Saturday 23 July 2011

Singapura 5 VS 3 Malaysia

Pelawanan malam ni menampakkan kealpaan barisan pertahanan negara dan juga penjaga gol sabrinee Alwi yang nampak terpaku bila penyerang singapura melakukan percubaan dan kegagalan penjaga gol untuk mengawal barisan pertahanan.Apa yang perlu di lakukan oleh Datuk K.Rajakopal? Mampukah kita bertahan dari di bolosi pada 28 julai ni? persoalan ni akan sentiasa bermain selagi tiupan wisel 28 julai nanti.Ayuh semua pemain ke-12 negara.Penuhkan Stadium bukit jalil bagi membantu pasukan kita untuk layak ke pusingan seterusnya.Semoga berjaya  . .Tanah Tumpahnya Darahnya. . . . .

Friday 22 July 2011

Malaysia Vs Chelsea

Chelsea semacam ada masalah di bahagian serangan,walaupun mereka bersungguh-sungguh untuk menawan hati Coach mereka untuk kesebelasan utama.Seperti sama masalah nya dengan penyerang negara walaupun sudah di mamah usia namun kesungguhan tidak mendatangkan hasil.sebab level perlawanan ini jauh berbeza dengan Perlwanan yang biasa di lalui oleh Pemain negara.Kebijaksanaan Ong Kim siew mendapatkan beberapa pemain senior memang berkesan dan berjaya mengimbangi kekuatan Chelsea.Tetapi walaupun Barisan tengah di jana oleh Badri Razi namun dia macam keseorangan dan susuh nak dapatkan sokongan dari rakan lain.Tetapi pujian kepada Farizal Marlias kerana kecekapannya menjaga Gawang terbukti dan boleh mengoyangkan Apek.Persembahan terbaik penjaga Gol Olimpik Kebangsaan.Kita juga mempunyai beberapa peluang terbaik.Tetepi kegopohan Striker malaysia membuatkan kita berputih mata.Apa Pun Tahniah kerana berjaya menyusahkan Chelsea.Malaysia 0 vs Chelsea 1( Drogba)

Malaysia Vs Liverpool

memang sengit dan mendebarkan,kalau tak kerana 2 gol mudahh pasti keputusan perlawanan ni lebih menarik.Perlawanan nampak seimbang pada separuh masa pertama.Perlawanan ini menunjukkan semngat juang Harimau Melaya tetapi jika nak di bandingkan menentang Arsenal jauh lebih baik perlwanan menentang liverpool.Safee Sali dan dapat kembali sentuhan Ajaibnya.Tetapi kita pasti akan membayar dengan harga yang lebih tinggi kerana Norshahrul kembali di hantui kecederaan.Fakri nampak selesa tetapi kadang-2 skill yang tak manjadi membuatkan kita kehilangan peluang.Shafik seperti biasa walaupun tak banyak yang blh di lakukan.Jadi kita kena belajar dari 2 pasukan handalan ni dan di harapkan Pasukan negara belajar dari kelab kelab terbaik EPL nii.Semoga tidak berlaku kesilapan mudah semasa menentang Singapore nanti
Selamat maju jaya Tanah Tumpahnya Darahku

Saturday 16 July 2011

Malaysia VS Arsenal

Tidak ada apa yang perlu di perkatakan sangat pasal game niii cuma pertamanya penyokong Malaysia berapa kerat yang ada? mana perginya ultras? game Malaysia lesu tak bermaya.harap semua dapat belajar dari Arsenal untuk mengjutkan Liverpool petang nii . . .barisan Malaysia nampak kurang sengat dan corak permainan hanya nampak di pertahanan sahaja dan sampaii sahaja di tengah bola hilang.Jangan terlalu hormati lawan.keputusan Malaysia 0 vs Arsenal 4.

Monday 11 July 2011

Kelantan 1 vs Pelita Jaya FC 1

sama-sama hebat walaupun serangan kedua-dua pasukan bertali arus namun Kelantan yang turun dengan ketiadaan beberapa tonggak utama yang di panggil untuk membantu negara keputusan ini memang memadai kerana Pelita Jaya pun tanpa Safee sali yang masih di belenggu kecederaan.Jaringan Izuan pada minit ke 71 menceriakan ribuan peminat TRW yang masih dahagakan perlawanan yang melibatkan pasukan kesayangan mereka dan pemain import jemputan banyak juga yang dapat menunjukan aksi-aksi menarik dan di sukai oleh pemain ke -12 Kelantan.Apa-apa pun kami harap banyak lagi games dalam masa terdekat . . GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!

Thursday 7 July 2011

KELANTAN JUARA LIGA SUPER 2011

Alhamdullilah . . .YA Allah kami semua bersujud syukur padaMU menghadiahkan Piala LIga Super kepada KELANTAN.Sebaik sahaja Wisel penamat di tiupkan oleh Pengadil.Aku tanpa di sedari Air mata gugur mengbasahi pipiku lalu aku sujud syukur atas KurniaanMU.
 Tahniah Kepada KAFA,Pemain wira merah dan terutama Pemain ke-12 Kelantan kita berhak atas apa yang kita Doakan selama ini.Sejarah sekali lagi tercatit di bumi sebesar kebun bunga,Negeri cik Siti Wan Kembang Kelantan Darul Naim.
  Kita adalah Penyokong terbaik Malaysia 2011..GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday 1 July 2011

Chinese Taipe VS Malaysia

Harimau Melaya memerlukan Penyerang prolifik negara untuk menjana barisan hadapan.Seperti yang kita lihat pada 29 haribulan lalu ternyata gerakan bahagian depan tidak berfungsi.Fakrul sairani memerlukan masa untuk berada di pentas dunia.Norshahrul Idlan Talaha sangat di perlukan ketika ini.Masalah di bahagian tengah mungkin K.Rajagopal memerlukan Shakir dan Shafik.Di bahgian Pertahanan Zairul Fitri memang layak di masukkan sebab kerajinannya sepanjang 90 minit.manakala S. Chanturu perlu di bahgian sayap bagi menjana bahagian ini.Apa pun Apek tetap di letakan pilihan pertama negara.Tanpanya agak lewa bahagian pertahanan.Apek mampu untuk mempertahankan Gawangan di saat Chinese Taipee akn bertali arus menyerang Malaysia pada malam ini.Di harapkan Coach dapat memilih pemain yang tepat pada kelayakan ini.Tewaskan Chinese Taipe untuk memberi Amaran pada Asia.GOMO MALAYSIA GOMO!!!!!!!!!!!!!!!