Wednesday 25 July 2012

PENONTON BOLASEPAK SAMAN FAM

Seorang pereka grafik yang mengalami kecederaan mata kekal ekoran terkena mercun ketika menyaksikan perlawanan bolasepak pada Julai tahun lepas, hari ini memfailkan saman RM776,000 terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Ketua Polis Selangor dan dua lagi.

Ahmad Jazimin Mohd Jalaludin, 30, memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan N.M Main & Associates di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau menamakan FAM sebagai defendan pertama, Ketua Polis Selangor sebagai defendan kedua manakala Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga hingga keempat.

Menerusi penyata tuntutan beliau mendakwa mengalami kecederaan pada mata kanannya ketika menonton perlawanan bola sepak prakelayakan Piala Dunia 2014 melibatkan pasukan negara Malaysia dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai tahun lepas.

Ahmad Jazimin yang turut hadir di mahkamah, mendakwa beliau dan penonton lain memasuki stadium tanpa melalui apa-apa saringan atau pemeriksaan badan oleh penjaga pintu masuk ataupun anggota polis.

Beliau mendakwa ketika kejadian kira-kira 8.45 malam, satu mercun telah jatuh di tempat duduk penonton dan meletup hingga mengenai mata sebelah kanannya.

Ahmad Jazimin mendakwa pihak FAM gagal mematuhi piawaian dan standard penganjuran perlawanan bola sepak antarabangsa yang ditetapkan oleh pihak Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) sepanjang perlawanan tersebut.

Tambahnya defendan kedua dan ketiga gagal menempatkan anggota polis mencukupi bagi tujuan keselamatan di pintu masuk untuk mengekang percubaan membawa masuk bahan dan objek terlarang ke dalam stadium.

Ahmad Jazimin menuntut ganti rugi am RM100,000, ganti rugi khas kehilangan upaya pendapatan RM576,000, ganti rugi khas RM100,000, faedah, kos dan relif lain.

Sementara itu peguam Nik Mohamad Anuar Badiruddeen memberitahu pemberita writ saman akan diserah kepada defandan dalam tempoh 14 hari.

Sumber: Bernama/Malaysiakini
Petikan dari Klate.Net

Tan Sri kita tu melawat mangsa keadaan dan kecuaian FAM dalam menganjurkan perlawanan peringkat Dunia.FAM boleh tukar nama lah FARM.Susah juga nak jaga tangan pembaling mercun ni.Tapi kalau kawalan ketat dan penggunaan sistem X-Ray macam kat airport tu tentu lane clearkan.Fikir-fikirkanlah.Kalau di buat kawe grenti Malaysia akan dapat award dari FIFA untuk scurity gate terbaik.

 

KAFA TERKEJUT TUDUHAN BARU FAM



Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam dikejutkan dengan kehadiran surat daripada Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk pemain importnya, Mohammed Ghaddar (kanan) yang didakwa mengasari pemain Selangor, Bunyamin Umar ketika perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 29 Jun lalu.

Ghaddar perlu menjawab surat pertuduhan itu sebelum 1 Ogos ini kerana Jawatankuasa Tatatertib FAM dijangka bersidang pada 2 atau 3 Ogos ini.

“KAFA menerima surat pertuduhan itu hari ini (semalam) dan perlu menjawab sebelum 1 Ogos ini, namun persoalannya kita mahu tahu pertuduhan itu dibuat berdasarkan laporan siapa.

“Adakah Bunyamin atau Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang membuat aduan? Jika tiada laporan, FAM tidak boleh membuat pertuduhan,” kata satu sumber dalaman KAFA kepada BH Sukan, semalam.

Beliau yang kesal dengan tindakan FAM itu berkata, badan induk bola sepak negara itu perlu memberi penjelasan kerana yang membuat aduan sebelum ini adalah KAFA, bukan FAS.

KAFA turut tertanya-tanya walaupun perbicaraan belum dilakukan, kini pemain dari Lubnan itu pula bakal dikenakan tindakan disiplin oleh FAM.

Sebelum ini, KAFA membuat aduan kepada jawatankuasa tatatertib itu supaya mengenakan tindakan disiplin terhadap Bunyamin dan seorang lagi pemain Selangor, Amri Yahyah kerana melakukan ‘kekasaran melampau’ terhadap pemain importnya, Ghaddar pada perlawanan sama.

Bunyamin dalam kenyataannya dalam akhbar ini mengaku bertindak terhadap Ghaddar selepas pemain itu melakukan provokasi terhadapnya. Tindakan Ghaddar itu boleh dilihat menerusi rakaman perlawanan berkenaan di YouTube.

Sehubungan itu, dia meminta FAM menjalankan perbicaraan secara telus ke atasnya selain turut mengambil tindakan sama terhadap Ghaddar.

Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim, mengesahkan Ghaddar yang kini berada di Lubnan untuk melangsungkan perkahwinannya dan dijangka pulang sekitar Ogos ini menerima surat pertuduhan itu semalam yang antara lain mendakwa pemain import dari Lubnan itu menyerang dan memukul Bunyamin secara fizikal.

“Tapi saya tidak mahu ulas lanjut dan menyerahkan kepada FAM membuat keputusan,” katanya.

Sementara itu, FAS mengesahkan dua pemainnya, Amri dan Bunyamin turut menerima surat pertuduhan itu daripada jawatankuasa tatatertib berkenaan semalam.

“Memang benar FAS baru saja terima surat pertuduhan itu tadi (semalam) untuk dua pemain kami, Amri dan Bunyamin. Mereka diminta menjawab pertuduhan itu sama ada mengaku salah atau minta dibicarakan.

“Kami akan meneliti dahulu surat ini, kemudian baru buat keputusan membalasnya sebelum 1 Ogos,” kata Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi, semalam.

Sumber: www.bharian.com.my

Petikan dari Klate.Net

Hairan bin ajaib niih,Kenapa pasukan yang membuat aduan dan terima tuduhan dari FAM.Apa benda ni FAM? Setiausaha Tahu buat kerja ke tak ni? Mata dia dah kabur ke? ke sebab pemain selangor?
 Ghaddar bakal hadapi pertuduhan? sedangkan dalam gambar dan pemain itu sendiri dah mengaku? FAM perlu di bubarkan? Presiden Sila letak jawatan.

 
 

Sunday 22 July 2012

KHAIRUL FAHMI CHE MAT BERSAMA KELANTAN SEHINGGA 2014



  Penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat SAH menandatangani kontrak baru selama 2 tahun bersama pasukan Kelantan FA dan menyaksikan beliau akan kekal bersama pasukan The Red Warriors itu sehingga penghujung tahun 2014.

Dengan secara sahnya menandatangani kontrak ini, ia menamatkan khabar angin yang Khairul Fahmi Che Mat ( Apex ) akan berpindah ke pasukan berstatus Gergasi yang lain pada musim hadapan.

Khairul Fahmi Che Mat yang kini sedang berlatih bersama skuad kebangsaan kemungkinan akan tersisih dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Gergasi EPL iaitu Arsenal pada 24 Julai ini kerana menghadapi masalah kecederaan.

Petikan dari Kelanta Fa.

QPR Repeat Five-Star Display

Stop me if you can: Queens Park Rangers’ Jamie Mackie trying to dribble past Kelantan’s Obbina Nwaneri and Shakir Saari during their exhibition match at the Shah Alam Stadium last night

SHAH ALAM: Queens Park Rangers repeated their five-star display to thrash Kelantan 5-0 in an exhibition match at the Shah Alam Stadium last night.

The Hoops, who also fired five past the Sabah Selection in Kota Kinabalu on Tuesday, were in ruthless mood against the Super League champions with Shawn Wright Phillips (17th), Michael Harriman (53rd), Jamie Mackie (73rd) and Bobby Zamora (83rd, 90th) on target in the rout.

The Red Warriors, who were without their injured talis­manic goal­keeper Khai­rul Fahmi Che Mat, were simply overpowered by the physically superior English Premier League outfit.

Kelantan, however, had a great chance to take the lead in the seventh minute but lanky striker Indra Putra Mahyuddin failed to direct his header into goal.

Kelantan coach Bojan Hodak even brought on five of his foreign players in the second-half but the east coast giants still failed to find a breakthrough against the solid QPR side.

QPR coach Mark Hughes said his side played well although they are in the early part of their pre-season preparations.

“It’s important to play well at this stage and I’m glad we won this comfortably,” said the Welshman.

“The match was not too intense and it was perfect for our early preparations. We also had a good reception here and I hope we can return in the future.”

Meanwhile, Hodak downplayed the importance of the match, claiming it was a ‘reward’ for his players.

“The match was a good test for us, and it gave us an idea which player can play at the higher level,” said Hodak.

 Petikan dari Klate.net

Apa yang perlu kita malukan? 5 - 0 satu keputusan biasa je.Tapi ada ramai yang tidak faham dan cuba nak samakan Kita dengan Sabah.Bukan Sabah yang lawan QPR tetapi pilihan Sabah campuran.Manakala Kelantan adalah dari Pasukan Kelantan yang tulen.Walaupun semua pemain import Kelantan sudah kembali tetapi hendak membendung asakan QPR kita perlukan prestasi pemain berada 200% di sampaing tektikal




The Red Warriors Terima Ganjaran Lebih RM1 Juta

PETALING JAYA – Skuad bola sepak Kelantan menerima ganjaran wang tunai RM1.075 juta atas kejayaan mempertahankan kejuaraan Liga Super dua tahun berturut-turut.

Skuad The Red Warriors menerima habuan sebanyak RM750,000 atas kejayaan menjuarai Liga Super musim ini dan turut menerima insentif Liga Malaysia 2012 sebanyak RM325,024.

Ganjaran wang tunai tersebut disampaikan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin kepada pengurus bola sepak Kelantan Azman Ibrahim.

“Ini hasil kerja keras pasukan Kelantan. Kafa (Persatuan Bola Sepak Kelantan) akan mengadakan mesyuarat untuk mengagih-agihkan wang ganjaran ini kepada pemain dan kita akan pastikan Kelantan terus mengecap kejayaan.

“Selepas ini sasaran kita adalah untuk membawa balik Piala Malaysia yang akan berlangsung pada September depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian wang tunai dan insentif Liga Malaysia 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini hari ini.

FAM turut menyampaikan habuan kepada juara Liga Perdana musim ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebanyak RM300,000; juara Piala Presiden, Perak RM100,000; juara Liga FAM, Kuala Lumpur SPA RM60,000.

Sementara itu, penyerang import sensasi Terengganu dan Negeri Sembilan, Francis Forkey Doe dan Emmanuel Effa Owona masing-masing dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super musim ini apabila berkongsi jaringan dengan meledak 15 gol.

Penyerang pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Khairul Izuan Abdullah yang menjaringkan 27 gol, muncul pemenang bagi kategori penjaring terbanyak dalam aksi Liga Perdana.- Bernama

Petikan dari Klate.Net 20 July 2021 

Pengacara astro menyatakan pasukan terkaya sebab Kelantan dapat lebih dari 1 juta,ini untuk Piala Malaysia dan Insentif liga Malaysia 2012.Cuba kita campur dengan Piala FA pulakk.Berapa yee.Kira sendiri lah.Kelantan sudah menjadi seolah-olah kalau di perhatikan bagi liga English ada sedikit persamaan dengan Chelsea dari segi pengurusan.Antara kelab terkaya.Sebab kalau manchester City dah bagi kat ATM.Apa pun Tahniah kepada Team Kelantan dan Penyokong-penyokong Kelantan kerana kita bergabung kerana bolasepak dan kita belajar dari setahun ke setahun.Biarlah tiada undian yang akan di berikan kepada penyokong terbaik Malaysia.Kelantan tetap yang terbaik dari segi pengurusan,Pemain dan Penyokong.Buat tahun 2012 tiada penyokong setanding THE RED WORRIORS.


GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Friday 20 July 2012

PIALA KUMPULAN SENTOSA MILIK KELANTAN





Piala kumpulan Sentosa menjadi milik Kelantan selepas 5 sepakkan penalti.Pertandingan ini di anjurkan sempena latihan pasukan QPR di Stadium Sultam Muhammad Ke-IV pada 19 July 2012.Kelantan hanya menurunkan penjaga Gol kedua berpengalaman lama dalam liga Malaysia ini.Mohd Shahrizan Ismail atau lebih di kenali sebagai Mat Chah.2 sepakkan Penalti berjaya di baca tepat kedakapannya.Pemain dari liga Perdana English (EPL) dapat di selamatkan oleh Mat Chah.Bagaimana agaknya perasaan mereka dengan kekalahan ini? Adakah mereka akan berhati-hati dan tidak akan memberi muka pada pemain Kelantan pada perlawanan sebenar esok 20 July 2012?


Kelantan berjanji akan memberikan cabaran terhebat kepada QPR pada malam perlawanan sebenar.Ini baru penjaga gol kedua Kelantan belum lagi Penjaga Gol utama Kelantan Apek.Pemain Kelantan yang berada di kem Kebangsaan juga mendapat kelepasan dari FAM bagi menghadapi perlawanan dengan QPR ini.

Hero Kelantan pada Piala Sentosa adalah Mat Chah dan penerima Piala adalah Kapten kesayangan kita Piya.Kapten Marber itulah yang di berikan kepada Piya kerana dia adalah kapten Kelantan pertama yang paling banyak menerima Piala di Malaysia.Orang tak pandang berapa piala yang kita dapat,tapi orang akan tertarik bila berapa kerap kita dapat dakap Piala itu.

Tahniah dan terima kasih kepada pengurusan,Kejurulatihan dan Pemain serta penyokong Kelantan kerana memainkan peranan masing-masing semasa perlawanan ini.Yang paling penting QPR rebah di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan mengekalkan Keramatnya SSMIV ini.


Tahniah sekali lagi kepada THE RED WORRIORS kerana berjaya mengalahkan QPR dalam perebutan Piala Sentosa.Apa pun ,kita berharap dapat memberikan tentangan sengit kepada QPR malam 20 july 2012.
"Anak klate bako ore brani" mari sapa pon kawe tak lari.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!


7 PEMAIN IMPORT UNTUK QPR


 1. Dennis Antwi (PIALA AFC)
2. Zakaria Charara (MASIH MENGIKAT KONTRAK)
3. M. Ghaddar (LIGA SUPER, PIALA AFC)
4. Emmanuel Okine (MASIH MENGIKAT KONTRAK)
5. Keita Mandjou (PIALA AFC)
6. Mijo Dadic (PIALA AFC)
7. Obinna Nwaneri (LIGA SUPER, PIALA AFC)

Kelantan bakal membawa senjata 7 serampang bagi menghadapi QPR.Mereka adalah pemain Kelantan yang masih mempunyai bagi kontrak di Kelantan.Seperti Zakaria Charara dan  Emmanuel Okine yang di pinjamkan kepada Kuala Lumpur untuk liga super.Manakal 2 pemain import bagi liga super Kelantan adalah Mohammad Ghaddar dan Obinna.Manakala untuk AFC Kelantan mempunyai 3 lagi pemain iaitu Keita manjou ,Antwi dan Mijo Dadic.
  Kelantan akan menggunakan semua senjata ini bagi perlawanan dengan QPR.Apa yang merisaukan penyokong sekarang adalah prestasi semasa pemain-pemain import ini.Jika mereka masih berada dalam tahap terbaik maka Kelantan adalah pencabar sebenar QPR.
 Di Stadium Shah Alam pihak pengurusan akan mengadakan ruangan solat terawih dan penyokong boleh beribat dengan keadaan yang baik.Apa pun Kawe mengharapkan Kelantan menggunakan tektikal dan pemain berada dalam 100% fit untuk kalai ini.Siapa bakal di turunkan untuk separuh masa pertama? kita tak perlu fikirkannya yang pasti Bojan Hodak tahu apa anak buahnya mampu lakukan.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!



Thursday 19 July 2012

KEJAYAAN KELANTAN 2012


Dengan Lafaz Bismillah,
Kawe memulakan posting hari ini.Tujuan sebenarnya hari ini tiada apa lagi yang hendak di perkatakan selain dari Perlawanan dengan QPR.Ini pun satu dari sejarah Kelantan.Permulaan tahun 2012 Kelantan sepatutunya sudah dapat mengapai Piala Sumbangsih tapi misi kita di tewaskan oleh Negeri Sembilan di Bukit Jalil.Selepas itu Ketua Jurulatih Kelantan pula meninggalkan kita,Peter James Butler.Kita di lihat agak sukar bila Butler meninggalkan kita tapi dengan tindakkan pantas pengurusan Bojan Hodak di lantik untuk mengetuai Jurulatih Worriors.

  Kita bermula baik dalam liga dengan keputusan Menang dan seri tapi akhir saingan dengan Selanggor kita tewas.1 kali tewas pada pusingan pertama.Di AFC pula kita merancang dengan baik.Pemain Import pula sudah mula menunjukkan seserasian.Kelantan menewaskan Terengganu dengan 3-2 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV untuk mara ke Pusingan suku akhir Piala AFC.
Kita juga di kejutkan dengan Hukuman 2 tahun 6 bulan kepada Bapa Bolasepak Kelantan Tan Sri Anuar Musa.Namun dengan kebijaksanaan TSAM kini beliu sebagai penasihat KAFA dan masih boleh untuk berada dalam pengurusan dan tindakkannya TSAM melawan FAM di mahkamah satu tindakkan bijak.


Kelantan berjaya memiliki Piala Fa 2012 setelah kali keempat kita mencubanya.Atas permaianan dan tektikal kita berjaya menumbangkan Sime Darby 1-0 jaringan pemain import kita Mohammad Ghaddar.Kejayaan ini membuka mata semua pihak bahawa Kelantan semakin liat untuk di tumpaskan.Kejayaan ini mencapai matlamat antara 4 piala dan satu kita gagal dan satu kita berjaya.


Pada 7 July 2012 Kelantan telah di sahkan Juara Liga 2012 dan setelah di rayu dari FAM,Piala di sampaikan juga pada 14 July 2012 di Stadium Keramat kita Stadium Sultan Muhammad ke-IV.Dan Piala liga Super kita hanya tewas 2 perlawanan di tangan selangor dan Felda United.Satu pencapaian yang baik walaupun kita mensasarkan tidak tewas dalam liga Super.


Sejarah bakal di cipta lagi,Apabila QPR telah bersetuju untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan    kita pada 20 July 2012 di Stadium Shah Alam,Mungkin ada baiknya jika di buat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV namun kelengkapan kita di SSMIV tidak menepati citarasa Antarabangsa termasuk kemudahan yang perlu di adakan.Tapi tak pa lah FORTRESS sedang di bina menepati kemudahan antarabangsa.Jangan risau bila dah siap nanti Barcelona pun akan datang ke Kelantan.

 Setakat July 2012 Kelantan sudah berjaya mendapatkan 2 piala dari 4 piala di Malaysia dan Kita mempunya 1 piala AFC dan masih berpeluang untuk mengapainya jika tektikal dan persiapan pasukan berjalan dengan baik.Dan ada ura-ura mengatakan Kelantan bakal bertemu dengan Lions XII bagi Piala Malaysia 2012 di Final..Benar atau tidak ramalan ini ,kita bakal saksikannya nanti.Insyaallah dengan pasukan yang ada sekarang ini semuanya berkemungkinan dan jika diizinkan Allah ,Insyaallah kita Akan berjaya.
   Apa pun,Kejayaan Kelantan sebenarnya berada dalam tangan Anak Kelantan Sendiri.Penyokong Kelantan tiada siapa mahu pertikaikan lagi.Memang hebat dan mengkagumkan.Stadium sentiasa penuh dan kemana sahaja Kelantan bermain The 12th Worriors pasti akan berdiri teguh di belakang.Semoga berjaya di AFC dan Piala Malaysia 2012

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Wednesday 18 July 2012

BERITA BAIK BUAT PENYOKONG KELANTAN DAN QPR



Mengikut Jadual Rancangan RTM 1 dan Iklan, penyokong Kelantan dan QPR yang tidak berpeluang ke Stadium Shah Alam boleh menyaksikan Siaran Langsung Kelantan lawan QPR pada 20 Julai ini bermula jam 9.30 Malam.

Selamat Menonton

Petikan dari Kelanfa.com

Jika benar apa yang di war-war kan ini.RTM pasti kepada yang tidak dapat ke Stadium Shah Alam pasti gembira.Dengar kata Astro juga bakal menyiarkan secara lansung.Kemah Keming set kito..GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!


QPR ASIA TOUR 2012 : Menanti QPR di Kota Bharu


Menurut Pegawai Akhbar QPR, Matt Webb, sambutan yang diberikan ketika pasukan sampai dan berada di Kota Kinabalu adalah diluar dugaan dan menjadi kenangan manis kepada pasukan ketika berada di Negeri Di Bawah Bayu.

Pemain-pemain QPR juga telah meahirkan perasaan gembira mereka dan memberi pujian dalam laman sosial twiiter kepada peminat-peminat bola sepak tempatan.

Tidak mahu ketinggalah, Kelantan juga menyediakan pelbagai aktiviti untuk memeriahkan kunjungan QPR ke Kota Bharu pada 19 Julai ini.

Menurut Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail, yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat sambutan malam tadi, acara sambutan ringkas diatur untuk meraikan QPR akan bermula di lapangan terbang, sebelum konvoi dari kelab kenderaan bermotor, kelab penyokong dan peminat bola sepak tempatan mengiringi rombongan QPR ke pengingapan mereka di Hotel Grand Riverview (GRV)

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Agong KAFA, Tuan Hj Azman dan Pegawai Media KAFA, Wan Badri Wan Omar.

Pasukan QPR dijangka berlepas dengan penerbangan khas dari Kuala Lumpur pada jam 11 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 12 tengah hari. Acara sambutan di lapantan terbang akan diketuai oleh barisan EXCO Persatuan Bola Sepak Kelantan.

Paluan rebana, persembahan silat dan sorakan (chant) Ultras Kelantan akan mengiringi ketibaan rombongan di GRV. Sesi bertemu peminat selama 30 minit di lobi hotel dijangka bermula jam 2 petang, selepas mereka selesai menikmati jamuan makan tengah hari.

Air Asia, Warriors dan Umbro akan mengadakan promosi dan jualan pelbagai barangan khas bersempena majlis tersebut.

Sementara pemain-pemain berehat, satu sidang media perlawanan yang akan dihadiri oleh jurulatih dan ketua pasukan kedua-dua pasukan akan diadakan pada jam 2.30 petang.

Pasukan QPR akan bertolak ke Stadium Sultan Muhammad ke IV (SSM4) kira-kira jam 5 petang untuk sesi latihan bersama pasukan Kelantan.

Acara iringan turut diadakan di SSM4 bagi meraikan peminat-peminat yang hadir di stadium. Selain berpeluang menyaksikan kedua-dua pasukan mengadakan latihan, mereka juga akan melihat kehebatan penjaga gol dan pemain-pemain lain QPR dan TRW yang akan diuji melalui tendangan penalti.

Peminat-peminat bertuah akan mendapat barangan yang akan disampaikan sendiri oleh pemain-pemain QPR.

Selesai acara di SSM4 lebih kurang jam 6.45 petang, QPR akan kembali ke pengingapan untuk bersiap sedia sebelum menghadiri jamuan makan malam di hotel yang sama. Jamuan makan malam ini turut dihadiri oleh pemain-pemain Kelantan (TRW) yang akan mengarak dua piala yang mereka menangi, Piala FA dan Piala Liga Super, ke dalam dewan sebelum jamuan bermula.

Lebih 500 tetamu termasuk pegawai serta pemain pasukan The Red Warriors, skuad Belia dan Skuad Presiden Kelantan dijangka memeriahkan upcara makan malam tersebut.

QPR dan TRW akan menaiki penerbangan yang sama untuk ke Kuala Lumpur selepas jamuan makan malam.

Perlawanan Kelantan dan Rangers akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Julai 2012, jam 9.15 malam.

ATUCARA RINGKAS

11.00 am - QPR berlepas dengan penerbangan KHAS dari Kuala Lumpur
12.00 pm - QPR dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu
12.45 pm - Rombongan tiba di Hotel Grand Riverview, Makan Tengah hari di Restoran
02.00 pm - Sesi Bertemu Peminat di Lounge Hotel
02.30 pm - Sidang Media Pra Perlawanan TRW-QPR di M2, Hotel Grand Riverview
04.45 pm - Rombongan bertolak ke Stadium Sultan Muhammad Ke IV
06.45 pm - Selesai acara di stadium dan kembali ke hotel
08.00 pm - Jamuan makan malam di Grand Ballroom
10.00 pm - QPR dan TRW berlepas ke Kuala Lumpur

*Tertakluk pada pindaan.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin


Sabah XI kena 5-0 dengan QPR dan kita akan berlawan dengan mereka malam esok.Acara sambutan telah di siapkan untuk mereka.Selamat Datang ke Kelantan DarulNaim...