Wednesday 30 November 2011

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2011.

Kelab Terbaik : Selangor PKNS FC
FA Terbaik : Selangor FA
Pemain Harapan : Wan Zack Haikal - HMA
Jurulatih Terbaik : Irfan Bakti Mohd Salim - TER
Penyerang Terbaik : Norshahrul Idlan Talaha - KEL
Midfield Terbaik : Safiq Rahim - SEL
Defender Terbaik : NorHafiz Zamani Misbah - NS
Penjaga Gol Terbaik : Khairul Fahmi Che Mat - KEL
Pemain Paling Bernilai Supermokh : Norshahrul Idlan Talaha - KEL

KECEWA MATYO TERUBAT

Kekecewaan Norshahrul Idlan Talaha yang gagal memenangi kasut emas 2011 akhirnya terubat selepas berjaya meraih dua gelaran dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus kategori Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai Supermokh.
Norshahrul Idlan Talaha yang pernah memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai pada tahun lepas sekali lagi membuktikan beliau adalah pemain paling bernilai buat 2 tahun berturut turut selepas berjaya membantu Kelantan meraih Juara Piala Sumbangsih 2011 dan Juara Liga Super 2011 selain membantu Kelantan muncul naib juara Piala FA 2011.
Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh ini dinilai berdasarkan persembahan dan sumbangan mereka dalam liga domestik serta penglibatan di peringkat antarabangsa dan dipilih oleh jurulatih tempatan sebagai juri utama.
Untuk rekod Norshahrul berjaya menjaringkan 19 gol dalam Liga Super 2011 dan tidak hairanlah mengapa beliau terpilih memenangi Anugerah Pemain Paling Bernilai tahun ini.
Tahniah buat Norshahrul Idlan Talaha dan semoga dengan kejayaan ini dapat terus membantu Kelantan meraih Piala bagi musim 2012 dan kekalkan dengan imej bersih.Tiada kontroversi Tiada tekanan.





Pra Musim Persahabatan N.9 3 - 1 Kelantan


 Perlawanan Persahabatan dengan N.9 ini menunjukkan kita cuba untuk mengintai sambil mencuba kekuatan dan kelemahan dengan Juara Piala malaysia 2011.Namun perlawanan ini tidak boleh di ambil kira sebab penentuan sebenar hanya pada 7 januari 2012.Piala Sumbangsih.Lagipun kita hanya menurunkan beberapa tonggak sahaja dan tidak skuad utama di tambah pula dengan kehadiran Albert Baning yang pertama kali kita turunkan.Tapi Danny nampaknya sekali lagi menjaringkan gol.Satu petanda yang baik.
Kesebelasan Utama :

Syazwan Yusof, Daudsu Jamaluddin (Rizal Fahmi Rosid), Nik Shahrul Azim, Farisham Ismail, Aziz Ismail (Zamri Ramli), S.Chanturu (Ramzul Zahini), Badri Radzi (Emmenuel Okine), Khairul Izuan Rosli, Nurul Azwan Roya (Izuan Salahuddin), Albert Baning, Danny Antwi.

Pemain yang TIDAK diturunkan :

Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Shakir Shaari, Indra Putra Mahyudin, Norfarhan Muhammad, Azizi Mat Rose.
 
    N.Sembilan FA ( James Emmanuel Emana 56' / Idris Karim 63' / # S.Kunalan 78') 3 - 1 KELANTAN FA (Danny Antwi 75') Kekalahan pertama Kelantan dalam siri perlawanan persahabatan ini akan dijadikan sebagai pengajaran untuk menilai prestasi semasa pemain yang diturunkan sebagai persediaan awal Peter Butler memilih pemain muda gantian yang sesuai jika melibatkan perlawanan sebenar selain menguji dari masa ke semasa prestasi pemain import yang dipilih. 
Source: TRWC
 Inilah keputusan dan perlawanan Pra Musim bagi TRW untuk mempersiapkan Super Worriros 2012.Selain Pemain ,penjaga gol juga perlu rotation supaya semua penjaga Gol yang kita ada belajar dari perlawanan ke perlawanan,

18 Nov - Skuad Kebangsaan Maldives, Stadium MBPJ | Kelantan 2 - 1 Maldives
23 Nov - Balestier Khalsa FC, Stadium Toa Payoh | Kelantan 3 - 0 BKFC
26 Nov - Angkatan Tentera Malaysia (ATM), KL | Kelantan 4 - 2 ATM
29 Nov - Negeri Sembilan, STAR Paroi | Kelantan 1 - 3 Negeri Sembilan
01 Dis - Perak, STAR Paroi
31 Dis - Terengganu, SSM4 Kota Bharu

Tertaluk kepada pindaan. Perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
 Mohamed Ghaddar diperkenalkan kepada pasukan di Paroi
Foto oleh Wae San
 

Monday 28 November 2011

Sambutan Maalhijrah peringkat negeri Terengganu

Pada 27 november 2011 nama kawe tiba-tiba muncul untuk menghadiri majlis Maalhijrah peringkat negeri Terengganu.Majlis agak simple dan biasa-biasa sahaja.Jarang juga dapat hadiri majlis yang macam ni.Do rasmikan oleh MB Terengganu Mohammad Bin Said dan Isteri turut di hadiri Mufti ,iman-iman,Bilal-Bilal masjid dan Surau serta ketua-kerua jabatan.

Macam YB pun ada kan . . adalah sekeping dua gambar yang sempat di ambil dan semasa nasjid.Sedap suara mereka.Tapi mereka adalah pasangan adik bradik yang buta.mendendangkan 4 buah lagi nasyid.Sebelum itu bacaan dari Qari jemputan.Sedap dengar tapi 3 versi Tayyanum di lagukan.Alhamdullilah dapat dengar dan hadir majlis Agama.
Ada lagi kawan-kawan yang kena hadir . . tapi yang ni je sempat nak posing . . semua bersamping dan bersongkok.Cuma kawe jah pakai Kopiah ala-ala songkok.Cari songkok tak jumpa . .hahahah
Background pentas agak cantik . sedap mata memandang . .ni cuma ambil dari handphone jee bukan kamera digital . .
Dari tempat duduk kawe cuba ambil sedikit pose pentas utama.Apa penhijrahan dalam hidup aku?kadang-kadang terfikir juga.Aya yang di renungkan tiba-2 aku teringkat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan selalu buat exercise yang menyihatkan.Tanpa di sedari kawe sudah mula buat penhujrahan dan ada yang buatkan untuk kawe.Tak arap hijrah Kawe kali ini lebih bermakna dan Di berkati Allah.Ya Allah izinkanlah Hijrah Hambamu ini......Allahuakbar!!!!!!!Allahuakbar!!!!! Allahuakbar!!!!!!!

HUKUM MEMUTUSKAN SIRATULRAHIM

TIDAK MASUK SYURGA MEMUTUSKAN SILATURRAHIM (Bilangan 269 Bahagian Pertama) بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) Kesempurnaan iman seseorang didukung oleh banyak faktor, tidak hanya setakat beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan hari akhirat, bahkan hubungan sesama insan juga menjadi kayu pengukur terhadap kesempurnaan iman seseorang. Islam amat menuntut umatnya untuk menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia, kerana akibat memutuskan silaturrahim itu amat besar risikonya bukan hanya setakat di dunia sahaja bahkan juga di akhirat kelak. Lazimnya, gejala mumutuskan silaturrahim berpunca daripada pertengkaran atau perselisihan yang disebabkan oleh harta benda, harta pusaka, hutang piutang, hasutan, fitnah, sifat sombong dan mementing diri sendiri. Hatta perkelahian antara sesama anak atau jiran tetangga pun juga boleh menyebabkan terputusnya ikatan silaturrahim, di mana kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan, didorong lagi jika kedua-duanya tidak mempunyai kesabaran dan sikap terbuka serta mengalah untuk memohon maaf atau saling bermaafan. Permusuhan dan pergeseran seperti ini boleh berlaku secara berpanjangan jika tidak ada kesedaran dalam diri kedua-dua pihak atau tidak ada orang lain yang mahu meleraikan atau mendamaikan pihak yang bermusuhan ini. Perlu diingat bahawa tanggungjawab untuk membina semula silaturrahim yang terputus, bukan sahaja terletak kepada dua pihak yang bermusuhan, tetapi sanak saudara atau kawan-kawan yang mengetahui tentang perkara ini juga boleh memainkan peranan yang penting selaku orang tengah dalam mendamaikan dan menyambung semula silaturrahim yang terputus. Oleh itu binalah ikatan silaturrahim sesama insan dalam apa jua kesempatan, mungkin dalam suasana hari raya, merupakan kesempatan yang baik untuk memulakan hubungan yang baik, tetapi menunggu hari raya mungkin mengambil masa yang lama, oleh itu, carilah kebijaksanaan dalam mencari waktu yang sesuai pada bila-bila masa sebagai satu wadah untuk memperkukuhkan lagi tali silaturrahim. Persoalannya, apakah hukum dan kesan memutuskan silaturrahim ini? Maklumat ini perlu diketahui supaya dapat dilupakan segala punca pertelingkahan demi mencapai keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta‘ala. Pengertian Silaturrahim Perkataan shillah dari segi bahasa bererti gabung atau kumpul dan makna rahmi pula ialah kaum kerabat yang dekat. Dari segi istilah pula silaturrahim ialah berlaku ihsan kepada kaum kerabat sama ada daripada pihak si penghubung dan yang dihubungkan. Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu telahpun meriwayatkan sebuah hadis qudsi, bahawa Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk sehingga apabila selesai sebahagian mereka, maka tampillah Rahim dan berkata: “Ini adalah tempat orang yang berlindung dari terputusnya hubungan kekeluargaan”, Allah berfirman: “Ya, Jadi apakah kamu rela kalau Aku menyambung orang yang menyambungkanmu (mendapat balas kasih daripada Allah), dan memutuskan orang yang memutuskanmu (tidak mendapat balas kasih daripada Allah)?” Ia berkata: “Ya.” Allah berfirman: “Maka demikianlah untukmu (Allah menyambungkan rahim orang yang menyambungkan rahim dan memutuskan rahim orang yang memutuskan rahim).” (Hadits riwayat Muslim) Berkata Imam an-Nawawi bahawa menurut ulama hakikat shillah itu ialah kemesraan dan belas kasihan. Manakala hubungan silaturrahim Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada hambahambaNya ialah dengan melimpahkan kemesraan dan belas kasihanNya kepada hambaNya dengan ihsan dan nikmat atau dengan melapangkan dada-dada hambaNya kerana ta‘at kepadaNya. Kaum kerabat yang wajib dieratkan ikatan silaturrahim itu termasuklah kerabat mahram dan yang bukan mahram. Dalam Kitab az-Zawajir karangan Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullahu Ta‘ala ada menyebutkan bahawa kaum kerabat itu terbahagi kepada dua iaitu kaum kerabat mahram dan yang bukan mahram: 1. Kaum kerabat mahram ialah saudara yang haram bernikah dengannya seperti bapa, ibu, adik beradik lelaki dan perempuan dan anak-anak mereka, bapa saudara dan emak saudara sebelah bapa dan emak. 2. Kaum kerabat dari bukan mahram ialah saudara yang halal bernikah dengannya seperti anak bapa saudara dan emak saudara sebelah bapa dan anak-anak mereka, anak bapa dan emak saudara sebelah emak dan anak-anak mereka. Hikmat pensyariatan silaturrahim Hikmah bersilaturrahim ialah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: مَنْ َأحَبَّ َأ ْ ن يُبْسَ َ ط َلهُ فِي ِ رزْقِهِ، وَيُنْسََأ َلهُ فِي َأَثِرهِ، َفلْيَصِلْ رَحِمَهُ. (رواه مسلمwink Maksudnya: “Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits riwayat Muslim) Begitu juga bersilaturrahim itu boleh menambahkan kehormatan dan pahala selepas kematiannya kerana orang-orang akan mendoakannya setiap kali disebut kebaikannya. Hukum mengeratkan silaturrahim Tidak ada perselisihan ulama bahawa mengeratkan silaturrahim sesama saudara hukumnya wajib sebagaimana perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam ayat di bawah ini: Tafsirnya: “Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah an-Nisaa’: Ayat 1) Kewajipan mengeratkan silaturrahim itu juga disandarkan dengan rasa keimanan kepada Allah sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda: وَمَنْ َ كا َ ن يُؤْمِنُ ِباللهِ وَاْليَوِْم الآخِِر َفلْيَصِلْ رَحِمَهُ. (رواه البخاريwink Maksudnya: “Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits iwayat Bukhari)
Sumber:
 
TIDAK MASUK SYURGA MEMUTUSKAN SILATURRAHIM (Bilangan 269 Bahagian Akhir) بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) Hukum memutuskan silaturrahim Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala, Sebagaimana firmanNya: Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23) Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: َMaksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim) Bagaimana menghubungkan silaturrahim? Menurut Ibnu Abu Jamrah bahawa hubungan silaturrahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudharatan, bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan. Sementara bagi mereka yang jauh bolehlah juga berhubung dan berkirim salam dengan berutus surat, akan tetapi jika mampu adalah afdhal untuk menziarahi mereka. Begitu juga dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat. Bersedekah kepada kaum kerabat adalah lebih afdhal dari orang lain, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: الصَدََقةُ عََلى اْلمِسْكِيْ ِ ن: صَدََقٌة، وَعََلى ذِي الرَحْ ِ م اِْثنَتَانِ: صَدََقٌة وَصِلٌَّة. (سنن الدارميwink Maksudnya: “Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu: sedekah dan mengeratkan hubungan.” (Sunan ad-Darimi) Bolehkah menjalinkan hubungan silaturrahim dengan orang kafir? Dalam hal ini, Allah Subhanahu Wa Ta‘ala tidak melarang berbuat baik kepada orang kafir sebagaimana firmanNya: Tafsirnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Surah al-Mumtahanah: Ayat 8) Keistimewaan atau kelebihan mengeratkan silaturrahim Orang yang mengeratkan silaturrahim akan mendapat sepuluh kelebihan yang terpuji sepertimana disebutkan dalam kitab Bujairimi Ala al-Khatib: 1. Allah Subhanahu Wa Ta‘ala redha kerana Dia memerintahkan supaya mengeratkan silaturrahim. 2. Membawa kebahagiaan. 3. Para malaikat gembira kerana mereka gembira dengan eratnya silaturrahim itu. 4. Memperolehi pujian yang baik daripada orang. 5. Mengisi kesedihan Iblis. 6. Dipanjangkan umur. 7. Menperoleh keberkatan rezeki. 8. Orang yang meninggal dunia mendapat kebahagiaan kerana keturunannya gembira dengan eratnya silaturahim itu. 9. Bertambah-tambah kehormatannya. 10. Bertambah-tambah pahala selepas matinya kerana orang-orang mendoakannya setiap kali disebut kebaikkanya. Oleh yang demikian, eratkanlah silaturrahim dalam mencapai keistimewaan yang tersebut di atas dan jauhilah dari perkara yang boleh memutuskannya. Tanganilah masalah keluarga dengan perasaan rasional dan eratkanlah semula perhubungan yang sudah retak itu dengan rasa kesedaran serta keinsafan, apatah lagi keranamereka yang tidak mahu berdamai itu akan dipertangguhkan keampunannya, sepertimana hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu: Maksudnya: “Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin dan Khamis, Setiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni, kecuali seseorang yang sedang dalam permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan: Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai.” (Hadits riwayat Muslim) Begitu juga mendamaikan di antara dua pihak yang berselisih itu hendaklah dengan adil dan saksama dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang berselisih, kerana semua orang yang beriman itu bersaudara dan bertanggungjawab dalam mendamaikan saudaranya yang lain sebagaimana firman Allah Subahanahu Wa Ta‘ala: Tafsirnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu. 
(Surah Al-Hujurat: Ayat 10)
 
Ramai yang tidak tahu akan hal ni,tetapi tapi semakin ramai yang melakukannya.Betulkan ...Fahami lah apa itu siratulrahim . .makin dekat darah makin kuat hubungan siratulrahim.Jangan sesekali melakukannya Allah amat Murka kerana Memutuskan Siratulrahim . .Masyaallah Mintak di jauhkan segala sifat yang memudaratkan Iman dan Taqwa.Allahuakbar..........Allah Maha Besar . .Ampunkanlah aku Ya Allah jika ada diumurku memutuskan ikatan siratulrahim sesungguhnya di masa itu aku masih mentah dalam Islammu . ...Kadang-2 aku juga kehairannan kerana pernah aku mencuba untuk menidakkan tapi terpaksa jua . .Ampunilah HambaMu ini Yang Allah . . Ya Karim.........................




Malaysia 2 - 3 Bahrain


TIGA gol pasukan lawan dalam tempoh enam minit mengundang padah buat Harimau Muda apabila tewas 2-3 kepada Bahrain pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Lebih mendukacitakan, anak-anak buah Ong Kim Swee gagal menggunakan kelebihan dua gol sekalipun Bahrain terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua.
Ternyata beraksi di depan lebih 40,000 penyokong sendiri bukannya kelebihan buat Harimau Muda yang mungkin sudah boleh melupakan impian untuk menjejakkan kaki ke bumi London tahun depan.
Percaturan jurulatih Bahrain, Salman Shareeda yang membawa masuk dua penyerang gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna, dalam tempoh 10 minit membuahkan hasil apabila kedua-dua pemain itu meledak ketiga-tiga gol pasukan pelawat.
Bahrain terlebih dahulu menguji gawang negara apabila rembatan Mohamed Ali Tayeb Al-Alawi terus ke dakapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat seawal minit kedua.
Tersentak dengan asakan itu, Harimau Muda yang kembali mengatur gerak, namun rembatan Wan Zack Haikal Wan Nor hasil hantaran cantik satu dua bersama Irfan Fazail, mudah dibaca penjaga gol pelawat, Ashraf Waheed Al-Sebaie lima minit kemudian.
Gol pendahuluan Harimau Muda akhirnya menjelma apabila rembatan deras kaki kiri Nazmi Faiz Mansor dari luar kotak penalti terus menerjah jaring Bahrain pada minit ke-30.
Jaringan itu ternyata menambah tonik Harimau Muda apabila berterusan menggandakan asakan, namun tandukan Mohamed Amer Saidin sedikit melewati palang gol hasil sepakan penjuru Mahali Jasuli pada minit ke-37.
Sebaik babak kedua bersambung, Bahrain dilihat semakin tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Fahad dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Mohd. Affize Faisal Mamat pada minit ke-58.
Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya Harimau Muda yang berjaya menggandakan kelebihan apabila kesilapan mudah Ashraf Waheed yang gagal menangkap kemas bola hantaran lintang Mohd. Fandi Othman dihukum Mahali Jasuli yang tenang menyambar bola muntah untuk gol kedua pada minit ke-66.
Bahrain yang tidak berputus asa berjaya merapatkan kedudukan apabila sepakan gunting Saad Salah terus menerjah gawang Harimau Muda pada minit ke-80.
Gegak gempita di Stadium Nasional, Bukit Jalil akhirnya bertukar sunyi sepi apabila Isa Ahmed berjaya menjaringkan dua gol pantas dalam tempoh dua minit bagi memastikan tiga mata berharga buat Bahrain.
Cubaan Harimau Muda untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan tidak berhasil apabila Mohd. Ferris Danial Mat Nasir yang tidak dikawal gagal menyambut hantaran Mahali pada masa kecederaan.
Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat Harimau Muda dalam saingan kelayakan Olimpik selepas tewas 0-2 dalam dua-dua perlawanan menentang Jepun dan Syria sebelum ini.
Dengan keputusan itu, Harimau Muda kini kekal di tangga tercorot Kumpulan C, sementara Jepun kekal menerajui takhta apabila menjinakkan Syria 2-1 di Stadium Olimpik Nasional, Tokyo semalam.
Sumber Kosmo

Kelantan Menang Lagi

Kelantan 4-2 ATM:
Barisan pemain Kelantan sudah mula mempamerkan keserasian dalam memahami taktikal Peter Butler yang hanya mementingkan kemenangan biarpun jumlah bolos yang dilakukan barisan pertahanan besar. Menang 4-2 mengatasi ATM melalui hatrik Danny Antwi yang menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama dan satu gol pada separuh masa kedua serta gol tunggal pemain muda Kelantan Khairul Izuan Rosli sudah cukup menceriakan seluruh penyokong Kelantan yang hadir meskipun ATM berjaya membolos dua gol Kelantan.
MUKTAMAD....PERLAWANAN persahabatan TRW 4(ANTWI 3,IZUAN 1)..ATM 2..
MOHAMED GHADDAR AKAN TIBA DI KLIA DARI BEIRUT PADA HARI SELASA 29hb JAM 3ptg...BELIAU AKAN MELAPUR DIRI KPD BUTLER DI SEREMBAN...BELIAU AKAN TURUN MENENTANG PERAK DI PAROI 1 hb NANTI BERGANDING DGN ANTWI DAN ALBERT BANNING...jgn lepas peluang tontoninya
Kafa memutuskan utk PINJAMKAN nizad ayob ke FELDA UNITED SEHINGGA JULAI 2012..dia munkin digandingkan dgn FAKRI SHAARANI di felda...kita percaya nizad boleh maju lagi
SILAKAN BERSAMA TRW DI PICNIC KELUARGA DI PANTAI BT 4 PORT DICKSON ESOK...jam 2....MAKAN NASI GULAI DARAT...SAMBIL berkenalan dgn ALBERT BANING,.ANTWI,OKINE..Indra,far han,Piya dll
KELANTAN 4-2 ATM
#KEL : Denny Antwi (2 goals)
#KEL : Izuan Rosli
... #KEL : Denny Antwi (Penalty)

#ATM : Venice (Penalty)
#ATM : UNKNOWN
 
KELANTAN :
GK : Syazwan Yusof
DF : Daudsu Jamaluddin, Nik Shahrul Azim, S.Subramaniam, Aziz Ismail
...
MF : Zakaria Charara*, Emmenuel Okine*, Khairul Izuan Rosli, Nurul Awan Roya, S.Chanturu
ST : Denny Antwi*

Simpanan : Shahrizan, Badri Radzi, Ramzul, Norshahrul, Rizal Fahmi, Aris Zaidi, Farisham, Ezrie Shafizie

ATM :
Faizal Ibrahim, Yarathan, Taj, Rueben, Rahmat, Christee, Said, Rizal Zamberi, Fitri, Yusaini, Venice.

(*) Import

   
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....
Gomo Kelate Gomo

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa: Balestier Khalsa FC 0-3 Kelantan

enarai kesebelasan utama:
Balestier Khalsa starting XI : Joey Sim; Poh Yi Feng, Vahid Bogucanin, Paul Cunningham (Capt), Anas Hadee; K Vikraman, K Sathiaraj, Ridhwan Osman, Andrew Tan; Shamsurin Rahman, Kim Young Kwang. Coach: Salim Moin
Kelantan starting XI : Mohd Syazwan Yusoff; Soryaparrad Subramaniam Capt), Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Abdul Aziz Ismail, Mohd Zamri Ramli; Emmanuel Okine, Mohd Nurul Azwan Roya, Suppiah Chanturu, Khairul Izuam Rosli, Norsyahrul Hawari, Denny Antwi. Coach: Peter James Butler

Malaysia 0 - 2 Syria

Namun, lain pula ceritanya dengan skuad Olimpik Malaysia yang tampil dengan persembahan bertenaga meskipun gagal menjinakkan Syria apabila tewas 0-2 pada perlawanan kedua aksi kelayakan Olimpik pusingan akhir Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.
 

Kudrat anak-anak buah Ong Kim Swee yang masih keletihan selepas mempertahankan pingat emas Sukan SEA ternyata dipuji apabila mendapat ‘tonik semangat’ daripada lebih 20,000 penyokong yang memberikan tepukan bergemuruh sebaik perlawanan tamat.

Malah sebelum sepak mula, pasukan Syria yang tiba di Kuala Lumpur sejak Sabtu lepas berbanding Harimau Muda yang hanya tiba dari Jakarta kelmarin dilihat seolah-olah beraksi di tempat sendiri apabila turut menerima sambutan hangat penyokong tuan rumah, situasi yang cukup berbeza yang diterima pasukan negara ketika di Stadium Gelora Bung Karno pada temasya Sukan SEA sebelum ini.

Kim Swee juga dilihat melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utamanya apabila meletakkan Wan Zack Haikal Wan Nor yang digugurkan daripada skuad emas sebelum ini untuk bergandingan bersama Fandi Othman, K. Gurusamy dan Nazmi Faiz Mansor di bahagian tengah sementara Mohammad Zubir Azmi, Amer Saidin, Mohamad Muslim Ahmad dan Mahali Jasuli menerajui benteng pertahanan negara.

Pasukan Harimau Muda yang mengasak seawal minit pertama kempunan menjaringkan gol pendahuluan apabila percubaan penyerang kontroversi, Ahmad Fakri Saaraini melambung tinggi meskipun kesilapan penjaga gol Syria, Ibrahim Alma gagal mengeluarkan bola dengan kemas dari kawasan penalti.

Syria yang dikendalikan jurulatih Immad Khankan kembali bangkit mengasak sebelum memperoleh peluang terbaik lima minit kemudian namun percubaan terus M. Zakaria Al Omari terus ke dakapan kapten Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Khairul Fahmi sekali lagi bertindak cemerlang apabila berjaya menangkap kemas percubaan penyerang kelab Al-Iltihad, Mohammad Fares pada minit ke-10 sebelum menepis percubaan Mardek Mardkian enam minit kemudian.

Peluang terbaik Malaysia untuk mendahului hadir selepas itu apabila Wan Zack dilihat beberapa kali gagal memanfaatkan hantaran cantik Nazmi Faiz dari tengah padang, sementara tandukan Thamil Arasu sedikit sipi pada masa kecederaan bagi menyaksikan kedua-dua pasukan kekal terikat tanpa jaringan ketika tamat separuh masa pertama.
 

Malaysia yang cuba meneruskan penguasaan sebaik babak kedua bersambung dikejutkan dengan gol pendahuluan pelawat menerusi tandukan S. Solaiman pada minit ke-51.

Gol itu ternyata menyuntik semangat Syria yang kembali menggandakan asakan, namun kecemerlangan Khairul Fahmi menjaga gawang wajar dipuji termasuk menggagalkan percubaan Mohammad Zbida dan Mohammed Fares beberapa minit selepas itu.

Penyerang gantian Syria, Nassouh Nakkdahli yang masuk menggantikan Mardkian akhirnya menamatkan mimpi ngeri tuan rumah apabila mudah menolak masuk gol kedua kira-kira tiga minit sebelum perlawanan tamat.

Malaysia kini menghuni tangga kedua tercorot kumpulan sementara Jepun kekal menerajui Kumpulan C setelah menjinakkan Bahrain 2-0 dalam satu lagi perlawanan semalam. Malaysia akan melayan kunjungan Bahrain di stadium sama Ahad ini.

Ditulis oleh : Nan Hidayat Nan Azmie
Sumber : Kosmo! Online - Sukan

Wednesday 23 November 2011

Malaysia Pingat Emas


Pingat Emas Sukan Bolasepak sukan sea 2011 di kalungkan kepada Malaysia skuad Harimau Muda Tahniah Malaysia ku.Walaupun tanpa Izat,Syahrul azwari namun kita masih mampu mengimbangi perlawanan Final ini dan Syabas!!!!!!!!!!!!!
  Permulaan Pemainan Indonesia menlancarkan asakan bertubi-tubi.Dengan gandingan 5 pemain yang di warganegarakan.Namun Indonesia mendapat Gol awal pada minit ke 4 perlawanan hasil dari tendangan sudut yang di sempurnakan oleh Gunawan.Pada pandangan kawe Mahali perlu challenge bola tu tapi dia mengambil keputusan untuk undur ke tiang Gol.Pada minit ke 12 lambungan cantik Badrol gagal di sudahkan oleh Asraruddin.Pada minit ke 27 asra sekali lagi gagal menyempurnakan.Banyak lagi peluang-peluang terhidang tapi kita masih gagal mendapatkan gol.Khairul Fahmi Che Mat memang tidak dapat menafikan prestasi terbaik seperti biasa,Pada minit ke-33 tandukan Asra menrjah jaring akhirnya walaupun beberapa kali mencuba.Jaringan penting buat kita menyamakan kedudukan.1-1.
 Pada separuh masa ke dua,kedua-dua pasukan berbalas serangan demi serangan namun masih gagal mencari gol kemenangan.Saat-saat akhir Indonesia tidak memberi peluang lansung kepada Malaysia untuk menyerang dan kita berjaya mempertahankan kubu.Masa tambahan juga berakhir dengan kedudukan masih lagi sama.
 Nampaknya Kapal Terbang Khas untuk skuad Malaysia di bawa pulang terpaksa menundukan masa kerana perlawanan ini berlanjutan ke tendangan penalti.


 Tendangan pertama Indonesia berjaya masuk walaupun bola nyaris di selamatkan oleh Apek.Mahali Jasuli mudah menyempurnakan sepakan PenaltiTendangan indonesia terkena tiang dan tidak masuk memberi advantage kepada kita.Irfan mudah mnyempurnakan tendangan.Ketua pasukan Indonesia berjaya merembat bola memasuki gawang.Tendangan dari Fakri tepat di baca oleh penjaga gol indonesia.Namun Indonesia berjaya menyamakan kedudukan.Fadhli sas mudah menjaringkan gol.Tendangan tinaga pemain Indonesia dapat di selamatkan oleh Apek.Bijak dan Class Apek selamatkan penalti.Tendangan penentuan dari Badrol Bahtiar dengan tenang dia menendang bola ketengah gol walaupun terkena penjaga gol namun bola itu bergolek masuk ke dalam Gol.Malaysia berjaya memenangi pingat Emas sukan sea 2011.
Tahniah Malaysiaku . . . Inilah Barisan Kita.........





Saturday 19 November 2011

Malaysia Vs Indonesia Final Sea Games 2011

Syukur ke hadrat Ilahi . .dengan RahmatNya Malaysia berjaya layak ke Final.Kita berjaya menewaskan Myammar pada separuh akhir dan Gol tunggal di jaringkan oleh Fakri Sairani pada minit ke 85.Pemain kita nampak kepenatan bila memasuki separuh masa kedua.Di mana Badrol Bahtiar sendiri kelihatan seba tidak menjadi.Fakri juga di lihat banyak kehilangan bola dan Syahrul Azwari juga nampak tidak Fit serta semakin perlahan pecutan lariannya.Apa status Wan Zack Haikal kita pun tidak dapat di perkatakan lagi.Namun perlawanan akhir pada 21 November ini Malaysia akan bertemu dengan Indonesia sekali lagi.Pastinya Indonesia tidak mahu di aibkan oleh Malaysia sekali lagi oleh Malaysia ketika kita tewaskan mereka pada pertembungan akhir kumpulan yang mana kita memenanginya dengan 1-0.

 Indonesia pula menewaskan Vietnam dengan 2-0.di mana pada pertemuan tadi mereka nampak kemas pada semua posisi malah 3 orang import yang di warganegarakan bermain serentak.Itu bukanlah satu alasan untuk menidakkan Malaysia memenangi Pingat emas sukan sea.Kita juga berharap memang betul peraturan yang mana penerima kad kuning pada peringkat kumpulan di bersihkan semasa separuh akhir.jika benar peraturan ini bermakna Badrol Bahtiar dapat bermain untuk Final.Jika tidak dia tidak dapat bermain.Kita juga berharap para pemain berehat secukupnya dan mendapatkan kembali kecergasan untuk Final nanti.Seluruh rakyat Malaysia berdoa dan berharap kita berjaya menewaskan Indonesia dan seterusnya memenangi pingat Emas.Semoga Barisan kita berjaya.

GOMO MALAYSIA GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


KE ARAH HIDUP SIHAT

Setelah banyak kali pergi check blood kdg-2 naik dan kdg-2 o.k.Maknanya cara hidup yang di amalkan sekarang tidak ada qualiti.Kawe dan Wife telah bersetuju untuk buat beberapa siri exercise yang bakal di buat:
1) Petang-petang main badminton untuk keluarkan peluh
2) Berbasikal.
3) Berbasikal jarak jauh seminggu sekali hari jumaat
  Sebab biasanya lepak depan laptop dan TV pastu makan.Kawe betul-2 nekad kali nii akan beli 2 mountain bike dan alat penimbang.Seminggu sekali rekod weight dalam laptop.Pastu tengok prestasi Quater year.Bulan 3,6,9 dan 12. Cukup setahun tengok prestasi dan buat post mortem . .Tapi yang penting weight kena idea.
mana tahu dapat turunkan paling maksimum 75kg.Boleh main bola balik . .

Patern ni memang minat gile tapi mana nak cari kat terengganu ni pun tak tahu lagi.Nampaknya kena pergi servey dulu nihh. Tapi untuk my wife kena cari patern yang rendah sikit supaya dia selesa dan kalau nak mudah kena test kat kedai basikal nanti lagi senang kan.

 Yang ni boleh kot.nanti balik kena tanya dia sendiri.Hidup sihat menjamin keluarga yang di berkati dan ceria.Hidup sihat 2012 . . .

Kelantan 2 - 1 Maldives

Kelantan memulakan aksi perlawanan Persahabtan pertama dengan skuad kebangsaan Maldives di stadium MPPJ.Hari ini Kelantan menguji pemain import baru dari Lebonan Zakaria Charara yang bermain baik dan hasil true passnya Danny Atwi berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 20.Sementara maldives menjaringkan Gol pada minit ke 3 menewaskan Syazwan. 
Kesebelasan Utama : Syazwan (GK), Daudsu, Farisham, Subra, Zamri, Nurul, Emmenual Okine, Zakaria Charara (import baru), Khairul Izuan, Denny Antwi, Ramzul

 Zakaria di katakn bermain dengan baik mengatur banyak pergerakkan Kelantan walaupun tanpa kelibat pemain-pemain utama.Shakir,Piya,indra,Farhan,azizi dan Gaddar.
Peter Butler membentuk 2 barisan skuad utama Kelantan untuk season baru.Kelantan akan buat rotate pemain.Inilah yang kita nak dari skuad kita.bagi mengelak pemain kepenatan Tahun depan banyak game yang akan kita lalui.dengan rotation player kita akan menghadapi perlawanan dengan pemain yang berbeza-beza dan tidak akan timbul pemain yang sama sahaja beraksi.Kemah coach kito . .
Bukan main haji ni nehh. . .Butler tengah susun strategi tektikal.Pada Separuh masa ke dua Danny Atwi sekali lagi menjaringkan gol dan seterusnya gol kemenangan kita malam ini.Penyokong-penyokong yang tidak berkesempatanke stadium mereka hanya dapat mendengar dari TRWFM.walaupun tersekat-sekat siaran malam tadi tapi boleh tahu jugalah sikit-sikit..Harap di perlawanan akan datang akan ada live streaming atau siaran lansung dari set-set kito.Perlawanan pertama kita bermula langkah kanan.

GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!


GARUDA MENANGIS DISARANGNYA

 Semangat,berdisiplin,strong mental dan smart. . itulah yang boleh di ungkapkan bila kita berjaya membuat sang Garuda menangis,Walaupun sebelum sepak mula pasukan Garuda memperlekehkan pasukan Malaysia yang mana jurulatih bercakap sombong dan bongkak dan menyatakan mereka mampu memenangi perlawanan walaupun hanya menurunkan barisan ke2 mereka.Ternyata mereka dengan sikap keegoan seperti sudah tidak kisah akan bertemu sesiapa sahaja tapi mereka mungkin silap kerana menanti mereka di separuh akhir adalah Vietnam dan sesiapa pun tahu akan kekuatan Vietnam yang berjuang mati-matian bila mereka beraksi dan Malaysia akan bertemu Myammar yang di lihat memberi advantage kepada Malaysia.
Wajah wira Malaysia Syahrul Azwari anak kelahiran Kelantan ini membuat seluruh rakyat Berbangga walaupun di masukkan menggantikan Wan Zack namun sentuhan keduanya terus membuat jaringan kepada negara,Walaupun ketika pertemuan dengan Thailand dia memiliki lebih 3 peluang keemasan dan di harap jaringan ini boleh membuka dimensi baru kepada striker Malaysia ini.Kita berharap pemain ini mampu menjaringkan Gol apabila menentang Myammar nanti.


Pemain ini yang di lihat mampu memainkan perannan penting di bahagian tengan Negara.Nazmi walaupun baru berusia 17 tahun dia mampu mengambil tempat pemain yang lebih senior darinya,Cantik ,kemas bila bertahan.Nampak dia menguasai bahagian tengah pasukan bila bermain.Permata baru yang kawe lihat mempunyai potensi yang besar dan di harap dia belajar dan terus menimba ilmu bagi masa depannya.
 Malaysia berjaya memalukan Indonesia dengan jaringan Syahrul Azwari dan menmpah slot ke separuh akhir bertemu Myammar pada 19 november jam 5 petang, Siaran Lansung RTM,TV3 dan astro.


GOMO MALAYSIA GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Kelantan Juara Piala Agong

Kelantan membuka tirai Piala Emas Raja-Raja dengan menjuarai Piala Agong 2011.Kelantan rata-rata di barisi pemain dari skuad utama pada tahun 2011 di samping beberapa muka baru.Wan Rohaimi Wan Ismail mengetuai pasukan Piala Agong.
Beraksi diatas padang becak, pelawat terlebih membuka tirai jaringan menerusi Mohd. Muhaimin Mohd. Shafie pada minit ke-34 selepas bijak menghukum kealpaan benteng pertahanan tuan rumah yang di ketuai bekas pemain Liga Super Kelantan Wan Rohaimi Wan Ismail.Tersentak dengan jaringan awal pelawat, tuan rumah mula memperkemaskan permaianan namun di hampakan oleh ketumpulan jentera serangan yang menyasikan kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.


Bersambung babak kedua, Kelantan terus menggandakan serangan untuk merapatkan jurang gol, hasilnya pada minit ke-50 tonggak pertahanan Rosairol Asrol Mohd. Noor berjaya menjaringkal gol untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.
Kelantan terus menggandakan jaringan menerusi kapten pasukan Wan Rohaimi Wan Ismail apabila berjaya menyempurnakan sepak penalti pada minit ke-57.
Ketika penyokong tuan rumah bersorak gembira untuk meraikan kejayaan, Mohd. Ikmal Faiz Azmi berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2 bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Bagaimanapun hasrat tersebut tidak kesampaian, apabila penyerang Liga Super Kelantan Muhammad Ramzul Zahini yang tidak dikawal menanduk masuk bola lambungan rakan sepasukan Tuan Hafizi Tuan Mahmood untuk memberikan kemenangan kepada pasukannya.
Kejayaan tersebut menyaksikan Kelantan berjaya menamatkan penantian selama dua tahun untuk muncul juara Piala Agong selepas kali terakhir melakukanya pada tahun 2008.
Selaku juara, Kelantan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM8,000, manakala Perlis yang muncul naib juara meraih RM5,000.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK) Datuk Takiyuddin Hassan berkata kejayaan tersebut dihadiahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sempena hari keputeraan baginda yang ke-42 kelmarin.
“Kejayaan ini cukup bermakna buat kami dan PBSMK mahu menghadiahkan kejayaan ini kepada tuanku Sultan Muhammad V sempena hari keputeraanya,” ujarnya.
sumber wawanfaiz.



Monday 14 November 2011

Malaysia 4 - 1 Kemboja

Separuh masa pertama pemainan Malaysia begitu rilex tanpa aggresif untuk mencari gol.Permainan agak bersahaja dan hanya berlegar dari tengah.Agak membosankan corak permainan pasukan negara.Sesekali kita melancarkan serangan yang agak bahaya tapi tidak bertemu gol.Nazmi bermain baik dan menggerakkan serangan Malaysia.Satu lambungan cantik dari yong di tanduk mudah oleh Izzat Faris pada minit ke 7.Permainan Malaysia banyak tertumpu pada passinf sesama sendiri bagi menjimat tenaga dan sesekali menyerang.Namun tanpa di duga Badrol bathiar tiba-tiba merembat bola dari jauh dan bola melantun masuk ke dalam gawang Kemboja pada minit ke 35.Nampak seolah-olah penjaga gol kemboja menyalahkan keadaan padang.Pada satu lagi lambungan bola dari Yong namun Izzat di tarik oleh pemain kemboja dan Penalti di berikan.Badrol Badtiar mudah menyempurnakan Gol itu pada minit ke 39.
  Bermula sahaja masa kedua pasukan negara di tekan habis-habisan oleh pasukan kemboja.Pasukan kemboja mnyerang seolah-olah ini adalah perlawanan akhir.Kelam kabut pemain negara untuk mengimbangi corak pemainan keras dan laju kemboja.Dengan tidak semena-mena kemboja melakukan counter attack tanpa sempat pemain pertahanan negara turun dan kemboja berjaya memecahkan pertahanana kita dengan Gol pada minit ke 60 di jaringkan oleh Chun yun.Terlepas juga Apek.Namun Pasukan negara kembali mnyerang dan mengasak kemboja akhirnya bola masuk juga oleh jaringan Wan Zaharulnizam pada minit ke 90.begitu lah berakhirnya perlawanan dan kita mengharapkan tektikal kental dari ong kim swe pada pertemuan dengan indonesia pada 16 haribulan ni nanti.

Saturday 12 November 2011

SULTAN KELANTAN HARGAI TRW

Sultan Kelantan dengan berbesar hati menganugerah kan pingat Bintang Seri Mahkota Kelantan dan Pingat Setia Kelantan kepada beberapa orang penting TRW.Jarang kita dengar Sultan memberi anugerah kepada Pemain bolasepak dan Selagu Penyokong No. 1 Baginda menganugerahkannya ke atas barisan TRW.
BINTANG SERI MAHKOTA KELANTAN (S.M.K)
1) Azman Ibrahim 
2) B.Sathianathan
PINGAT SETIA :
1) Badri Radzi
2) Norshahrul Idlan Talaha
3) Daudsu Jamaluddin
4) Rizal Fahmi Rosid
semoga yang mendapat pingat ini terus membaiki prestasi dan menjamin Piala ke Kelantan bila musim baru bermula. Terima Kasih Sultan Kelantan.Baginda kebanggaan Rakyat Kelantan.Ambo banggo jadi rakyat Kelantan...........
 

Friday 11 November 2011

TRW FRIENDLY MATCH

Kelantan adakan mengadakan beberapa sesi perlawanan persahabatan di luar Kelantan kerana cuaca yang tidak menentu dan supaya persiapan pasukan dapat di mantapkan sebelum sepak mula tahun 2012.


Perlawanan Persahabatan

Skuad Kebangsaan Maldives Vs Kelantan
Tarikh : 18 Nonember 2011
Vanue : Stadium MPPJ Kelana Jaya.
Masa  : 8.45 malam.

Balastier Khalsa FC (Singpore) VS Kelantan
Tarikh : 23 November 2011
Vanue : Stadium Singapore
masa : 8.45 malam

ATM Vs Kelantan
Tarikh: 26 November 2011
Vanue : Stadium K.L
Masa  : 8.45 malam

N.9 Vs Kelantan
Tarikh : 29 November 2011
Vanue : Stadium Paroi
Masa  : 8.45 malam

Perak Vs Kelantan
Vanue : Stadium K.L
Masa  : 8.45 malam





Allahuakbar Tuanku!!!!!!!!!!!!!!!


Allahuakbar Tuanku,Dengan merafak syukur patik dan keluarga mengucapkan tahniah dan bersyukur atas Hari Keputeraan Tuanku Ke Bawah Duli Yang Mulia Sultan Muhammad Ke V semoga Tuanku selalu di lindungi Allah dan sentiasa membawa perubahan pada rakyat jelata demi kemajuan Negeri sekecik kebun bunga Kelantan Darul Naim.


Kelantan bertambah maju di bawah naungan Duli Tuanku  . . .Allahuakbar Tuanku.........




Thursday 10 November 2011

Kelantan 4 - 0 Kelantan Piala Emas Raja-Raja

Perlawanan sulung Super Warriors adalah bertemu Skuad Piala Emas Kelantan yang berkesudahan Kelantan menang dengan 4-0.Jaringan pertama Kelantan di jaringkan oleh Ramzul pada minit ke-2.Gawang yang di jaga oleh Shahrizan Ismail di robek sekali lagi dengan Jaringan pemain tengah Khairul Izuan Rosli pada akhir minit ke45.
 Pada separuh masa kedua Gawang skuad Piala Emas sekali lagi di robek oleh oleh pemain pertahanan Kelantan Daudsu Jamaluddin pada minit ke 49.Skuad Piala Emas juga melakukan serangan tapi gagal memecah kebuntuan.Pada minit ke 51 Dany Atwi meledakkan gol melalui tendangan penalti.Kedudukan kekal hingga ke wisel penamat.
Kelantan turun tanpa trio Indra,Farhan dan Azizi.Mungkin Butler nak tengok skuad yang sudah berlatih.


Malaysia 2 - 1 Thailand

Harimau sudah mula menunjukkan taringnya.Pada awal permulaan permainan Thailand menyerang dan mengambil langkah drastik dengan menyerang kubu Malaysia bertubi-tubi.Pemain kita berjaya menyerap tekanan dari Thailand dan mula menyusun strategi.Beberapa percubaan dari thailand dapat di selamatkan Apek.Begitu juga Malaysia menyerang menyerang dan membuat percubaan tetapi tersasar.Saat yang di tunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia dengan satu hantaran menarik dari sebelah kiri oleh asaruddin dan disamabar oleh Badrol dan merembat menerjah jaring pasukan Thailand pada minit 25.Banyak peluang yang di perolehi oleh Syahrul azwari tapi sayanganya control ballnya tidak beberapa baik.2 kali dia dapat melepasi perangkap off side tapi peluang yang terhidang itu tidak di menfaatkan.Separuh masa pertama Malaysia mendahului 1-0.

  Pada Separuh masa kedua Thailand melakukan serangan dan begitu juga Malaysia peluang-peluang terhidang tidak dapat di sudahkan dengan baik.Datang pula firasat pada kawe di mana jika thailand dapat menyamakan kedudukan Malaysia pasti tertekan.Pada minit ke 76 serangan Thailand tidak dapat di halang lagi oleh pertahanan Malaysia dan berjaya di jaringkan oleh Natrid.Malaysia mula nampak sedikit tertekan dengan Coach membuat pertukaran mengeluarkan pemain muda Nazmi dan digantikan oleh K.Gurusami.Serangan terus di rencana oelh Malaysia bagi mencari 3 mata berharga skuad negar.Coach memasukkan Fakri dan Izzat bagi mengancam kubu Thailand.Pada minit ke 85 hantaran tepat pada Izzat lalu merembat ke gawang Thailand.Selepas gol itu thailand masih bernafsu untuk menyamakan kedudukan Tetapi Malaysia pula mendapat beberapa peluang tapi terus gagal di menfaatkan.di harap striker Malaysia melakukan percubaan bertalu-talu apabila bertemu dengan Kemboja pada Ahad nanti.Good Luck Malaysia!!!!!!!!!

Wednesday 9 November 2011

PENGUGUMAN DARI PRESIDEN KAFA

Saat yang di tunggu telah tiba  . .Tan Sri Anuar Musa telah mngugumumkan 28 senarai pemain dan pemain import.Lihat Video Live ini tadi dari Kafe TRW Station.
Itu lah senarai yang akan menguatkan lagi barisan TRW.Kita mempunyai 3 Penjaga Gol,9 pertahanan,9 Midfielder dan 6 Striker.Berikut adalah senarai nama berserta nombor jersi yang bakal di gunakan oleh TRW 2012.
Cuma pemain import keempat dari liga europe masih belum dapat di putuskan.Dan 2 lagi pemain tempatan yang bakal membarisi KTRW 2012 masih dalam proses dan mungkin akan di umumkan dalam masa terdekat sebelum tarikh tutup 8 December 2011.

  

 Tengok Tan Sri kito dengan Relax nampak tenang dan stdy . .kemah abg wa tusss.Selepas sidang media Tan Sri telah membuat perjumpaan tertutup dengan semua pemain kecuali Mohammad Gaddar yang akan join pasukan pada 16 November 2011 dan akan muncul buat kali pertama sebagai perkenalan apabila TRW bertemu skuad Kebangsaan Maldis.Perlawanan persahabatan Sulung kita.

PERLAWANAN PERSAHABATAN
Super Warriors (TRW 2012) vs Pahlawan Melayu (Piala Emas Raja-Raja)
Venue : Stadium Sultan Muhammad ke-IV
Date : 09 November 2011 | 8.45 malam
Ticket : FREE / PERCUMA
*TERTAKLUK KEPADA CUACA!!!! JIKA HUJAN, PERLAWANAN DIBATALKAN!!