!!!

Majlis Perasmian Logo.Jersi dan Merchandise TRW 2012

Tan Sri Anuar Musa Memaklumkan Tarikhnya pada Hari sabtu 2011 pada jam 12 Tengahhari.Adakah logo kita dengan menggunakan moto baru atau masih kekal The Red Worriors? Ini menjadi tanya-tanya antara kita kita tapi ada sesetengah pihak menyatakan di kekal kan.Macam mana log baru ye  . .sesuatu yang menarik maklumlahh kita boleh ke AFC.Mestilah nak Grand sikit kan dan berbeza dari Liga Malaysia sikit.Jersi kawe rasa untuk Malaysia Cup kita masih kekalkan Merah untuk Home dan White untuk Away.Manakala untuk AFC seingat kawe Tan Sri kata Putih . .kita tunggu je lahh yee . .Wakk Grafik Pun kena letak kain dulu . .lepas 31 baru boleh bukok . .Gapo ada ehhh . .

Apakah betul apa yang kawe ramalkan? tapi jersi mungkin salah kedua-dua . .tapi logo mungkin betul . .tu pun jika firasat kawe betul.Apa pun Tan Sri dan KAFA sahaja Tahu tentang perkara nii . .jadi kita hanya berteka -teki sahaja yang muktamadnya kita serahkan kepada Tuan Tanah yee . .Datang lah beramai-ramai ke KTC sabtu nii dengar khabarnya Acara sampingan bermula jam 9 pg lagi . .Apa pun . .
GO FOR MORE!!!!!!

Thursday 29 December 2011

PERSEBAYA 3-2 KELANTAN

Lane up perlawanan malam ni agak mengejutkan.Bukan apa dari 4 pemain import hanya 1 yang di turunkan.Inilah yang menjadi masalah pada lane up.kita tak boleh nak harapkan kepada pemain tempatan sahaja.Perlawanan malam ni seolah-olah AFC.Perlawanan ini adalah di ibaratkan Final.Tapi mungkin kita nak elakkan kecederaan pemain pun mungkin juga.Kawe agak terkejut tengok padang stadium Gelora 10 November nihh.Padang kampung kito tak dop lahh macam tu . .ini mungkin menggganggu corak permainan kita.10 minit pertama kita bermain baik tetapi setiap kali Ghaddar mendapat bola tiada seorang pun datang untuk support.Ghaddar masih lagi lambat nak pass bola mudah kepada rakan-rakan lain tetapi malam nii dia dah mula tunjukkan skill menarik dan dia nampak kemas malam nihh tapi sokongan dari rakan-rakan pula yang sedikit merancatkan gerakakannya.Indra pula macam sepi sahaja jarang membantu serangan dan nampak tak seganas game pertama.Ghaddar mempunyai 3 peluang namun gagal menhasilkan gol.Pertahanan kita malam nii agak goyah di bahagian Aziz.Banyak bola dan gerakkan lepas dari kawalan Aziz.Pada minit yang ke -15 Andik Vermanshah sekali lagi menjaringkan gol dan menewaskan penjaga gol kita Apek.Formasi 4-5-1 ni nampaknya menyusahkan kita kerana keadaan di tengah padang menjadi kelam kabut dan agak sukar untuk kita membuat gerakkan serangan.Kelajuan permainan malam ini gak laju dari sebelumnya,Dan pemain kita masih lagi bermain relax dan tidak nampak respon pada jaringan Andik.Kelantan malam ni nak pegang bola lama pun tak boleh dan kita tak buat pressure dari awal dan menunggu sehingga bola dah berada di half third baru nak beri tekanan.Tamat separuh masa Persebaya 1-0 Kelantan.Aggreget Persebaya 2-0 Kelantan.
Kelantan bermula separuh masa ke-2 dengan Formasi baru 4-4-2.Nampak agak menjadi formasi ini dan nampaknya serangan ebih baik dan teratur.Matyo berjaya menjaringkan Gol penyamaan buat kita pada minit ke 48,Keadaan padang makin teruk.Pertahanan kita nampaknya makin goyah.Gol kedua pasukan Persebaya di jaringkan pada minit ke 65..Danny Antwi masuk mnggantikan Ghaddar.Piya di keluarkan dan di gantikan oleh Khairul Izuan.selepas Piya keluar bahagian tengah kita nampak hilang arah dan punca.Farhan mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol tapi tinggi pulakk cubaannnya.Mat Aziz di keluarkan dan memasukkan Zamri Ramli.Dutra menjaringkan gol ketiga pada minat ke 73.Menjadikan kedudukan agak selesa kepada Persebya dengan 3-1.Kemasukkan Antwi banyak mengubah situasi di serangan kita dan Matyo nampak mudah dengan Antwi.Pada Minit-mnit Terakhir Indra menyudahkan Bola yang terkena tiang dan tiba di depannya untuk menjaringkan Gol.Perlawanan Berakhir dan Kelantan Tewas dengan 3-1 dan Aggregatnya 4-3.Kekalahan tipis dan sepatutunya kita dah boelh selesa andainya jariangan separuh masa pertama di menfaatkan.Peratusan kawe bagi malam ini adalah 55% dari segi kecergasan pemain,pemilihan pemain dan formasi serta persembahan.Banyak lagi perlu di baiki andai kita kita nak cipta sejarah pada AFC,Apa pun Tahniah Persebaya 1927 FC dan di harap kita akan bertemu nanti lain masa.Apa pun kita perlu menunggu dan memberi masa kepada pemain dan gandingan serta formasi terbaik,GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!

Tuesday 27 December 2011

Lane Up Persebaya VS Kelantan

Pertemuan timbal balik antara Juara Liga Indonesia dan Kelantan akan berlansung esok. Perlawanan adalah pada jam 9.00 Malam waktu Malaysia.LIVE ASTRO ARENA.Kita pastinya akan ke sana untuk mencapai kejuaraan.Walaupun ianya hanya satu Piala Perpaduan tapi kita kena jaga martabat kita sebagai Juara Liga Super Malaysia.Insyaallah dengan Doa dan Persediaan yang telah di buat ...Kita akan membawa kejayaan.Kepada semua penyokong dan rakyat Kelantan..Berdoalah semoga team kesayangan kita mencapai kejayaan..Amin...
  Bermain di tempat lawan dan penentuannya di tempat lawan.Jurulatih Persebaya nak kan 3 gol dan kita pastinya akan turun dengan skuad terkuat.Pada Dasarnya kita sudah kehilangan Azizi dan Nik Shahrul Azim akibat Kad Merah.Jadi siapa bakal mengisi tempat mereka berdua? Adakah Apek akan menjadi taruhan terakhir pasukan kita?Adakah Piya akan bermula awal? Menjadikah Ghaddar?

Dari pertemuan pertama dan perlawanan persahabatan dengan KLFA.Kawe mengambil lane up ini sebagai keutamaan yang akan beraksi awal.Indra sudah membuka jaringan,begitu juga dengan Piya dan Antwi.Apek kawe pilih sebagai pertahanan terakhir kita pada perlawanan esok kerana kita perlukan Apek untuk memadamkan impian 3 gol Persebaya.Rizal Fahmi kemungkinan akan mengambil tempatnya dan Subra akan sedikit ke kiri.Aziz atau Zamri Ramli? Kawe masih mahu Aziz mengisi slot pertahanan kiri walaupun ada sedikit perbezaan antara keduanya.Daudsu akan terus bermain di sebelah kanan seperti biasa,cuma Daudsu perlu lebih berhati-hati semasa overlapping kerana sebarang kesilapan akan mengundang padah.Shakir di perlukan bagi Defensif midfielder.Piya kawe boleh katakan dia masih arkitek terbaik yang kita miliki dan tanggunjawab kapten kawe akan terus berikan padanya kerana dia mampu memimpim dan bekerja dengan baik walaupun mempunyai rantaian antara attacking dan defensif

.mungkin tugas defensif banyak ke arah Shakir dan Matyo mungkin akan ke tempat Piya dan Antwi mungkin akan mengambil tempat Matyo.Indra mungkin sudah serasi dengan Farhan tetapi kita masih menagih sekurang-kurangnya 1 gol dapat di berikan oleh Indra.Matyo akan ke kiri  serta berada di tengah semasa attacking tetapi di harapkan Mat Ghaddar akan menemui sentuhannya setidak-tidaknya 1 gol.Mungkin Matyo boleh mnyumbangkan 1 atau 2 gol jika bermain baik antara 3 serangkai..

kita boleh mengubah keputusan dan kita perlu mencari 1 gol awal terlebih dahulu dan selepas tu kita akan cuba menambah sebanyak mungkin gol dan kita dah tidak perlu memikirkan pasal Perpaduan semasa Permainan dan perlu lebih berhati-hati semasa membuat terjahan.Indra kadang-kadang boleh menjadikan kita masalah dan ada juga kelebihan dia.Umur mungkin membuatkan Indra banyak ke arah attacking.Di Harap Ghaddar menjadi malam esok.
  Butler mungkin akan menggunakankan Formasi 4-4-2 dan 4-5-1 serta mengharapkan banyak jaringan dapat di perolehi dan tanpa sebarang bolos.Mungkin semasa menyerang kita akan ada 6 ataccking dan semasa bertahan seramai 7 pemain.DO THE BEST MY WORRIORS . . .GO FOR MORE!!!!!!!!

Monday 26 December 2011

PERSEBAYA LAWAN KELANTAN ..PIALA UNITY

Milik siapa Piala Unity ini.Persebaya atau Kelantan? Ini lah yang kita tengah berdebar menunggu keputusan perlawanan yang akan berlansung pada 28 haribulan ni.Kelantan di lihat bergelombang dengan maslaah Striker yang masih belum serasi dan Persebaya akan berhabis-habisan pada perlawanan ini.Jadi kita cuma berharap kombinasi dan pemain yang akn di turunkan mampu membuahkan gol yang lebih baik.Dari segi tektikal pemainan kita dah nampak cara kita bermain banyak berubah.Emosi adalah kunci utama kita dan pemain-pemian perlu mengawal emosi dan memberikan fokus 100% pada perlawanan ini.Alang-alang dah ke surabaya pemain perlu sedar kita ada penyokong yang menagih setiap perlawanan adalah yang terbaik dan menarik.Pemain perlu sedar mereka sekarang di perhatikan malah di komen setiap aksi dan kelakuan.Penyokong kita mahukan aksi terbaik dari semua pemain.Rotation player yang di gunakan butler memberi sedikit kekeliruan antara penyokong.Mungkin penyokong juga memerlukan masa untuk faham akan strategi baru butler ini.Bukan senang nak susun player berdasarkan prestasi dan keperluan semasa perlawanan.
 Persebaya sudah mengeluarkan kenyataan dan mereka nak baham kita 3-0? cakap boleh lah kan.Kawe bukan nak marah tapi agak-2 lah Kelantan main 9 pemain boleh main kemah lagi dan Persebaya bernasib baik sebab kesilapan serangan kita,mereka membuat counter attack dan berjaya menyamakan kedudukan.
Striker kita gandingan Mayto,Ghaddar dan Antwi memerlukan sedikit masa lagi.Insyaallah merekan akan menjadi gandingan terbaik.Ghaddar perlu menfaatkan peluang yang ada dan jangan terlalu lama memegang bola dan perlu mencari gandingannya setiap kali ada ruang dan peluang.Kawe rasa kalau kita bermain baik kita dapat 3 atau 4 gol sudah cukup untuk memberi keyakinan dan aura untuk mereka bertiga menjadi peledak utama kita untuk musim baru ini.Manakala Trio Midfield yang boleh memberi impact setakat aksi yang di tunjukkan semasa perlawanan dengan persebaya tempoh hari kawe memilih Shakir,Piya dan Zakaria
manakala pertahanan kita akan di isi semula oleh Rizal Fahmi dan mungkin juga Zamri akan di masukkan.Penjaga Gol untuk perlawanan ini kawe jangkakan Apek akan mengambil semula tempatnya.Apa pun kawe akan keluarkan lane up pilihan kawe esok . .Ini pandangan peribadi bukan di ambil dari mana-mana sunber.Apa yang di lihat,apa yang di perhati kawe terjemahkan dalam Blog ini.Insyaallah kita akan bawa pulang Piala Unity ini . ..Bersama lah kita berdoa agar Kelantan dapat mengharumkan nama Malaysia di persada benua . .GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!

KELANTAN TEWASKAN KUALA LUMPUR DALAM PERLAWANAN PERSAHABATAN

  Dua gol Danny Antwi pada separuh masa pertama dan kedua permainan sudah cukup untuk Kelantan menewaskan pasukan dari lembah klang iaitu Kuala Lumpur.

Danny Antwi menjaringkan gol pada minit ke 5" dan 54" perlawanan untuk menggembirakan lebih dari 3 ribu penyokong The Red Warriors di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Skuad Kelantan akan bertolak ke Surabaya Indonesia pada 26 Disember 2011 bagi menghadapi perlawanan Unity Cup menentang kelab Persebaya Indonesia pada 28 Disember 2011 nanti dan perlawanan ini disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena 801 dan Astro Bintang 141.

Petikan dari : KelantanFootball.net.

Kesebelasan Utama
 Shahrizan Ismail (Gk), Farisham Ismail, Zamri Ramli, Rizal Fahmi Rosid, Badri Radzi (kp), Azwan Roya, Khairul Izuan Rosli, S. Chanturu, Denny Antwi, Ramzul Zahini dan Nik Shahrul Azim


Di Astro Awani mengatakan Piya menjaringkan Gol Pertama dan Antwi penjaring Gol ke-2.Apa-apa pun kita tetap menang dengan 2-0.GOr For More!!!!!!!!!!!!


Sunday 25 December 2011

Pemain Kena Kuatkan Mental : Azman


   Akui berhadapan tekanan di Surabaya, mahu jentera serangan kembali berbisa
KOTA BHARU – “Pemain Kelantan perlu mempunyai kekuatan mental bagi menghadapi tekanan’ Demikian pandangan yang dilontarkan oleh Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim menjelang aksi perlawanan timbal balas bagi merebut trofi Yayasan Persahabatan Malaysia – Indonesia (Permai) di Stadium Gelora 10 November, Surabaya pada Rabu ini.
Mengakui bukan mudah berhadapan puluhan ribu penyokong Persebaya FC dalam perlawanan kedua itu, Azman menjelaskan semua pemain Kelantan seharusnya mempunyai kekuatan mental bagi menyerap segala tekanan dalam aksi sepanjang 90 minit perlawanan itu berlangsung.
“Kita mempunyai pengalaman bermain di Bandung pada tahun 2008. Saya tahu betapa fanatiknya penyokong mereka dan tidak terkecuali juga di Surabaya. Namun saya berharap penyokong di sana menganggap ini satu perlawanan persahabatan yang baik untuk kedua-dua pasukan.
“Bukan mudah bagi kita apabila beraksi di Surabaya. Namun saya percaya dalam perlawanan kedua itu, kedua-dua bakal menampilkan corak permainan yang seimbang. Tambahan pula kita akan kembali beraksi seperti biasa dengan 11 pemain dan bukan sembilan pemain seperti perlawanan pertama ini,” katanya dalam sidang media sejurus perlawanan berakhir, malam semalam.
Dalam perlawanan pertama itu, Kelantan sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan juara daripada Liga Premier Indonesia (IPL). Gol Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra Mahayuddin pada m-61 sementara gol penyamaan Persebaya FC dijaringkan oleh Andik Vermansyah lima minit sebelum perlawanan berakhir.
Mengulas mengenai persembahan pemain Kelantan dalam perlawanan tersebut, Azman ternyata kurang gembira dengan prestasi yang ditonjolkan oleh jentera penyudah yang diketuai oleh penyerang kebangsaan Lubnan, Mohammed Ghaddar.
“Kalau diikutkan memanglah kita berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 kerana beraksi dengan sembilan pemain. Kita mempunyai banyak peluang terutamanya pada babak pertama tetapi dipersiakan. Mohammed Ghaddar jelas mempunyai tiga peluang terbaik namun gagal diterjermahkan dalam bentuk jaringan.
“Kelemahan lain yang telah dikenalpasti dalam perlawanan tersebut ialah kurang keserasian dalam kalangan pemain. Malah saya lihat pemain kita seolah-olah beraksi dalam keadaan tertekan pula dalam perlawanan ini.
“Alhamdulillah, apabila Mohd Shakir (Shaari) dan Muhd Badhri (Radzi) dimasukkan kita melihat rentak permainan Kelantan mula berubah dan menunjukkan peningkatan yang positif. Bagaimanapun kita tidak boleh cepat berpuas hati dan kelemahan tersebut perlu diatasi segera menjelang pertemuan kedua di Surabaya pada Rabu ini,” katanya.

Petikan dari KELATE.net
Pemain macam berdebar dan tak relax . .cuma selepas Shaki dan Piya masuk baru jadi lain games.Ghaddar dengan Matyo kena cepat settle down masalah antara mereka . .Persefahaman.GO FOR MORE!!!!!!!!


Persebaya Ikat Kelantan



KELANTAN 1
Indra Putra Mahayuddin (m-61)
PERSEBAYA FC 1
Andik Vermansyah (m-85)
KOTA BHARU – Meskipun beraksi sembilan pemain sepanjang 20 minit terakhir, namun Kelantan menampilkan aksi yang tersendiri apabila mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Persebaya FC dalam perlawanan bagi merebut trofi Yayasan Persahabatan Malaysia-Indonesia (Permai) yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Seawal minit keempat perlawanan, Kelantan seharusnya berada di depan apabila penyerangnya, Mohammed Ghaddar bijak melepasi perangkap ofsaid namun rembatannya mudah diselamatkan penjaga gol Persebaya FC, Dedy Iman Sukanto.
Empat minit kemudian, pasukan Persebaya FC melakukan serangan balas pantas menerusi percubaan pemain importnya, Andrew Nikolas Barisic yang menyaksikan bola rembatannya terus ke dakapan penjaga gol Kelantan, Mohd Syazwan Yusof.
Pada m-30, pasukan Persebaya FC sekali lagi mencemaskan pintu gol Kelantan, juga menerusi percubaan Barisic dari jarak 25 meter memaksa Mohd Syazwan merebahkan badan menyelamatkan percubaan tersebut.
Namun pada m-35 perlawanan, Kelantan terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah pemain pertahanan, Azizi Matt Rose dilayangkan kad merah setelah mengasari pemain Persebaya FC, Alexandro Da Silva.
Pemain skuad Bawah 23 Tahun Indonesia, Andik Vermansyah nyata menjadi duri dalam daging apabila kerap kali mencipta gerakan merbahaya untuk pasukannya. Rembatan kencangnya di dalam kotak penalti pada m-40 hampir menghasilkan jaringan namun menerjah jaring sisi sebelah kiri pintu gol Kelantan.
Lima minit babak kedua bersambung, Kelantan sekali lagi meneruskan ancaman berbisa memburu untuk jaringan menerusi sepakan percuma cantik oleh Indra Putra Mahayuddin namun sempat ditepis keluar oleh Dedy Iman.
Sentuhan Indra Putra nyata masih berbisa apabila menjaringkan gol pada m-61 perlawanan. Berpunca hantaran pendek oleh Mohd Norfarhan Muhammad di dalam kotak penalti, bekas penyerang kebangsaan itu  meledakkan rembatan kencang yang terkena palang sebelum melantun masuk untuk gol pembukaan Kelantan.
Ternyata gol tersebut membakar semangat pemain The Red Warriors namun Mohammed Ghaddar sekali lagi mensia-siakan peluang terbaik dimiliknya pada m-65 perlawanan apabila memilih menyepak lemah di depan pintu gol pasukan pelawat.
Derita terus menghantui Kelantan apabila terpaksa beraksi dengan sembilan pemain pada m-69 perlawanan. Tindakan pemain gantian, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim berbalas kekasaran dengan Barisic nyata mengundang padah apabila dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil dalam perlawanan malam tadi.
Kelebihan beraksi dengan 11 pemain gagal dimanfaatkan oleh Persebaya FC sebaliknya pasukan tuan rumah pula dilihat lebih ghairah melancarkan serangan untuk menambahkan jaringan.
Penyerang kebangsaan Lebanon, Mohammed Ghaddar sekali lagi gagal meletakkan Kelantan lebih selesa di depan apabila tampanannya diselamatkan Dedy Iman pada m-74 perlawanan setelah menerima hantaran lintang daripada Mohd Norfarhan sebelum itu.
Pada m-83 perlawanan, Persebaya FC hampir menjaringkan gol penyamaan namun tandukan pemain pertahanannya, Otavio Dutra singgah di tiang gol sebelah kanan meskipun Mohd Syazwan sudahpun tertewas di posisinya.
Dua minit kemudian, Persebaya FC berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan Andik. Gerakan solo menarik beliau bijak memperdayakan dua pemain pertahanan Kelantan di dalam kotak penalti sebelum rembatannya menerjah jaring sebelah kiri gagal diselamatkan oleh Mohd Syazwan.
Perlawanan timbal balik bagi merebut trofi Permai itu akan berlangsung di Stadium Gelora 10 November, Surabaya pada 28 Disember ini.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN: Mohd Syazwan Yusof, Mohd Daudsu Jamaludin, Azizi Matt Rose, S Subramaniam, Mohamad Ab Aziz Ismail (Mohd Farisham Ismail), Mohd Norfarhan Muhammad (Zacharia Charara), Emmanuel Ayaah Okine (Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim), Indra Putra Mahayuddin, Denny Antwi (Mohd Shakir Shaari), Mohammed
Ghaddar dan Norshahrul Idlan Talaha (KP) (Muhd Badhri Radzi).
FORMASI: 4-3-3
PERSEBAYA FC: Dedy Iman Sukanto, Mat Halil, Erol Iba (KP) (Khomad Suharto), Otavio Dutra, Edy Gunawan, Alexander Da Silva Mariano, Rivelino (Muhamad Aulia Ardli), Jusmadi (Miko Ardiyanto), Taufiq, Andik Vermansyah dan Andrew Nikolas Barisic (Rian Wahyu Aryyudha).
FORMASI: 4-5-1

Petikan Dari KELATE.net
Sikit lagi kena baiki . . pemain kena pandaii kawal emosi dan sentiasa fokus . .nak lawan team luar dari Malaysia memang susah sikit . .sebab kita tak biasa dengan strategi mereka.GO FOR MORE!!!!!!!


Jentera Kelantan Masih Tumpul


KOTA BHARU – Ketika musim baru Liga Malaysia hanya tinggal dua minggu untuk membuka tirai, penyandang juara Liga Super, Kelantan berdepan masalah jentera serangan yang tumpul dan tidak serasi.
Hakikat tersebut diakuipengurus Red Warriors, Azman Ibrahim selepas menyaksikan pasukan itu sekadar seri 1-1 dalam aksi pra-musim menentang kelab Indonesia, Persebaya FC.
Perlawanan tersebut bagi merebut trofi Yayasan Persahabatan Malaysia – Indonesia (Permai) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.
Azman berkata, jentera serangannya mempunyai sekurang-kurangnya tiga peluang terbuka untuk menjaringkan gol, namun gagal dimanfaatkan sebaik mungkin.
“Kelemahan lain yang dikenalpasti dalam perlawanan ini ialah kurang keserasian di kalangan pemain bila pasukan berada dalam keadaan tertekan.
“Apabila Shakir (Shaari) dan Piya (Badri Radzi ) dimasukkan kita melihat rentak permainan Kelantan mula berubah dan menunjukkan peningkatan positif.
“Bagaimanapun kita tidak boleh cepat berpuas hati dan kelemahan tersebut perlu diatasi segera menjelang pertemuan kedua di Surabaya, 28 Disember ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Begitupun Azman tetap memuji pasukannya yang telah menunjukkan corak permainan berkualiti walaupun beraksi dengan sembilan pemain.
“Secara keseluruhan saya gembira dengan komitmen yang ditunjukkan pemain. Beraksi dengan sembilan pemain bukan tugas yang mudah, namun kita masih mampu mencipta gerak-gerak menarik dan mencemaskan benteng pertahanan lawan.
“Jadi saya harap kita mampu mengekalkan rentak ini pada perlawanan kedua nanti, seterusnya mencipta kejutan di sana,” ujarnya.
Mengulas mengulas mengenai layangan kad merah keatas dua tonggak pertahanan, Azizi Mat Rose dan Nik Mohd. Shahrul Azim Ab.Halim, Azman berkata, kehilangan dua pemain tersebut tidak menjejaskan peluang pasukannya.
“Perlawanan kedua nanti kita akan beraksi dengan 11 pemain dan Saya harap pemain dapat memberi aksi sebaik mungkin dan cuba mengatasi tekanan bermain di depan puluhan ribu penyokong tegar pasukan lawan,” jelasnya.
Sementara itu, ketua jurulatih Persebaya, Davaldo Alves memuji semangat juang tinggi Kelantan, walaupun beraksi dengan kekurangan dua tonggak.
“Kelantan adalah pasukan yang kuat, walaupun bermain dengan sembilan orang mereka masih mampu melancarkan gerak-gerak menarik dan mencemaskan kubu pertahanan kami.
“Begitu juga dengan penyokong mereka yang tidak putus-putus memberi sokongan,” katanya.
Dalam perlawanan itu, tuan rumah yang beraksi dengan sembilan pemain sepanjang 20 minit terakhir, terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-61.
Andik Vermansyah muncul wira Persebaya apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86 selepas memperdayakan dua pertahanan Kelantan dalam kotak penalti dan merembat bola menewaskan penjaga gol, Mohd. Syazwan Yusof.

Petikan dari KELATE.net.
Kita harus terima pujian dari Jurulatih Persebaya FC.Kelantan Payoh nak makan walaupun dia main 9 org.Bukan senang nak main 9 orang wehh lawan plokk set Juara Indonesia.Kita patut bersyukur dengan keputusan seri dan kalau nak menang memang dari awal lagi kita boleh menang dohh . . .Apa pun . .Go FOR MOREE!!!!!!


KELANTAN VS KLFA

 Kepada semua penyokong yang ada di lembah Klang di harap dapat memenuhi stadium MPPJ untuk melihat kombinasi baru skuad kita malam ini.Perlawanan di jangka pada jam 8.45malam.untuk game malam ini kawe meramal kan lane up yang akan di turunkan oleh oleh Butler adalah 2 pemain import.Kemungkinan Besar Ghaddar dan Zakaria Charara.Manakala Emmenual kawe belum pasti status kecederaannya.Kembalinya Piya dalam Skuad Utama.
Lane up ini kawe jangkakan Azizi tidak akan di turunkan.Farisham akan mengambil tempat Azizi.Subra akan bergerak ke sebelah kanan.Shakir akan turun bermain awal.begitu juga Zakaria.Piya akan bertindak sebagai Back up striker untuk Ghaddar dan Matyo.Ini hanyalah dari segi pandangan kawe sahaja.Apa pun kombinasi bahagian tengah nampak lebih compaq.Cuma Striker ,Matyo dengan Mat Ghaddar perlukan keserasian.Apa pun . .GO FOR MORE!!!!!!!!!!!

Saturday 24 December 2011

Kelantan 1 VS 1 Persebaya FC

Perlawananan malam tadi di mulakan dengan formasi 4-3-3 dari jurulatih Peter James Butler.Ramai Penyokong menjangkakan shakir akan turun dahulu tapi kita terlupa yang ini adalah Percubaan lane up AFC.Kawe mengjangkakan Apek,Shakir dan Zakaria di turunkan awal tapi sebaliknya jurulatih kita memilih Emmanuel Okine dan Indra untuk mengisi 2 slok bahagian tengah dan Syazwan untuk posisi penjaga Gol.3 posisi ini memang susah untuk di jangkakan.3 pemain import yang di gunakan memang dah kawe jangkakan.
Permainan tektikal Butler memang menarik dengan di mulakan dengan gerakkan hantaran pendek dari bawah dan one touch football.Pemain nampak agak relax dan senang untuk bergerak.Seolah-olah kita tengok Barcelona bermain.Matyo banyak bergerak kekiri dan kanan untuk mengambil bola dan menyusun strategi.Cantik dan kemas Matyo malam tadi.Masalah komunikasi memang mendatangkan masalah kepada Matyo untuk bermain dengan Ghaddar.Ghaddar juga di jaga dengan begitu rapi dan tidak kurang 4 pertahanan yang mengawalnya.Short passes dan Long pass memang sedap kita tengok.Cuma pemain kita perlukan banyak lagi perlawanan untuk menguasai 100% strategi Butler.Matyo memakai lilitan kapten malam tadi.Banyak peluang yang di perolehi oleh Ghaddar hasil gerakkan Matyo dan Farhan tapi Ghaddar gagal menterjemahkan dengan jaringan.Sepatutnya searuh masa pertama kita sudah memperolehi sekurang-kurangnya 2 gol.Pada minit ke 35 Azizi di layangkan kad merah kerana menampar pemain Persebaya dan ini tidak seharusnya terjadi.Kerana emosi dan semangat membuatkan pemain melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya di lakukan.Barisan pertahanan kita nampak sedikit goyang di bahagian Aziz.Mungkin dia masih lagi tidak dapat menunjukkan prestasi beliau.Coach mengeluarkan Antwi dan memasukkan Shakir dan mengeluarkan Emmeniuel Okine dan memasukkan Shahrul Azim.emmenuel di lihat mengalami kecederaan di harapkan dia tidak menghadapi maslah yang serius.
 Separuh masa kedua kita bermula dengan 10 pemain dan ada bebrapa percubaan menarik tetapi masih gagal menjaringkan gol.Sepakkan percuma Indra nyaris-nyaris membuahkan hasil tapi dapat di selamatkan oleh penjaga gol Persebaya.Persebaya jarang melakukan percubaan tetapi sekali sekala mendatangkan bahaya.memang mereka mahukan keputusan seri di sini sebelum timbal balik di Gelora bon karno pada 28 nanti.Pada minit ke 60 hasil gerkkan bijak Farhan dan membuka ruang untuk indra menjaringkan gol.tapi kegembiraan kita tidak lama selepas itu Shahrul Azim di layangkan kad kuning ke-2 dan kad merah pada minit ke 69 hasil terjahan keras.Tempoh akhir perlawanan pada minit ke 70 Matyo di keluarkan dan Piya masuk bersama lilitan kapten di lengannya.Farhan di keluarkan dan Zakaria Charara di masukkan.Walaupun bermain 9 pemain kita menguasai serangan dan dan 3 peluang Ghaddar juga tidak membuahkan gol.Pada minit ke 85 Andik yang begitu lincah melepaskan rembatan dan menewaskan penjaga gol kita syazwan.Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.
 Semasa pasukan kita bermain 9 orang kita masih mampu memberikan persembahan terbaik dengan gamdingan kapten kita Piya dan Zakaria.Rasanya sesiapa pun pasti teruja dengan persembahan Piya dan Zakaria.Mereka nampak serasi bersama.Untuk barisan Modfield kawe lebih tertatik dengan Piya ,zakaria dan Farhan.Memainkan peranan dan sentiasa mengejutkan lawan.Di harap juga kecederaan Emmanuel Okine tidak serius mana dan dapat recover secepat mungkin.Overall Kita bermain di bawah Par 60%.

 Kelantan dan Persebaya FC di nobatkan juara bersama untuk Piala Permai dan untuk Piala Unity away game akan menentukannya.
Kawe mengjangkakan sesuatu yang menarik akan di lakukan oleh butler di samping kembalinya Tan Sri Anuar Musa dari Jepun dan pastinya akan ada sesuatu yang akan di lakukan.Apa Pun Go FOr More  . . .

Friday 23 December 2011

Butler, Alves Janji Aksi Terbaik

                                      Jurulatih Kelantan, Peter Butler berjabat tangan dengan jurulatih Persebaya FC, Divaldo Da Silva Alves.

Kelantan tampil barisan terkuat, Persebaya FC turun tiga awang import

KOTA BHARU – Dengan tema ‘Dua Kelab, Dua Negara, Satu Impian – Memartabatkan Bola Sepak Serantau’, dua pasukan berstatus juara liga, Kelantan dan Persebaya FC bakal menyajikan persembahan terbaik apabila kedua-dua pasukan beraksi turun dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.
Kedua-dua pasukan tersebut akan beraksi dalam perlawanan pertama bagi merebut trofi Yayasan Persahabatan Malaysia – Indonesia (Permai) sementara perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Gelora 10 November, Surabaya pada 28 Disember ini.
Ketua Jurulatih Kelantan, Peter Butler menganggap meskipun pertemuan kedua-dua pasukan ini diibaratkan satu perlawanan persahabatan namun beliau tidak mahu memandang mudah pertemuan tersebut.
“Saya tahu Persebaya FC merupakan pasukan yang bagus. Mereka mempunyai ramai pemain berkualiti dan sentiasa kerja keras. Salah seorang pemain mereka Edy Gunawan saya kenal ketika saya ketika melatih pasukan Persiba Balikpapan FC tidak lama dulu.
“Sudah pasti mereka mahu memberikan tentang sengit kepada kita. Saya menghormati keupayaan pasukan ini. Senario bola sepak di Indonesia juga sama seperti di Kelantan. Mereka mempunyai penyokong yang fanatik dan saya gembira dapat bertemu kelab ini.
“Apa yang penting, peminat yang datang ke stadium malam ini teruja dengan persembahan kedua-dua pasukan. Kita mahu peminat menyaksikan satu perlawanan menarik. Sudah pasti saya akan menampilkan kesebelasan terbaik malam ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas mesyuarat kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.
Sementara itu rakan sejawatannya, Divaldo Da Silva Alves yang berasal dari Portugal juga turut senada dengan Butler dan berjanji pasukannya akan mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan malam ini.
“Kita hanya membawa 17 termasuk tiga pemain import ke sini. Selain itu, pemain skuad Indonesia Bawah 23 Tahun, Andik (Vermansyah) juga akan perkuatkan pasukan kita. Samada pasukan Kelantan ataupun Persabaya FC, kami berjanji semua penyokong di sini pasti terhibur dengan persembahan kedua-dua pasukan ini.
Dua pemain import iaitu Otavio Dutra dan Alexandre da Silva Mariano dari Brazil dan Andrew Barisic (Australia) bakal perkuatkan kelab tersebut sementara seorang lagi pemain import mereka, Mario Karlovic tidak ikut serta atas alasan peribadi.

Petikan dari KELATE.net 

Insyaallah kita akan lihat aksi terbaik dari kedua-dua pasukan.Yang semestinya kita semua akan dapat melihat Team kesayangan kita beraksi.mungkin ada yang kali pertama.Segalanya bermula malam ini.GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!



Aksi Prestij Kelantan Dan Persebaya FC

Kedua-dua pasukan tampil pemain import, pertemuan juara antara juara

KOTA BHARU – Pasukan mana yang bakal menjulang trofi Yayasan Persahabatan Malaysia-Indonesia (Permai) buat julung kalinya mungkin hanya dapat ditentukan dalam perlawanan timbal balik di Stadium Gelora 10 November, Surabaya pada 28 Disember ini.
Namun yang menarik, pertemuan pertama kedua-dua pasukan, antara Kelantan selaku juara Liga Super Malaysia (MSL) dengan kelab Persebaya FC selaku juara Liga Prima Indonesia (IPL) yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Afandi Hamzah berkata, hubungan serumpun yang sedia terjalin di antara kedua-dua Negara sudah pasti dapat ditingkatkan melalui penganjuran perlawanan tersebut.
“Sudah pasti ia menjanjikan persembahan yang menarik bagi kedua-dua pasukan yang memegang status selaku juara liga di Negara masing-masing. Apatah lagi kedua-dua pasukan turut diperkuatkan dengan empat pemain import masing-masing.
“Saya percaya ini merupakan peluang terbaik bagi peminat bola sepak tempatan khususnya di Kota Bharu menyaksikan aksi berprestij kedua-dua pasukan itu. Selaku juara Liga Super musim ini, ia merupakan satu penghormatan tertinggi kepada Kelantan yang mewakili Negara dan begitu juga kelab tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam selepas mempengerusikan mesyuarat bersama delegasi MSL di Kafe The Red Warriors, di sini, semalam.
Afandi yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, perlawanan ini merupakan anjuran bersama MSL dengan IPL dan dipersetujui bersama pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).
“Satu sambutan besar-besaran akan melakukan bagi meraikan kehadiran pasukan tersebut di Kota Bharu petang ini (semalam) dan mereka akan latihan ringan selama 45 minit di Padang Penjara esok (hari ini) pada sebelah petang sebelum bertemu Kelantan Jumaat ini.
“Perlawanan ini juga turut menarik minat Ketua Umum, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Djohar Arifin Husin dan Pengerusi Persebaya FC, Saleh Ismail Mukadar yang akan hadir ke Kota Bharu bagi menyaksikan perlawanan ini,” katanya.
Sementara itu sebanyak 15,000 tiket perlawanan bagi pertemuan Kelantan menentang Persebaya FC  itu akan di jual bermula jam 10 pagi ini di Stadium Sultan Muhammad IV. Harga tiket ialah RM30 (astaka utama), RM20 (astaka dua), RM12 (terbuka) dan RM5 bagi kanak-kanak.

Petikan Dari KLATE.net.

Penyokong kelantan tunjukkan lahh kepada semua yang kita adalah penyokong terbaik THE RED WORRIORS kita balaing resit ramai-2  . .bo lahhh dok lepar botol airnya nehh.GOMO sedap blako malam niii . . .GO FOR MORE!!!!!!!!!


Khas untuk UNITY CUP

Khas kawe tujukan untuk semua penyokong Kelantan The Reds Worriors.Malam ini gomo sedap blako nehhh.Jaga tatasusila kita sebagai penyoong terbaik MALAYSIA.Moto 2 Benua,2 Negara 1 Impian.Semoga kejayaan milik kita.
Harap yang ingin dapat pos kan wall ini menggunakan nama pena kawe Poknikmu.Dan menggunakan blog kawe sebagai panduan.kerana semua yang di hantar dan juga yang di pos semuanya di letakkan di sini dahulu.Keutamaan kawe nihh . . Gomo sedap blako malam niii.SSMIV akan bertukar menjadi Old Trafford.hehehe . .To All Worriors ..Fight until the end!!!!! gunakanlah peluang bermain di tempat sendiri sebelum kita ke sana.Apa pun ..GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday 22 December 2011

TAKTIK MENYERANG TARUHAN KELANTAN

Barisan Kemungkinan Kelantan menentang Persebaya
 
Jurulatih Kelantan, Peter Butler dilihat bakal menggunakan formasi menyerang 4-3-3 bagi memburu seberapa banyak gol ketika perlawanan Piala Permai 2011 di antara Kelantan dan Persebaya 1927 pada Jumaat 23 Disember 2011 di Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu.
Menjaringkan seberapa banyak gol adalah penting dalam perlawanan ini untuk membawa bekalan selesa dalam perlawanan timbal balik yang akan diadakan di Surabaya, Indonesia 28 Disember 2011 ini.
Dalam beberapa aksi persahabatan Kelantan sebelum ini, Peter Butler dilihat banyak menggunakan formasi 4-3-3 dan keputusannya agak memberangsangkan dengan mencatatkan 5 kemenangan bertemu Pasukan Melayu Kelantan, Maldives, ATM, Perak dan T-Team
Jangkaan kesebelasan utama KelantanFA.com ialah kemungkinan Peter Butler akan mempertaruhkan penjaga gol muda dari Skuad Presiden iaitu Syazwan Yusof.
Manakala barisan pertahanan tengah pula dikemudi oleh pemain berpengalaman Subramaniam dan Azizi Matt Rose, pertahanan kiri sudah pasti digalas oleh pemain muda berbakat Aziz ismail dan pertahanan kanan pula bakal diisi oleh Daudsu.
Tiga pemain tengah pula bakal memainkan peranan penting dalam menggerakkan serangan pasukan Kelantan dan kemungkinan Shakir Shaari diberi tugas sebagai Kapten Pasukan dan pemain tengah manakala sayap kiri dan kanan diisi oleh pemain baru Kelantan Indraputra Mahyuddin dan Norfarhan Muhammad.
Tiga penyerang bakal digunakan oleh Peter James Butler dengan posisi penyerang tengah diisi oleh Pemain Paling Bernilai 2011 Norshahrul Idlan Talaha manakala dua tempat lagi diisi oleh penyerang import dari Ghana dan Lubnan iaitu Danny Antwi dan Mohammed Ghaddar.
Perlawanan Piala Permai ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801.
Kemah set kito . .pakat-2 wakk line up pilihan masing-masing.Apa pun ..GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!
 

"Selamat Datang Ke Kota Bharu-Persebaya"

Menjelang sepak mula Piala Unity perlawanan diantara Kelantan menentang Persebaya 23 Disember ini, pasukan Persebaya dijangka akan tiba di Kota Bharu hari ini. Melihat pada perkembangan semasa, perlawanan ini tidak dipandang mudah oleh ketua jurulatih Kelantan Peter Butler yang bertekad akan menguji kesemua pemain utama mereka dan akan memastikan Kelantan membawa bekal selesa untuk perlawanan timbal balik di Surabaya nanti.
Begitu juga ketua jurulatih Persebaya Divaldo Alves Berargumen dikhabarkan akan turut membawa bersamanya pemain yang dikatakan mirip Xavi Hernandez iaitu Otavia Dutra pemain import dari Brazil yang masih belum mendapatkan kelulusan PSSI untuk beraksi pada 2012 nanti dan kesemua 16 pemain yang masih belum serta yang sudah menandatangani kontrak 2012 ke Kota Bharu hari ini. Persebaya mengesahkan tidak akan membawa Rendi Irwan, Feri Ariawan dan penjaga gol utama Dimas Galih kerana masalah passport dan imigresen. "Meski ITC belum kelar, Dutra tetap diboyong ke Kota Bharu dalam rangka pertandingan persahabatan lawan Kelantan FA, juara Malaysia Super League. "Tidak masalah, kan itu laga uji coba, jadi no problem," jelas Divaldo. (bas)
Ketibaan mereka nanti akan disambut oleh wakil KAFA dan akan diberi layanan istimewa selaku tetamu antarabangsa KAFA. Perkembangan ini cukup menarik sebagai aura permulaan untuk Kelantan lebih dikenali di peringkat asia nanti.
Walau siapa pun pemain yang dibawa, Kelantan tetap akan memberi saingan sengit kepada lawan yang julung kali bertemu ini. GOMO TETAP GOMO....GOMO KELATE GOMO

Berikut adalah 16 pemain yang Di Senarai untuk penerbangan ke Malaysia:

Penjaga Gol: Dedi Iman

Pertahanan:Otavio Dutra, Revalino Ardiles, Khomad Suharto, Nur Fasta, Erol Iba, Mat Halil, Aulia Ardli

Tengah:Jusmadi, Taufiq, Amaral, Ryan Wahyu, Edi Gunawan, Andik Vermansyah

Penyerang:Miko Ardianto, Andrew Barisic
Jadual Perjalanan:
21/12/2011
12.50 petang -Tiba di LCCT Sepang
5.50 petang - Berlepas dari LCCT ke Kota Bharu
24/12/2011
11.45 pagi - berlepas ke  LCCT
4.15 petang - Berlepas dari LCCT Ke Surabaya

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo!!!petikan dari Laman Rasmi KAFA
 

Majlis Pelancaran Keahlian TRWC-KAFA

Majlis ini akan diadakan pada 23 Disember 2011 (Jumaat) jam 11.00 pagi di Kafe TRW Station, Kota Bharu, Majlis akan dirasmikan oleh Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa. Minta "share" dan hebahkan kepada semua rakan-rakan TRW yang lain. Turut akan dilancarkan pembelian tiket bermusim perlawanan Kelantan.
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Petikan dari Laman Web Rasmi KAFA

Turun ramai wehh . .pakat-2 pergi jadi ahli blako tuuuuu . .Apa-apa pun GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!

Penyokong Kelantan Paling Bernilai Dalam Bolasepak Malaysia 2011?


Sebelum 2011 melabuhkan tirainya, satu perkara yang susah atau buat-buat bodoh tidak tahu oleh penggiat  media mahupun FAM akui untuk memberi pengiktirafan kepada penyokong ialah pengiktirafan penyokong paling bernilai. Bukanlah penting sangat pengiktirafan ini tetapi dengan pengiktirafan ini boleh mencabar keutuhan jiwa serta menemplak penyokong pasukan lain dan pendokong media massa yang sering memperlekehkan kemampuan rakyat Kelantan menghabiskan wang ringgit menyaksikan perlawanan pasukan mereka walhal untuk makluman bersama tiket mereka lebih mahal sehingga 20%-50% daripada harga tiket di stadium lain. Pengiktirafan ini boleh dianggap seperti anugerah "Pelajar 100% hadir sekolah", ianya tidak bermakna apa-apa pada umum tetapi ibu bapa serta adik-beradik yang membesarkan mereka kembang jugalah lubang hidung memegang sijili ini atau sekurang-kurangnya mengwujudkan persaingan sihat di kalangan pelajar dan dalam isu ini penyokong itu sendiri.
Disaat pimpinan FAM sibuk meneliti proses pengundian baru-baru ini, pihak TRWC sempat menanyakan kepada tiga orang pegawai atasan FAM (tidak mahu nama didedahkan kerana TRWC media eksklusif KAFA sahaja) yang sedang memimpin tiga pasukan berlainan tentang kenyataan "Penyokong Kelantan Paling Bernilai Dalam Bolasepak Malaysia 2011" adakah benar atau tidak kenyataan ini bagi menutup tahun 2011 dengan penuh yakin dan pengiktirafan kepada seluruh penyokong Kelantan sekaligus sebagai penyuntik semangat kepada seluruh penyokong pasukan lain pada 2012 nanti.
Ketiga-tiga pemimpin atasan FAM bersetuju dengan kenyataan ini, bagi mereka penyokong pasukan mereka lebih bertuah berbanding penyokong Kelantan dari segi kemudahan stadium, harga tiket dan stadium di taja penuh oleh kerajaan negeri tetapi itu semua adalah faktor sementara untuk menarik penyokong ke stadium tanpa rasa terbeban, jika kita mendapat sambutan sehangat penyokong Kelantan, kita juga tidak mahu terlalu bergantung pada subsidi kerajaan kerana stadium juga memerlukan kos pengurusan yang tinggi dan menggunakan wang rakyat. Oleh itu, anda perlu lihat pada dua tanggungan kerajaan negeri menggunakan duit rakyat dalam hal ini iaitu kos menguruskan stadium dan mengurangkan harga tiket pada paras termurah bagi sebuah liga berprestij di Malaysia malah melalui penelitian harga tiket ini antara termurah di Asia Tenggara. Untuk maju kita perlu mengambil contoh pasukan yang telah maju di eropah mahupun asia seperti Jepun dan Korea.
Apa yang anda perlu tahu 50% daripada hasil kutipan tiket bagi setiap perlawanan dapat menampung kos pengurusan pasukan dalam tempoh sebulan. Cuba kamu bayangkan jika 1000 orang sahaja yang hadir bagi empat perlawanan di stadium tuan rumah, mampukah pasukan ini membina satu pasukan yang mantap tanpa bantuan kerajaan. Tidak peliklah jika Liga Malaysia masih dikategorikan kelas D oleh AFC-FIFA. Adakah penaja berminat menaja pasukan yang kurang mendapat sokongan ini? Sanggupkah anda mengeluarkan jutaan wang ringgit untuk melihat jersi pasukan yang anda taja tersadai di kedai-kedai sukan? Semua jawapan pada persoalan ini dapat menjawab persoalan yang ditimbulkan pada tajuk artikel ini. Oleh itu tidak hairanlah jika Happy, Yusmira, Sinar Harian, Masterskill, RW Plus Energy, Umbro, Alhamra dan Warriors sanggup menaja pasukan Kelantan 2012 kerana mereka tahu potensi yang ada pada penyokong Kelantan.
Bagaimana Penyokong Kelantan yang sering menghadiahkan denda kepada KAFA, Adakah layak untuk gelaran ini? Untuk pengetahuan bersama provokasi atau kontroversi adalah antara salah satu faktor penarik dalam dunia bolasepak, bagi sebuah pasukan yang sedang meningkat naik seperti Kelantan, isu-isu ini penting untuk mendidik penyokong mereka ke arah lebih profesional dan belajar daripada setiap kesalahan yang dilakukan supaya tidak lagi membeban pasukan jika benar jiwa dan hati mereka ikhlas pada pasukan. Kekadang ada juga segelintir yang hadir sekadar menunjukkan lagak hero atau mempamerkan kehebatan tidak bertempat dan menonton bolasepak adalah keinginan kedua mereka. Tidak hairanlah jika masih ada penyokong Kelantan sendiri sanggup mengiyakan pertanyaan orang lain atau media tentang isu berkaitan penyokong Kelantan suka bergaduh atau membuat masalah kerana mereka bukan pengikut setia perkembangan bolasepak Kelantan yang sudah jauh berubah dari segi sokongan penyokongnya, mereka muncul apabila Kelantan berada di final atau perlawanan melibatkan pasukan gergasi sahaja, namun apabila diminta menghuraikan perkembangan sikap penyokong Kelantan, mereka menjawab seolah-olah mereka sering datang ke stadium.
Tahun 2012 memasuki era baru bolasepak Kelantan, penyokong Kelantan bukan lagi memikirkan untuk membeli tiket kapal terbang ke Sabah atau Sarawak tetapi mereka hari ini sedang berpakat untuk terbang bersama ke setiap stadium yang melibatkan perlawanan bolasepak Kelantan dalam saingan Piala AFC nanti iaitu ke negara Indonesia, Vietnam dan Myammar. Ini sikap dan jiwa ada pada penyokong sejati The Red Warriors, mereka tidak banyak cakap atau wang tetapi jiwa mereka besar, setiap langkah pemain mereka, mereka mengikuti dengan penuh semangat dan yakin di atas kapal laut, pelantar minyak di tengah laut, luar negara dan di mana-mana sahaja tempat keberadaan mereka di muka bumi ini.
Biarlah semangat kita ini kekadang dipandang "poyo atau lebih sudu daripada kuah" oleh penyokong pasukan lain tetapi dalam bolasepak penyokong seperti penyokong Kelantan sangat diperlukan dalam membangunkan pasukan dan penjenamaan pasukan ke serata dunia. Saat inilah juga peluang untuk penyokong Kelantan menyeru rakan-rakan mereka daripada pasukan lain supaya bangkit mengenal asal usul mereka menyokong pasukan negeri mereka meskipun hati sudah tebal dengan minat pada pasukan eropah.
hmmm.....!! sebelum terlupa disaat semangat tengah membuak-buak membaca artikel ini, belilah produk asli keluaran KAFA tanpa ragu-ragu kerana setiap sen pembelian anda akan menyumbang kepada kemajuan bolasepak Kelantan. TAHNIAH KEPADA SELURUH PENYOKONG BOLASEPAK KELANTAN KERANA ANDALAH PENYOKONG PALING BERNILAI 2011. JIKA PENYOKONG BOLEH DIBELI ATAU IMPORT, SUDAH PASTILAH ANDALAH PILIHAN UTAMA MEREKA.....GOMO KELATE GOMO.

Jika anda ingin buktikan pengiktirafan ini benar. Ayuh sila share dan pakat undi di link ini http://www.hmetro.com.my/myMetro/Khas/bintangsukan

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Petikan dari Laman webs Rasmi KAFA

Kemah set kito . .tahun 2012 akan habis resit kosong di kelantan sebab kita akan baling resit plokkkkk.Kemah set kito...Apa pun GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!

Butler Kesan Kelemahan Pasukan

 Peter James Butler

Tuntut pemain tingkatkan kemajuan, hadapi empat perlawanan lagi
KOTA BHARU – Meskipun mencatatkan keputusan memberangsangkan dalam beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum ini, namun masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh skuad The Red Warriors andai mahu menjadi pencabar utama Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan.
Sambil merujuk kemenangan 2-0 ke atas pasukan T-Team dalam perlawanan persahabatan terakhir minggu lalu, Ketua Jurulatih Kelantan, Peter James Butler menyifatkan persembahan pasukannya tidak berada pada tahap sebenarnya.
“Sebenarnya kalau melihat corak permainan tempohari, kita boleh menang ke atas T-Team dengan margin jaringan yang besar. Kita boleh menang lima gol, tetapi beberapa kelemahan yang ditunjukkan kita hanya menang dengan dua gol.
“Sebagai jurulatih saya mahu menang setiap perlawanan. Semua pemain perlu ketahui perkara ini. Pengalaman membimbing Kelantan sebelum ini merupakan cabaran besar kepada saya kerana peminat negeri ini sentiasa mahukan kemenangan setiap kali perlawanan.
Disebalik kelemahan tersebut, namun Butler tidak menafikan prestasi yang ditonjolkan oleh anak buahnya sudah menampakkan kemajuan setelah menyambung kembali latihan sejak dua minggu lalu.
“Semua pemain termasuk pemain import sudah menunjukkan peningkatan prestasi yang baik tetapi kita tidak boleh duduk diam dan cepat berpuas hati sahaja. Kita perlu melakukan perubahan dari semasa ke semasa secara optimum.
“Saya berharap empat perlawanan persahabatan yang berbaki dalam tempoh dua minggu akan menjadi platform kepada semua pemain sebelum kita menghadapi sepak mula Liga Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 7 Januari depan.
“Untuk itu empat perlawanan tersebut kita akan gunakan sebaik mungkin dengan menilai tahap kecergasan dan menentukan kesebelasan utama pasukan Kelantan,” katanya.
Terbaru, Kelantan akan bertemu juara Liga Prima Indonesia (IPL), Persebaya FC dalam perlawanan pertama perebutan trofi Yayasan Persahabatan Malaysia-Indonesia (Permai) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada jam 8.45 malam Jumaat ini.
Sementara itu, perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Gelora, Surabaya pada 28 Disember ini.

Petikan dari KLATE.net

Bos maroh dohh tu . .siap lahh blako . . Maroh parokk boss . . heheheheh.Selamat berjuang Worriorsku . . .
Beres blako . .gomo sedakkk.GO FOR MORE!!!!!!!!