Tuesday 21 February 2012

Kelab Penyokong Persoal Kewibawaan Pemain Import

KOTA BHARU – Persembahan hambar pemain import baru The Red Warriors, Onyekachi Nwoha mengundang dua kelab penyokong tegar di negeri ini menghantar mesej ringkas kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), semalam.
Betapa aksi pemain kelahiran Nigeria yang diharap lebih berbisa daripada Mohammed Ghaddar bertukar sebaliknya apabila mempamerkan aksi ‘memenatkan’ sehingga mencetuskan kemarahan penyokong setia The Red Warriors dalam perlawanan pusingan pertama kempen Piala FA menentang Sarawak dua hari lalu.
Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Bharu, Mohd Zainy Mohd Zain berkata, pihak pengurusan Kafa harus mengambil pendekatan berhati-hati dalam memilih pemain dan tidak bergantung kepada rakaman video mahupun janji manis ejen pemain import.
“Dia tidak menepati ciri-ciri selaku seorang pemain import yang berkaliber. Kehadiran dia tidak ubah pelengkap kepada pasukan sehingga mengundang kemarahan peminat bola sepak Kelantan sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Jangan salahkan peminat yang terus mengkritik kalau inilah persembahan yang ditunjukkan oleh dia. Pengorbanan penyokong setia yang sanggup membayar harga tiket yang mahal tidak harus dibalas dengan cara seperti ini.
“Saya berani cakap kehadiran pemain import seperti ini boleh memusnahkan pasukan dan meruntuhkan moral pemain tempatan yang lain. Kalau inilah pemain import yang kita harapkan, saya percaya pasukan kita tidak akan ke mana dalam musim ini,” katanya.
Menurut Mohd Zainy, para peminat sekarang ternyata merindui sentuhan pemain import Mohammed Ghaddar dari Lubnan dan Denny Anwti (Ghana) yang dilihat jauh lebih bagus daripada Nwoha.
Sementara itu, Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net), Mahizi Mahmood turut senada sambil menjelaskan kehadiran Nwoha langsung tidak memberi impak kepada pasukan Kelantan setelah diberi peluang beraksi dalam dua perlawanan setakat ini.
“Dia bukan pemain import yang kita mahukan. Malah aksi pemain tempatan jauh lebih bagus daripada dia. Lebih baik kita bergantung 100 peratus dengan kudrat pemain tempatan daripada menggajikan pemain import seperti ini.
“Kita sebenarnya dilihat tertekan mencari pemain import yang bagus sedangkan kita adalah pasukan pertama yang dibentuk sebaik sahaja Liga Malaysia berakhir bulan Oktober tahun lalu. Sehari dua ini peminat bukan bercakap tentang prestasi pasukan tetapi mereka mempersoalkan tentang prestasi pemain import baru ini,” katanya.
Untuk rekod, Nwoha merupakan pemain import kesebelas yang diuji oleh pihak Kafa selepas Jocip Bonasin (Croatia), Emmanuel Ayaah Okine dan Denny Antwi (Ghana), Jean Black (Belanda), Chikondi Mpulula (Malawi), Obinna Nwaneri dan Samad Awudu Okocha (Nigeria), Miguel De Pina (Portugal) selain Mohammed Ghaddar dan Zacharia Charara dari Lubnan.
 

Petikan Dari Klate.Net

 

Monday 20 February 2012

Mohd Norfarhan Wira Red Warriors

KELANTAN 2
Indra Putra Mahayuddin (m-34)
Mohd Norfarhan Muhammad (m-90+1)
SARAWAK 1
Mohd Azizan Baba (m-20)
KOTA BHARU – Naib juara Piala FA musim lalu, Kelantan melangkah bergaya ke pusingan kedua setelah mengalahkan Sarawak 2-1 dalam aksi perlawanan dramatik pusingan pertama kempen Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Jaringan pemain gantian, Mohd Norfarhan dalam masa tambahan memastikan The Red Warriors terselamat daripada tersingkir awal dalam kempen Piala FA musim ini sambil memadamkan persembahan buruk pemain import, Onyekachi Nwoha dalam perlawanan malam tadi.
Beraksi di laman sendiri, Kelantan yang kehilangan penggempur berbisa Norshahrul Idlan Talaha pada awal permainan kerana kecederaan lutut memulakan asakan menerusi rembatan pemain import barunya, Onyekachi Nwoha pada minit ketiga namun tersasar di sebelah kanan pintu gol pasukan Sarawak.
Pemain pertahanan Sarawak, Yosri Derma Raju hampir meletakkan pasukannya di depan pada m-19 perlawanan namun sepakan percumanya terus ke dakapan penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail.
Seminit kemudian, pasukan Sarawak mengejutkan tuan rumah apabila berjaya menjaringkan gol pertama. Kelekaan benteng pertahanan Kelantan dihukum apabila hantaran lintang Vedran Muratovic disempurnakan menerusi rembatan kencang Mohd Azizan Baba untuk gol pertama pasukannya.
Tiga minit berselang, pasukan pelawat kembali menggandakan asakan kali ini juga menerusi hantaran lintang Muratovic namun rembatan Ashri Chuchu diselamatkan oleh Mohd Shahrizan.
Begitupun Kelantan bangkit menyamakan kedudukan pada m-34 perlawanan menerusi jaringan bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin. Sepakan penjuru yang diambil oleh Mohd Badhri Radzi pantas ditanduk masuk oleh Indra Putra untuk gol penyamaan The Red Warriors.
Kelantan mempunyai dua peluang terbaik untuk berada dalam keadaan selesa sebelum menuju ke bilik persalinan namun rembatan Mohamad Ab Aziz Ismail dari jarak 25 meter pada m-39 dan tandukan Nwoha dua minit kemudian diselamatkan penjaga gol Sarawak, Sani Anuar Kamsani.
Tujuh minit babak kedua bersambung, Kelantan mendapat peluang terbaik untuk berada di depan namun rembatan Mohd Badhri hasil lorongan cantik Indra Putra sempat dikeluarkan pemain pertahanan pasukan Sarawak di depan pintu golnya.
Seminit kemudian, pasukan Sarawak hampir menjaringkan gol keduanya apabila percubaan Ashri daripada sudut sukar diselamatkan Obinna Nwaneri di atas garisan gol tatkala Mohd Shahrizan sudah pun tertewas di posisinya.
Pada m-68 perlawanan, pemain sayap, S Chanturu mempersiakan peluang terbaiknya untuk menjaringkan gol bagi Kelantan apabila memilih merembat liar setelah menerima umpanan cantik daripada Mohd Badhri.
Aksi hambar Nwoha sepanjang perlawanan malam tadi ternyata menggecewakan hampir 10,000 penyokong setia Kelantan. Bukan sahaja gerakannya tidak menjadi malah aksi wayangnya yang kerap kali terjatuh selain sering kehilangan bola mencerminkan beliau bukanlah pembelian terbaik The Red Warriors bagi mengharungi saingan Liga Malaysia pada musim ini.
Disebalik cemuhan terhadap pemain import dari Nigeria itu, pasukan Sarawak hampir menjaringkan gol pada m-77 perlawanan. Muratovic bijak melepasi perangkap ofsaid pertahanan Kelantan namun rembatannya pula tinggi meskipun hanya berhadapan dengan Mohd Shahrizan di pintu gol Kelantan.
Mohd Norfarhan Muhammad yang masuk menggantikan Nwoha pada m-83 perlawanan hanya memerlukan tiga minit untuk membuktikan sentuhan berbisanya apabila bijak memanfaatkan sepakan percuma pantas yang diambil Mohd Nurul Azwan namun rembatan kencangnya terus ke dakapan Sani Anuar.
Detik kemenangan untuk The Red Warriors akhirnya muncul dalam masa tambahan. Mohd Norfarhan layak digelarkan wira The Red Warriors apabila rembatannya melepasi jangkauan penjaga gol, Sani Anuar untuk membawa pasukannya mara ke pusingan kedua kempen Piala FA bertemu Kuala Lumpur pada 10 Mac depan.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Mohd Shahrizan Ismail, Mohd Daudsu Jamaluddin, Obinna Nwaneri, S Subramaniam, Mohamad Ab Aziz Ismail (Mohamad Zamri Ramli), Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Radzi (KP),  S Chanturu, Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha (Mohd Nurul Azwan Roya) dan Onyekachi Nwoha (Mohd Norfarhan Muhammad).
FORMASI : 4-4-2
SARAWAK : Sani Anuar Kamsani, Mohammad Dzulazlan Ibrahim, Ramesh Lai Ban Huat, Sahran Abdul Samad, Guy Bwele (KP), Mohamad Rashid Mohamad Aya, Yosri Derma Raju, Mohd Azizan Baba, Ashri Chuchu, Zamri Morshidi (K Ravindran) dan Vedran Muratovic.
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (3) Sarawak (1)
Percubaan tersasar : Kelantan (8) Sarawak (1)
Sepakan penjuru : Kelantan (4) Sarawak (2)
Sepakan percuma : Kelantan (25) Sarawak (14)
Ofsaid : Kelantan (2) Sarawak (6)
Kekasaran : Kelantan (11) Sarawak (15)
Kad kuning : Kelantan (Mohamad Ab Aziz Ismail dan Mohd Shakir Shaari) Sarawak (Mohamad Rashid Mohd Aya dan Mohammad Dzulazlan Ibrahim)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :   Enam minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Sarawak (45%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Mohd Yusof Mat Karim
Penolong Pengadil 1: Sabri Daud
Penolong Pengadil 2: Khalid Mohd Noh
Pegawai Keempat : Mohd Adri Tahir
Kommissioner Perlawanan : M Kathegesan
Penilai Pengadil : S Paramasivam
General Koordinator : Arif Hassan

Petikan dari Klate.Net
 Farhan memang wira kita malam ini.bagi kawe kita bermain di bawah keupayaan sebenar kita.prestasi dan corak pemainan kita tidak sebaik 2011.mungkin baru dan corak pemainan yang baru.Tahniah worriors semoga kita ke Bukit Jalil lagi tahun nii  . . .Apa pun dalam group kali ini kawe nampak hanya Tteam yang paling sukar . .

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Saturday 18 February 2012

Isu Kelantan tewas selesai

Isu baru ni berkenaan dengan masalah dalaman mengenai pemain import baru kita telah selesai dengan baik dan semua pihak telah mendapat persetujuan dan mencari jalan pemyelesaian.Pertemuan antara pengurus pasukan dan Peter James Butler dan pertemuan dengan pengurusan telah menyelesaikan masalah dalaman kita.
pertemuan dan perbincangan mengenai pemain dalam pasukan memang di tentukan oleh PJB tetapi pengurusan KAFA mengejar tarikh pendaftaran pemain import kerana masa terlalu sempit berikutan masalah ayah ghaddar yang kena serangan jantung dan latihan skuad kebangsaan Lebonan menyebabkan Ghaddar terpaksa pulang untuk melawat ayahnya dan juga berlatih dengan skuad kebangsaan.Ghaddar akan didaftarkan semula ke Liga Malaysia selepas pendaftaran di buka semula April nanti.
tengok pada tubuh nampak keras tapi agak besar badan dia.sewaktu merembat bola nampok laju molekk.kita kena bagi sokongan kepadanya seperti mana kita memberi sokongan kepada Ghaddar.dia juga memerlukan masa untuk memahami corak permainan kita dan tektikal pasukan.
ONYEKACHI NWOHA(NIGERIA)
Onyekachi Paul Nwoha (born 28 February 1983 in Aba[1]) is a Nigerian footballer who is currently playing for Kelantan FA in the Malaysia Super League.[2]
Nwoha once played for Metalist Kharkiv in the Ukrainian Premier League.

Club career

Onyekachi Nwoha began his career with FC Spiders, before he transferred to Enyimba International F.C. in 2001. He played for the Aba based team for one year before moving to League rival Enugu Rangers. In 2003, Nwoha was scouted by Tunisian top club Etoile Sahel. In Tunisia, he played one years before moving to Saudi Arabian United Al-Khaleej Club. In 2005, Nwoha moved to Arabic Emirates club Al Ain Club.[3]
He transferred to Metalist Kharkiv in 2006.
From January to July 2008 was loaned out to FC Zorya Luhansk. In summer 2008 left Metalist Kharkiv[4] and signed with Al Fujairah Sports Club in the UAE Division 1 Group A.[5]
In February 2012, he left Bahrain to have a trial with the 2011 Malaysia Super League champions, Kelantan FA. Just two days after his arrival, he officially signed a 1 year contract.[6] Nwoha made his debut on 14th February 2012 against Selangor FA, which ended 2-1 in favour of Selangor. Nwoha first game with Kelantan was reported a failure as he failed to make an impact with the team.

Onyekachi Nwoha
Personal information
Full name Onyekachi Nwoha
Date of birth February 28, 1983
Place of birth    Aba, Nigeria
Height 1.69 m (5 ft 6 12 in)
Playing position striker
Club information
Current club Fujairah Sports
Youth career

FC Spiders
Senior career1
Years Club App (Gls)*
2000-2001
2001-2002
2002-2003
2003-2004
2004-2006
2006-2008
2008
2008-
FC Spiders
Enyimba International F.C.
Enugu Rangers
Etoile Sahel
Al Ain Club
Metalist Kharkiv
FC Zorya Luhansk (loan)
Fujairah Sports
20 (7)
22 (3)
30 (11)
21 (6)
53 (19)
26 (3)
8 (1)
28 (13)   
National team
2006-2007
2007-2008
Nigeria U-21
Nigeria U-23
1 (1)
2 (0)
1 Senior club appearances and goals
counted for the domestic league only.
* Appearances (Goals)


Malam tadi juga telah berlansung pertemuan KAFA dengan Butler dan semuanya tellah di selesaikan dengan baik.DI harap selepas ini tidak timbul lagi isu yang boleh meresahkan penyokong dan pemain dan di harapkan kita terus menerajui liga dan masuk ke FINAL untuk Piala FA,Piala Malaysia dan AFC
 
 Segalanya telah selesai dan jangan timbul persoalan lagi selepas ini yee,kepada yang bertanyakan kepada kawe mintak berpuas hati dengan jawapan hasil dari siasatan kawe dan sokonglah pasukan kita di kala menang dah kalah.Kerana di kala menang kita bersama raikan dan di kala kalah kita bersama sakit hati dan kecewa.Kita selalu bersama pemain dan pngurusan.Sokongan yang bijak dan setakat hari nii kita masih Penyokong Terbaik Malaysia.Apa Pun
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 

Thursday 16 February 2012

Butler Tetap Pertahan Kelantan

KEKALAHAN pertama yang direkodkan Kelantan musim ini selepas tewas 1-2 kepada Selangor pada saingan Liga Super di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin ternyata merencatkan momentum gergasi Pantai Timur itu.
Diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan tersebut ketika mereka berada dalam mood yang cukup baik selepas menewaskan jiran tetangga, Terengganu, Sabtu lalu, skuad The Red Warriors dilihat gagal mempamerkan aksi sebenar di gelang- gang lawan kelmarin.
Bagaimanapun, pengendali Kelantan, Peter James Butler masih lagi tenang dan tetap mempertahankan para pemainnya yang disifatkan beraksi lebih bagus, namun nasib tidak menyebelahi mereka.
Menurutnya, sepanjang 20 minit pertama, Kelantan kerap mengancam kubu Selangor dan mencipta beberapa gerakan berbahaya, namun ketumpulan jentera hadapan menggagalkan usaha mencipta jari- ngan.
“Dalam bola sepak, kekalahan adalah suatu yang biasa dan semalam (kelmarin), ia kekalahan kita yang pertama dan kita menerimanya. Kekalahan ini memberi saya peluang untuk melakukan penilaian terhadap pemain.
“Saya tahu ia suatu yang me- ngecewakan bagi seluruh peminat (Kelantan) tetapi peminat juga harus mengetahui saya juga sangat kecewa,” kata Butler ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambahnya, kesilapan yang dilakukan barisan pertahanan memberi peluang kepada Sela- ngor menjaringkan gol pertama menerusi Safiq Rahim.
“Keghairahan mencari gol penyamaan menyebabkan para pemain saya terperangkap dan terpaksa melepaskan gol kedua,” jelasnya.
Butler berkata, jentera peng- gempurnya tidak berfungsi dengan baik dan beliau tidak menolak kemungkinan faktor keletihan selepas berhempas pulas menewaskan Terengganu tempoh hari merupakan antara penyebab mereka beraksi hambar.
Mengulas mengenai dua pemain import baharunya, Butler memberitahu, Obinna Nwaneri masih dalam proses mencapai tahap kecergasan yang optimum, manakala Nwoha Onyekachi pula dalam pemantauannya dan belum mencapai prestasi sebenar.
“Beberapa usaha yang lebih keras perlu dilakukan dalam persiapan menentang Sarawak pada aksi Piala FA Sabtu ini, dan saya mahu pemain lebih fokus dan melupakan kekalahan malam tadi (kelmarin).
“Perjalanan masih banyak, ia bukan suatu yang sudah berakhir selepas perlawanan menentang Selangor. Kita pasti akan bangkit dan mempamerkan permainan sebenar selepas ini,” ujarnya.
Ketika ditanya mengenai ‘ribut’ yang melanda kem The Red Warriors kononnya beliau akan meletak jawatan ekoran tekanan daripada beberapa pihak, Butler menafikan mengenai perkara tersebut.
“Saya tidak tahu dan tidak pasti dari mana cerita ini timbul. Saya punya reputasi yang baik di sini (Kelantan) dan saya tidak ada masalah dengan pemain atau pihak pengurusan.
“Tetapi sekiranya mereka (pihak pengurusan) tidak senang dengan saya, mereka boleh melakukannya (memecat) tetapi mereka kena tahu saya sentiasa bekerja keras dan memberikan yang terbaik untuk pasukan,” jelasnya.

Petikan Dari Klate.Net
 Macam mana boleh lain pulakk kenyataan Butler niii . . .dalam Astro brinih kata lain . . .Malas nak komen apa-apa buat masa sekarang niii

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Isu Kelantan tewas?

Mlm ni ......BOSKO BALABAN(CROATIA) VS ONYEKACHI NWOHA(NIGERIA)....dan RAMESH DAYOUB VS OBINNA NWANEIRI....apek VS azlan...mat yo vs AMRI...syafiq VS syakir...amirulhadi VS PIYA....chanturu vs soley.....he he....live di RTM 1......
Sebelum perlawanan di atas adalah posting dari Tan Sri Anuar Musa di mana TS mengatakan tentang pemain import yang baru.Dan selepas perlawanan TS memberi respond dari kenyataan Butler yang kononnya pengurusan masuk campur dalam pemilihan pemain.Tengok betul-2 apa yang TS komen terhadap Butler:
Ada posting KATA PEMILIHAN IMPORT BUKAN BAWAH DIA...utk makluman OKINE N ANTWI handpicked solely by butler..GHADDAR was selected after consulting and agreed by him...others come for trial to be observed n commented by him n manager...AFTER SEASON STARTS N WINDOW REOPEN, selection of more players has to be done in diff manner based on URGENCY AND EXTRAORDINARY CIRCUMSTANCES WE ARE IN..INFACT WHEN BUTLER TOOK OVER THE TEAM PLAYERS FOREIGN N LOCAL ALREADY SELECTED..it is not part of his duty to select or buy players..his duty is to train the team especially when coach come in after team already formed n won the tittle...
Tanggapan pengurusan pilih pemain adalah salah..pengurusan hanya cari pemain dan urus hal terma dan kewangan..kemudian ia DISERAH PADA TEAM COACH ES N MANAGER UTK DI NILAI..sejak pendaftaran dibuka semula hingga tutup 13/2 5 pemain dibawa utk coach uji DAN HANYA 1 di pilih yaitu OBINNA...NWOHA DIBAWA AGENT SAAT AKHIR GANTI OKOCHA setelah kita tolak dan terpaksa buat ITC utk dinilai dlm 3 perlawanan sebelum kita multamadkan..SEKALI LAGI COACH YG BUAT PENILAIAN..bukan pengurusan
Sudah diramalkan...bila menang semua senyum bila kalah macam macam timbul..pencacai yg menanti saat sebegini meloncat jadi pengomen aktif....SEMUA NI KITA TERIMA DAN TERUS BEKERJA...TIADA YG MUDAH..APA LAGI DI KELANTAN KITA..yg mudah pun dipayahkan APA LAGI YG MEMANG PAYAH..HANYA YG TABAH DAN IKHLAS AKAN TERUS MARA...
Ghaddar hubungi..DIA SELAMAT SAMPAI DI BEIRUT PAGI TADI DAN TERUS MENZIARAHI AYAHNYA YG KENA SERANGAN JANTUNG..harap beliau gunakan cutinya utk settle down..mengikutnya kalau beliau dikehendaki menyertai kem PASUKAN LUBNAN BELIAU AKAN KEMBALI SEHARI SELEPAS DILEPASKAN..apa pun beliau akan terus beraksi bersama TRW..DOAKAN AYAHNYA SEGERA SIHAT...
Selagi mana mana pemain dan pegawai di ambil dan dibayar gaji utk bertugas OLIH KITA,MEREKA AKAN TERUS DI BANTU DISOKONG DAN DIBIMBING OLEH PENGURUSAN.SETIAP MASAALAH DAN RINTISAN MEREKA AKAN DI DENGAR SELAGI MANA MEREKA SAMPAIKAN DGN CARA DAN SALURAN YG BETUL..DAN BILA BERJAYA KITA REWARD KALAU GAGAL KITA FIRE...itu namanya hire and fire policy..WITHOUT FEAR OR FAVOUR....
Menurut peraturan sebelum satu satu perlawanan KETUA JURULATIH DIKEHENDAKI MENGISI BORANG "STARTING LIST"DAN TANDATANGANI SENARAI NAMA KESEBELASAN UTAMA DAN PEMAIN SIMPANAN PILIHANNYA..LAZIMNYA JAM 5 diadakan team briefing Dan line up diumumkan..STRATEGI PERLAWANAN DAN GAME PLAN DIHURAIKAN.OLIH JURULATIH .ADALAH DASAR DAN AMALAN KITA SEGALANYA DISERAH PD COACH TANPA PERLU DIRUJUK PADA SESIAPA DAN BELIAU BEBAS BUAT ATAU PILIH SIAPA SAJA....DASAR INI DIKEKAL HINGGA SEKARANG..
Baru habis berbual dgn ghaddar..heran pulok sy dia kecek org putih molek2 dgn saya sampai pandai kata "i miss you"ha ha..alhamdulillah ayahnya makin sihat..katanya ptg ni dia jumpa NATIONAL COACH LUBNAN..lubnan main WORLD CUP QUALIFYING 28hb...MUMTAZ YA GHADDAR!!
 Tapi ada satu pos kawe tak dan nak tangkap.Ts kata Butler mintak income tax dia di bayar oleh KAFA padahal gaji dia melebihi SATHIA?

Setakat hari ni isu Ghaddar selesai? dua di beri cuti ayahnya sakit dan latihan Skuad kebangsaan Lubenon? Sekarang ni Isu Butler,nampak gayanya macam dia nak buat hal dengan kita?Adakah perlawanan dengan selangor dia mengubah tektikal dan membuatkan kita kalah? sebab KAFA tak akan bayar income tax dia? Ada juga ura-2 yang KAFA telah menghubungi Dato M.Karathu dan kita tengok dalam masa terdekat . . Apa yang kawe katakan adalah atas siasatan kawe sahaja dan tidak boleh di katakan soheh cuma isu ghaddar sahaja soheh setakat ni . . isu butler kita nanti tengok . .kawe rasa dia start brona dohh niii . . .
Kita tak nak ada pembelot dan pegawai yang tidak berdisiplin dan kerana meluahkan kepada media Sathia di gantung 6 bulan dan Kalau Butler buat kenyataan media yang boleh mengundang banyak pihak mengatakan kita ada masalah dalaman,bagi kawe kita Fire je Butler merosakkan imej Kelantan.Cari jurulatih lain lagi bagus . . 
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 

Rekod Tanpa Kalah Kelantan Lebur

SELANGOR 2
Shafiq Rahim (m-46)
Bosko Balaban (m-75)
KELANTAN 1
S Subramaniam (m-90+1)
KUALA LUMPUR – Rekod tanpa kalah The Red Warriors dalam tujuh perlawanan akhirnya lebur setelah tewas 1-2 kepada Selangor dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Kekalahan tipis kepada musuh tradisinya itu wajar menjadi pengajaran berguna kepada Kelantan yang masih bergelut untuk memiliki pemain import berkualiti setelah khidmat penyerang Lubnan, Mohammed Ghaddar tiba-tiba digantikan dengan pemain baru dari Nigeria, Onyekachi Nwoha dalam perlawanan ini.
Seawal minit kedua perlawanan, Selangor hampir berada di depan menerusi sepakan percuma Shafiq Rahim yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat namun S Subramaniam pantas mengeluarkan bola daripada situasi merbahaya itu.
Tiga minit kemudian giliran Kelantan kembali membalas serangan menerusi umpanan cantik Ketua Pasukan, Mohd Badhri kepada Norshahrul Idlan Talaha namun pemain pertahanan tuan rumah, Mohd Nasriq Baharom lebih awal menolak keluar bola tersebut.
Dua peluang terbaik Red Giants hadir pada m-11 perlawanan menerusi hantaran mengelirukan Mohd Fitri Shazwan Raduwan namun dikeluarkan Subramaniam manakala rembatan Balaban lapan minit kemudian pula tersasar daripada pintu gol Kelantan.
Pada m-25 perlawanan, Indra Putra Mahayuddin terlepas peluang untuk meletakkan The Red Warriors di depan apabila tandukan cantiknya diselamatkan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali setelah menerima umpanan daripada Mohd Nurul Azwan Roya.
Seminit kemudian, Bosko Balaban, pemain import kelahiran Croatia yang membuat penampilan pertama bersama pasukan Selangor mencetuskan situasi cemas di depan pintu gol Kelantan apabila menanduk cantik sepakan percuma Shafiq namun Mohd Fitri Shazwan pula gagal menyambar umpanan tersebut.
Malah Balaban terus menghadirkan sentuhan berbisanya apabila mempunyai dua peluang terbaik untuk memimpin pasukannya di depan menerusi rembatan kencang pada m-30 dan 38 perlawanan namun ditepis keluar Khairul Fahmi di gawang gol Kelantan.
Ketika Selangor kian rancak melancarkan serangan, Norshahrul Idlan kembali menyalakan semangat juang pasukan Kelantan menerusi rembatan kencang dua minit sebelum babak pertama berakhir namun hanya sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol.
Usaha pasukan tuan rumah untuk mendapatkan gol pertama bagaimanapun berhasil sebaik sahaja seminit babak kedua bersambung. Tindakan kurang cermat Subramaniam mengeluarkan bola akhirnya dihukum menerusi rembatan kencang Shafiq Rahim ke penjuru sebelah kanan menewaskan Khairul Fahmi di pintu gol Kelantan.
Ternyata jaringan tersebut memberikan tekanan kepada barisan pemain Kelantan malah aksi benteng pertahanan yang beraksi longlai dilihat seakan tidak berdaya mengekang asakan bertali arus pasukan tuan rumah.
Begitupun, Mohd Badhri kembali mengendurkan tekanan tersebut apabila hampir menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada m-60 perlawanan menerusi sepakan percumanya namun sedikit tersasar di atas pintu gol Selangor.
Malah lima minit kemudian, Mohd Badhri sekali lagi terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan apabila sepakan gunting Indra Putra yang ditanduk beliau terus ke dakapan Norazlan.
Kemasukan pemain import baru, Nwoha pada pertengahan babak kedua ternyata tidak banyak membantu gerakan serangan Kelantan malah situasi tersebut turut mengundang Norshahrul Idlan dan Indra Putra sendiri turun ke bawah untuk mendapatkan bola.
Balaban terus menambah derita anak buah Peter Butler apabila menjaringkan gol kedua untuk pasukannya pada m-75 perlawanan. Gerakan menarik Shafiq yang menguis bola melepasi benteng pertahanan dimanfaatkan ssepenuhnya oleh Balaban menerusi rembatan rendah ke penjuru sebelah kanan untuk gol kedua Selangor malam tadi.
Usaha berterusan Kelantan untuk merapatkan kedudukan walaubagaimanapun berhasil apabila Subramaniam berjaya menjaringkan gol saguhati berpunca situasi kelam-kabut di depan pintu gol tuan rumah dalam masa tambahan.
Kesebelasan utama pemain :
SELANGOR : Norazlan Razali, Mohd Bunyamin Umar,Mohd Asraruddin Putra Omar, Ramez Dayoub, Mohd Nasriq Baharom (P Gunalan), Mohd Amirulhadi Zainal (Solihin Kanasian Abdullah), Shafiq Rahim, Azidan Sarudin, Mohd Fitri Shazwan Raduwan, Bosko Balaban (Wan Mohd Hoesne Wan Hussain) dan Mohd Amri Yahyah (KP).
FORMASI : 4-4-2
KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohamad Zamri Ramli (Mohd Farisham Ismail), Obinna Nwaneri, S Subramaniam, Mohamad Ab Aziz Ismail, S Chanturu, Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Radzi (KP), Mohd Nurul Azwan Roya (Onyekachi Nwoha), Indra Putra Mahayuddin dan Norshahrul Idlan Talaha.
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Selangor (7) Kelantan (5)
Percubaan tersasar : Selangor (1) Kelantan (5)
Sepakan penjuru : Selangor (3) Kelantan (4)
Sepakan percuma : Selangor (26) Kelantan (17)
Ofsaid : Selangor (11) Kelantan (4)
Kekasaran : Selangor (15) Kelantan (13)
Kad kuning : Selangor (Mohd Amri Yahyah) Kelantan (Mohamad Zamri Ramli)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :   Lima minit
Penguasaan bola : Selangor (55%) Kelantan (45%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Muhd Nazmi Nasarudin
Penolong Pengadil 1: Mohd Hanif Abdul Rahman
Penolong Pengadil 2: Mohd Yusri Mohamad
Pegawai Keempat : Nagor Amir Noor Mohamad
Kommissioner Perlawanan : Mohd Jamil Zakaria
Penilai Pengadil : Othman Omar
General Koordinator : Suhairi Rahmad

Petikan Dari Klate.Net
 Apakah masalah dalaman yang sedang berlaku dalam pasukan? addakah perlawanan malam ini tektikalnya di buat supaya kita tewas oleh Butler? adalah coacah ini akan meninggalkan pasukan sekali lagi? ada ura-ura dato M.Karathu akan kembali?

 

Monday 13 February 2012

Butler Puji Aksi Mantap Nurul

Bermain cemerlang ketika bantu Kelantan tewaskan Terengganu 2-1
PEMAIN sayap kiri Kelantan, Nurul Azwan Roya mendapat pujian daripada ketua jurulatihnya, Peter James Butler selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu Kelantan menewaskan Terengganu 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam.
Nurul Azwan berkata, dia tidak menyangka akan disenaraikan dalam kesebelasan utama namun selepas diberi kepercayaan daripada jurulatih, pemain berasal dari Pasir Puteh itu tekad membuktikan kemampuan supaya tidak menghampakan pasukan.
Pemain dari Pasir Puteh dikenali dengan kelincahannya membantu The Red Warriors di bahagian tengah selain ketua pasukan, Mohd Badri Radzi dan Mohd Shakir Shaari untuk mencipta ruang bagi mengasak kubu Terengganu.
“Saya hanya melaksanakan arahan jurulatih dan berusaha memastikan Kelantan tidak tewas kepada Terengganu selain tidak mahu menghampakan penyokong yang pastinya mahu melihat permainan terbaik daripada pemain.
“Saya akan cuba mengekalkan prestasi cemerlang ini berikutan Kelantan bakal berdepan Selangor, Selasa ini (esok),” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Butler juga menganggap persembahan mantap daripada Nurul yang diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan terbabit menjadi faktor penting di sebalik kejayaan Kelantan.
“Saya gembira dan berpuas hati dengan aksi Nurul malam ini dan saya tahu dia memang bagus pada perlawanan malam ini (kelmarin).

Petikan Dari Klate.net
Kekalkan prestasi awe adalah antara bintang kegemaran kelantan.harap semua akan turun yang mana berada di lembah klang.Di mana jua kita bermain,pemain ke12 pasti akan sentiasa di belakang.Apa pun..........
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Red Warriors Kembali Teraju Liga

KELANTAN 2
Norshahrul Idlan Talaha (m-37)
Mohd Badhri Radzi (m-52)
TERENGGANU 1
Abdul Manaf Mamat (m-90+2)
KOTA BHARU – The Red Warriors kembali merampas gelaran pendahulu liga setelah mengalahkan musuh tradisinya Terengganu 2-1 dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Kejayaan menumbangkan seteru utamanya itu ternyata memberikan signifikan tersendiri bagi Kelantan yang berjaya membalas dendam setelah dikecewakan dalam perlawanan akhir Piala FA dan saingan suku akhir Piala Malaysia pada musim lalu.
Tempoh 20 minit pertama perlawanan jelas penguasaan milik Kelantan yang melakukan asakan bertali arus menerusi dua rembatan kencang pemain sayap, S Chanturu pada minit kelapan dan m-11 namun mudah diselamatkan oleh penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.
Empat minit kemudian, gerakan menarik di antara Norshahrul Idlan Talaha dan Indra Putra Mahayuddin turut berakhir dengan kehampaan apabila Mohd Sharbinee Allawee terlebih dahulu pantas meluru keluar menyelamatkan keadaan di gawang golnya.
Meski pun tertekan dengan asakan pemain tuan rumah namun pasukan dilihat Terengganu cuba mengimbangi perlawanan dan lima minit kemudian Abdul Hadi Yahaya terlepas peluang untuk menghadirkan gol bagi pasukannya apabila rembatan kencangnya sempat dihadang Mohamad Ab Aziz Ismail di depan pintu gol Kelantan.
Terengganu terus melancarkan serangan balas pantas dua minit kemudian apabila hantaran lintang Abdul Hadi pantas disambar bek kiri, Muhammad Zubir Mohd Azmi namun rembatan kencangnya sempat ditepis keluar oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Pada m-34, Indra Putra terlepas peluang untuk meletakkan Kelantan di depan apabila rembatannya berpunca hantaran jauh Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi hanya tersasar beberapa meter di sebelah kiri pintu gol Terengganu.
Tiga minit kemudian, penyerang yang terkenal dengan jolokan ‘The Linesman’, Norshahrul Idlan Talaha menggamatkan sorakan hampir 15,000 penyokong setia The Red Warriors apabila merembat masuk gol pertama Kelantan dalam perlawanan malam tadi.
Berpunca hantaran pendek Mohd Nurul Azwan di dalam kotak penalti, Norshahrul Idlan pantas melakukan rembatan yang menyaksikan bola terkena salah seorang pemain pertahanan Terengganu dan mengelirukan Mohd Sharbinee Allawee di gawang golnya.
Bersambung babak kedua, Kelantan hanya memerlukan tujuh minit untuk menggandakan jaringan. Berpunca tandukan pendek Indra Putra di dalam kotak penalti, Mohd Badhri Radzi mudah menanduk masuk menewaskan Mohd Sharbinee Allawee untuk gol kedua Kelantan.
Ternyata gol kedua tersebut terus menyemarakkan semangat anak buah Peter Butler untuk menambahkan jaringan dan Indra Putra terlepas peluang untuk mencetak nama selaku penjaring gol apabila tandukannya pada m-55 perlawanan dibatalkan setelah dikesan berada dalam kedudukan ofsaid terlebih dahulu.
Ketinggalan dua gol ternyata memberi tekanan kepada pasukan pelawat untuk kembali bangkit merapatkan jurang. Kelibat penyerang import mereka, Francis Forkey Doe yang digembar-gemburkan cukup berbisa nyata tenggelam setelah dibayangi kehebatan S Subramaniam dan Obinna Nwaneri di benteng pertahanan Kelantan.
Malah Forkey Doe wajar dinobatkan selaku ‘pakar ofsaid’ dalam perlawanan malam tadi apabila tidak kurang 10 gerakan menarik yang direncananya sering terjerat dengan perangkap ofsaid oleh benteng pertahanan Kelantan.
Begitu pun pasukan pelawat tetap menjelmakan asakan merbahaya pada m-63 perlawanan menerusi rembatan pemain gantian, Abdul Manaf Mamat yang hanya tersasar beberapa meter di sebelah kanan pintu gol manakala percubaan Mohamad Ashari Samsudin lima minit kemudian jauh tersasar.
Selebihnya kemudian, giliran Kelantan pula kembali mendominasi perlawanan apabila Norshahrul Idlan mempunyai dua peluang terbaik pada m-70 dan 76 perlawanan namun gerakan menariknya memperdayakan dua pemain pasukan pelawat berakhir dengan bola rembatannya terus ke dakapan Mohd Sharbinee Allawee.
Tindakan Ketua Pasukan Terengganu, Mohd Mazuki Yusoff menarik penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar pada m-85 perlawanan di dalam kotak penalti akhirnya mengundang padah apabila pengadil tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti kepada Kelantan.
Namun Ghaddar yang diberi tanggungjawab menyempurnakan sepakan tersebut gagal menghadiahkan gol ketiga untuk Kelantan apabila sepakannya ke penjuru sebelah kiri ditepis keluar Mohd Sharbinee Allawee.
Usaha berterusan Terengganu untuk merapatkan kedudukan bagaimana berhasil apabila Abdul Manaf berjaya merembat masuk hasil sepakan penjuru rakan sepasukan untuk gol saguhati pasukannya dalam masa kecederaan.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin, Obinna Nwaneri, S Subramaniam, Mohamad Ab Aziz Ismail (Mohamad Zamri Ramli), Mohd Shakir Shaari (Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid), Mohd Badhri Radzi (KP), Mohd Nurul Azwan Roya (Mohammed Ghaddar), S Chanturu, Indra Putra Mahayuddin dan Norshahrul Idlan Talaha.
FORMASI : 4-4-2
TERENGGANU : Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Mazlizam Mohamad, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Mazuki Yusof (KP), Muhammad Zubir Mohd Azmi, Erison Da Silva Santos Carnietto (Abdul Shukor Jusoh), Reeshafiq Alwi, Mohamad Ashari Samsudin, Shamsul Kamal Mohamad (Joseph Kalang Tie), Abdul Hadi Yahaya (Abdul Manaf Mamat) dan Francis Forkey Doe.
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (4) Terengganu (2)
Percubaan tersasar : Kelantan (6) Terengganu (3)
Sepakan penjuru : Kelantan (5) Terengganu (2)
Sepakan percuma : Kelantan (18) Terengganu (13)
Ofsaid : Kelantan (2) Terengganu (13)
Kekasaran : Kelantan (11) Terengganu (4)
Kad kuning : Kelantan (Mohamad Ab Aziz Ismail, Mohd Daudsu Jamaluddin dan Indra Putra Mahayuddin) Terengganu (Francis Forkey Doe dan Mohd Mazuki Yusof)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :   Empat minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Terengganu (45%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Mohd Amirul Izwan Yaacob
Penolong Pengadil 1: Mohd Yusri Mohamad
Penolong Pengadil 2: Azmi Khalid
Pegawai Keempat : Ku Alaudin Ku Mohd
Kommissioner Perlawanan : Leftenan Kolonel (B) Kamarudin Sakari
General Koordinator : Arif Hassan

Petikan dari Klate.net

Kita bermain baik terutamanya Kapten kita Piya yang berjaya mengelecek dengan skillnya dan juga Nurul Azwan Roya yang begitu menjadi malam ini.Matyo sekali membuktikan dia masih penyerang terbaik negara jika nak di bandingkan dengan penyerang lain buat masa ini.Kreadit kawe berikan kepada Kelantan kerana mampu menjinakkan sang penyu dengan menyerang habis-habisan dan pertahananan import Obinna begitu organize dan memudahkan tugas Subra.Indra agak tenggelam dan Chanturu bermain baik tapi masih perlu meningkatkan prestasinya.
 Kita sendiri dapat lihat prestasi pasukan kita semalam adalah yang terbaik setakat ini,malah strategi Butler memang mengkagumkan.dari segi pemilihan pemain memang tidak di nafikan sehingga hari ini Butler masih utuh menggunakan khidmat Indra walaupun jarang terbabit dalam serangan tapi asisnya amat penting.Apek juga bertindak cemerlang malam tadi dan menjadikan kita Team yang paling dikehendaki 2012.semua pasukan akan bermati-matian untuk mengalahkan kita nanti.selepas 7 Pelawanan kita adalah satu-satunya pasukan yang belum tewas dan setakat hari ini Kelantan sudah meningkat pada 70% dari semua aspek cuma di bahagian serangan masih mencari gandingan yang perlu di mantapkan.Indra sudah memberi kita sedikit kelegaan dan Piya membuatkan kita tersenyum malam tadi
  Tahniah Kelantan The Red Worriors atas kejayaan malam tadi dan semoga prestasi terus meningkat dan kita akan benamkan Red Giants Pulak nanti.Apa-apa pun kawe masih mengharapkan Ghaddar agar menemui rentak yang di cari-cari dan banyak bermain berpasukan bukan mencari kelebihan individunya sahaja.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday 10 February 2012

Red Warriors Nyaris Tewas

Akui Sabah lebih hebat, bernasib baik curi satu mata
KOTA BHARU – Satu mata yang diraih di Stadium Likas, Kota Kinabalu menceritakan keperitan dialami oleh The Red Warriors dalam pertemuan sengit menentang Sabah dalam aksi perlawanan keenam Liga Super malam semalam.
Malah keputusan seri tanpa jaringan tersebut menyaksikan Perak merampas gelaran  selaku peneraju baru takhta, memintas Kelantan dengan kelebihan satu mata setelah mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sarawak di Ipoh.
Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim ketika dihubungi menyifatkan skuad kendalian Peter Butler itu sebenarnya bernasib baik dapat mencuri satu mata setelah diberi saingan hebat oleh Sabah sepanjang perlawanan tersebut.
“Kita kena akui Sabah beraksi lebih baik daripada Kelantan dalam perlawanan ini. Mereka jelas menguasai perlawanan dan beraksi lebih agresif malah saya boleh katakan kita bernasib baik tidak tewas dalam perlawanan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Kalau tidak kerana percubaan Leopold Alfonso Otong pada minit-minit akhir perlawanan terkena tiang gol, sudah pasti kita terpaksa berputih mata menerima kekalahan pertama dalam saingan liga musim ini.
“Apa yang saya jangkakan sebelum ini menjadi kenyataan. Memang sukar beraksi di Kota Kinabalu dan Sabah bermain lebih daripada 100 peratus untuk mengalahkan kita. Saya fikir mana-mana pasukan lain pun menghadapi situasi yang sama apabila bertemu mereka di sana,” katanya.
Malah Azman turut memuji kelibat pemain import Sabah, Micheal Baird yang menjadi duri dalam daging apabila beliau sering mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Kelantan dalam perlawanan tersebut.
“Dia banyak memberi masalah kepada benteng pertahanan kita. Malah dia begitu rajin turun mendapatkan bola daripada rakan sepasukannya dan saya lihat kehebatan pemain import dari Australia cukup terserlah dalam perlawanan ini,” katanya.
Mengulas mengenai percaturan Butler mengeluarkan kedua-dua pemain import, Mohammed Ghaddar dan Obinna Nwaneri dalam perlawanan tersebut, Azman tindakan tersebut merupakan satu keputusan yang tepat setelah mereka dilihat gagal memberikan sumbangan berkesan kepada pasukan.
“Nwaneri terpaksa dikeluarkan pada m-72 perlawanan setelah tidak cukup cergas dalam perlawanan ini. Saya tidak salahkan beliau kerana dia sudah lama tidak beraksi dan baru beberapa kali menjalani latihan bersama kita.
“Sementara Ghaddar pula masih mempunyai penyakit lama, masih tercari-cari rentak dan tidak begitu efektif dalam perlawanan ini. Kita terpaksa mengeluarkan dia pada awal babak kedua dan digantikan dengan Muhammad Ramzul Zahini (Adenan),” katanya.

Petikan dari Klate.net
Kita bernasib baik dan masih mngekalkan rekod tanpa kalah sepanjang musim ini . . .bagaimana status kecederaan shakir dan obinna . . .Ghaddar bila nak full perfome?




Nwaneri Ganti Antwi

PEMAIN pertahanan import dari Nigeria, Obinna Nwaneri menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), bagi menggantikan Denny Antwi dalam baki saingan Liga Super musim ini.
Meskipun menampilkan aksi hambar pada perlawanan persahabatan menentang kelab Balestier Khalsa FC, pengalaman Nwaneri yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan negaranya tetap ditagih bagi memperkuatkan benteng The Red Warriors.
Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim berkata, Jawatankuasa Pengurusan Kafa yang bermesyuarat semalam memutuskan untuk menyenaraikan Nwaneri selaku pemain import kedua Kelantan, sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain import berakhir 13 Februari ini.
“Segala urusan berkaitan dokumentasi pemain berkenaan juga sudah berjaya diselesaikan, termasuk Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada kelab asalnya, malam semalam.
“Kita akan cuba mendaftarkan Nwaneri dengan sekretariat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secepat mungkin, meskipun semalam dan hari ini Lembah Klang cuti umum, tetapi kita akan tetap berusaha mendaftarkan pemain itu mengikut saluran lain,” katanya.
Azman berkata, sekiranya pemain tersebut dapat didaftarkan, Kelantan dijangka dapat menurunkan pemain berusia 30 tahun ketika menentang Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam esok.
Mengulas mengenai kedudukan penyerang import, Mohammed Ghaddar bersama The Red Warriors, Azman menjelaskan, khidmat pemain kelahiran Lubnan itu tetap diperlukan bagi menguatkan jentera serangan Kelantan.
“Beliau kekal beraksi dalam Liga Super dan terus diberi kepercayaan untuk bergandingan dengan Norshahrul Idlan di bahagian serangan. Kita percaya beliau mampu menjaringkan lebih banyak gol selepas ini,” katanya.

Petikan dari Klate.net


Jangan Ganggu Fokus Apek

OTA KINABALU – Pengurusan skuad Kelantan meminta pihak media tidak menemubual penjaga gol mereka, Khairul Fahmi Che Mat pada sesi latihan pasukan itu di sini, semalam menjelang perlawanan Liga Super menentang Sabah hari ini.
Hasrat itu disuarakan pengurus skuad Red Warriors Azman Ibrahim yang meminta jasa baik media untuk tidak menemubual penjaga gol No. 1 negara itu.
Sebelum ini Apek didakwa mempunyai hubungan dengan seorang pemilik butik, Nur Ellunie Natasha Nazri atau Leuniey namun dinafikan oleh gadis tersebut, kelmarin.
Azman berkata, dia tidak mahu fokus Apek terganggu menjelang pertembungan dengan Sabah.
Katanya, apatah lagi skuad Olimpik negara yang diperkuatkan dengan kehadiran Apek, tumpas kepada Bahrain pada perlawanan Kelayakan Olimpik.
“Apek baru tiba di Malaysia selepas perlawanan menentang Bahrain. Dia masih penat dan saya tidak mahu dia dibebani lagi dengan sebarang persoalan daripada media.
“Ini mungkin mengusutkan tumpuannya bagi menghadapi perlawanan menentang Sabah,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad Kelantan semalam.
Mengenai perlawanan hari ini, Azman berkata, keupayaan Sabah beraksi baik di hadapan penyokong sendiri memberi tamparan hebat buat pendahulu Liga Super, Kelantan pada aksi di Stadium Likas, malam ini.
Menurutnya, Sabah yang mempunyai rekod sempurna di laman sendiri pastinya tidak akan memberi laluan mudah kepada Red Warriors untuk mengutip tiga mata penuh.
Katanya, biarpun Sabah berada pada tangga ke-11 liga, ia bukan kayu pengukur sebenar kepada keupayaan pasukan dari Borneo itu, terutama beraksi di hadapan penyokong sendiri.
“Kita tahu bahawa Sabah pastinya akan memberi tentangan sengit buat Kelantan pada pertemuan malam esok (hari ini).
“Namun saya berharap Kelantan akan dapat beraksi pada tahap terbaik dan mampu membawa pulang tiga mata penuh,” katanya.

Petikan dari Klate.net

Al Jabbar Penaja Rasmi Jersi The Red Warriors

SYARIKAT kesihatan Al Jabbar Group mengorak langkah apabila menjadi penaja rasmi jersi pasukan Kelantan yang akan bertanding dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Mac depan.
Sebagai satu-satunya penaja rasmi jersi Kelantan di Piala AFC, pemain The Red Warriors akan menyarung jersi hitam dan putih yang tertera logo Al Jabbar dalam mana-mana pertandingan AFC yang disertai pasukan itu di peringkat Asia.
Pelancaran jersi itu dilakukan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam sebelum perlawanan persahabatan antara Kelantan menentang kelab dari Singapura, Balestier Khalsa FC. Pegawai Khas Al Jabbar Group, Abdul Mizal Abdul Majid berkata pihaknya bersetuju meneruskan tajaan musim ini berdasarkan prestasi The Red Warriors.
“Kita bersetuju menaja pasukan Kelantan pada musim ini dengan menyumbang jersi yang akan digunakan dalam pertandingan peringkat Asia. Selain itu, kami juga akan mengeluarkan aksesori seperti topi dan jaket,” katanya. Abdul Mizal berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha syarikat berkenaan untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kebangkitan bola sepak negeri itu dan akan terus bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Katanya, Al-Jabbar mempunyai hak eksklusif menjual jersi terhad itu di semua butik mereka di seluruh Malaysia.
“Kepada pembeli jersi, cabutan bertuah akan dibuat dan seorang atau dua pemenang akan dibawa menonton perlawanan AFC di luar negara yang membabitkan pasukan Kelantan,” katanya.

Petikan dari klate.net


Monday 6 February 2012

Nwaneri, Okocha Tak Menjadi


KELANTAN 0
BALESTIER KHALSA FC 2
Goran Subara (m-31)
Kim Min Ho (m-47)
KOTA BHARU – Aksi penampilan pertama pemain import terbaru, Obinna Nwaneri dan Samad Awudu Okocha ternyata mengecewakan apabila gagal membantu The Red Warriors mencipta kemenangan ke atas kelab Balestier Khalsa FC dalam aksi perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Dalam perlawanan persahabatan antarabangsa malam tadi, The Red Warriors tumbang 0-2 kepada kelab dari negara Singapura itu menerusi dua jaringan dalam babak berbeza.
Obinna Nwaneri yang bermain di posisi pertahanan beraksi selama 53 minit sementara Samad Okocha yang menerajui jentera serangan Kelantan sepanjang babak kedua gagal menyakinkan peminat setia dalam perlawanan tersebut.
Tampil dengan jersi baru jenama Warriors yang akan dipakai dalam Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Mac nanti, Kelantan hampir berada di depan seawal minit ketiga perlawanan menerusi percubaan penyerang import, Denny Antwi namun rembatannya daripada sudut sukar sempat ditepis keluar penjaga gol Balestier Khalsa, Joey Sim Wei Zhi di gawang golnya.
Pasukan pelawat yang dilihat gemar melancarkan serangan daripada sebelah tepi mempunyai peluang terbaik untuk mendahului pada m-28 perlawanan apabila Muhammad Zulkiffli Hassim bijak melintangkan bola di depan gawang gol Kelantan namun gagal disambar oleh Park Kang Jin dan Kim Min Ho.
Tiga minit kemudian, Balestier Khalsa mengejutkan hampir 17,000 penyokong The Red apabila berjaya menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan malam tadi. Pemain pertahanannya, Goran Subara yang pantas meluru ke atas mudah menolak masuk hantaran lintang Kang Jin untuk menewaskan Mohd Shahrizan Ismail di gawang gol Kelantan.
Pada m-37, pasukan pelawat hampir menggandakan jaringan kali ini menerusi percubaan jarak jauh Min Ho namun Mohd Shahrizan lebih bersedia menafikan rembatan pemain sayap itu.
Dua minit sebelum babak pertama berakhir, Indra Putra hampir menyamakan kedudukan untuk The Red Warriors namun rembatan kencangnya sekadar menerjah jaring sisi sebelah kanan pintu gol pasukan pelawat.
Dua minit babak kedua bersambung, pasukan Balestier Khalsa terus mengukuhkan kedudukan apabila Min Ho berjaya menjaringkan gol kedua untuk pasukannya.
Tindakan Nwaneri yang cuba melakukan perangkap ofsaid memakan diri apabila dihukum menerusi rembatan Kang Jin yang menyaksikan bola sempat ditepis keluar Mohd Shahrizan sebelum Min Ho melakukan tindakan susulan dengan merembat ke penjuru sebelah kanan pintu gol Kelantan.
Ternyata gol tersebut menyentap semangat anak didik Peter Butler yang dilihat cuba mempamerkan aksi agresif setelah memasukkan Mohd Badhri Radzi dan Samad Awudu Okocha sebaik sahaja babak kedua bersambung.
Penyerang import Kelantan, Denny Antwi mempersiakan peluang terbaiknya pada m-56 perlawanan untuk merapatkan jurang apabila memilih menyepak tinggi melepasi pintu gol meski pun bijak memperdayakan tiga pemain pertahanan dalam kotak penalti sebelum itu.
Dua minit kemudian, Antwi sekali terlepas peluang untuk menceriakan penyokong setia The Red Warriors apabila lambat melakukan rembatan di dalam kotak penalti meski pun berada dalam kedudukan selesa untuk menjaringkan gol untuk Kelantan.
Ketika Antwi yang beraksi lebih agresif tetapi dikeluarkan dua minit kemudian, sumbangan Okocha pula terus terbatas apabila gagal melepasi kekangan Kapten Balestier Khalsa, Paul Cunningham dalam perlawanan malam tadi.
Tidak banyak gerakan menarik dicetuskan oleh Okocha, pemain yang diwar-warkan memikul tanggungjawab baru selaku peledak berbisa Kelantan sebaliknya kelibat pemain tempatan pula dilihat lebih mencuri tumpuan dalam perlawanan malam tadi.
Peluang terbaik Okocha hadir pada m-61 namun gagal disempurnakan apabila beliau sekadar menyepak lemah bola ke dakapan penjaga gawang Balestier Khalsa, Joey Sim Wei Zhi.
Pada m-73, pemain sayap, Mohd Norfarhan Muhammad yang menerima umpanan Mohd Nurul Azwan Roya hampir berjaya merapatkan jurang untuk Kelantan namun tandukannya sekadar singgah di tiang gol sebelah kiri.
Enam minit berselang, giliran Mohd Shakir Shaari pula mencemaskan pintu gol pasukan pelawat menerusi sepakan lambung yang hampir memerangkap Sim Wei Zhi di gawang golnya namun sempat dikuis keluar rakan sepasukannya.
Minit-minit akhir perlawanan, Okocha terus menghampakan harapan ribuan penyokong setia apabila gagal untuk menjaringkan gol saguhati Kelantan apabila sepakan guntingnya terus ke dakapan penjaga gol gantian, Muhammad Zakariah Nerani.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Mohd Shahrizan Ismail Mohamad Zamri Ramli, S Subramaniam (Obinna Nwaneri), Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Zairul Fitree Ishak, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (KP) (Mohd Shakir Shaari), Mohd Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahayuddin (Mohd Badhri Radzi), S Chanturu (Mohd Norfarhan Muhammad), Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Samad Awudu Okocha) dan Denny Antwi (Norshahrul Idlan Talaha).
FORMASI : 4-4-2
BALESTIER KHALSA FC : Joey Sim Wei Zhi (Muhammad Zakariah Nerani), Muhammad Ridwan Jamil (Chang Jo Yoon), Goran Subara, Paul Cunningham (KP), Muhammad Ruhaizad Ismail (Poh Yi Feng), Muhammad Jaslee Hatta (Yusiskandar Yusop), Park Kang Jin (Muhammad Muhaymin Salim), Kim Min Ho (Patrick Brian Paranjody), Syed Thaha Ahmad Syed Ali, Tengku Mushadad Tengku Mohamed dan Muhammad Zulkiffli Hassim (Andrew Tan Wee Tat).
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (3) Balestier Khalsa (1)
Percubaan tersasar : Kelantan (5) Balestier Khalsa (1)
Sepakan penjuru : Kelantan (11) Balestier Khalsa (4)
Sepakan percuma : Kelantan (14) Balestier Khalsa (15)
Ofsaid : Kelantan (1) Balestier Khalsa (4)
Kekasaran : Kelantan (13) Balestier Khalsa (10)
Kad Kuning : (Mohd Shakir Shaari dan Obinna Nwaneri) Balestier Khalsa FC (Joey Sim Wei Zhi).
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tujuh minit
Penguasaan bola : Kelantan (48%) Balestier Khalsa (52%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Suhaimi Mat Hassan
Penolong Pengadil 1 : Asmadi Ibrahim
Penolong Pengadil 2 : Mohd Rahimi Mohd Nor
Pegawai Keempat : Mohd Ezani Said
Kommissioner Perlawanan : Mat Lazim Awang Hamat
General Koordinator : Arif Hassan
Petikan dari Klate .net
Tak jadi pun sain jugak kan . . .Kita tengok lah performance dia pada game akan datang ,kalau tak jadi parokkkk....Ghaddar main molek  . . Score je gol kot mano pun  . . janji kita menang.Apa pun 
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!