Tuesday 31 January 2012

Kelantan lawan Harimau Melaya

Set kito nak sokong wakk mano? barisan pertahanan nampak gayanya Azizi akan mengetuainya.Subra akan bermain untuk Harimau.Shakir pun akan bermain untuk Harimau Melaya dan Matyo sudah tentu akan bermain sebagai peledak utama.Matyo akan bertembung dengan Mat Ghaddar.Obinna Nweneri akan turun buat pertama kali dengan TRW.Rasanya pertahanan kita akan kembali kukuh jika pemain import baru ni dapat menyesuaikan diri di kala ini.mungkin perlawanan pertama dia akan mula memberi keserasian.Harap kali ini import kita menjadi.

Striker TRW malam esok kemungkinan besar Ghaddar dan Antwi.Boleh ke tak boleh mungkin itu yang kita ada.mungkin juga kalau khidmat Azlan Ismail dapat di gunakan mungkin lagi baik.Kita test dio plokk samaada masih tajam ke atau dah tumpul.Tapi Azlan baru pulih dari kecederaan dan mungkin memerlukan masa untuk fit 100%.Zairul Fitree pun baru pulih dari kecederaan.Mungkin Shahrizan Ismail akan di turunkan sebagai penjaga gol utama.


MALAYSIA lwn KELANTAN | Barisan Kemungkinan

-------------Farizal-------------
-----------Aidil---Subra---------
Mazlizam-------------------Ashra
---------Safiq(C)---Shakir--------
Shahruain-----------------Kunalan
----------Mat Yo---Zaquan-------
---------------------------------
---------------VS----------------
---------------------------------
---------Ghaddar---Antwi---------
Indra P----------------------Farhan
---------K.Izuan---Piya(C)---------
Zamri----------------------Daudsu
-------Farisham--Obinna----------
-------------Shahrizan------------


Mengikut Wawanfaiz inilah lane up pilihannya.Tapi comel jugak laguni dop.Kawe pun setuju.Tapi kawe pun ada buat lane up jugak tapi ni andaian kawe sahaja.ikut sedap setakat wakk kawe tahu dan rasa lahh.


Sebab ni persahabatan kan mana tahu Butler nak test wakk lama duduk di bangku simpanan kan.Apa pun kita tengoklah bagai mana worriors kita beraksi.Juara Liga Super lawan Juara AFF.Wak mana menang boleh wakil Malaysia.hehehe sajo jah tu..jangan ambik serius plokk.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Windows 8 news

Windows 8 Developer Preview
  • Windows 8 Developer Preview is available for you to try now: Download it here.

    Note: This is the pre-beta version of Windows 8 for developers and cannot be uninstalled.

Learn more about building apps, visit forums, and get the latest news at WindowsDev Center.
Personalized lock screen



                                                                   




The tiles of the Start screen














Touch keyboard

































Get the Windows 8 guide

Download the Windows Developer Preview Guide to learn about new features for developers, consumers, and businesses. 





Kawe dah guna windows ni sekarang niii.Sapa-2 nak try boleh lahhh.Tapi banyak lagi perlu di selesaikan.perlu bnyak lagi stdy funtionnya.







GRAFIK SIKIT

Lama tak buat grafik . .ada dohh wakk siap tapi tak den nak pos . .kali nii ejas wakk sedia ada dulu mungkin lepas nii baru tubik wakk pemain baru plokkk
ada jugak wakk nak tgk striker kawe wakk brunihh tak jadi  . . .ni baru tubik . .tapi smart logo baru dop . .jadi nak masuk wakk ni sokmo  . .

Ado so lagi tapi wakk nii sebab baru jadi tapi rasanya tak lama dohh Mat Ghaddar dalam Liga Super.Ado wakk baru mari tuss . . 

Wak ni lahh dulu nehh ,kalau ada masa sikit lagi kawe ejas semula nehhh . . .Apa pun kita sokong blako janji yang boleh membantu pasukan supaya lebih cun dan menarik.GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!

TRW Uji Skuad Senior Kebangsaan


PENDAHULU Liga Super, Kelantan akan menguji kehebatan skuad senior kebangsaan dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Azman Ibrahim berkata, dalam perlawanan tersebut The Red Warriors berkesempatan menguji seorang pemain import dari Nigeria yang beraksi di posisi pertahanan.
“Ini merupakan peluang terbaik kami menguji bekas pemain pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri yang beraksi di posisi pertahanan tengah.
“Jika Nwaneri beraksi cemerlang, berkemungkinan dia akan mengikat kontrak bersama Kelantan,” katanya.
Pada masa sama beliau berkata, pihaknya masih mempunyai masa dua minggu sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain import pada 13 Februari ini, bagi mengenal pasti pemain import yang sesuai untuk beraksi bersama Kelantan.
“Jadi kami berharap dapat melakukan pemilihan pemain import baru dengan lebih teliti sebelum mendaftarkannya dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak lama lagi,” katanya.
Azman yang juga pengurus pasukan berkata, selain bertemu skuad senior kebangsaan, Kelantan turut menguji kelab Balistier Khalsa FC dari Singapura dalam satu perlawanan persahabatan yang akan berlangsung di Kota Bharu, pada 4 Februari ini.
Skuad senior kebangsaan yang dibimbing Datuk K Rajagobal, kini menjalani latihan bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan bertaraf antarabangsa bertemu Arab Saudi dan Filipina tidak lama lagi.
Sementara itu, tiket perlawanan Kelantan menentang skuad senior kebangsaan berharga RM10 (terbuka) dan RM20 (grandstand) akan mula dijual jam 5 petang pada hari perlawanan.
Petikan dari Klate.Net
Kelantan vs Malaysia...nak sokong alik mano nihhh . . .Tapi sebab persahabatan kawe tetap bersama TRW..HIDUP MATIKU TETAP BERSAMA TRW....GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kedudukan Ghaddar, Antwi Tergugat?


KOTA BHARU – Bukan lagi rahsia, bekas pemain pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri akan menjadi ‘kereta kebal’ terbaru The Red Warriors apabila mengikat kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) semalam.
Keputusan Kafa mengikat Nwaneri selain kehadiran Samad Okocha dari Ghana yang mahu mencuba nasib bersama The Red Warriors sudah pasti impak kepada dua pemain import sekarang, Mohammed Ghaddar dan Denny Agyare Antwi.
Apa tidaknya, peluang Ghaddar, pemain kelahiran Beirut, Lubnan untuk kekal beraksi dalam kancah Liga Super seakan telur dihujung tanduk angkara ‘kurang bernasib baik’ gagal menjaringkan gol meskipun mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan terakhir menentang Kuala Lumpur tempohari.
Berlainan pula dengan Antwi, yang dianggap cukup ‘bernasib baik’ kerana berjaya menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan terakhir meskipun diturunkan selaku pemain gantian dalam pertemuan menentang Kedah dan Kuala Lumpur.
Malah kejayaan Antwi menjaringkan gol tersebut berjaya menghapuskan kecaman penyokong setia Kelantan yang dilontarkan sebelum itu tatkala Ghaddar, tidak dapat tidak perlu berdepan dengan pelbagai cemuhan rentetan kegagalan beliau menyempurnakan deretan peluang yang terhidang ketika bertemu Kuala Lumpur tempohari.
Keputusan Kafa mendapatkan khidmat Nwaneri dianggap cukup tepat kerana bukan sahaja dapat memperkukuhkan benteng pertahanan The Red Warriors malah mampu menyaingi kehebatan penyerang import negeri lain seperti Jean Emmanuel Effa Owona (Negeri Sembilan) dan Francis Forkey Doe (Terengganu) yang dianggap cukup berbisa setakat ini.
Sementara itu, Okocha yang akan diuji dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang kelab Balistier Khalsa FC dari Singapura di Kota Baharu pada 4 Februari ini sudah pasti sedaya-upaya mahu memikat hati pihak pengurusan Kafa.
Andai Okocha juga berjaya menambat hati peminat The Red Warriors, masa depan  penyerang import sekarang, Ghaddar dan Antwi dalam kancah Liga Super musim ini pasti tergugat.
Segalanya terpulang kepada pihak pengurusan Kafa, sama ada mengekalkan Ghaddar dan Antwi terus beraksi dalam Liga Super atau menyenaraikan Ghaddar dan Nwaneri sebagai pasangan baru The Red Warriors selepas ini.
Tidak terkecuali juga, kemungkinan Nwaneri dan Okocha boleh menjadi senjata terbaru manakala Ghaddar dan Antwi pula didaftarkan beraksi dalam Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semuanya akan terjawab sebelum 13 Februari ini.
Petikan dari Klate.net
Harap prtahanan kita makin utuh dan serangan kita makin tajam.Jangan doK harap ko Matyo jah nak score gol.Pemain import sepatutnya jauh lebih baik dari Matyo.GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!

Kelantan Ikat Obinna, Uji Okocha


Red Warriors perkukuhkan pertahanan, Kafa lepaskan Okine dan Zacharia
KOTA BHARU – Bekas pemain pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri sah menjadi pemain import terbaru The Red Warriors setelah menandatangani kontrak selama setahun dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) semalam.
Memetik kenyataan menerusi laman sosial Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa semalam, Nwaneri, 30, yang beraksi selaku pemain pertahanan tengah akan membuat penampilan pertama beliau bersama Kelantan dalam satu perlawanan persahabatan menentang skuad senior kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.
Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim berkata, selain Nwaneri yang sudah mengikat kontrak bersama Kelantan semalam, pihaknya juga akan menguji seorang lagi pemain import dari Ghana yang beraksi di posisi serangan dalam tempoh terdekat.
“Pemain yang dimaksudkan ialah Samad Okocha yang pernah beraksi dengan kelab Hapoel Ramat Gan dalam Liga Israel pada tahun lalu. Beliau dijangka tiba di Kota Bharu pada 2 Februari ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Sementara itu, Nwaneri pemain yang menyarung jersi pasukan kebangsaan negaranya sebanyak 33 kali sejak 2005, pernah beraksi dengan kelab Kazma Sporting dalam liga utama di Kuwait pada tahun lalu.
“Kedua-dua pemain ini juga akan turun beraksi pada perlawanan Kelantan menentang kelab Balistier Khalsa FC dari Singapura di Kota Bharu pada 4 Februari ini. Sekiranya pemain import dari Ghana itu berjaya memikat hati pihak pengurusan, kita juga tidak teragak-agak untuk menawarkan kontrak kepada beliau untuk beraksi bersama pasukan Kelantan,” katanya.
Mengulas mengenai kedudukan dua pemain import sekarang, Mohammed Ghaddar dan Denny Agyare Antwi bersama The Red Warriors, Azman menjelaskan pihaknya belum membuat apa-apa keputusan mengenai nasib kedua-dua pemain itu.
“Kita masih ada masa sehingga 13 Februari depan untuk memuktamadkan sebarang keputusan mengenai kedudukan mereka. Apa yang boleh saya katakan, sekiranya kedua-dua pemain import yang diuji ini lebih bagus, besar kemungkinan kita akan menyenaraikan mereka untuk beraksi dalam Liga Super.
“Mungkin ada perubahan sama ada Mohammed Ghaddar dan Denny Agyare Antwi didaftarkan untuk beraksi pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (Piala AFC) atau kekal beraksi dalam Liga Super. Kita tunggu dan lihat kerana pihak pengurusan belum mengadakan apa-apa perbincangan lanjut bagi menentukan kedudukan mereka,” katanya.
Sementara itu, difahamkan dua pemain import yang didaftarkan beraksi dalam Kejohanan Piala AFC sebelum ini iaitu Emmanuel Ayaah Okine (Ghana) dan Zacharia Yehya Charara (Lubnan) dipinjamkan kepada pasukan Liga Super Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini.
Petikan dari Klate.Net
ermm dua lepas dua datang  . . .sempat ke mereka ni nak serasi dgn Player kita? ke bulan 4 nanti akan ada pertukaran plakkk...Apa pun GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!


Monday 30 January 2012

PEMAIN IMPORT TERBARU TRW

Tan Sri Anuar Musa


KAFA HARI INI MENANDATANGANI KONTRAK DGN BEKAS PEMAIN PERTAHANAN KEBANGSAAN NIGERIA YG TERKENAL OBINNA NWANEIRI 29TH..OBINNA YG HADHIR MENYAKSIKAN TRW VS KL BARU BARU INI TERUJA DGN SUASANA DI STADIUM SMKIV DAN BERJANJI AKAN MENGGUNAKAN PENGLAMAN LUASNYA UTK MEMPERKASAKAN LAGI TRW..OBINA DIJANGKA BERAKSI MENENTANG HARIMAU MALAYA LUSA...




Obinna Nwaneiri menjadi import seterusnya diambil Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk memperkasakan Sang Kijang dalam saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2012. Bekas pertahanan skuad negara Nigeria tersebut lulus ujian perubatan yang dijalankan dan akan menyertai latihan The Red Warriors dalam masa terdekat. Obinna yang bermain di posisi pertahanan dikhabarkan teruja menyertai Kelantan dan bertekad menggunakan segala pengalaman yang dimiliki ketika bermain di pentas antarabangsa untuk menguatkan pasukan terbarunya. Dia dijangka akan menyertai..



Kelantan menandatangani seorang lagi pemain import baru dan akan di uji pada perlawanan menentang skuad senior Malaysia.Sapa yang akan bermain untuk TRW? Matyo,Shakir ,daudsu,subra.Rasanya mereka pasti akan bermain untuk TRW dan pilihan Malaysia pasti akan gusar.Harap semuanya menjadi.


Perlawanan Persahabatan :

MALAYSIA lwn KELANTAN FA


Tarikh : 1 Februari 2012


Masa : 08.45 malam


Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil


Tiket : RM10.00



Apa pun ... GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!



Sunday 29 January 2012

Red Warriors Kekal Teraju Liga


KELANTAN 3
Norshahrul Idlan Talaha (m-46)
Mohd Badhri Radzi (m-72)
Denny Antwi (m-78)
KUALA LUMPUR 0
KOTA BHARU – Kelantan terus mengukuhkan kedudukan selesa di persada liga setelah menewaskan Kuala Lumpur 3-0 dalam aksi perlawanan kelima Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Kemenangan malam tadi menyaksikan The Red Warriors terus menerajui takhta liga meskipun di ekori rapat dua lagi pencabar iaitu Terengganu dan Perak yang turut melakarkan kemenangan bergaya ke atas lawan masing-masing.
Penyerang terbilang, Norshahrul Idlan Talaha memulakan gerakan merbahaya untuk Kelantan seawal minit kesembilan perlawanan apabila merembat kencang umpanan Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi namun bola rembatannya ditepis keluar penjaga gol Kuala Lumpur, Mohammad Amirul Abu Seman.
Seminit kemudian, giliran pemain tengah, Mohd Shakir Shaari mencemaskan pintu gol pasukan pelawat namun rembatan kencangnya daripada luar kotak penalti hanya tersasar beberapa meter di atas pintu gol pasukan Kuala Lumpur.
Penyerang import, Mohammed Ghaddar mempunyai tiga peluang terbaik untuk meletakkan Kelantan berada di depan dalam tempoh lima minit namun dinafikan oleh ketangkasan Mohammad Amirul yang dilihat bekerja keras sepanjang perlawanan malam tadi.
Rembatan Mohammed Ghaddar pada m-12 perlawanan berpunca hantaran lambung Mohd Badhri ditepis keluar Mohammad Amirul dan seminit kemudian beliau terlepas peluang sekali lagi untuk menceriakan hampir 20,000 penyokong setia The Red Warriors apabila rembatan leretnya pula tersasar di sebelah kiri pintu gol Kuala Lumpur.
Tidak terhenti di situ, Mohammed Ghaddar yang menjanjikan kebangkitan untuk meledak dalam perlawanan ini terus dikritik hebat apabila mensia-siakan peluang terbaik pada m-15 perlawanan setelah rembatannya gagal menerjah jaring pasukan Kuala Lumpur.
Meskipun dilihat banyak bertahan dalam babak pertama, namun pasukan pelawat yang mempertaruhkan barisan pemain muda turut mempunyai peluang menguji pintu gol Kelantan pada m-16 perlawanan menerusi rembatan pemain sayap, S Sivaraj namun tersasar di sebelah kanan.
Malah pasukan Kuala Lumpur hampir mengejutkan pasukan tuan rumah pada m-31 perlawanan namun percubaan Muhammad Afiq Azmi yang menerima umpanan Hishamuddin Othman pula terkena tiang gol meskipun Khairul Fahmi Che Mat seakan gagal menyelamatkan rembatan tersebut.
Mohammed Ghaddar seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila mensia-sia peluang keempat yang dimilikinya pada m-38 perlawanan dengan memilih menyepak tepat kepada Mohammad Amirul tatkala pintu gol pasukan Kuala Lumpur sudah pun ternganga luas.
Dua minit sebelum babak pertama berakhir, Kelantan terus buntu untuk menjaringkan gol pertama mereka apabila tendangan akrobatik bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin sekadar menggegarkan tiang gol Kuala Lumpur walaupun Mohammad Amirul sudah pun tertewas di posisinya.
Seminit babak kedua bersambung, Norshahrul Idlan memecahkan kebuntuan apabila meledakkan gol pertama untuk Kelantan. Hantaran Indra Putra ke dalam kotak penalti pantas disambut menerusi tandukan mudah untuk menewaskan Mohammad Amirul di gawang golnya.
Ternyata gol tersebut kembali merancakan tempo permainan dan Norshahrul Idlan hampir menghadiahkan gol kedua untuk Kelantan sepuluh minit kemudian namun rembatan kencangnya setelah menerima umpanan Mohd Norfarhan Muhammad terus ke dakapan Mohammad Amirul.
Ketinggalan satu gol seakan memberikan tekanan kepada pasukan warga kota yang dilihat begitu terdesak untuk mencari kemenangan pertama dalam perlawanan malam tadi.
Satu-satunya peluang terbaik pasukan Kuala Lumpur hadir pada m-66 perlawanan menerusi Hishamuddin namun percubaannya ditepis keluar Khairul Fahmi di gawang gol Kelantan.
Seminit kemudian, pasukan pelawat sekali lagi gagal memanfaatkan peluang terhidang untuk menyamakan kedudukan apabila tandukan Muhammad Afiq berpunca sepakan sudut Hishamuddin diselamatkan Khairul Fahmi di depan pintu gol Kelantan.
Aksi hambar Mohammed Ghaddar sepanjang babak kedua berlangsung memaksa pengendali Kelantan, Peter Butler menggantikannya dengan seorang lagi penyerang import, Denny Antwi pada m-68 perlawanan.
Baru seminit dimasukkan, Antwi yang mendapatkan sentuhan pertamanya melakukan percubaan namun rembatan leretnya pula tersasar di sebelah kiri pintu gol pasukan pelawat.
Mohd Badhri terus menyalakan semangat juang rakan sepasukannya apabila menjaringkan gol kedua Kelantan pada m-72 perlawanan. Sepakan percuma diluar kotak penalti yang dilakukan oleh beliau tepat menerjah jaring menyaksikan Mohammad Amirul hanya mampu mengutip bola di dalam gawangnya.
Antwi, pemain import kelahiran Ghana yang sering dikritik hebat sebelum ini memastikan tiga mata penuh milik The Red Warriors apabila menjaringkan gol ketiga Kelantan dalam perlawanan malam tadi.
Berpunca umpanan tinggi Indra Putra di sebelah kiri padang, Antwi yang bijak melepasi perangkap ofsaid pertahanan lawan mudah merembat masuk menewaskan Mohammad Amirul untuk gol terakhir dalam perlawanan malam tadi.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Farisham Ismail, S Subramaniam, Mohamad Ab Aziz Ismail, Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Radzi (KP), Mohd Norfarhan Muhammad (Mohd Nurul Azwan Roya), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha (Muhammad Ramzul Zahini Adenan) dan Mohammed Ghaddar (Denny Antwi).
FORMASI : 4-4-2
KUALA LUMPUR : Mohammad Amirul Abu Seman, Hishamuddin Othman, Ahmad Jihad Ismail, S Sivaraj (Fazuan Abdullah), Muhammad Nur Hakim Md Adzhar, Aiman Syazwan, Muhd Syafwan (Khairul Anuar Shafie), Mohamed Aslam Haja Najumudeen (KP), Muhammad Syafiq Johari (Muhamad Hazwan Rahman), Muhammad Afiq Azmi dan Ahmad Dashila Tajudin.
FORMASI : 4-5-1
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (6) Kuala Lumpur (2)
Percubaan tersasar : Kelantan (7) Kuala Lumpur (1)
Sepakan penjuru : Kelantan (11) Kuala Lumpur (1)
Sepakan percuma : Kelantan (15) Kuala Lumpur (15)
Ofsaid : Kelantan (5) Kuala Lumpur (1)
Kekasaran : Kelantan (10) Kuala Lumpur (12)
Kad kuning : Kuala Lumpur (S Sivaraj dan Mohamed Aslam Haja Najumudeen)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :   Enam minit
Penguasaan bola : Kelantan (60%) Kuala Lumpur (40%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Shokri Nor
Penolong Pengadil 1: M Sivanesan
Penolong Pengadil 2: Mohd Faiz Che Mud
Pegawai Keempat : Mohd Ezani Said
Kommissioner Perlawanan : Kamaruddin Mohd
General Koordinator : Mohd Nazmi Mohd Nawi
Petikan dari Klate.Net
Nampaknya Ghaddar masih belum dapat menjaringkan gol padang.sampai bila kita nak tggu.Apakah perubahan yang bakal di lakukan oleh pngurusan pasukan? Buang ghaddar dan hanya tinggal Antwi sebagai striker import dan meletakkan midfield or defends sorang lagi? kita dah pinjamkan Okinne dan Zakaria ke pasukan K.L.Sempatke kita nak cari pengganti mereka berdua ni? Apa pun GO FOR MORE!!!!!!!!!!