Thursday 27 September 2012

PERUBAHAN TEKNIKAL BASIKAL DAN PERLATAN TAMBAHAN BARU

Pada 24 september 2012.Teknikal baru Basikal kawe ada sedikit perubahan di mana selepas kayuhan bersama Shafie dan perkara-perkara yang di usulkan segera kawe bertindak.Pertamanya menukar kembali pada tayar besar 26 x 2.10 tayar besar kerana untuk latihan kita gunakan tayar besar dan jika ada event baru bertukar pada tayar saiz kecil.Inilah workshop kreatif kawe.Mula-mula tukar tayar sendiri tiub lama bocor dan bila nak gunakan tayar kecil semula kawe salah masukkan tiub dan Tayr telah mengepitnya dan berlakulah kebocoran pula pada tiub dan nak ke taknak kena pergi beli tiub baru.Bila sampai di Kedai Poligon chendering kawe mula-2nya hairan kerana tayar berharga RM 6 untuk 1 tiub tapi oleh kerana harganya murah kawe ambik 2 tiub dengan harga RM12.Bila sampai sahaja di rumah ingatkan ada harapan untuk berkayuh pada petangnya tetapi saiz tiub itu tak boleh nak masuk.Dalam fikiran kawe mesti ni salah tiub.kawe hubungi Shafie dan dia juga berpendapat yang sama seperti kawe.Kawe pun pergi semula ke Kedai Poligon untuk tukar balik tiub tu.Nasib baik boleh tukar tanpa sebarang masalah tapi amat bernasib baik kerana  masih ada 1 sahaja lagi tuib.

Nasib baik juga datang ke kedai Poligon sebab dapat beli Pum Baru dengan Harga RM28.Harga asal Pum ini adalah RM48.Kawe sampai sahaja di rumah dan terus tukar tiub dan setting miles basikal kawe dengan setting baru 26 x 2.10 dengan setting miles 207.Setelah siap kawe pun segera basuh basikal bagi menghilangkan debu-2 kayuhan malam kelmarin dengan Shafie.


Inilah rupa basikal kawe setelah di bersihkan dan di settingkan milesnya.Kawe juga ingin membeli beberapa peralatan lain untuk menambah baik peralatan yang sedia ada.Cuma tunggu gaji pada esok hari.
  Pada 25 september 2012 hari gaji kawe pergi membeli loceng basikal kawe dengan harga RM5 cap CAT EYE sama seperti brand miles kawe.
Ini pun rekomen dari Shafie.kawe terasa memang memerlukan baju semasa kayuhan sebab tanpa baju basikal mungkin kekok untuk berkawan dengan geng-2 basikal yang lain.jadi kawe ingin cari baju yang sesuai dengan basikal kawe.

Pada sebelah malamnya kawe mengajak wife kawe untuk ke kedai barangan antik di depan Public Bank dan memang ada menjual baju-2 basikal bersaiz bessar.Kawe pun pergi lah bersama wife kawe untuk memilih baju yang sesuai.Kedai ini juga di rekomen oleh Shafie.Kawe memilih baju jenama GIANT dengan harga RM80 berlengan panjang.
Inilah pandangan hadapan baju kawe.Kawe ambik baju lengan panjang sebab biasanya kalau kawe berkayuh sebelah pagi sampai di rumah kadang-kadang dan hampir 11 pagi dengan keadaan cuaca yang telah panas.
Baru sedap nak berkayuhkan dengan baju ni.Dengan setting baru basikal kawe memerlukan masa beberapa kali untuk membaiki kayuhan dengan setting baru ini.Insyallah dengan semangat dan tips dari kawan-2 kawe yakin dapat membaiki masa dan Teknik kayuhan.
Go Poknikmu GO!!!!!!!!!!



Ghaddar Penyelamat Maruah



KOTA BHARU – Cabaran Kelantan dalam Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2012 berakhir apabila tewas menerusi agregat 6-2 kepada Arbil FC dalam saingan suku akhir kedua yang berlangsung malam tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, hasrat Kelantan untuk memburu sekurang-kurangnya empat gol gagal terlaksana setelah sekadar terikat seri 1-1 dengan juara Liga Premier Iraq itu.

Meskipun tersingkir, namun pujian harus diberikan kepada anak buah Bojan Hodak yang mempamerkan aksi cemerlang apabila dilihat berjaya menyaingi kehebatan pasukan dari Asia Barat itu dalam perlawanan yang disaksikan hampir 7,000 penyokong tempatan.

Terima kasih kepada penyerang import sensasi, Mohamad Ghaddar yang muncul selaku penyelamat apabila sepakan penaltinya pada penghujung masa kecederaan memastikan setidak-tidaknya The Red Warriors terus mengekalkan rekod tanpa kalah beraksi gelanggang keramat itu sepanjang musim ini.

Pasukan pelawat yang turun tanpa tekanan memulakan asakan awal ketika permainan baru memasuki minit pertama menerusi percubaan jarak jauh Amjed Radhi namun terkena palang gol Kelantan.

Kelantan yang turun dengan misi hidup mati bagaimana pun kembali melancarkan serangan menerusi rembatan Indra Putra Mahayuddin pada jarak 25 meter namun melewati pintu gol Arbil FC pada minit kesembilan perlawanan.

Selang tiga minit kemudian, giliran bek kental, Obinna Nwaneri pula menguji kecekapan penjaga gawang Arbil FC, Jalal Hassan Hachim namun tandukan beliau berpunca sepakan percuma Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi sedikit melewati pintu gol.

Pasukan pelawat yang menewaskan Kelantan 5-1 dalam saingan suku akhir pertama minggu lalu nyaris memperolehi gol pendahuluan mereka namun rembatan Saad Abdulameer Luaibi pula menerjah jaring sisi pintu gol Kelantan pada minit ke-18 perlawanan.

Satu-satunya peluang terbaik Kelantan hadir pada minit ke-23 perlawanan menerusi Muhammad Afiq Azmi. Namun penyerang pinjaman dari Kuala Lumpur itu gagal menolak masuk hantaran lintang Norshahrul Idlan Talaha apabila berjaya berjaya disepak keluar Ahmed Ibrahim di depan pintu golnya.

Empat minit berselang, skuad bimbingan Bojan Hodak sekali lagi menggigit jari apabila rembatan padu pemain sayap, Mohd Norfarhan Muhammad hasil umpanan Muhammad Afiq singgah di bucu palang gol Arbil FC.

Pasukan Arbil FC yang tenggelam dengan asakan bertali-arus pemain tuan rumah bagaimanapun turut berpeluang untuk mendahului, namun rembatan jarak jauh Ketua Pasukannya, Halkard Mulla Mohammad Taher terus ke dakapan Khairul Fahmi pada minit ke-34 perlawanan.

Kerja keras anak didik Nizar Mahrous akhirnya membuahkan hasil juga tiga minit kemudian. Berpunca serangan balas pantas, penyerang import mereka, Sula Matuvo melepasi kekangan Mafry Balang di dalam kotak penalti sebelum merembat kencang ke penjuru kanan gawang Kelantan untuk gol pembukaan perlawanan malam tadi.

Ketinggalan 0-1, menyaksikan Kelantan terus dihimpit tekanan dan usaha mereka untuk menyamakan kedudukan terus buntu apabila sepakan lencong Mafry hanya sedikit tersasar daripada pintu gol pasukan pelawat tiga minit sebelum babak pertama berakhir.

Tiga minit babak kedua bersambung, Kelantan dikejutkan dengan asakan pasukan pelawat menerusi Sula Matuvo yang berjaya melepasi benteng pertahanan, namun rembatan Amjed Radhi dikeluarkan oleh S Subramaniam.

Namun selepas itu pasukan tuan rumah kembali mendominasi perlawanan. Dua peluang terbaik hadir pada minit ke-50 dan minit ke-53 perlawanan menerusi tandukan Nwaneri dan Indra Putra namun tersasar serta diselamatkan Jalal Hassan di gawangnya.

Percaturan Hodak menggantikan Muhammad Afiq dengan Mohamad Ghaddar pada minit ke-61 perlawanan ternyata mengubah corak permainan Kelantan. Malah kelincahan penyerang kebangsaan Lubnan itu berjaya mengucar-ngacirkan benteng pertahanan lawan.

Hasilnya, Kelantan berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-64 perlawanan apabila umpanan lambung S Subramaniam tepat kepada Indra Putra, namun bekas pemain kebangsaan itu memilih merembat tinggi di depan pintu gol Arbil FC.

Keghairahan Kelantan memburu gol penyamaan bagaimanapun hampir dihukum pasukan pelawat menerusi serangan pantas oleh Halkard Mulla mujur tampanan pemain gantian, Mustafa Kareem berjaya ditepis keluar Khairul Fahmi pada minit ke-76 perlawanan.

Tiga minit kemudian, Norshahrul Idlan mencetus gerakan menarik satu dua bersama Mohamad Ghaddar namun rembatan deras pemain import itu gagal menewaskan penjaga gol Arbil FC.

Tempoh 10 minit terakhir ternyata milik mutlak Kelantan. Tiga percubaan terbaik masing-masing menerusi Mohamad Ghaddar dan Mafry pada minit ke-81,83 dan 84 perlawanan bagaimanapun dinafikan oleh ketangkasan penjaga gol Arbil FC itu.

Namun tindakan pemain pertahanan Arbil FC, Ahmed Ibrahim menjatuhkan Mohamad Ghaddar mengundang padah apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Kelantan dalam masa kecederaan.

Mohamad Ghaddar tenang merembat masuk ke penjuru kanan bagi mengikat keputusan seri namun gol tersebut sudah terlalu lewat untuk membawa Kelantan ke saingan separuh akhir setelah tersingkir menerusi agregat 6-2 dalam kempen Piala AFC ini.

Petikan Dari Klate.Net


  Berakhir lah misi kita dalam AFC.Ada beberapa suara yang tidak berpuas hati dengan lane up kita pada malam ini.Mungkin mereka tidak tahu atau tidak mendapat maklumat bahawasanya Ghaddar baru lepas pulih dari kecederaan dan hanya di benarkan bermain sekitar 20 minit.Sebab itulah dia hanya di masukkan pada babak kedua.Kita tutup dulu AFC ini dan memberi tumpuan penuh pada saingan Piala Malaysia di mana kita akan bertemu dengan Felda United di Stadium Hang Jebat Melaka pada 29 september ini nanti.
 Untuk bersaing dalam AFC tahun depan kita memerlukan pemainan tektikal yang mantap dan lebih pada speed games.kita terlalu perlahan sebenarnya jika nak di bandingkan dengan Kelab-kelab gergasi AFC yang lain.Striker kita memrlukan yang kaki gol dan sentiasa ada di tempat sepatutnya.Kelantan masih boleh membaiki beberapa perkara lain sebelum ke AFC 2013.Apa pun kita berharap Kelantan akan mara lebih jauh lagi dalam AFC nanti.

 

Sunday 23 September 2012

SCOREBOARD DIGITAL STADIUM SULTAN MUHAMMAD - IV

Sudah ready!!!! Inilah Scoreboard baru yang bakal di gunakan untuk pertamanya kalinya di Stadium Sultan Muhammad ke IV pada 25 September 2012 semasa perlawanan timbal balik AFC.Di khabarkan jugak Arbil sudah berada di Kota Bharu dan datang tanpa beberapa tonggak utama mereka.Mereka juga nampaknya berjimat sama seperti kita sewaktu ke sana.
Keputusan yang di impikan pada malam 25 September ini nanti.Memang sudah lama kita nantikan Scoreboard ini dan harganya di khabarkan 2.3juta.Terima kasih di ucapkan kepada pihak yang terlibat dalam menyiapkan Scoreboard ini.Telah di uji di hadapan Tan Sri Anuar Musa dan pihak AFC bagi melihat sendiri kemudahan dan funtion scoreboard ini.
Siap ada video lagi pasal Scoreboard Digital ni.Terima kasih juga kepada uploader video ini di youtube.Memang sepatutunya dah lama ada Scoreborad di berdasarkan Kemajuan Bolasepak di Kelantan.Tapi mungkin juga dengan kemajuan bolasepak di Kelantan yang membuka mata pihak tertentu untuk mengupgradekan Stadium kita.Walaupun masih jauh untuk menjadi stadium International tapi sekurang-kurangnya kita dah melangkah ke arah itu.Di khabarkan juga Fortress bakal di bina.

Apa pun Rekod tanpa kalah Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke IV ini akan menjadi saksi adakah Kelantan bakal di kalahkan atau akan memberi duka perit kepada Arbil pada 25 September nanti.Walaupun ada siaran lansung di RTM1 dan kalau di ikutkan yang mana bekerja kerajaan 25 haribulan adalah hari gaji.DI harapkan Penyokong yang berkesempatan ke Stadium memenuhi Stadium Keramat Kita dan bakal mencipta sejarah jika kita dapat menyaingi Arbil.THIS IS KOTA BHARU!!!!!!!!!!!
Apa pun berdoalah untuk pasukan Kelantan supaya dapat mengatasi Arbil 4-0 dan jangan bolos.Di harapkan Piya dapat memimpin perlawanan ini dengan baik di sampaing kelibat Apek.Mat Yo juga di jangka akan turun beraksi bersama indra Ghaddar juga di jangka akan di turunkan.
GO FOR MORE!!!!!!!

Friday 21 September 2012

FAM Keluar Pekeliling Haram Vuvuzela



KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar surat pekeliling mengikut Perkara 1.20 dan Perkara 4.9.1 kepada setiap persatuan bola sepak negeri dan kelab bagi pengharaman vuvuzela serta alat-alat bunyian yang seumpama dengannya.

Menurut Pengerusi JKPT, Datuk Hamidin Mohd. Amin, ini merupakan peringkat awal bagi melihat sejauh mana pemahaman penonton terhadap amaran pengharaman penggunaan vuvuzela.

“JKPT faham bukan mudah buat semua stadium untuk terus menghalang vuvuzela daripada dibawa masuk ke dalam stadium.

“Namun, langkah ini sebagai permulaan kepada semua pihak untuk sedar bahawa penggunaan vuvuzela dan alat-alat yang seumpama dengannya tidak digalakkan dibawa masuk dan kami akan tengok langkah pencegahan yang lebih ketat lagi pada musim depan.

“Apa yang mustahak, pihak JKPT telah memberikan amaran dan kita akan tengok sejauh mana kesedaran penonton dan akan menilai tindakan terhadap mereka yang degil, ” katanya ketika dihubungi, semalam.

Petikan Dari Klate.net

Satu tindakkan bijak buat pertama kalinya selepas beberapa hal yang tak menyenangkan.

SET LAMPU UNTUK BERKAYUH MALAM

Kawe cari lampu ni di Nirwana dah siap set lampu depan dan belakang dan siap ada clip untuk basikal lagi.Hargannya memang mampu beli Rm8.90 sahaja.Kawe baru beli 1 dan munglin gaji ni akan pergi beli lagi kot.Tengok lampu bahgian depan cuma kelemahannya dia atasakan nampak silau bila bekayuh malam tapi nampaknya kena beli tape hitam dan lekatkan dari dalam dan masalah kawe kira selesai.Lampu depan ni ada 2 versi sahaja .Nyalaan terus dan klip-2.


Ini pula lampu belakang.Lampu ni masalahnya cuma satu iaitu pakai klip in sahaja.kawe pakai tali untuk ikatkan di dalam beg.Risau jugak.Kalau berkayuh malam dan naik bonggol kuning akan jatuh.Lampu ni ada banyak jenis nyalaan.
Inilah yang kawe katakan silau di bahagian atasnya.nanti kita letakkan tape di dalam.
Ini baru nampak jelaskan.memang pun menggangu sedikit bila silau ni.kawe pulak memang tak boleh silau-silau ni.Kawe kena pakai spek bila berkayuh malam.
Inilah lampu belakang yang mana kawe kena ikat sebab takut jatuh.Persediaan ini adalah untuk keselamtan sewaktu berkayuh waktu malam.
Hari tu ada beli spek tapi untuk berkayuh siang hari sahaja.Waktu malam kena cari yang lain nampaknya.



Tapi kalu tengok Shafi berkayuh malam tu dia pakai spek orang welding je yang warna putih.Tapi kita tengok orang lain pulak.mana tahu ada yang pakai versi malam.


BERKAYUH UNTUK KESIHATAN DAN MELAWAN OBESITI SERTA BERKAYUH UNTUK REKREASI!!!!!!!!!!!!

FIRST TIME NIGHT RIDE

Pada 19 september 2012.inilah kalai pertama kawe berkayuh waktu malam.Ceritanya bermula apabila kawe mnghubungi Shafie untuk bertanya samaada group kuala Ibai akan berkayuh atau tidak pada malam itu.Dia kata ada tapi cuaca malam itu agak sejuk dan guruh berbunyi tak henti.tapi guruh itu di rumah kawe.Lalu Shafie kata turun dulu tempat berhimpun di Masjid Raja atau sekarang di kenali Masjid Sultan Ismail pada jam 9.30 malam.Setelah bersiap dan memasukkan Basikal dalam kereta Myvi Kawe.Kawe pun bergerak ke tempat yang telah di janjikan.Sampai di sana didapati Shafie belum ada.Kawe pun ke Petronas baru dulu untuk Pum tayar.Tapi Pum kat sana susah nak gunakan.Kawe berharap Shafie bawak Pum dia.Rupanya dia tak bawak.Tunggu dan call geng-2 shafie.Sorang pun tak nak turun malam ni sebab takut hujan.Bagi shafie pula dia dah lama tak berkayuh dan dia ajak bersama.Kawe kata tak dop hal.Setelah Pum tayar di Petronas kita orang kembali di Masjid dan membuat persediaan untuk berkayuh.
 Setelah sedia kita orang pun mula berkayuh.Setalah dekat 1km berkayuh kawe tengok miles rupanya Shafie nak maintain 28kmph.Aduss naik risau di buatnya.dah lah minggu ni tak berkayuh.Kawe pun ikut rentak Shafie tetapi bila ada jalan berbukit sedikit kawe mula ketinggalan.Shafie cakap jangan manja sangat ke lawan.Huhuhu penat juga ikut Shafie ni.Cuma dari segi pakaian kawe ingat nak beli set jugaklah.Lepas tu Loceng basikal untuk malam.Kasut pula kena cari nanti.kasut khas untuk basikal.Sampai di kelulut behenti di kedai makan.Minum dulu sekejap sambil cerita pasal basikal ni.Bon pedal depan ruapanya Shafie dah tukar.Kawe pun silap sebab ikut speed belakang dia.ternyata berbeza.Dia nak kayuhan ringan dan selalu tekan seta maintain 28kmph.Tayar pula kalau geng mountain dia pakai tayar besar.Kalau nak kayuhan biasa dia kata baik pakai tayar besar sebab nak berat.kalau kita boleh maintain 28kmph dengan tayar besar.bila tukar tayar kecil dia akan bertambah laju.bagus teknikal ni dan kawe bersetuju.Kawe akan tukar balik teknikal basikal kawe.Tukar tayar asal semula dan tukar miles ikut saiz tayar.Lagi satu untuk menguasai dan membiasakan diri dengan jalan berbukit Shafie kata dia belajar di Bukit Kor.Kalau naik bukit guna speed terlalu ringan kita akan ketinggalan.Jadi kena cari Speed yang sesuai dengan ketinggian.ruapanya walaupun berborak sekejap banyak yang kawe boleh pelajari.Itu baru Shafie sorang.Kalau semua geng dia turun mungkin lebih banyak ilmu kawe dapat.Insyaallah kalau diizinkan Allah minggu depan kawe turun lagi.
  Selepas selesai minum kami berkayuh balik ke Masjid.Selepas sampai di Masjid Haji Hadi Shafie mula speeding.memang jauh dia tinggalkan kawe.memang kalau bab speeding ni memang out lah kawe.Inilah miles pada malam tu:

Distance : 29.24
Mixs      : 33.5
Odo      :  593.5

Insyaallah minggu depan kawe akan turun lagi tapi sebelum itu kena praktikkan teknik baru ni dulu.Insyaallah dalam masa seminggu kawe akan dapatkan jugak teknik ni.

Kekalahan Memalukan



KOTA BHARU – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kekalahan 1-5 Red Warriors kepada kelab Arbil dari Iraq pada suku akhir pertama Piala Konfederasi Bola Sepak Asia semalam adalah memalukan.

Annuar melalui kenyataan dalam Facebook beliau turut menyatakan rasa kecewa dan sedih dengan kekalahan besar Kelantan itu.

“Saya amat sedih. Apa yang kita tak mahu berlaku kepada pasukan yang mewakili negara dalam AFC akhirnya menimpa Kelantan. Kalah tak mengapa tetapi diaibkan dengan lima gol adalah memalukan,” katanya.

Sementara itu, pengurus Kelantan, Azman Ibrahim menyifatkan kekalahan tersebut menunjukkan Kelantan masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kelab-kelab Asia Barat.

Beliau berkata, keadaan itu menyaksikan Kelantan selaku juara Liga Super dan Piala FA, tidak berdaya menyekat kemaraan pasukan yang mara ke separuh akhir Piala AFC musim lalu.

Menurutnya, berdasarkan perlawanan semalam, pasukan Arbil FC cukup matang dan mempunyai kelebihan tersendiri berbanding Kelantan kerana mereka mampu berpesta gol sehingga minit terakhir.

Bagaimanapun katanya, kekalahan tersebut seharusnya dijadikan panduan kepada pasukan bagi memperbaiki kelemahan untuk menghadapi saingan kedua di laman sendiri.

“Saya mengakui laluan Kelantan pada peringkat suku akhir ini cukup berliku dan pada perlawanan timbang balik nanti di Stadium Sultan Mohammod IV, ia harus diperbaiki.

“Kelantan gagal mengimbangi perlawanan terutama pada separuh masa kedua berikutan hampir separuh tonggak utama tidak dapat bermain.

“Pemain tonggak Kelantan seperti Obinna Nwaneri, S.Subramaniam, Muhammad Ghaddar, Norshahrul Idlan Talaha dan Indra Putra Mahayuddin tidak beraksi kerana digantung dan mengalami kecederaan,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, semalam.

Tambah Azman, Kelantan agak tempang ketika berkunjung ke Iraq antara lain disebabkan kegagalan mendaftarkan dua pemain import baru.

Jelasnya, pada babak pertama, Kelantan mampu menyaingi Arbil FC sehingga menjaringkan gol penyamaan oleh ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi, namun gagal menyekat pasukan lawan pada babak kedua.

“Kekalahan mungkin suatu yang semua orang tidak inginkan tetapi secara positifnya, kekalahan memberikan kita satu panduan untuk mencari dan memperbaiki kelemahan,” ujarnya.

Petikan dari Klate.Net

Bila big boss dah berbunyi menyatakan kekecewaannya bermakna dia tidak suka apa yang berlaku dalam pasukan hari ini.Pertamanya dasar FAM sendiri menyukarkan pasukan dari Kelab untuk bersaing dalam AFC.Keduanya pemain dan jurulatih terpaksa mengharungi perjalanan yang memakan masa 30jam.ketiganya pasukan kita belum mantap dan bersedia bagi saingan AFC level ini di samping jadual perlawanan yang padat dan masa persediaan yang singkat. 
 Tan Sri Anuar Musa mahukan kejayaan Kelantan Berterusan dan dia mahu Kelantan terus mencipta sejarah demi sejarah.Dalam Negara Kelantan sudah berjaya menawan 2 piala dan sekarang membuat terible.Ternyata Tektikal Kelantan seperti yang Tan Sri Anuar Musa inginkan pada awal tahun dahulu masih belum berjaya.
 Kawe kagum dengan Tan Sri yang tak putus-putus berjuang dan berjuang demu memertabatkan Bolasepak Kelantan dan Negara.Tetapi setakat ini hanya di Kelantan beliu berjaya membawa revolusi ini terus ke kejayaan.Namun di Negara Dasar dan Politik dalaman FAM membantutkan usahanya untuk membawa revolusi di peringkat Nasional.Seriusly,FAM memerlukan pimpinan baru dan tidak perlu ada Sultab atau Raja dalam persatuan.FAM sudah lama dan uzur.Selagi FAM tidak bertukar pengurusan selagi itulah Bolasepak negara masih berada di takut lama.



Pengajaran Berguna Untuk Kelantan



ADA pengajaran berguna buat Kelantan setelah diaibkan dengan kekalahan besar 1-5 kepada Arbil FC dalam aksi suku akhir pertama Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), malam kelmarin, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Bukan sahaja perbezaan kualiti permainan yang ditunjukkan kedua-dua pasukan, malah saiz fizikal pemain negara juga dilihat gagal menyaingi kehebatan pemain negara Asia Barat itu.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim mengakui kecewa dengan kekalahan besar itu, namun pada masa sama berharap barisan pemainnya dapat mempelajari sesuatu terutama ketika bersaing dengan pasukan terbaik di peringkat Asia pada kejohanan tersebut.

“Kita bertandang ke Iraq dengan skuad yang tempang apabila sebahagian besar tonggak utama tidak menyertai pasukan ini,” katanya kepada Sinar Harian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.

“Malah kegagalan kita mendaftar dua pemain import, Kieta Mandjou dan Mijo Dadic juga turut memberi kesan kepada persiapan pasukan. Apa yang kita mampu lakukan, beraksi tanpa beberapa pemain utama dan menghadapi kelab yang hebat seperti Arbil ini.

“Kita kena akui masih jauh ketinggalan berbanding mereka. Kita kalah kepada pasukan yang terbukti lebih baik dan kekalahan ini dapat mengukur sejauh mana kemampuan kita apabila bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Kekalahan tersebut sekali gus menyempitkan laluan Kelantan untuk mencipta kejutan mara ke separuh akhir memandangkan perlu menang dengan jumlah jaringan yang besar apabila menghadapi lawan yang sama pada saingan suku akhir kedua di Kota Bharu pada 25 September ini.

Petikan dari Klate.Net