Thursday 30 August 2012

KALI PERTAMA PANCIT

 29 Haribulan ogos 2012,hari ni adalah hari pertama sejak menukar tayar saiz 26 x 1.25.Pada paginya sebelum berkayuh dah datang rasa malas tapi di sebabkan dah buat masa terbaik semalam terasa ingin mengulanginya.Kawe pum juga tayar seperti biasa 80psi di belakang dan 75psi di hadapan.Setelah semuanuya siap kawe pun mula berkayuh.Hati dah rasa macam ada sesuatu yang tidak kena dengan tayar belakang.Kawe berkayuh seperti biasa dan sesampai sahaja di Durian Burung.Basikal rasa berat hati kawe dah rasa tayar belakang ni.Dalam masa tu terpandang stesen minyak ESSO.Kawe pun behenti untuk pum tayar dan selepas itu pusing balik ke rumah.Adalah dalam 15 km kayuhan hari ni.Balik rumah makan nasik dagang yang di kirimkan kepada adik ipar kawe Faizul yang di buat oleh Ma (mak mertuaku).Biasanya kawe tak akan makan selagi belum jam 12.30 tgh hari.Tapi di sebabkan terliur nasik dagang kawe makanlah sikit.2 senduk je dengan kuah ikannya.best sangat.cuma nasik kurang sikit enaknya sebab semasa Faizul ambik dari Ma semalam di waktu pagi dan dia bertolak dari Dewan Beta tengah hari.Nasik sampai rumah kawe dah waktu malam.Tapi Isteri kawe dah kukuskan kembali sebanyak 2x.
  Pada sebelah petang kawe bawak masuk basikal dalam kereta Myvi untuk di hantar ke Kedai Basikal POLIGON di Batu Buruk.Cara masuk basikal dalam MYVI adalah seperti dalam gambar di bawah.Ini masa mula-2 beli basikal dan cara ini jugalah kawe gunakan untuk menhantarnya ke kedai basikal.


kedudukan pedal paling penting sebab nak jaga jugak kereta kita kan daripada tercalar terkena basikal.Sesampai di kedai Pomen basikal sudah tersenyum dan kawe budget mesti dia kata ada masalah nii kan.Sambil dia betulkan tiub basikal kawe ada dia bertanyakan "kayuh sorang lagi ke?".Kawe jawab ye.sebab kawe kerja shiff nak ikut kau orang pun susah jugak.Tapi tengoklah kalau ada kelengkapan dan masa Insyaallah kawe join.Dia tersenyum jee.Kawe pun ada ceritakan sikit pasal bunyi pada bahagian pedal depan.Masalahnya bunyi itu keluar bila kawe membuat pusingan mengundur.Rupa-rupanya speed belakang tidak kena setting atau settingnya dan lari.Jadi Mat Noor sendiri yang betulkan.katanya lambat turun.Kawe bawak isteri kawe hari ni katanya nak minum air kelapa muda dengan laksa penang.Semasa di kedai tu ada budaj-2 sukma dan pelapis Terengganu di sana.Coach dia pun ada.Katanya nak ke pulau kerengga.wahh jauh tu.
O.klah semua dah ready ,lusa kawe akan mulakan kayuhan semula sebab hari ni hari khamis kerja.Lusa dan tulat kalau tiada aral melintang pasti kawe akan turun berkayuh.Insyaallah.

GO POKNIKMU GO!!!!!!!!!!!!!!

Kelantan Nafi Hajat Besar ATM

KUALA LUMPUR – Kelantan menafikan hajat besar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk merekodkan kemenangan tiga kali berturut-turut apabila berjaya mengikat pendahulu Kumpulan B Piala Malaysia itu 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.
Bagaimanapun kerancakan perlawanan antara ATM dengan Kelantan di hadapan 20,000 penonton itu dicemari oleh insiden baling botol daripada penyokong The Red Warriors ke dalam padang ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan, Mohd. Amirul Izwan.
Akibat kejadian itu, perlawanan terpaksa diberhentikan 14 minit di babak kedua selepas pengadil enggan memberikan penalti kepada pasukan pelawat selepas Mohd. Badri Radzi dikasari di dalam kotak penalti.
Marlon meletakkan ATM di hadapan pada minit ke-55 ekoran kesilapan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang gagal menangkap kemas rembatan penyerang dari St. Vincent & Grenadines itu sebelum bola bergolek masuk ke dalam gawang.
Namun, Obinna Nwaneri memastikan penyokong setia Kelantan seramai 15,000 tidak pulang hampa apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-87 hasil rembatan kencang ke gawang gol selepas menyambung percubaan Shakir Shaari yang sebelum itu dapat diselamatkan oleh Farizal Harun.
Keputusan seri itu meletakkan peluang buat semua pasukan dalam Kumpulan C masih sama rata dengan ATM kekal di tangga teratas dengan tujuh mata sementara Kelantan naik ke tempat kedua dengan empat mata, Kedah dan Terengganu memungut tiga mata.
Kelantan membayangkan penguasaan awal melalui dua gerakan solo menarik Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-8 dan 11 namun rembatan leretnya terlalu lemah dan mudah ditangkap kemas oleh penjaga gol ATM, Farizal Harun.
Ketika Red Warriors rancak menyerang, ATM melakukan serangan balas pada minit ke-14 menerusi gerakan Hairuddin Omar yang melakukan hantaran tinggi kepada Marlon Alex James.
Penyerang import itu berjaya mengatasi kawalan ketat Obinna Nwaneri dan menggelecek Khairul Fahmi Che Mat tetapi rembatannya sekadar sipi mengenai jaring di sebelah tepi.
Jika tidak kerana Azmi Muslim dapat menahan rembatan Mohd. Afiq Azmi di atas garisan gol, Kelantan sudah pasti berada di hadapan pada minit ke-26 selepas Irwan Fadzly Idrus melakukan kesilapan apabila terlepas bola dalam kotak penalti.
Bermula babak kedua, jurulatih Kelantan, Bojan Hodak membuat penukaran memasukkan Mohammad Ghaddar untuk menggantikan Afiq dan pemain import Lebanon itu hampir meledak gol pembukaan seminit kemudian tetapi percubaannya tidak membuahkan sebarang hasil.
Rembatan jarak jauh Marlon dapat diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-47 sebelum penjaga gol kebangsaan itu sekali lagi terpaksa bekerja keras menyekat gerakan Hairuddin lima minit kemudian yang berjaya melepasi pertahanan Kelantan dalam kawasan penalti ATM.

Petikan dari Klate.Net


Alhamdullilah walaupun Mat Yo tidak berjaya menjaringkan gol tapi ada 2 atau 3 cubaaannya dan mula menampakkan yang dia akan menjaringkan gol dalam masa terdekat.Kawe yakin Mat Yo sudah kembali ke prestasi asalnya cuma Aidil sahaja penghalang utamanya malam tadi.Nurul Azwan Roya di lihat kurang menjadi dan kemasukkan Farhan mengubah corak permainan dan sekaligus membuka banyak peluang-peluang menjaringakan gol.
Dari segi prestasi pasukan.Kelantan semakin meningkat dari semasa ke semasa dan membuatkan kita rasa kelantan akan terus meningkatkan prestasi pasukan hingga ke peringkat akhir.Insyaallah,nampak gaya Sang Juara sudah mula mengeluarkan taringanya.ATM akan bertandang ke Kota Bharu pada 1 haribulan september untuk aksi timbal balik kumpulan.Rasanya Kelantan bakal merobek ego ATM bila bermula sahaja pusingan kedua.Mari ramai-ramai kita ke stadium Keramat STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-IV bagi memberi sokongan pada pasukan kesayangan kita.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!

 

PERSONAL BEST

Pada 28 haribulan.Tepat jam 0805 pagi kawe keluar berkayuh laluan biasa 42 km.Bermula dari Kg Padang Midin-Pengadang Baru-Wakaf Mempelam-Simpang Tok Ku-Kg Durian Burung- Manir-Telemong-Highway -Susur Bukit Payong-Bukit Payong dan Kembali ke Padang Midin.Kebiasaanya kawe buat 2 jam 15 minit.Tapi semalam kawe buat catatan masa 2 jam 30 minit.Semalam mungkin sebab masalah perut yang sakit tiba-tiba.Tapi kawe berjaya juga sampai ke rumah.

 Hari ini bertambah semangat sebab malam tadi buat kata-kata peransang buat striker Kelantan Norshahrul Idlan Talaha.Dengan semangat itu juga lah kawe turun berkayuh pagi ni.Starting agak laju kerana di telinga kawe siap pasang radio THR GEGAR.Tapi handset di pinjam dari Isteri kesayangan kawe sebab Handfreenya panjang.Terima kasih sayang.
Best jugak rasanya bila sambil berkayuh dengar radio.sebab boleh fokus jadi tak lah boring sangatkan.Kawe berkayuh seorang diri kerana di sebabkan kerja shiff 12jam.jadi kawe mempunyai banyak masa yang boleh di menfaatkan.Daripada tidur lebih baik berkayuh.Dari segi masa pulak hari ini menjadi sejarah kerana berjaya membuat 2 jam tepat.dengan MIX ( Kelajuan maxsimum) 44kmpj.kelajuan ini baru kali pertama kawe berjaya mencatatkannya.Kawe hanya nak exercise tapi sekali sekala datang semangat macam hari kawe layan sahaja lah.
Sebelum ini berkayuh tak pakai spek.Bila ada spek ni rasa lagi sedap berkayuh sebab pandangan ada pelindung.Dah lama cari spek ni sebenanrnya kebetulan masa bulan puasa ternampak ada orang jual kat Taman Shah Bandar jadi kawe belilah.RM 10 jee,spek pasar malam.Tak Kisahlah tapi nampak macam original.harap tak ada orang tanya mana kawe beli.jenamanya taraf international OKLEY.Macam pelumba olimpik pakai tu semasa acara lebuh raya.


 Kesimpulan dari kejayaan hari ini mungkin ini adalah kali yang terkhir dengan jarak ni.sebab kawe akan pergi sedikit jauh mungkin akan naik dari highway telemong bagi menjauhkan lagi jarak kayuhan kawe.Larat ke tak hari pertama memang ada sedikit masalah.Bila masuk 2 atau 3 kali mungkin akan jadi biasa.mungkin juga kawe akan mencari jalan lain terutama Bukit Kor yang jaraknya masih belum kawe test.ada kawan bagitahu Bukit Kor -Pulau Kerengga -pengkalan Berangan-Wakaf Tapai-Bukit Payong - Padng Midin.Tapi buat masa sekarang kawe masih selesa dan masih belum puas untuk terus berusaha dengan jarak yang kawe buat.Insyaallah jalan lain akan kawe set kemudian.Usaha untuk kuruskan badan dan melawan Obessiti akan kawe teruskan.Insyaallah semoga Allah mengizinkan dan memberi kemudahan kepada kawe.GO POKNIKMU GO!!!!!!!!!!

Tuesday 28 August 2012

MAT YO PERLU SEGERA BANGKIT

Bila Piala Malaysia bermula semakin ramai yang memperkatakan dengan penyerang prolifik negara ini.Selepas Kelantan Tewas kepada Terengganu,Mat Yo seolah -olah di persalahkan antara punca Kelantan tidak dapat membuat jaringan.Kali terakhir dia menjaringkan gol adalah semasa melawan PKNS Selangor sehingga kesilapan Daudsu mendapatkan kad merah seolah-olah perkara biasa.Bukan dengan itu sahaja di laman sosial.Norshahrul di kecam dan di maki kerana prestasi merosotnya.Segalanya bermula dengan kecederaan yang di alaminya sehingga dia masih mencari-cari sentuhan berbisanya.Kedudukan Mat Yo kalau di ikutkan tidak lah terjejas sangat kerana Ghaddar amat gemar bermain dengan Mat Yo.Kerana mereka seolah-olah sudah serasi.Kawe harap penyokong jangan sisihkan Mat Yo kerana keadaan dia sekarang dan jangan keterlaluan memuja Striker baru yang di pinjamkan Afiq Azmi.memang kita berterima kasih dengan Afiq tetapi dia masih baru di Kelantan.Ramai yang nak tengok dia di gandingkan dengan Ghaddar.Tetapi kalau kawe adalah Bojan kawe masih ingin lihat Mat Yo dengan Ghaddar.Sebabnya mereka dah serasi.Tapi mungkin kawe akan bagi masa separuh masa kedua Afiq di masukkan bagi mencuba dengan Ghaddar.
  Kita kena ingat,Mat Yo bukan sahaja senjata Kelantan tetapi juga harpan negara.Jika kita tidak bagi ruang dan ketenangan kepada Mat Yo pasti lagi susah dia mahu bangkit.Walaupun kita nama sama tetapi ejaan berbeza.Norshahrul dengan Norsyahrul .Apa yang di tanggung oleh Mat Yo tetap terasa di hati ini.Sekiranya perlawanan dengan Kedah menjadi titik bermulanya Kelantan mendapat rentak dan kawe doakan Agar dengan ATM nanti akan menjadi tilik tolak kebangkitan Mat Yo.AYUHHHHH !!!!!!!!!!!! BANGKITLAH WORRIORS KU !!!!!!!!!! BANGKIT LAH !!!!!!!!!!!!!! TUTUP MULUT PENGKRITIK MU....BUKTIKANLAH KEPADA DUNIA INI KAMU MASIH TERBAIK!!!!!
CAME ON MAT YO!!!!

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Monday 27 August 2012

Afiq Makin Menyerlah

KELANTAN 2-1 KEDAH
Kota Bharu- Afiq Azmi berjaya membuktikan dirinya bukan hanya penjaring dalam perlawanan persahabatan sahaja, malah pada perlawanan sebenar malam tadi Afiq Azmi muncul sebagai penyelamat maruah Kelantan dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 28 melalui rembatan dan gol kemenangan pada minit ke 45 melalui tandukan tepat.
Gol awal Khyrill Muhymeen pada minit ke 4 berjaya menyentap emosi kesebelasan pemain dan seluruh penyokong Kelantan kerana ramai menjangkakan Kedah akan bermain lebih yakin namun kesebelasan pemain Kelantan mampu bangkit dengan semangat luar biasa bagi memastikan 3 mata penuh milik Kelantan pada malam tadi.
Disusuli pula berita baik mengenai kekalahan 2-1 Terengganu kepada ATM, walaubagaimanapun keputusan ini harus dijadikan amaran berbahaya daripada ATM yang bakal menerima kunjungan Kelantan selasa ini.
Seluruh penyokong Kelantan di sekitar Lembah Klang disaran turun beramai-ramai memeriahkan perlawanan ini bagi memastikan 3 mata penuh atau sekurang-kurangnya tidak keciciran mata menjadi milik Kelantan. GOMO KELATE GOMO. Pantang The Red Warriors Mengaku Kalah sebelum Piala Dijulang Sang Juara!!!!

Petikan dari Laman Web KAFA

Komen Tan Sri Anuar Musa:

 Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa bangga dengan kejayaan The Red Warriors meraih tiga mata penuh pada pertemuan Piala Malaysia 2012, malam tadi.
Kejayaan keatas Kedah itu tepat pada masanya selepas kecewa tewas perlawanan pertama kepada jiran tetangga, Terengganu beberapa hari lalu.
Menurut Annuar, ucapan tahniah wajar diberikan kepada pemain atas usaha keras mereka terutamanya penjaring gol kemenangan Kelantan, Mohd Afiq Azmi.
Beliau turut memuji Norshahrul Idlan Talaha setelah menampilkan sikap positif selain bertungkus lumus membantu pasukan mencipta kemenangan.
Pada pertemuan malam tadi, Kelantan bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Kedah 2-1 hasil dua jaringan Afiq Azmi pada separuh masa pertama. -RedsfcNews-
 Terima Kasih Tentera Merah - TSAM. 

Menurut Annuar, para penyokong bukan sahaja memenuhi tempat duduk stadium malahan tidak mencetuskan sebarang kekacauan dan lontaran mercun seperti kebiasaan.
Semua penyokong bersikap baik apabila menunaikan permintaan saya supaya tiada sebarang letupan mercun dilakukan ketika perlawanan sedang berlangsung.
Penyokong kita turut menunjukkan sikap bertanggungjawab apabila beramai-ramai mengutuk tindakan segelintir penyokong yang masih membaling objek ke dalam padang, jelasnya.
Saya berbangga dan mengucapkan terima kasih kerana penyokong kita membuktikan bahawa mereka sememangnya terbaik di negara kita. -RedsfcNews-

Perkara ini disahkan sendiri Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam laman sosial Facebook peribadi beliau.

Menurut Tan Sri Annuar Musa, rentak permainan The Red Warriors akan meningkat dengan kembalinya Ghaddar dan Daudsu Jamaludin.
Selain mereka, Indra Putra Mahayudin yang diberi kelepasan atas masalah keluarga serta penjaga gol nombor satu Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat turut akan kembali pada pertemuan dengan ATM nanti.
Dengan kehadiran mereka berempat, insyaAllah kita akan menjadi lebih mantap kerana dapat mengumpul hampir kesemua pemain utama pasukan, jelasnya. -RedsfcNews-
Mengenai perlawanan malam tadi di khabarkan Kelantan bermain hantaran tinggi tapi susah untuk menemui jalan serangan kerana kita tak biasa bermain begitu.Piya juga sebagai penumpang ( apa yang di maksudkan oleh penganaisa ini pun kawe tak tahu) ramai yang sudah berbunyi tentang Mat Yo yang di katakan semakin suram dengan jaringan tetapi dari apa yang di perkatakan oleh TSAM,Mat Yo berkerja keras bagi memudahkan jaringan di lakukan.Sesuatu menarik adalah kehadiran penyerang muda yang di katakan pandai mencari ruang dan kedududkan semasa bola begerak dan kita akan dapat saksikan kelibatnya bila bertemu dengan ATM pada hari selasa ini dan ada siaran lansung dari Astro Arena.
 Dengan kehadiran semula 4 tonggak utama insyaallah kawe yakin kita sudah bermula dan dengan Afiq Azmi yang masih dalam form tidak mustahil dia bakal di gandingan dengan Ghaddar.Tapi kena tengok jugak keserasian Ghaddar dan Afiq.Di mana Ghaddar Biasa bermain dengan Mat Yo.Apa Pun urusan tektikal dan lane up kita serahkan kepada Head Coach kita Bojan Hodak.Dia tahu akan pemainnya.Di harapkan pertemuan dengan ATM bakal membuhkan keselesaan kepada kita bagi mencari tangga teratas kumpulan.
Kawe rasakan TRW baru bermula dan akan terus menunjukkan prestasi sebenar dan akan menebus semula kekalahan di tangan Terengganu bila bermain di Kota Bharu nanti.Gelanggang Keramat TRW.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday 24 August 2012

KELANTAN TEWAS PERLAWANAN PERTAMA PIALA MALAYSIA 2012


Kelantan yang turun selaku Juara Berganda iaitu Juara Piala FA dan Juara Liga Super langsung tidak menggentarkan pasukan jiran iaitu Terengganu apabila Terengganu berjaya menewaskan Kelantan 2 – 0 di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
Gol Terengganu dijaringkan oleh awang import berbisa Terengganu iaitu Forkey Doe dan satu gol lagi dijaringkan oleh pemain tengah berbakat iaitu Ismail Faruqi.
Selepas ini Kelantan bakal berdepan pasukan Kedah di laman sendiri pada 25 Ogos 2012 dan The Red Warriors WAJIB bangkit untuk meneruskan misi mencari kejuaraan treble musim ini.
Keputusan Penuh Perlawanan Piala Malaysia 2012 
Pahang 3-1 T-Team
Sarawak 2-1 Selangor
PKNS FC 1-1 Johor FA
Johor FC 0-0 LionsXII
Kedah 0-2 ATM
Felda United 1-1 N.Sembilan
Sime Darby 1-1 Perak


Pada Separuh masa pertama Kelantan bermain dengan tektikal berlainan dari biasa.pertamanya kawe tertanya-tanya kenapa Piya bermain di hadapan sedangkan posisinya Attacking Midfilder.Piya hanya nampak kemas dan senang bila bermain di midfiled.Indra bermain Midfield dan Farhan bermain sayap kiri dan Mafly Balang bermain sayap kiri.Memang Gol pertama Kelantan dari kesilapan Apek yang nampak berat dan lamabat untuk mendapatkan bola itu.Susah jika bermain dengan Jurulatih yang sudah masak dengan TRW.PJB kenal benar dengan setiap ciri pemain dan man Maker Kelantan.Bila pemain Kelantan mendapat bola ,salah control sahaja bola pasti akan di rampas.Terengganu bermain pantas dan sedikit laju.Sementara kita bermain seperti biasa.
Separuh masa kedua bila kita tengok Mat Yo seolah -olah hilang speed kerana jarang dia berjaya mengejar bola apatah lagi mengelecek pun banyak skill tak menjadi.Tapi kita sudah mendapat renta pada separuh masa kedua dengan serangan bertali arus tetapi striker mengecewakan kita.Banyak bola di tepis oleh Sarbinee.Ketika sedap menyerang Daudsu pula di layangkan Kad merah kerana menerjah Muslim pada kotak D mereka dan apa yang berlaku pada Daudsu menyebabkan kita tersentak dan terpaksa bermain 3-4-3.Terengganu mengambil kesempatan atas kelalaian barisan pertahanan dan Kelantan di Hukum lagi setelah Obinna gagal mengeluarkan bola.
Kelantan gagal mendapatkan 3 mata penuh malam ini kerana.Ghaddar tiada.Kedudukan Piya berubah,Striker tidak menyengat dan barisan pertahanan longgar.Apek juga seperti berat badannya bertambah.semua pemain tidak Fokus.
Apa pun kita kena sedar dari 6 perlawanan kumpulan kita hanya ada 5 lagi baki perlawanan jika kita gagal bermakna status JUara Liga Super 2012 dan Piala Fa akan terpadam bila kita gagal ke Final Piala Malaysia/Pemain juga kena ingat yang ada 2 coach yang sudah masak dengan TRW.
Ayuhh Worriors peluang masih ada ..Bangkitlah Demi Kelantan...Bangkitlah Demipenyokong Bolasepak Kelantan,Gomo Tetap GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

     

Sunday 12 August 2012

KELANTAN BENAM PATTANI FC HASIL JARINGAN HATRICK AFIQ AZMI




Tiga jaringan gol dari penyerang pinjaman pasukan Kelantan iaitu Afiq Azmi sudah cukup untuk Kelantan menang bergaya ke atas kelab dari Thailand iaitu Pattani FC dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV semalam dengan keputusan akhir Kelantan 3 – 0 Pattani FC.
Afiq Azmi yang turun sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua menggantikan Ramzul Zahini Adenan bermula cemerlang dengan menjaringkan 3 gol dalam masa 10 minit.
Dalam perlawanan tersebut, Kelantan turun tanpa tonggak pemain kebangsaan seperti Shahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat, Shakir Shaari dan S.Subramaniam kerana menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Dato’ K. Rajagobal.
Selepas ini Kelantan FA akan bertemu pasukan kelab dari negeri jiran iaitu pasukan T-Team pada 15 Ogos 2012 bermula jam 10.30 malam di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Keputusan:
 15 Ogos 2012 : Kelantan 1 – 1 T-Team
Jaringan Kelantan dari Afiq Azmi

Petikan dari KelantanFa.com

Wednesday 8 August 2012

BLUEBERRY DAN TOUCH MI expresso

Pada 5 ogos 2012, kawe telah membeli telefon baru CSL BLUEBERRY dan dapat percuma CSL TOUCH MI.bukan sengaja pun hendak membelinya kerana handset Nokia kawe telah rosak dan tidak masuk charge.nak repair macam-macam kerenah dari repairman.Biarlah dulu mungkin lepas raya ni baru pergi cari pomen hanset.
Antara Assesori yang ada untuk BB kawe adalah Charger bersama kabel USB.Charger dia boleh di gunakan terus untuk USB.Car Charger dan Walet handphone.Handfree pun ada.Boleh di katakan full set Assoseri lah kan.Harganya adalah RM 199 dan percuma satu telefon Touch MI.Hebat kan prmosi raya telefon ni kan.CSL telefon dari cina dan ada yang kata buatan Malaysia.tapi entahlah.Kawe juga mengambil terus memory kad SD RM50 untuk 2 memori kad.Amazing price dan berbaloi-baloi.Jadi total nya adalah RM250 shaja termasuk 2 memori kad SD 4G.
Untuk TOUCHMI expresso ini pula anatara assoserinya adalah Charger bersama kabel usb,handfree,walet,CSL screen protecter dan tali handset.Guide Book pun ada namun tidak di ambil gambarnya di sini.sudah 3 hari menggunakan kedua-dua handset ni tapi Alhamdullilah masih belum ada sebarang masalah cuma kena sesuaikan dengan penggunaan sms kerana BB dan Touch Mi berbeza.Touch MI adalah touch screen.
Bila kawe poskan di FB ramai kata telefon ni 2nd hand tapi sebenarnya ia adalah telefon baru dan siap ada gerenti setahun.Kedua-duanya boleh di gunakan FB,Twitter dan YM.Cuma kena check setting dengan pihak rangkaian yang di gunakan.3G pun boleh di gunakan.Terima kasih CSL..Promosi yang hebat dan berbaloi-baloi.




Tuesday 7 August 2012

THE POCKET ROCKET MAN

Selepas kejayaan Datuk Lee Chong Wei,Malaysia ada seorang lagi yang di jangka memberikan kilauan pingat untuk Malaysia.Azizul Hasni Awang adalah orangnya.Acara yang amat di gemarinya adalah Kirin.Sebelum ini dia berjaya layak ke Suku Akhir acara Persuit tetapi tewas kepada cycling Tuan Rumah Kenny.Tapi buat acara kirin dia berjaya ke second round yang di jangka akan berlansung malam ini jam 11.30malam.Dia akan bertemu dengan musuh tradisinya.Di harap Azizul dapat masuk ke Final.
Malaysia Boleh!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 Tapi sayangnya dia gagal untuk memberikan pingat kepada Malaysia setelah mendapat tempat kelima.Selepas henjutannya tidak berjaya mengalahkan Chris Hoy.Tak pa lah Azizul ...Kerana telah mencuba sedaya upaya untuk Malaysia.


TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI


LONDON - “Maafkan saya, saya tahu rakyat Malaysia kecewa. Saya sudah melakukan yang terbaik," kata Datuk Lee Chong Wei selepas gagal dalam usahanya untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik selepas tewas buat kali kedua kepada musuh tradisi, Lin Dan pada perlawanan akhir di Arena Wembley, semalam.
Kegagalan tersebut sekali gus menghampakan impian jaguh No. 2 negara itu untuk menjadi penyumbang emas pertama Malaysia dalam sejarah Olimpik, namun dia tetap menghadiahkan pingat perak pertama buat kontinjen negara di Temasya London 2012.
Chong Wei, 29, sudah begitu hampir untuk melakar sejarah di Olimpik sebelum dua mata akhir memberi kemenangan kepada Lin Dan yang akhirnya mengekalkan pingat emas buat kali kedua berturut-turut.
Turun dengan semangat yang menyala, Chong Wei yang tewas kepada lawan yang sama pada babak akhir di Beijing 2008 diberi tentangan sengit apabila kedua-duanya saling bertukar mata sebelum menang 21-15 di set pembukaan, tetapi Lin Dan bangkit menyamai kedudukan 21-10 pada set kedua untuk ke rubber set.
Set penentuan Chong Wei bermula baik, namun kesilapan pada permainan jaring dan kerap melakukan hantaran tinggi menghukumnya sehingga memberi mata mudah kepada Lin Dan yang garang menyerang untuk memungut mata walaupun satu ketika lawannya ketinggalan 9-11 dan 16-18, sebelum mengesahkan kemenangan 21-19.
“Saya kecewa dengan kekalahan ini. Lin Dan seorang lawan yang sukar tetapi kekalahan ini juga memberikan semangat kepada saya untuk tidak jemu menentangnya. Begitupun untuk Sukan Olimpik seterusnya saya mungkin sudah bersara tetapi tak tahulah, sama ada Lin Dan masih menyertainya. Selepas ini saya akan menyertai Liga China dan mungkin kami akan bertemu lagi dan menjadi kawan baik.
“Hanya ada satu Lin Dan sahaja di dunia dan tidak ada sesiapa pun mampu menewaskannya. Sudah dua kali saya tewas kepada dia pada perlawanan akhir Sukan Olimpik. Mungkin saya hanya berhak untuk pingat perak.
“Lin Dan bekerja kuat untuk temasya ini dan kemenangan dia merangsang saya untuk berkerja lebih kuat. Berbanding dengan permainan saya di Beijing 2008, persembahan saya kali ini lebih bagus,'' katanya lagi.
Dalam pada itu, Lin Dan mengakui lebih bernasib baik kali ini selepas diberi tentangan sengit termasuk tewas pada set pertama.
Katanya, bukan mudah untuk mendapatkan emas, malah dia terpaksa melakukan banyak pengorbanan sejak menang buat kali pertama pada 2008.
“Saya bernasib baik selepas tewas di set pertama. Chong Wei bermain bagus tetapi saya dapat mencuri peluang daripada permainan perlahannya di set kedua dan ketiga,’’ kata Lin Dan.
China mengukuhkan kedudukan sebagai gergasi badminton dunia dengan memenangi semua lima emas yang ditawarkan di London.
Turut menyaksikan perlawanan akhir itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor. - UTUSAN

Petikan dari Utusan Malaysia

Siapa sahaja yang melihat aksi perlawanan akhirnya tentunya berdebar sangat-2.Kawe pun rasa macam nak tercabut jantung nii.Tapi itulah adat perlawanan semestinya ada pemenang.Datuk Lee Chong wei Kalah juga tapi kekalahan kali ini sememangnya dia bertungkus lumus hingga ke saat-saat akhir untuk mencapai kejayaan.Walau pun tewas cara dia berjuang seolah-olah ini adalah olimpiknya yang terakhir.Tak pa lah Datuk mungkin itu sahaja rezeki kita kali ini.
 Tangisan dia membuatkan kita sendiri berasa sedih kerana usaha yang telah dia buat untuk negara masih lagi gagal untuk mencapai pingat emas pertama Malaysia dalam sukan olimpik.Ramai yang menyambut kepulangan wira negara ini di Airport pagi td.Di anggarkan lebih kurang 500 orang.

Kejayaan Datuk Lee Chong Wei ini memang di jangka dari awal antara perak dan Emas.Tetapi Perak yang di kalungkan untuknya.Di sebalik sedikit rasa kecewa kita keran kegagalan pingat emas tetapi aksi beregu negara yang sememangnya kita tengok teknik permainan mereka sangat teruk.Kenapa perlu bertahan sewaktu bertemu dengan beregu china tempoh hari di mana jurang mata yang jauh telah berjaya di perolehi tetapi kerana  nak sangat bertahan mereka di kejar dan di tewaskan.mana semangat melawan mereka berdua? adakah masalah peribadi membuatkan mereka lupa akan tanggungjawab mereka kepada negara?BAM perlu mendapatkan ramuan lain bagi mereka ni.Apa pun Tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana hadiahkan pingat perak buat Malaysia.We are Proud Of you!!!!!



Friday 3 August 2012

Piala Malaysia: Aslam, Afiq Tekad Bantu Kelantan

KOTA BHARU – “Kami mahu pamerkan aksi terbaik.” Itu janji dua pemain Kuala Lumpur, Mohamed Aslam Haja Najumudeen dan Muhammad Afiq Azmi yang dipinjam beraksi untuk Kelantan dalam kempen Piala Malaysia   penghujung bulan ini.
Kedua-dua pemain itu dipinjamkan bagi memperkuatkan benteng pertahanan dan serangan pasukan Kelantan bagi menghadapi saingan piala paling berprestij itu selain menghadapi Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) September nanti.
Mohamed Aslam yang beraksi di posisi pertahanan menganggap panggilan untuk beraksi dengan Kelantan merupakan satu anugerah yang tidak ternilai sepanjang bergelar pemain bola sepak.
“Saya sudah bersedia menghadapi cabaran baharu ini. Ia sesuatu yang menggembirakan apabila dipanggil menyarung jersi pasukan juara seperti Kelantan,” katanya malam semalam.
Dia berjanji memberikan yang terbaik bagi membantu Kelantan dalam kempen Piala Malaysia ini.
“Apabila dipanggil, sudah pasti saya perlu kena buktikan sesuatu kepada penyokong Kelantan lebih-lebih lagi harapan mereka cukup tinggi terhadap pasukan ini.
“Saya tidak menghadapi masalah untuk membentuk keserasian dengan rakan sepasukan lain. Norshahrul Idlan (Talaha) dan Mohd Shakir (Shaari) rakan baik saya ketika beraksi bersama kelab Perak UPB-MyTeam tidak lama dahulu.
Begitu juga Bojan Hodak, saya pernah berada di bawah bimbingan beliau selama tiga tahun,” katanya.
Mohamed Aslam yang juga Ketua Pasukan Kuala Lumpur bagaimana pun mengakui cabaran getir menanti beliau bagi merebut tempat dalam kesebelasan pasukan memandangkan perlu bersaing dengan ramai pemain bertaraf  kebangsaan seperti S Subramaniam.
Sementara itu, Muhammad Afiq yang menjaringkan lima gol dalam saingan Liga Super musim ini mengakui tidak sabar untuk membantu The Red Warriors dalam kempen Piala Malaysia nanti.
“Mula-mula rasa macam tak percaya Kelantan berminat mendapatkan khidmat saya kerana beberapa pasukan lain juga turut mengemukakan tawaran yang sama.
“Namun Ketua Jurulatih, Razip Ismail beri cadangan datang ke sini, sekurang-kurangnya saya boleh tingkatkan prestasi saya.
“Saya akui penyokong Kelantan memang terbaik di negara ini. Jadi saya perlu berusaha lebih gigih merebut tempat dalam pasukan. Saya kena buktikan kepada jurulatih, kehadiran saya di sini bukanlah sekadar memanaskan bangku simpanan semata-mata,” katanya.

Petikan dari Klate.Net

Kita trainning malam lepas terawih tuuu? Negeri mana ada wak trainning selepas terawih Kelantan jah ada ...Demo ada?

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 

Kelantan Tak Mahu Bersama Terengganu

Sebelum undian Piala Malaysia berlangsung semalam, pengurus pasukan bola sepak Kelantan, Azman Ibrahim ada membayangkan jika diberi pilihan juara Liga Super dan Piala FA itu tidak mahu berada dalam satu kumpulan dengan Terengganu, Kedah dan Tentera.
‘Mulut masinh’ atau secara kebetulan kerana apa yang dibimbangkan Azman itu akhirnya menjadi kenyataan apabila The Red Warriors diundi dalam satu kumpulan dengan ketiga-tiga pasukan berkenaan, semalam.
“Apa yang saya risaukan berlaku juga akhirnya,” kata Azman selepas majlis undian yang meletakkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Tentera dalam Kumpulan B.
“Ini jelas sekali adalah kumpulan maut saingan kali ini. Terengganu dan Kedah memang lawan sukar yang cukup kami hormati, manakala juara Liga Perdana musim ini, Tentera yang dikendali bekas pengendali Kelantan, B Sathianathan bukan calang-calang pasukan.
“Sathia pernah menerajui Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada 2009 dan dia menyimpan banyak rahsia pasukan ini. Saya harap menyimpan sebahagian daripadanya dan memberi peluang kepada Kelantan untuk muncul juara,” katanya.
Bagaimanapun Azman yakin, pasukan yang mampu melepasi cabaran peringkat kumpulan maut ini akan pergi jauh dalam kejohanan itu nanti. “Jika dapat melepasi kumpulan, pasukan itu akan dapat pergi jauh,” katanya.
Sementara itu, Sathianathan akur dengan nasib pasukannya yang diundi bersama Kelantan dan tidak menolak kemungkinan Tentera mempunyai peluang untuk melakukan sesuatu dalam saingan Piala Malaysia tahun ini.
“Sebelum pasukan terakhir dalam Kumpulan B diundi, saya sudah terbayangkan nama Tentera akan keluar, dan apabila ia benar-benar muncul saya tidak terkejut,” kata Sathia. “Apa-apa pun boleh terjadi dalam peringkat ini, peluang kami tetap ada.”

Petikan dari Laman Web KAFA


Pengurus dok bimbang tapi itu yang terjadi.Kita duduk dalam pasukan Maut.2 pasukan dari 4 pasukan akan layak ke pusingan kalah mati.Mampukah Kelantan akan ke Separuh akhir? kerana sasaran pasukan adalah separuh akhir.Tetapi kawe rasa Kelantan akan berada di Final dan di ramalkan Kelantan akan bertemu LionsXII.Kita doakan perkara ini menjadi kenyataan dan kita berharap mampu membawa pulang Piala Ke tiga musim ini.Ini adalah harapan kita dan hanya Pemain dan Penyokong mampu memainkan peranan untuk menjayakan misi ke 3 kita.Insyaallah semoga Allah menerima Doa kita semua di bulan ramadan ini.\
Apa pun...bo lawe stara demo...GOMO KLATE GOMO!!!!!!!
lawan tetap lawan kalah menang Allah tentukan

KAFA Tidak Bincang Dengan Safee Sali

KUALA LUMPUR – Pengurus pasukan Kelantan Azman Ibrahim hari ini menafikan dakwaan bahawa Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengadakan perbincangan awal dengan penyerang negara Mohd Safee Sali untuk membantu skuad itu menghadapi kempen Piala Malaysia yang dijangka bermula 22 Ogos ini.
Beliau berkata pasukan itu tidak pernah mengadakan perjumpaan dengan penyerang yang mewakili kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya itu memandangkan beliau tidak layak beraksi dalam Piala Malaysia.
Mengikut peraturan yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), setiap pasukan yang layak beraksi dalam Piala Malaysia tidak dibenarkan untuk meminjamkan pemain dari liga luar negara untuk memperkuatkan pasukan.
“Setahu saya, kita tidak pernah berjumpa dengan beliau untuk memperkuatkan pasukan bagi menghadapi Piala Malaysia kerana FAM tidak membenarkan kita berbuat demikian…selain itu, kita perlu menghormati kontrak beliau bersama pasukan Pelita Jaya ketika ini,” katanya kepada Bernama, hari ini.
Sebelum ini, beberapa blog sukan melaporkan bahawa KAFA telah mengadakan perbincangan awal dengan bekas penyerang Selangor itu bagi membantu juara bertahan Liga Super itu untuk menghadapi Piala Malaysia.
Mohd Safee kini berehat daripada ISL dan menawarkan khidmat kepada mana-mana pasukan bagi memastikannya sentiasa cergas untuk menghadapi musim baharu liga itu yang dijangka awal tahun depan.
Azman berkata KAFA meminjam tiga pemain dari pasukan lain iaitu dua dari Kuala Lumpur, Aslam Haja Najumudeen dan Mohd Afiq Azmi, dan seorang pemain Sabah, Mafrey Balang untuk memperkuatkan pasukannya bagi menghadapi kempen kali ini.
“Kita tidak berdepan masalah kecederaan pemain, cuma kita meminjam mereka bertiga kerana kita mahu memastikan pemain cergas sepenuhnya bagi menghadapi Piala Malaysia dan Piala AFC,” katanya.
Kelantan akan menentang  kelab Liga Super Iraq, Arbil FC pada suku akhir Piala AFC di Iraq pada 18 Sept dan di Kota Baharu pada 25 September.
Ditanya mengenai sasaran pasukan itu pada saingan Piala Malaysia musim ini, Azman berkata pihak pengurusan telah meletakkan sasaran ke separuh akhir seperti yang diraih musim lepas.
Pencapaian pasukan `The Red Warriors’ itu pada saingan Piala Malaysia ialah muncul naib juara sekali iaitu pada 2010 dan naib juara sebanyak tiga kali iaitu pada 1955, 1970 dan 2009.- Bernama

Petikan dari Laman Web KAFA

Pada mulanya kawe pun rasa alangkah eloknya jika safiee Sali datang bermain di Kelantan sementara waktu rehat liga indonesia kerana mungkin untuk kepentingan negara Safiee dapat serasikan antara dia dan Mat Yo tetapi kita terlupa yang Pemain pinjaman hanya boleh jika pemain itu di daftarkan di Malaysia dan Bukan Negara Luar.Jadi betul tindakkan pengurus pasukan mengeluarkan kenyataan seperti yang kita baca di atas.
Tak pe lah kita dah pinjam 3 pemain itu rasanya susah menngcukupi bagi menambahkan kekuatan kiat.Apa pun GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 

Manchester City menang mudah

30 Julai 2012 - Pasukan Manchester City mencatat kemenangan pada perlawanan terakhir Tour Asia mereka setelah menewaskan pasukan Malaysia 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan dikuasai sepenuhya oleh pasukan Juara Liga Perdana Inggeris itu di separuh masa pertama tetapi hanya mendahului 1-0 hasil jaringan penyerang antarabangsa Argentina, Sergio Aguero pada awal permainan.


Walaupun turun tanpa beberapa pemain utama seperti Vincent Company, David Silva dan Samir Nasri, kehadiran Carlos Teves, Sergio Aguero dan Yaya Toure nyata membolehkan pasukan dari England itu menguasai permainan. Carlos Teves menambah derita pasukan Malaysia pada awal babak kedua. Adam Johnson menambah gol ketiga City empat minit kemudian untuk menjadikan kedudukan 3-0 pada awal babak kedua.

Manchester City melakukan beberapa pertukaran mengeluarkan para pemain utama mereka dan memasukkan barisan muda mereka. Anak kepada Roberto Mancini, pengurus pasukan Manchester City, Filipo Mancini turut beraksi.

Malaysia berjaya menjaringkan gol tunggal mereka pada minit ke 87 setelah Azamuddin Akil berjaya mengatasi Pablo Zabaleta sebelum rembatan Alex berjaya menewaskan penjaga gol gantian City, Eirik Johansen.

Kekalahan ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut pasukan Malaysia setelah turut tewas kepada pasukan Arsenal 1-2 pada perlawanan persahabatan sebelum ini.

Petikan dari Gawang.my

Apa lagi yang nak di perkatakan Man. City adalah Juara EPL 2012 kalau lawan Arsenal memang kita masih lagi boleh bermain tetapi dengan Man,City Sorrylah.Mereka turun dengan Kesebelasan mereka  tetapi ada beberapa pemain Man.City adalah barisan skuad ke 2.Tetapi gandingan Tevez dan Aguero memang striker sepadan dan  terbaik yg di miliki Man City.Jika nak di bandingkan dengan penyerang kita memang jauh lah kan.


Kita sudah mencuba tetapi apa kan daya mungkin kita kena tengok ranking .Terlalu jauh kalau nak di bandingkan dengan mereka.Cara mereka  bermain seolah-olah dilihat semacam trainning jerr kan.Tak pelah sekurang-kurangnya pemain negara memiliki pengalaman yang amat berharga.Semoga maju jaya TEAM MALAYSIA.


Malaysia beraksi baik walaupun tumpas

25 Julai 2012 - Pasukan Harimau Malaya beraksi baik ketika tumpas 1-2 kepada pasukan Arsenal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Malaysia terlebih dahulu memecah kebuntuan di penghujung babak pertama permainan namun Arsenal bangkit dengan dua gol di babak kedua.
 
Arsenal menguasai babak awal permainan dengan serangan mereka dijana oleh Mikel Arteta dan Gervinho di bahagian tengah. Namun begitu, penyerang antarabangsa Morocco, Marouane Chamarkh dan Andre Santos gagal untuk menyudahkan peluang yang dimiliki. Ketangkasan penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias serta kecemerlangan barisan pertahanan berjaya menidakkan serangan pasukan Arsenal.
 
 
 
Malaysia mencipta kejutan di penghujung babak pertama. Percubaan pemain pertahanan kiri Malaysia, Azmi Muslim dari luar kotak penalti berjaya menewaskan Vito Mannone di gawang Arsenal. Separuh masa pertama tamat dengan Arsenal 0-1 Malaysia.
 
Arsenal membuat pertukaran besar-besaran di separuh masa kedua dan menukar hampir keseluruhan pemain mereka. Arsenal memasukkan pemain utama mereka seperti Theo Walcott dan Alex Song di babak kedua.
 
Gol penyamaan Arsenal hadir setelah Nico Yennaris berjaya mengatasi Rozaimi Abdul Rahman di bahagian sayap kanan sebelum melorongkan bola yang berjaya disempurnakan Thomas Eisfield. 
 
Gol kemenangan Arsenal hadir pada penghujung babak permainan. Pemain yang dilahirkan dari Akademi bola sepak Arsenal, Chuks Aneke muncul wira setelah percubaan beliau terbias  pertahanan Malaysia sebelum bola itu melantun untuk menewaskan Farizal Marlias buat kali kedua.
 
Kekelahan tipis ini pastinya melambangkan peningkatan yang ditunjukkan oleh pasukan Malaysia pada perlawanan kali ini. Pada pertemuan persahabatan antara kedua-dua pasukan tahun lalu, Arsenal membenam Malaysia 4-0
 
Arsenal bakal meneruskan perlawanan pra-musim mereka di Hong Kong. Malaysia pula dijadualkan bertemu pasukan Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City pada perlawanan persahabatan seterusnya pada 30 Julai 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil
 
Petikan dari Gawang.my
 
Pada pendapat kawe aksi persahabatan menentang pasukan Arsenal yang di barisi pemain skuad utama dan kedua.Perlawanan pada separuh masa pertama Malaysia bermain baik walaupun Striker kembar kita Norshahrul dan Shafie Sali masih berada dalam masalah prestasi tetapi mereka sudah mula menunjukkan bahawa mereka akan kembali 100% nanti.Ternyata mereka berdua perlu kerap bermain bersama dan bermain pada perlawanan yang lebih baik terutama peringkat Asia.Kalah tidak mengapa tetapi kita nak striker kita menemui kembali sefahaman anatara mereka.Di samping itu juga Malaysia sudah boleh menyiapkan beberapa penyerang muda yang lain agar perbezaan antara Srtiker lama dan baru tidak sejauh sekarang.
 
 Ramai pengulas dan Rakyat Malaysia mahukan Malaysia menang.Betul ,kita sudah menang separuh masa pertama dan itu dari skuad utama.Kita tewas tipis kerana pertukaran pemain dan skuad kedua Malaysia.Apa yang di lakukan oleh Coach Kita amat baik.Walaupun ramai yang inginkan kemenangan tetapi kemenangan pengalaman yang di pilih oleh Coach Malaysia.
 Rakyat Malaysia pasti akan mula berfikir akan kehebatan Farizal Marlias tetapi bagi Kawe Apek masih pemjaga Gol No 1 Malaysia.Bukan sebab dia berasal dari Kelantan tetapi kematangan semasa dia bermain yang membuatkan kawe Confident bila dia ada.Apa pun di harapkan Team Malaysia mengumpulkan Segala pengalaman ketika menentang pasukan EPL ni.Selamat maju jaya kepada TEAM MALAYSIA.