Wednesday 21 September 2011


PERGERAKKAN KAPTEN ADALAH TEKTIKAL PASUKAN
 
 Siri 3
 Namun jika pergerakan di buat tidak juga menghasilkan jaringan Mahadi akan turun ke bahagian pertahanan dan permainan akan menjadi relax dan hantaran sesama sendiri akan di maiankan bagi memberi rehat seketika kepada serangan dan dia akan mengubah dalam posisi dalam siri 1 dan 2 untuk teruskan permaianan untuk menghasilkan gol.Kawe memang tertarik dengan corak pemainan begini yang sentiasa berubah ubah ikut situasi dan keadaan bagi menjamin kejayaan pasukan.Kalaulah Piya boleh buat macam mana Mahdi boleh lakukan di zamannya dan juga prestasi Piya kebelakngan ini tidak mustahil TRW memilki senjata sulit yang akan membawa kejayaan jangka masa yang panjang. Jurulatih di Malaysia ni pun dah lupakan pasal Mahadi sebab terlalu terikut dengan taktikal dari luar sedangkan senjata kita yang tulen ini sudah tidak di praktikan.Jika Coach kelantan boleh mengasuh Piya supaya benar-benar menjadi seorang kapten yang hebat tentunya pemain lain tidak perlu selalu memandang bangku simpanan dan hanya memandang Piya untuk mencana gerakan untuk menghasilkan gol.Mungkin ada yang memperlekehkan tektikal nii . .tapi kalau mencuba apa salahnya.Apa pun di harapkan Kelantan dapat mempertahankan Piala Malaysia Tahun ni bagi menjadika tahun Gemilang TRW 2011.GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



PERGERAKKAN KAPTEN ADALAH TEKTIKAL PASUKAN
Siri 2
Apabila Mahadi melihat banyak pergerakan yang tidak berjaya menghasilkan gol dia akan beralih ke sebelah tepi samaada di kanan atau di kiri dan secara automatik permainan akan bertukar pada hantaran tinggi dan bola akan di hantar melalui tepi dan pemain akan cuba menjaringkan gol.kedudukan pemain midfield dan striker akan selalu bertukar-tukar.Mahadi tahu apa pasukannya perlukan dan akan mngubah kedudukan dan arahannaya dari masa ke semasa.Apa yang menarik di sini pemain sudah faham akan kemahuan Mahadi dan di zaman ini dia amat di segani dan dihormati oleh rakan-rakan.Memang setahu saya masih tidak nampak satu pasukan pun di negara kita menggunakan taktikal ini kerana mereka hanya di beri taklimat semasa taktikal game dan akan menjadi susah bila ada sesuatu yang tidak kena dan kapten tak mampu mengarahkan perubahan tektikal bila keadaan memerlukan.Sedangkan pemain badminton dalam acara beregu atau bola tampar selalu memberi isyarat kepada kawan-kawan mereka dengan isyarat jari di belakang badan.Jadi untuk bola sepak kawe rasa teknik ini lebih baik dan berkesan dan Coach tidak perlu melaung-laung dari tepi padang untuk mngubah tektikal dan hanya memberitahu Kapten sahaja.Kaptenlahh yang akan membaca dan ,mengatur segalanya bagi menjamin kejayaan pasukan.
 

Tuesday 20 September 2011

PERGERAKKAN KAPTEN ADALAH TEKTIKAL PASUKAN
Siri 1
Dengan Lafaz Bismillah,
Disini kawe ingin melihat Piya bermain taktikal game seperti Kelantan di zaman era 70an.Dan kawe memilih Kapten kelantan Mahadi Yusoff di mana pada zamannya dia adalah kunci pasukan "Key Man".Mungkin pos kawe ini adalah terpanjang dalam usaha ingin melihat pasukan kesayangan nyawa kawe Kelantan, The Reds Warriors benar-benar mempunyai senjata tulen dan dapat membantu kapten Piya dalam memantapkan lagi skilnya.Mungkin pemain yang seangkatan dengan Mahadi tahu dan faham benar taktikal ni.Terdetik di hati kawe ingin menulis blog ni selepas bercakap dengan Abah kawe di mana dia dulu pun pemain Bola.
 Bila bermula nya sepakan pertama Mahadi akan berada ditengah kerana dia adalah pemain midfield.bermula dengan hantaran pendek bermain sesama sendiri dan pemain midfield yang lain akan mara kehadapan dan akan menguji pertahanan dan penjaga gol melalui percubaan jarak jauh.Dimana striker pada masa itu akan menunggu second ball untuk menjaringkan gol.Mahadi akan membaca pergerakkan pemainan lawan dan pemain lain akan menunggu arahannaya dari masa ke semasa tapi bukan dengan laungan tapi melalui kedudukannya dalam padang.
AKHIRNYA IZZAT KE SSMIV

Tentunya ramai yang tidak mengenalinya dan bagiku dia begitu istimewa berbanding dengan yang lain.Setelah lama berhajat untuk membawanya ke SSMIV malam Kelantan melawan Sarawak adalah peluang terbaik untuk aku membawanya ke Stadium keramat TRW.Gambarnya akan ku pos kemudian.Izzat adalh adik bongsuku dan terima kasih atas kerjasama kakaknya yang sponser tiket astaka begitu juga Aril.Suasana baru Izzat rasakan kerana seblum ini dia hanya melaungkan GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!! setiap kali aku pulang sebelum aku ke SSMIV.Semangatnya aku bawa sekali setiap kali aku ke Stadium.Mugkin dalam hatinya dia nak sangat bertemu dengan Norshahrul Idlan Talaha.Mungkin kalau ada rezeki aku berhajat nak membawanya berjumpa dengan Mat Yo.kerana setiap kali aku pulang nama May Yo selalu di sebutnya.Aksinya yang selamba menghiburkan aku dan Aril.Setiap kali dia bertanya mesti Mat Yo.Saje aku selitkan nama Piya sebab menghormatinya sebagai Kapten.Entah macam mana setiap kali Gol dia pun automatik seperti kita semua melongjak bersama sambil menjerit macam serasi kami bertiga.
 Bila kita dah berjaya menjaringkan Gol ketiga dia dengan selamba menunjuk jari bagus terbalik sambil bagi hoooo kat Aidil penjaga Gol Serawak mungkin sebab dia dah perhatikan lagat penjaga Gol itu semasa separuh masa.Insyaallah ada kelapangan nanti aku akan membawanya lagi . .You are the best TRW supporter malam ini aku akan gelarkannya The 13th Warriors.Sebelum aku masukkan gambarnya semasa  di SSMIV inilah dia  

THE 13th Worriors

Nama : Mohd Izzat Syahiran

Umur : 13 tahun.

Sekolah: Sek. Men. Tanjung Mas

Pemain di minati : Norsharul Idlan Talaha


GOMO KLATE GOMO !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


AMUKKAN TRW
KELANTAN 4 - 0 SARAWAK
Sarawak berkunjung ke Stadium Keramat SSMIV dengan harapan mencari mata penuh.Tapi sejak awal permainan Kelantan menyerang bagai pendekar di medan perang.Serangan demi serangan di lancarkan bagai torpedo tapi tetap gagal membuahkan hasil .Gandingan MatYo dengan penyerang baru Azamuddin macam ada goyang sedikit.Tapi agak menghairankan kerana setiap kali gerakan yang melibatkan Alex bola tidak akan di hantar kepadanya kembali walaupun kedudukannya lebih baik berbanding Mat Yo.Awe mempunyai beberapa peluang tapi gagal di menfaatkan.Mat Yo juga terlepas beberapa peluang untuk membuat jaringan.
 Sebaik wisel separuh masa kedua bermula Kelantan menguasi seluruh padang bagaikan peluru mesinggan tak henti-henti menyerang.Walaupun begitu keadaan masa permainan membuat semuanya gelisah kerana masih tiada Jaringan dapat di hasilkan apatah lagi gelagat penjaga gol Sarawak seolah-olah memerli semua mata yang memandang.Masa yang di tunggu-2 telah tiba bermula dari hantaran pendek Shakir kepada Piya yang melakukan trip yang bijak melepasi 3 pertahanan Sarawak dan meledakkan peluru melalui kaki kirinya pada minit 79.Selepas itu Alex di keluarkan dan Coach memasukkan Ramzul.Gol kedua Kelantan di jaringkan oleh penyerang Prolifik negara Mat Yo pada minit ke 87.SSMIV hidup begema malam ini dengan laungan kegembiraan.Shakir di keluarkan dan memasukkan Daniel Fazly dan Awe di ganti oleh Nizab Ayob.Pergerakan bola di kaki Mat Yo di hantar kepada Piya dan Piya membuat true pass yang baik dan peluang tidak di sia-siakan oleh Daniel Fazly pada minit ke 88.Penyokong berdiri dan terus membakar semangat juang pahlawan merah dan hasilnya sekali lagi hantaran Mat Yo kepada Nizab Di tanduk ke tengah bagi memberi Piya peluang merambat sekuat hatinya melalui kaki kanan yang tak mampu di selamatkan oleh Aidil penjaga Gawang Sarawak pada minit 91 masa kecederaan.
 Mungkin inilah yang di namakan "Recepi For Success" yang di TUNE oleh Tan Sri Anuar Musa sehari sebelum perlawanan dan Semua Pahlawan Merah faham apa yang Kelantan inginkan.Kepada yang belum lagi berpeluh dan basah sebagai penyokong tegar TRW inilah masanya kita kembali penuhkan SSMIV stadium keramat TRW.GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday 15 September 2011




Felda United 2 - Kelantan 0








Semua penyokong Kelantan seolah-olah berang dengan apa yang berlaku pada team kita pada perlawanan malam ni yang di siarkan secara lansung oleh Astro Arena.Semua penyokong macam masih beraya atau masih tidak masuk lane lagi dengan Team kita.Game Kedua mungkin cuaca tidak menyebelahi kita kerana hujan lebat ,alasan tu mungkin boleh di terima tetapi kita akan tengok game pada hari Ahad nanti adakah penyokong kita akan turun . .atau mungkin dah tak ada harapan nak penuhkan SSMIV.Tidak banyak dapat saya huraikan pada game dengan Felda ni yang mana 100% dari counter attack.Barisan Pertahanan Kelantan pada malam ini seolah terpaku melihat Fadiren Khadir mengancam dan menewaskan Matchah.Pemain kelanatan takutkan air ke? Dulu kita pernah dengar ada air kita lagi bagus main tapi sekarang nii gu lawan sedap main dalan air.Apa yang nak kita katakan pemain tengah yang di ketuai oleh Piya nampak macam dah hilang arah tuju ke arahan taktikal.Selepas masa kedua Kelantan mnyerang bertubi-tubi tapi sekali counter attck oleh D saavindren pada minit ke 65 semuanya bagai tetutup buat team kita serangan bertubi-tubi dan percubaan tetap gagal menewaskan Hamsani.Tak payah nak sentuh lagi lahh pasal game nii.Harapan saya semoga perlawanan menentang Sarawak di Kota Bharu pada hari ahad ini akan mnyedarkan pnyokong bahawa team kita memrlukan sokongan kita pada waktu ini dan jangan sesekali tunggu di saat genting baru kita nak timbul.Sokongan dengan bijak . .GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!

Wednesday 14 September 2011

Petang ni tiba-tiba jee rasa Rindu Pada Stadium Sultan Muhammad ke-IV

Kerana satu soalan . .semuanya kembali . .by Poknikmu Long on Wednesday, September 14, 2011 at 7:03pm

Malam tadi ada member lama tegur dia kata kau ni peminat bola finatik . . mmg lahh .Dari dulu lagi tapi skrg nii baru berpeluang menikmatinya sepuasnya . .walau mng atau kalah aku tetap bersama pasukan yang sudah sebati dari dulu.nak tahu brapa kali aku kehilangan basikal dan terpaksa balik jalan kaki ke rumahh dari stadium dan pernah sekali bersama Syahril Shaban. . ingat lagi tak . .tapi berdebar sampai rumah takut En.Shaban mengamuk . . Banyak sejarah aku bersamamu. .namun aku tetap laungkan GOMO KLATE GOMO!!!!!!! sampai hari ini dan selamanya.Basikal kesayanganku pergi tapi aku tetap bersama THE REDS WORRIORS!!!!!!!!!!!!ada beberapa kali ke stadium selepas penat bersorak tgk duit tak dop dalam poket nasib baik hari hujan dapat minum air hujan tapi berganjak tidak sekali kerana Kelantan.walaupun esoknya demam tapi tak pernah serik untuk ke SSMIV.kerana Aku anak Kelantan . . .sekarang aku masih menanti bila aku akan ke SSMIV lagi sebab aku tak pernah merasai penyokong-2 kelantan yang begitu sporting sesama kita . . sewaktu bola menerjah jaring kita berlonjak dan berlompat bersama-2 sambil bendera kita kibarkan . . amarican wave mmg cantik senada dan seirama . .Gendang yang buat aku kuat semangat sebab lain tak dop...tapi bila lawan jaringkan gol kita sama-2 menepuk dahi . . Tapi bila team kita kalah kita semua rasa tak puah hati dan tak boleh " selih sikit braso nak marah"tapi bila Kita kalah final 2009 aku terpandang seorang pakcik dekat LRT bukit jalil Dia menangis walaupun akujgk sebak waktu  . . sebenarnya kita menangis bersama-sama mungkin pakcik tu telah terluah tapi aku tidak lagi sbb nak cover lane tapi sampaii tempat rehat memang meraung sedih dan sakit hati . .tapi itu tetap tidak dapat halangi aku untuk terus melaungkan semangat bola untuk team kesayangan kita . .The 12th Warriors itulah akui  . .aku tetap bersamamu . . melaungkan GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Di sini The 12th Worriors Lahir


Monday 12 September 2011

Kelantan 2 vs Johor Fc 1
Shakir Saari 16'        Eddy Helmi 11'
Ramzul 87' 



Game malam ni live di RTM1,Terima kasih RTM1.Minit- minit awal perlawanan Kelantan menyerang kubu Johor Fc bersilih ganti namun tiada jaringan dapat di hasil kan.Keadaan padang Licin dan basah mungkin menyukarkan pelaksanaan taktital pasukan.Jaringan awal oleh eddy helmi minit ke 11 menyentap semangat pasukan.Cuma rembatan jauh dari Shakir telah memerangkap pertahanan yang cuba menghalang sepakan shakir dan terbias ke gawang mereka sendiri pada minit ke 16.Tahniah pada Shakir kerana mungkin ini jaringan sempena kelahiran anak sulung beliau hari nii . semangat baru papa . .malam ni taktikal kelantan mudah di baca oleh Johor Fc yang mana bila bertahan mereka seramai 10 pemain.ini menyukarkan pergerakan kita untuk menyerang.Banyak pergerakan Awe jgk di pintas dengan baik oleh pertahanan mereka.Awe juga mempunyai beberapa peluang tapi gagal menghasilkan gol.Separuh masa kedua menyaksikan peningkatan sedikit dari pasukan kita cuma gerakan Azamuddin terbatas dan begitu juga dengan Mat Yo.Awe juga nampak berubah sedikit ke dalam dan membiarkan Aziz membuat Overlap.Tapi tandukan Mat Yo pula yang tersasar.Shakir di keluarkan dan Coach memasukkan Khairan izuan.Dan mengeluarkan Azamuddin dan memasukkan Ramzul.Tapi peluang keemasanan tidak di sia-siakan oleh Ramzul yang berjaya merembak bola ke gawang Johor Fc pada minit ke 87.Malam ni entah berapa banyak kad kuning di keluarkan oleh pengadil yang berumur 21 tahun.Pengadil sementah ni di benarkan mengemudi perlawanan berstatus high games? entahlahh macam-macam perkara tak munasabah berlaku,2 minit masa tambahan di berikan.Selepas Game ketua pasukan Piya nampak macam tak berpuas hati dengan persembahan kawan-2nya mlm nii.Everage 75% keseluruhan pasukan yang nampak agak menurun malam nii.Mungkin sebab Big Bos belum balik kot . .Tan Sri mintak balik lahh tengok anak buah yang sedikit hilang fokus niii.

Tuesday 6 September 2011

Sarawak 0 vs Kelantan 2
Mat yo 70'
S.Chanturu 79'



Pemulaan yang baik bagi Juara Piala Malaysia 2010 bagi mempertahankan kejuaraan apabila berjaya menjinakan sarawak.Walaupun jaringan agak lewat yang meresahkan pemain ke-12.Tapi NorShahrul Idlan Talaha membuktikan dia memang penyerang prolifik . . yang sentiasa mencari luang dan peluang untuk meledakkan Gol . . ternyata gol itu membuka dimensi baru bagi dirinya yang baru pulih dari kecedaraan.Bagi Chanturu pula Tahniah kerana menjaringkan Gol yang selama ini menyepi dari senarai penjaring.Tapi Nurul Azwan Roya sedikit merudum dan di gantikan dengan Khairul Izwan Rosli . .Tahniah wira-wira meroh . .kita masuk padang kita Gomo Skoti . .Tahniah Mat chah Kemahh demo.  . .  tapi ramalan kawe tepat pasal firsteleven klate.GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!

Next Gomo  . . .

Team : Johor FC
Date : 10 september 2011
Venue: Stadium Sultan Mohammad Ke- IV
Turun Blako wehh . . .set kito nak bewoh gol . . .heheheheh
GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!!