Monday 17 December 2012

KIM SWEE KUNCI MULUT



NAMA pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee ketika ini cukup laku bagaikan ‘pisang goreng panas’ dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Ia ekoran pengendali kelahiran Melaka itu dikatakan calon paling sesuai mengambil alih tugas pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal ekoran kegagalan skuad Ha rimau Malaya mempertahankan Piala Suzuki AFF kali ini sebaik ditewaskan Thailand menerusi agregat 1-3 pada peringkat separuh akhir di Stadium Supachalasai Bangkok, minggu lalu.

Biarpun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mempercayai kredibiliti Rajagobal sehingga kontraknya berakhir pada Disember 2013, sebahagian besar penyokong tempatan dilihat sudah mula kurang sabar dan mendesak supaya Rajagobal meletak jawatan ataupun dipecat serta-merta.

Pada masa sama, rata-rata mereka mahu Harimau Malaya diambil alih oleh Kim Swee berdasarkan reputasi jurulatih itu mempertahankan ibu emas temasya Sukan SEA di Jakarta, Indonesia tahun lalu.

Begitupun, Kim Swee lebih gemar mengambil pendekatan ‘mengunci mulut’, selain membayangkan mahu kekal menerajui Harimau Muda bagi mempertahankan emas pada temasya Sukan SEA di Myanmar, tahun depan.

“Biarlah beliau (Rajagobal) teruskan dahulu kerja beliau (selaku jurulatih).

“Senang cerita, fokus utama saya ialah mempertahankan emas Sukan SEA,” kata Kim Swee ringkas kepada Kosmo! semalam.

Semalam, Kosmo! Ahad melaporkan kedudukan Rajagobal selaku jurulatih Harimau Malaya masih terjamin sekurang-kurangnya sehingga kontraknya tamat penghujung tahun depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dilaporkan berkata, Rajagobal perlu diberikan sokongan biar pun gagal mempertahankan Piala Suzuki AFF kali ini.

Dalam pada itu, Kim Swee yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-42 pada 11 Disember lalu menegaskan, beliau sentiasa akur dengan arahan yang dikeluarkan FAM berhubung perkara itu.

“Saya hanya ikut arahan FAM,” jelas Kim Swee.

Petikan dari Kosmo

Apa lagi yang FAM nak tunggu? Semua Penyokong dan Rakyat Malaysia mahukan kerusi jurulatih Harimau Melaya segera di isi dengan Individu yang lain.Bukan kami tak hargai sumbangan dan Jasa yang telah di berikan oleh RG.Namun kesilapan RG dalam memilih pemain dan tidak ada perubahan dalam tektikal game menyebabkan kami dah bosan dengan alasan demi alasan sehingga kita GAGAL pertahankan Piala Suzuki AFF.Dalam peringkat kumpulan kita bernasib baik kerana Loas berada dalam keadaan low Par.Jika Loas cukup bersedia sudah pasti kita tidak ke mana-mana.
 OKS memang layak menduduki Jurulatih Malaysia.Kerana dia ada vision dan tahu memilih pemain.Dia memilih pemain dari segi prestasi semasa dan bukan pemain yang di kehendaki jurulatih.Dia juga memilih pemain tanpa mengira pemain itu dari negeri mana?namun skuad harimau muda yang ada jika di gabungkan dengan pemain yang berada di puncak prestasi tentunya akan membuatkan Malaysia akan bermain tektikal lain.Malaysia mampu bermain laju dan short pass.Apa yang kami idamkan Malaysia layak ke Final.Menang atau kalah di Final bermakna kita telah mencuba yang terbaik.Tapi kalau setakat separuh akhir rasanya Malaysia patut malu dan Penggendali perlu bertanggungjawab.tak perlu tunggu lagi.Kita perlu segera bertindak kerana masa amat mencemburui kita.Masa Itu EMAS dan Malaysia perlukan rombakkan besar-besaran dan bukan hanya menunggu dan menugggu.FAM jalankan kewajibpan anda sebagai Nadi Bolasepak negara.Jangan kerana sejarah lepas kita terus berharap.Yang lepas biarkan berlalu dan terus buat palan baru.
 Demi bolasepak negara RG perlu letak jawatan dan perlu sedar yang dia sudah kekringan idea.Sudah sampai limit RG,letak sahajalah jawatan.FAM perlu pantas kerana Piala Asia bermula pada febuari dan kita hanya ada 2 bulan dari sekarang.

RG LETAK JAWATAN DEMI MALAYSIA


PIALA GABENUR ACEH 2012 : KELANTAN, BRUNEI BERKONGSI SATU MATA



16 Dis - Kelantan terikat jaringan 1-1 dalam pertemuan pertama menentang pasukan Brunei DPMM dalam Kumpulan B saingan Piala Gabenor Aceh malam tadi di Stadium Harapan Bangsa malam tadi.
 Permainan separuh masa pertama lebih didominasi pemain-pemain muda Brunei yang kerap melakukan percubaan untuk menembusi gawang Kelantan. Kedudukan separuh masa kekal 0-0.
 Gol pertama perlawanan dijaringkan oleh Brunei melalui pemain tengahnya, Rocha, pada minit ke 66 separuh masa kedua. Walau bagaimanapun, kedudukan tersebut tidak bertahan lama apabila Kelantan menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain import Dimitri Petratos pada minit ke 75.
Kedudukan 1-1 yang kekal hingga ke wisel penamat menyaksikan Brunei dan Kelantan berkongsi satu mata.
Kelantan akan turun menentang pasukan Semen Padang pada 17 Disember jam 4 petang WIB. Brunei tewas kepada Semen Padang 4-2 dalam perlawanan yang berlangsung pada 15 Disember.

Kesebelasan utama pasukan Kelantan:

Shahrizan (PG), Daudsu, Obinna, Lek Kcira, Zairul Fitree, Norfarhan, Nanthakumar, Piya, Indra Putra, Dimitri Petratos, Keita Mandjou.

Simpanan:

Syazwan(PG), Tuan Faim, Zamri Ramli, K.Izuan Rosli, Zairo Anuar Zailani, Izuan Solah dan Harris Safwan Kamal

Petikan dari Theredworriors.com

Melihat pada kesebelasan utama yang di turunkan,nampaknya Bojan masih terus mencuba uji pemain import yang bakal di pertaruhkan untuk bermain di liga super bagi musim 2012.Tiada Live atau pun Live Streaming di Acheh.Cuma kita dapat update score sahaja dari Admin-2 TRW.INsyaallah dengan barisan yang ada kita bakal melihat perubahan demi perubahan bagi memastikan pasukan TRW terus mantap.Apa pun kita berharap TRW mampu memenangi Piala Gabenor Acheh ini bagi melengkapkan Piala yang sudah ada dalam gengaman.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!


Sunday 16 December 2012

MALAYSIA TERSINGKIR DARI PIALA AFF 2012 – TEWAS DI SEPARUH AKHIR KEPADA THAILAND


MALAYSIA TEWAS DI SEPARUH AKHIR PIALA AFF SUZUKI KEPADA THAILAND -GAGAL PERTAHANKAN KEJUARAAN – MUTU PENGADILAN BERAT SEBELAH Perjalanan skuad negara dalam kempen mempertahankan Piala AFF Suzuki akhirnya terhenti selepas tewas 0-2 kepada Thailand pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Suphachalasai, Bangkok sebentar tadi. Thailand mara ke perlawanan akhir selepas menang menerusi agregat 3-1 ke atas Malaysia.

Thailand akan bertemu Singapura yang menang ke atas Filipina semalam. Perlawanan bermula dengan Thailand mengasak ke gawang Malaysia.

Malaysia kembali mengawal permainan dengan cubaan yang kerap kali tersasar dengan jurulatih K.Rajagobal menggunakan formasi 4-5-1, Norshahrul Idlan sebagai penyerang tunggal. Bagaimanapun, keadaan padang yang agak teruk merencatkan rentak permainan terutama skuad negara yang sebelum ini tidak dibenarkan berlatih diatas venue itu menyebabkan pemain sukar menyesuaikan diri dengan kawalan bola yang kerap kali terlepas.

Permainan sedikit terjejas dengan mutu pengadilan yang tidak bagus dan berat sebelah oleh pengadil dari Korea yang juga pengadil yang pernah di tackle oleh K.Reuben sewaktu Malaysia tewas 0-5 kepada Australia dalam satu perlawanan persahabatan. Pengadil melayangkan kad kuning kedua kepada Fadhli Shas pada minit ke 44 sedangkan pemain Thailand, Datsakorn yang menyiku dan memulakan dahulu provokasi ke atas Fadhli.

Keputusan 0-0 kekal sehingga rehat, Memasuki babak kedua, Rajagobal masih mengekalkan pertahanan dan memaksa Amar Rohidan sedikit turun ke bawah. Bahagian tengah dilihat jelas kekosongan dan Mat Yo jarang mendapat umpanan yang baik.

Pemain negara lebih banyak bertahan dengan Thailand menguasai bahagian tengah. Hasilnya melalui satu serangan pantas, hasil kesilapan pertahanan negara, Terasil Dangda menjaringkan gol pertama Thailand pada minit ke 66, selepas bola terlepas dari kaki Amar Rohidan dan gagal dikeluarkan juga oleh Aidil.

Thailand terus mengambil kesempatan kekurangan pemain negara dengan melancarkan serangan bertubi ke arah gawang Malaysia. Farizal Marlias akhirnya tewas buat kali kedua apabila bola muntah sepakan percuma dimanfaatkan Theerathon untuk menjaringkan gol kedua pada minit 66.

Selepas ketinggalan dua gol baru jurulatih K.Rajagobal mengeluarkan Amar Rohidan dan memasukkan Faizal Muhammad dan menggantikan S.Kunanlan dengan Khyril Muhymeen. Namun Malaysia masih gagal menembusi benteng pertahanan Thailand kerana kekurangan bantuan dari pemain lain yang kelihatan keletihan beraksi 10 orang.

Safee Sali yang mengalami masalah ketegangan otot juga dimasukkan pada penghujung perlawanan namun masih gagal memburu jaringan buat skuad negara. Thailand beberapa kali hampir berjaya menambah gol, namun kecekapan Farizal Marlias harus dipuji mengelakkan gawang negara dibolosi lebih banyak.

Malaysia beraksi tanpa 5 tonggak utama iaitu Wan Zack Haikal, Shaakir Shaari yang masih cedera. Gary Robbat yang mengalami keracunan makanan.

Malaysia terpaksa membayar harga yang mahal selepas gagal mempertahankan kejuaraan AFF. Dan hasil ‘eksperimen’ yang dilakukan Datuk K.Rajagobal dalam perlawanan persahabatan, Malaysia juga merudum dari segi ranking FIFA.

Jadi bukan sahaja ranking turun malahan kita gagal pertahankan Piala AFF. Ini merupakan sesuatu yang harus dipandang oleh Rajagobal.

Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2012 akan berlansung pada 19 Disember untuk perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Petikan dari Portalsukan.com

Memang kekalahan ini adalah wajar bagi malaysia.Semuanya bermula ketika sesi experimen RG.Dia sepatutunya sudah menyiapkan awal lagi pasukan.Bukan bertukar-tukar pemain dan antara pemain utama yang sentiasa berada dalam pasukan pun tidak di panggil.Sepatutunya sebelum sebelum AFF suxuki ini bermulapasukan kebangsaan kita sudah mantap dan melalui perlawanan persahabatan mereka sudah boleh mencatatakan kemenangan.
 Sesi pemilihan pemain juga agak membosankan.RG memilih ramai pemain yang bermain untuk liga Perdana yang mana kita ketahui Liga Perdana adalah jauh bezanya dengan liga super.Pemain yang berada di bawah tahap sebenar boleh bermain untuk skuad kebangsaan.Mana lagi pemain dari Kelantan ? seperti Farhan,Indra dan Piya.Pemain singapura boleh bercakap yang mereka bernasib baik kerana pemain ini tidak ada dalam skuad kebangsaan.Asaari Shamsudin dari terengganu,Zairo dari TTeam,Hairuddin Omar,Amri Yahya,Sepatutunya RG kena pilih ramai dari Liga Super dan hanya beberapa pemain sahaja dari skuad lain.Liga Super ambik pemain dari Top 3 Carta yang dari malaysia lah.
 Persiapan pasukan rasanya pemain tidak cukup latihan dan kepenatan kerana perlawanan persahabatan terlalu kerap dan masa terlalu rapat.Tektikal RG tidak menjadi dan sudah dapat di baca oleh pasukan lawan.Memudahkan pasukan lawan meletakkan pemain yang cergas di bahagian pertahanan kanan dan kiri sebab Malaysia akan bermain bola lambung.Kita tengok dulu sedutan aksi Malaysia pada perlawanan ini.



Pada perlawanan ini kita dapat lihat di awal permainnan kita di serang habis-habisan dan pemain kita berada dalam tekanan dan ini salah satu sebab kenapa pemain kita terpaksa melakukan terjahan-terjahan wajib tapi ia bakal mengakibatkan layanan  kad terpaksa di keluarkan.Memang pengadildari Korea tu suka keluarkan kad tapi kita perlu tahu macam mana nak serapkan tekanan tersebut.Arwah Abah kawe pernah mengatakan yang RG ni tak ada tektikal.Dia pilih pemain mengikut cara yang dia suka jadi pemain hanya bermain macam biasa dan tektikal tu datang sendiri.Fadlisas sepatutunya tahu dan kenal pengadil tu.Dia hanya perlu diam dan tidak bertengkar dengan pemain Thailand.Namun kad merah yang di terima memang menyusahkan kita.walaupun berjaya bertahan sampai separuh masa pertama dengan amar di letakkan di bawah bagi menggantikan Tempat Fadlisas sepatutunya RG mengeluarkan Amar dan memasukkan pemain pertahanan yang biasa bermain di posisi tersebut.Sebab kita bermain dengan 5 midfielder.satu hilang kita masih ada 4 pemain di bahagian tengah.Kalau kita lihat barisan tengah tanpa Shakir yang cedera.Barisan yang ada gagal membentuk gerakkan yang baik kerana hantaran dan sokongan antara sendiri tidak ada dalam barisan kali ini.
  Sebaik separuh masa kedua bermula.Kita terus di asak bertubi-tubi dan keadaan Amar yang off form membuat kesilapan mudah kerana miss kick dan sokongan dari Aidil masih juga gagal menghalang pemain Thailand menembusi gawang Malaysia.Ini lah detik bermulanya High Preasure game buat Malaysia.Selepas gol pertama itu baru lah RG nak tukarkan Amar.Ini di kira lambat.sudah terlambat baru ternadah.namun kita terus gagal menjaringkan gol kerana walaupun Mat yo keseorangan di atas support dari maidfield tidak cukup kuat untuk membantu bahagian serangan.Gol kedua Thailand berpunca dari kegagalan penjaga gol kita menangkap kemas bola percubaan dari Thailand.gawang kita di bolosi lagi.Harapan kita sudah semakin tertutup dan masa semakin sempit.Akhirnya wisel di tiupkan dan kita gagal ke Final.Ranking Malaysia pasti akan turun lagi dan ini mengakibatkan pemain muda kita bakal kehilangan peluang untuk bermain di liga terbaik dunia di sebabkan Ranking negara bukan berada di 10 negara terbaik.kesian kan.
 Antara RG dan OKS kawe masih kuat untuk menyokong OKS kerana dia begitu tegas dari segi pemilihan pemain dan mempunyai tektikal yang jelas kita dapat lihat.Kawe harap RG meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada OKS untuk mengambil alih atau jurulatih dari 50 jurulatih terbaik dari luar.Kita bayar meraka mahal tak apa janji ranking kita semakin naik dan kita semakin di segani.RG LETAK JAWATAN!!!!!! anda telah memalukan Negara.Semoag Malaysia mendapat jurulatih batu untuk kelayakkan piala Asia 2013.Di jadualkan pada Febuari nanti.Pemain yang bermain selam di AFF adalah yang terpilih dan anda semua telah melakukan yang terbaik bagi diri anda namun perjuang anda amat negara hargai.Pamain tak salah tapi kesalahan kawe letakkan semua ini kepada RG.

HARIMAU MELAYA SELAMANYA DI HATI


Thursday 13 December 2012

Perlawanan Persahabatan Pra-Musim : Kelantan 4-1 Kedah


12 Disember 2012 - Kelantan meneruskan rentak kemenangan dalam aksi perlawanan persahabatan pra-musim apabila menundukkan pasukan dari utara, Kedah dengan jaringan 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
           
Turun selaku tuan rumah yang dihadiri puluhan ribu penyokong setia, Kelantan pantas mengasak kubu pelawat menerusi rangkaian penyerang, Dimitri Petratos, Keita Mandjou dan juga Norfarhan Muhammad. Tertekan dengan asakan bertali arus Kelantan, ketua pasukan Kedah, Sabri Mat Abu melakukan kesilapan apabila tertolak bola ke gawang sendiri memberi Kelantan gol pendahuluan pada minit ke-7.

Mendahului 1-0, Kelantan terus menggandakan asakan ke kubu pasukan Kedah dan percubaan seterusnya membuahkan hasil menerusi rembatan lencang kaki kiri Norfarhan Muhammad sekaligus meletakkan Kelantan selesa mendahului 2-0 di depan.

Tidak puas mendahului 2-0, Kelantan terus bernafsu memburu jaringan. Kini tiba giliran pemain import dari Australia, Dimitri Petratos merobek gawang Kedah. Jaringan berpunca dari sepakan percuma Piya yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Kedah, dan Dimitri Petratos yang tidak dikawal mudah menolak masuk untuk gol ketiga Kelantan pada minit ke-21. Tiga minit berselang, giliran Keita Mandjou pula meledak menerusi satu rembatan kencang luar kotak penalti, meletakkan Kelantan mendahului 4-0.

Selesa mendahului lawan, Bojan Hodak melakukan pertukaran besar-besaran untuk perlawanan separuh masa kedua. Lapan pemain ditukar secara serentak bagi memberi peluang kepada pemain baru untuk menunjukkan kemampuan. Zairo Anuar Zalani, Faiz Subri, Haris Safwan Kamal dan Izuan Salahudin merupakan antara pemain baru yang diberi peluang beraksi pada separuh masa kedua.

Pertukaran besar-besaran nyata kesan kepada Kelantan yang gagal mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua. Kedah yang jarang menyerang pada separuh masa pertama akhirnya memperoleh gol sulung yang juga gol tunggal perlawanan menerusi jaringan penyerang, Faizal Abu Bakar pada minit ke-81. Tamat perlawanan, Kelantan berjaya menundukkan Kedah dengan jaringan 4-1.

Petikan dari Theredworriorsfc.com



Keputusan memang sedap di dengar namun apa yang kawe tengok dari live streaming nampaknya persembahan pada separuh masa pertama memang sedap kita lihat dengan pergerakkan yang menarik.Cuma pergerakkan Nantha kumar masih perlahan dan agak lama memegang bola dan lambat untuk memberikan hantaran.Prestasi Keita Manjou memang terserlah malam ini kerana dia rajin dan mula membuktikan sesuatu.Namun kelibat Petratos terus menjadi bualan dan mimpi kepada penyokong.Kawe tengok setiap kali memegang bola pasti dia  akan di berikan sokongan dari Penyokong.Piya terus menjadi nadi dengan mengatur    pergerakkan serangan dan tektikal pasukan.Seronok dapat melihat permainan Kelantan yang semakin laju jika di bandingkan tahun lepas.Mungkin beberapa taktikal baru bakal di serap oleh Bojan memandangkan beberapa pemain utama sudah berhijrah dan rahsia pasukan kita mungkin akan didedahkan. 

   separuh masa kedua terlalu berhati hati dan pertahanan kita agak goyah sehingga dapat memberi ruang kepada Kedah untuk menjaringkan gol.Kelibat penyokong Kelantan yang terus menerus memberi sokongan tidak berbelah bagi bagi TRW.Mana kita nak cari situasi penyokong yang memenuhi stadium ketika perlawanan pershabatan? Hanya di Kelantan dan THIS IS KOTA BHARU!!!!!!! menarik dan sejarah terus di cipta oleh penyokong Kelantan.Tapi mereka mungkin agak kecewa dengan prestasi pada separuh masa kedua.Tetapi kita perlu memberikan masa bagi pemain baru yang memerlukan keserasian segera sebelum sepak mula berlansung.Insyaallah mereka bakal serasi.Apa pun Tahniah TRW ,2 perlawanan persahabatan di menangi dengan jaringan lebih dari 2 gol.Semoga kita terus berjaya dalam apa jua cabaran musim baru 2013.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!



Wednesday 12 December 2012

KELANTAN, ATM BERDEPAN RANJAU


SHAH ALAM – Laluan percuma pada pusingan pertama buat Kelantan selaku juara bertahan, rupa-rupanya tersembunyi ranjau apabila PKNS atau naib juara Liga Super musim ini, LionsXII menanti mereka dalam pusingan kedua Piala FA 2013.

Red Warriors yang juga juara Piala Malaysia dan Liga Super 2012, hanya beroleh sedikit tuah kerana diundi sebagai tuan rumah pusingan kedua satu perlawanan namun bakal turut berdepan kepadatan jadual yang melibatkan Piala AFC.

Jika lulus ujian itu, laluan Kelantan bakal berubah dengan menanti mereka kemudian ialah pemenang antara dua pasukan Liga Perdana, Sarawak-Melaka dan Preach Khan Reach (Kemboja) atau pasukan Liga FAM, PBAPP Pulau Pinang.

Undian getir kejohanan bola sepak kalah mati kebangsaan itu di sebuah hotel di sini, turut menimpa naib juara 2012, Sime Darby dalam pusingan kedua yang menanti pemenang pusingan pertama antara T-Team dengan Perlis yang dikembalikan ke Liga Perdana.

Dua pasukan separuh akhir musim ini, Kedah dan Terengganu pula mendapat laluan agak mudah dalam pusingan pertama dengan masing-masing cuma berdepan pasukan Liga Perdana, NS Betaria dan KL SPA.

Undian getir juga melanda naib juara Piala Malaysia dan juara Liga Perdana 2012, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bakal menentang bekas juara, Selangor seawal pusingan pertama lagi yang bermula 25 Januari 2013.

Nasib sama turut menimpa pasukan yang kini sering mendapat perhatian kerana dibanjiri ramai pemain kebangsaan dan seorang bekas bintang Sepanyol, Johor yang perlu berdepan Perak pada pusingan pertama Piala FA.

Kata Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Azman Ibrahim, “Laluan kami memang sukar pusingan kedua tetapi kami tidak memilih siapa lawan antara PKNS atau LionsXII kerana persaingan kalah mati ini mempunyai elemen kejutan dan nasib.

“Kami tidak akan mengambil mudah walaupun jika mara ke pusingan seterusnya yang bakal lawannya mungkin kurang sukar kerana seperti Sime Darby, tiada siapa pun menyangka mereka mampu ke perlawanan akhir (2012),” katanya.

Kata jurulatih LionsXII, V. Sundramoorthy: “Undian ini tetap getir kerana kami perlu bertandang ke PKNS (Petaling Jaya, Selangor) dan perlu melepasi mereka sebelum laluannya semakin getir untuk berdepan Kelantan.

“Kami menampilkan ramai pemain bawah 23 tahun selain hanya lima pemain skuad Piala Suzuki AFF iaitu Mohammad Shahril Ishak, Mohammad Isa Abdul Halim, Baihakki Khaizan, Fazrul Nawaz Shahul Hameed dan Muhammad Irwan Shah Anismail,” katanya.

Jurulatih ATM, B. Sathianathan berkata: “Cabaran yang besar kerana jika melepasi Selangor pun, Johor pula mungkin menanti kami seterusnya. Namun saya harap langkah kami lebih jauh musim depan setelah tersekat pusingan pertama lagi dengan Perak (2012).”

Petikan dari Klate.Net

Ranjau dan duri sudah biasa dengan TRW.Namun mungkin undian yang susah di permulaan bakal membuatkan pemain sentiasa cergas dan Fit bagi menghadapi perlawanan seterusnya yang mana seteru-seteru kita dalam Malaysia tahun 2013 lebih bersedia bagi mengalahkan kita.Pusingan pertama dan kedua adalah kalah mati.Mampukah kita melangkah ke Final? mungkin Bojan sudah siapkan perangkaan tektikal dan teknikal bagi menghadapi tahun baru 2013.Sudah pasti apa yang di rancang dan rancangan luar jangka telah siap dan cuma menunggu Tarikh untuk di laksanakan.


Pasukan seperti Johor Darul Takzim,TTeam,Selangor di lihat bakal mendatangkan masalah kerana mereka nampaknya bershopping sakan bagi menyiapkan pasukan mereka.Pastinya menarik dan kawe berharap TRW ke Final.

GO FOR MORE!!!!!!






NWANERI, PERTRATOS BERAKSI LIGA MALAYSIA ?



KAFA sah daftar 27 pemain, Hodak bakal tentukan siapa tersenarai

KOTA BHARU – Obinna Nwaneri dan bintang import baharu dari Australia, Dimitrios Pertratos disebut-sebut bakal menyarung jersi The Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Difahamkan, kedua-dua awang import itu didaftarkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada hari terakhir pendaftaran pemain yang berakhir Khamis lalu.

Sumber Kafa memberitahu, Nwaneri, bekas pemain kebangsaan Nigeria itu dikekalkan berdasarkan prestasi cemerlangnya membantu Kelantan merangkul kejuaraan treble musim lalu manakala Pertratos dilihat calon sesuai menggantikan Mohamad Ghaddar berbanding Keita Mandjou.

“Saingan Liga Super musim depan pasti menjanjikan aksi yang sengit. Mahu tidak mahu kita perlu memperkasakan pasukan ketika persatuan bola sepak negeri lain juga berbuat perkara yang sama.

“Mengenai Pertratos, dia menjadi calon sesuai mengetuai jentera serangan Kelantan setelah ketiadaan Mohamad Ghaddar. Dia masih muda, bertenaga dan berkemahiran tinggi. Pemain yang mempunyai pakej seperti itulah diperlukan untuk pasukan kita,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan pihaknya mendaftarkan seramai 25 pemain termasuk dua pemain import serta dua lagi pemain tambahan dengan badan induk bola sepak kebangsaan itu pada 6 Disember lalu.

“Tinggal lagi kita belum putuskan nombor-nombor jersi untuk semua pemain Kelantan. Ini kerana pihak FAM memberi sedikit kelonggaran kepada pasukan yang beraksi dalam Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Sekarang kita daftar 25 pemain termasuk dua pemain import untuk beraksi dalam Liga Malaysia dan dua pemain tambahan. Ini bermakna 27 pemain didaftarkan bersama Kelantan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perarakan Tiga Piala yang dimenangi The Red Warriors di Rantau Panjang, semalam.

Menurut Annuar, Ketua Jurulatih, Bojan Hodak akan diberi kuasa penuh untuk menilai pemain sedia ada selain empat awang import sebelum membuat keputusan siapa yang bakal beraksi dalam kancah Liga Malaysia atau kempen Piala AFC.

Mengulas mengenai cabaran menanti dalam kempen Piala AFC nanti, Annuar menyambut baik keputusan undian tersebut setelah Kelantan diletakkan di dalam kumpulan G bersama Ayeyawady United dari Myanmar, SHB Da Nang (Vietnam) dan Maziya Sport dan Recreation dari Maldives.

“Harap tahun ini setidak-tidaknya kita boleh mengulangi pencapaian musim lalu (mara ke suku akhir). Tapi melihat barisan pemain yang kita bentuk sekarang, kalau boleh kita mahu mara lebih jauh,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Annuar menjelaskan pihaknya masih dalam perbincangan bagi meletakkan sasaran pada Liga Malaysia musim depan dan perkara tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

Petikan dari Klate.Net

Jika benar maka memang tepat keputusan Head Coach kita Bojan Hoddak.Kalau nak di nilai Petratos dengan Keita Manjou memang ada perbezaan.Tapi jika benar Petratos kawe yakin semua Penyokong TRW pasti bersetuju.Dengan adanya Nantha,Zairol,Faiz Subri,Haris safwan dan kembalinya Aziz dan Azizi pasti kita makin kuat 2013.Selamat maju jaya dan terus gemilang TRW.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


PETRATOS PUKAU PENYOKONG TRW


Kota Bharu: Penampilan sulung bintang muda dari Australia, Dimitri Petratos (gambar) memukau penyokong The Red Warriors (TRW) apabila membantu skuad itu membenam Perlis 5-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin.

Kelincahannya melegakan penyokong TRW yang kehilangan dua penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo kerana berpindah ke Johor dan Mohamed Ghaddar yang enggan memperbaharui kontrak.

Malah, lebih 20,000 penyokong yang menyaksikan perlawanan itu menganggap kehebatan Petratos di bahagian serangan mampu mengatasi kemampuan ‘Pemain Paling Bernilai’ itu.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KELATE.NET), Mahizi Mahmood, berkata kehadiran Petratos memberi nafas baru kepada penyokong TRW apabila pemain berusia 20 tahun itu mempamer aksi memukau sekali gus memberi gambaran pemain berkenaan mampu mengatasi Mat Yo dan Ghaddar.

“Tidak pernah penyokong membanjiri stadium pada perlawanan persahabatan, namun kali ini ramai yang hadir untuk melihat kehebatan pemain baru.

“Biarpun dia (Petratos) pemain muda, namun kehebatannya mula mendapat kepercayaan penyokong malah dia lebih baik daripada penyerang import yang diambil sebelum ini apabila berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Petikan dari Klate.Net

 Memang kawe sendir hadir di Stadium keramat TRW.Pada separuh masa pertama masih kedengaran nama Mat Yo dan Ghaddar kerana apa yang di pamirkan oleh Keita manjou yang di lihat perlahan dan gagal mengambil peluang untuk menjaringkan gol walaupun peluang keemasan berada di hadapan mata.Namun selepas masa kedua berlansung dan Bojan memasukkan Petratos ,nama Mat Yo terus lenyap dan Nama Ghaddar bagai sudah hilang dari memori kami.Penyokong TRW dengan penuh yakin kawe katakan...berdiri bulu roma sebab aksi yang di tunjukkan beliu.memang inilah citarasa Penyokong.Dia lincah setakat 2 atau 3 pemain tidak ada masalah baginya untuk melepasi dan cubaannya sentiasa on target.Rembatnya memang padu dan jika penjaga gol tidak berhati-hati dia boleh membuat kekesalan kepada penjaga gol.Sebagaimana kawe katakan sebelum ini Mat Yo + Ghaddar+KM = Petratos.Kepantasannya sukar di lihat dari mata jika jauh dari padang.Dia terlalu lincah.Speed nya dan pergerakkannya memang memukau kami.


Kawe yakin kalau prestasi yang di tunjukkan oleh Petratos dapat di kekalkan TRW bakal mempertahankan 3 Piala MSL dan 1 piala sumbangsih.4 piala semusim bakal menjadikan TRW team yang sentiasa meningkat.Cuba di AFC kalau kita berjaya mencapai peringkat suku akhir dan mungkin boleh ke Final.Peningkatan dan kemajuan sentiasa di dahagakan.Kami berdoa semoga kesebelasan dan tektikal baru untuk 2013 bakal menyajikan dan membuatkan TRW menjadi pasukan yang berjaya dan sentiasa cemerlang.Semoga kita berjaya menempuhi segala onak duri yang pastinya dan kita dapat atasinya dengan kematangan.Bukan Petratos sahaja malah semua pemain perlu memastikan ianya dapat di jayakan dengan cemerlang.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!


Saturday 8 December 2012

FRIENDLY-KELANTAN TUMPASKAN PERLIS FA


Perlawanan persahabatan Kelantan bagi menguji pemain-pemain baru yang menandatangai kontrak untuk musim 2013.Hari ini 7 December 2012 merupakan pershabatan kedua Kelantan dan yang pertama bagi pemain-pemain baru.Mereka mungkin terkejut dan bertambah semangat dengan kehadiran kira-kira 20 hingga 25 ribu penyokong Kelantan.Mana nak cari perlawanan persahabatan Kelantan stadium pack? mungkin malam ini adalah rekod terbaik bagi perlawanan persahabatan.Suasana malam ini mungkin sebab untuk melihat pemain-pemain baru dan rindukan Kemeriahan "THIS IS KOTA BHARU".


 Kelantan menurunkan kesebelasan utama biasa di mulakan dengan Shahrizan Ismail,Obinna,Nik Shahrul Azim,Daudsu,Zairul Fitri,Nantha Kumar,Piya,Indra,Farhan,Keita manjou dan Khirul Izzuan.Bermain macam biasa dengan susunan permainan menarik.Piya menjalankan tugasnya secemerlang biasa dengan gerakkan gerakkan merbahaya ke pintu gol lawan dan hasilnya dari tendangan sudut berjaya di tolak masuk oleh Keita pada minit ke 5.Manakala pada minit ke 42 keita sekali lagi berjaya menjaringkan gol.Banyak hantaran menarik dari Piya,Obinna dan Zairul Fitri namun kepantasan keita tidak dapat menyaingi pertahanan Perlis yang di ketuai Emmenuel Okinne yang merantai pergerakkan Keita.Okinne dan Antwi di pinjamkan ke Perlis untuk sesi 2013.Keita mungkin faktor usia yang tidak bergerak laju sebagaimana penyerang biasa lakukan.Dua Jaringan yang di hasilkan adalah dari bola muntah dan kekalutan di depan pintu gol lawan dan hasil overlap dari Daudsu dan Zairul Fitree.
 Bojan mengekalkan kesebelasan utama untuk separuh masa kedua dan Farhan bijak meloloskan diri dan menjaringkan gol pada minit ke 49.The Ultraman Boy dan Ben10 Kelantan ini skali menembak selepas mejaringkan Gol ketiga Kelantan.


Bojan mengeluarkan Piya dan memasukkan Zairol dan Obinna di keluarkan dan di gantikan dengan Lek Kcira.Hantaran menarik Zairol mengubati keresahan Penyokong apabila Hantaran jauhnya tepat pada target man yang di hantar.memang menarik hantaran Zairol.Kelantan membuat lagi pertukaran dengan memasukkan   Petratos yang mengantikan Khairul Izuan.Indra di gantikan dengan Faiz Subri dan Daudsu di gantikan dengan Zamri Ramli.Manakala Keita di gantikan dengan Haris Safwan.Farhan di Tukarkan kepada Izzuan Solahuddin.Apa yang menarik perhatian penonton malam ini adalah hantaran menarik Zairol dan Jersi 22.


Penganti Ghaddar dan Mat Yo kawe jangkakan sudah berganti.Betul dan benar kata pepetah "Patah Tumbuh hilang berganti".Tidak keterlalauan jika kawe katakan 9 + 22 + KM= 22 bagi tahun 2013.Kelincahan Mat Yo ada pada Petratos dan skill pada Ghaddar ada juga pada Petratos dan kelajuan KM juga ada pada Petratos.2 bekas pemain Kelantan yang meninggalkan pasukan dan demain yang tinggi sebenarnya patut di bayar pada Petratos.Dia ada skill menarik.
Kepantasan dan kelincahannya membuatkan pertahanan perlis kacau bilar dan memang di ada speed semestinya laju.Dia boleh mengatur dan mencari ruang tepat dan bagi kawe dia tidak tamak dan memang bagi seorang striker adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaringkan gol.3 pemain Perlis di lepasi dengan mudah dan rembatannya tidak jauh dari sasaran.Dia berjaya juga menjaringkan Gol pada minit ke 71.Dia yang memulakan dan dia juga yang memasukkan bola ke jaring lawan dan memberikan Kelantan gol ke-4.Ada sedikit ketidak serasian apabila Petratos cuba mencari ruang untuk mengatur serangan tapi hantaran pula tidak sampai kepadanya.Petratos melenyapkan seketika nama Mat Yo dan Ghaddar dan Lek Kcira juga pantas dan boleh ke Hadapan untuk menjaringkan gol cuma sentuhan golnya belum berhasil malam ini.Mat shah di gantikan dengan Syazwan bagi memberi Mat Shah rehat selepas ke seorangan semasa  
Perlawanan persahabatan pertama hari tu,Banyak betul pertukaran yang di buat sampai kawe pun agak confuse.Inilah keputusan penuh perlawanan sbentar tadi.


Rumusan perlawanan malam ini.Setiap posisi yang ada sekarang sudah ada peganti dan Penyokong malam adalah saksi kepada pemilihan pemain yang tepat dan  Import baru yang mengancam.Pembelian Emas bagi 2013 adalah yang terbaik setakat ini.Zairol boleh menggantikan Piya jika terdapat sebarang masalah nanti.Nantha Kumar sedikit slow dan ,menyimpan bola terlalu lama boleh bermain di tempat Shakir.Mana kala Tempat Awe dapat di isi dengan baik oleh Izuan Solahhuddin.Kawe sangat berpuas hati dengan apa yang di tunjukkan oelah semua pemain TRW dan bagi pemain baru kena perlu lebih banyak perlawanan persahabtan bagi mencari dan mengenal Tektikal dan cara TRW bermain.Tahniah Worriors anda semua adalah yang terbaik di kalangan Terbaik.Semoga Tahiun 2013 kiya dapat mengkalkan Tribles atau 4th Piala bagi 2013.Antara pasukan yang di lihat bakal memberikan Tentangan pada TRW musim baru adalah Johor.Terengganu,TTeam,Selangor dan Felda yang juga sedang menyiapkan Pasukan masing-masing.TRW 2013 adalah pasukan yang termantap di era 2000.Semoga Kita berjaya dalam 4 Piala dalam semusim di musim baru 2013.  

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!

                                                                          

Tuesday 4 December 2012

LIMA PEMAIN BARU KELANTAN MUSIM 2013 DISENARAIKAN


Di TRW Station, Tan Sri Hj Annuar Musa bin Hj Musa mengumumkan senarai penuh pemain kelantan pada musim 2013. Lima muka baru yang akan bermain untuk kelantan pada musim 2013 termasuk dua pemain import.

Usaha Kelantan mendapatkan penyerang import muda dari Australia iaitu Dimi Petratos menjadi kenyataan. Klik untuk lihat berita mengenai pemain ini dan juga video pemain ini. Manakala seorang lagi pemain import dari negara Croatia iaitu Lek Kcira yang akan bermain pada posisi pertahanan menggantikan Mijo Dadic yang telah digugurkan.

Tiga pemain tempatan juga sudah mengesahkan untuk menyarung jersi trw 2013 iaitu Zairo Fitri (t-team), Faiz Subri (T-Team), dan Haris Safwan (Johor FC).

Tidak ada kejutan di mana pemain no9 masih menjadi persoalan oleh semua peminat the red warriors. TSAM masih tidak mengumumkan siapa yang akan menggantikan tempat yang ditinggalkan Matyo yang berpindah ke Johor.

TSAM juga memberitahu pemain no9 itu mungkin ada dan mungkin tiada. Pasukan sudah 99.99% lengkap dan tarikh akhir tutup pendaftaran pemain ialah pada 6 Dis 2012. Masih berbaki beberapa hari lagi untuk mendapatkan pengganti Matyo dan sedang dalam rundingan dengan pemain tersebut.

Gomo Kelate Gomo

Petikan dari http://ohsiber.blogspot.com

Seperti yang telah di janjikan oleh Tan Sri Haji Anuar Musa.Barisan 5 pemain baru di perkenalkan oleh media hari ini.Nama Ghaddar nampaknya terpaksa di lupakan oleh semua pemainat TRW bukan apa sebab Ghaddar meminta gaji 2 x ganda.Mana kita mampu untuk membayar dia dengan harga tersebut.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!


GARUDA DI BAHAM HARIMAU



Malaysia kini semakin hampir untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki apabila membenam musuh ketat, Indonesia 2-0 dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan B.

Dengan S. Kunanlan dan Khyril Muhymeen yang hanya mampu menjadi pemerhati sahaja gara-gara ditimpa kecederaan, ia tidak menjejaskan perancangan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal untuk menamatkan kempen Sang Garuda di depan penonton yang penuh sesak.

Para pemain Malaysia bagaimanapun memerlukan 20 minit untuk mendapatkan rentak. Sepanjang tempoh itu para penyokong menjadi sesak nafas melihat betapa agresif barisan Indonesia mengatur serangan, malah Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abd Razak turut mendedahkan pintu gol negara dalam bahaya.

Keadaan itu berlarutan ke bahagian hadapan yang kerap kehilangan bola. Namun percaturan mengubah Wan Zack Haikal Wan Nor di sayap kanan sementara Azamuddin Akil di kiri membuahkan hasil.

Corak serangan Malaysia kembali tersusun dan pada minit ke-26, Stadium Nasional Bukit Jalil bergegar dengan sorakan gol sebaik Azamuddin Akil berjaya menyambut sepakan lintang untuk gol pertama negara.

Empat minit kemudian, Wan Zack Haikal bertukar hantaran dengan Mahali di dalam kotak penalti sebelum pertahanan Harimau Muda A menghantar bola tinggi melepasi jangkauan Wahyu Tri Nugroho.

Berikutan terjahan kasar Aidil terhadap Samsul Arif Munip, dia dilayangkan kuning. Sepakan percuma diambil Elie Aiboy tidak berbahaya dan ia menjadi sumbangan terakhirnya apabila sejurus selepas itu dia digantikan Andik Vermanysah.

Malaysia turut membuat pertukaran awal menggantikan Shakir Shaari yang tercedera dan kemasukan Gary Steven Robbat tidak menjejaskan penguasaan dibahagian tengah.

Pada 45 minit berikutnya, Malaysia tidak cepat berpuas hati dengan kelebihan dua gol dan belum mahu mengendurkan asakan.

Safee Sali yang sering mendapat peluang menarik ternyata belum mampu mempamerkan bisa sebenarnya.

Datuk K. Rajagobal kemudian menempatkan lima pemain tengah dengan kemasukkan Fakri Saarani (Azamuddin) dan Amar Rohidan (Norshahrul Idlan Talaha). Malaysia kemudian menukar kepada strategi serangan balas manakala Safiq Rahim ditolak bermain di belakang Safee Sali.

Pertahanan Malaysia kembali goyah dan menghadiahkan banyak sepakan percuma kepada Indonesia terutamanya di bahagian kiri.

Ketika pemain Indonesia seakan sudah berputus asa untuk meneruskan perjuangan mereka, penyokong mereka pula disorak 'balik-balik' dan 'kesian dia' bagi mengiringi kepulangan penyokong lawan yang kecewa.

Malaysia menduduki tangga kedua kumpulan B, dibelakang Singapura yang menewaskan Laos 4-3 di Stadium Shah Alam. Ini bermakna Malaysia akan berdepan Thailand manakala Singapura akan berdepan Filipina di peringkat separuh akhir

Petikan dari Astro Arena 801

Ada sedikit peningkatan yang di pamerkan oleh barisan pemain negara dan nampak gayanya cukup untuk melangkah ke separuh akhir di mana kita bakal bertemu Thailand.Negara yang baru menewaskan kita dengan barisan simpanan mereka dengan 2-0.Jadi mungkin Dato Rajagopal sudah mengenal pasti kelemahan dan kelebihan Thailand.Tindakkan Ong Kim Siew menjadi perisik untuk negara nampaknya tidak di hargai Rajagopal kerana mengeluarkan statemanet yang peringkat asia jauh lebih tinggi berbanding skuad remaja.Kita adalah satu pasukan dan apa yang coach ong lakukan adalah untuk negara dan sepatutnya Datuk Rajagopal mengucapkan terima kasih dan cuba bandingkan Tektikal yang akan di gunakan dengan info dari Coach Ong ( tu pun jika Rajagopal ada tektikal lah).

Kita kaji sedikit gol yang di hasilkan oleh Mahali Jasuli ini adalah pergerakkan bola bawah yang jarang di lakukan oleh Malaysia.Jika perkara ini kerap di lakukan nescaya kita bakal memperolehi lebih banyak gol.Malam ini juga kita dapat lihat apabila shakir terpaksa di keluarkan kerana kecederaan pemainan kita mula goyah dan jarang serangan baik dapat di lancarkan.Kapten kita juga masih belum berada di tahap sebenar kerana jarang terlibat dalam pergerakkan.Shafie juga di lihat banyak peluang yang ada namun gagal menfaatkannya.Ayuh Harimau Melaya kita perlu berada di tahap maksimum bila berada di pentas ini.Maruah negara perlu di pertahankan dan di angkat setinggi mungkin.Walaupun kita terkejut dengan pemilihan pemain untuk kali ini.Melawan Thailand adalah medan terakhir kita untuk menentukan dan bukan lagi menguji adakah barisan ini bakal berjaya? atau Rajagopal perlu meletakkan jawatan dan di gantikan oleh Ong Kim Siew?Coach Ong mempunyai tektikal yang baik dan sentiasa tahu memilih pemain terbaik mengikut perfomance Semasa dan bukan kerana nama.Malaysia perlu adakan sesi pemilihan pemain mengikut kaedah terbaik supaya pemain yang cemerlang dalam liga negara di berikan peluang untuk menambah pengalaman di peringkat antarabangsa.mereka adalah pemain negara juga walau di mana sahaja mereka beraksi dan jika bakat mereka masih boleh di kembangkan apa salahnya kan.Demi Kemajuan bolasepak negara kita perlu berubah.FAM perlu ingat Bolasepak negara adalah hak rakyat Malaysia dan bukan hak FAM sahaja.Tukar is the right word to FAM.

HARIMAU MELAYA TERUS MERAUM!!!!!!!!!!! Auuummmm!!!!!!


Monday 3 December 2012

PEMERGIAN ABAH TERSAYANG DAN HADIRNYA AMJAD


Pada Tanggal 11 november 2012.Abah kesayanganku telah kembali kerahmatullah pada jam 6.45pg.Kawe mendapat berita pada jam 7.00 paginya dan kawe bersama Isteri bergegas pulang ke Kota Bharu Kelantan dari Terengganu.Berita ini amat mengejutkan semua ahli keluarga dan semua yang mengenali beliu.Kawe pun dalam kereta semasa dalam perjalanan mendengar nasyid Hijah tanpa di sedari Airmata kawe menitis sampai kabur mata kawe semasa memandu.Namun kawe teringat pesan Arwah."long,kena berkorban untuk adik-adik.kita sebagai yang sulung kerana selalu periksa dan pastikan adik-adik tidak payah.kena berkorban lah demi adik-adik".Kawe cuba kuatkan semangat dan membawa semangat pesanan arwah untuk sampai di rumah.Di Lot 1412 Taman Muafakat,Jalan Abdul Kadir Adabi,15200 Kota Bharu,Kelantan.
  Sampai Di Rumah sudah ada ramai orang sedang uruskan beberapa hal.Sepupuku tengah bersihkan tempat mandian jenazah dan Ibuku meratapi pemergiaan Arwah walaupun masih dalam keadaan terkejut.Apabila sampai di tangga Mak saudaraku berada di tangga belum sempat kawe hulurkan tangan dia segera minta kawe naik ke rumah.Sebaik sahaja kawe memasukki rumah,Ibuku memandangku sayu dan kawe kuatkan langkah untuk mendapatkan ibuku.lalu tertumpah jua airmatanya yang mungkin hanya menungguku pulang untuk di lepaskan sepuasnya.Kawe mendakap dan menggosok belakang ibuku.Walaupun airmataku jatuh jua namun aku tetapkan Iman dan hatiku.Selepas keadaan agak reda.Aku meneruskan dengan membaca Al-Fatihah dan Yaasin untuk Arwah dan melihat muka Arwah.Hatiku rasa tenang setelah menatap wajah Arwah Abahku.Aku memohon ribuan ampun dan maaf dan mencium Arwah.
  Setelah itu aku mendapatkan sepupuku mengenai laporan hospital dan report polis.Namun kata sepupuku wani yang suaminya telah pergi untuk membuat laporan polis.Tapi mereka tidak ada laporan pengesahan doktor kerana doktor sibuk menkhatankan pesakit.Walau bagaimana pun semuanya telah di uruskan.Aku cuma memeriksa tempat tanah pengkuburan yang bakal di semadikan Arwah di tanah pengkuburan Banggol.Kerana kesemua keluarga Abah berada di sana.Di mana kawe pula akan di kebumikan? Paya Bembam atau Banggol?
  Tepat jam 3.00ptg Arwah di madikan oleh Haji Salleh bekas imam masjid Paya Bembam.Aku dan Ijat adik bongsuku dan Sepupu dan anak saudaraku membantu Haji.bolehlah semuanya belajar cara untuk memandikan jenazah.Setelah itu jenazah Abahku di kapankan cuma bahagian mukanya sahaja yang belum di tutup kerana menunggu 3 lagi adikku yang bakal tiba.Mereka menaikkan Kapal Terbang dari Kuala Lumpur dan di katakan bakal bertolak pada jam 3.45ptg.bersam pakcik dan cik mah serta sepupuku Tek.
  Adik kawe Syabilla bersama suami nya sampai di rumah pada jam 3.30ptg.Selepas adikku keluar sahaja dari kereta dan terus matanya memandangku dan terus mendakapku dan menangis.Aku kuatkan hatiku dan memintanya banyakkan bersabar dan kuatkan semangat kerana aku bimbang akan kandungannya yang telah mencecah 32 minggu.Aku ikut adikku ke tangga dan dia di bawa oleh mak saudaraku Cik.Cik memimpnnya di tangga dan tiba-tibanya dia menjadi lemah untuk berdiri dan dia menangis sekuat hatinya sampai memanggil ibuku.Ibuku pula bergegas mendapatkan Syabilla.Aku dan Suaminya Nazli memapahnya untuk ke kerusi.Biarkan dia tenang dahulu.
 Sementara menunggu adik-adikku yang lain aku menyambut teteamu kenamaan dan sanak sauadara serta kawan-kawan Arwah.sedikit cerita yang di beritahu ibuku aku sampaikan.Semalam adikku ada menghantar sms yang Abah sakit dada dan muntah-2.Aku hubungi Abah menanyakan kesihatan Abah cuma dia kata sakit dada bila waktu sembahyang.Aku mengatakan mungkin angin.Abah pun katakan mungkin.Aku bertanya adakah abah nak pergi mengurut? Abah kata tak payahlah.Itulah perbualan terakhir aku dan abah.
 Waktu dan menunjukkan jam 4.00 ptg.Pakcik ,Cik Mah dan Tek telah sampai di rumahku.Manakala adik-adikku Delay pun pada jam 4.50 baru blh berlepas.Selepas asar sudah ramai yang datang untuk sembahyangkan Arwah tapi aku terpaksa meminta mereka tunggu sekejap kerana 3 adikku masih belum sampai.Pada jam 5.30 ptg Mereka pun sampai Syila,Syahril dan Syamilla.Selepas melihat aku mereka menangis dan aku temankan mereka ke Jenazah.Dan Bila mereka bersedia aku bukakan kain penutup muka untuk mereka melihatnya buat kali terakhir.Mereka menangis semahunya dan Syahril terpaksa aku tenangkan.Aku menjaga Kepala Arwah dan meminta adik-adikku cium Arwah Abah buat kali terakhir.Dan meminta mereka supaya tidak menitiskan airmata kerana jenazah telah siap untuk di solatkan.Selepas siap semuanya maka Jenazah Arwah Abah di solatkan oleh Haji Salleh dan Ramai yang di sah belakang.Aku menyatakan mewakilkan Imam untuk solatkan jenazah.
  Setelah siap di solatkan Pada jam 5.45ptg Jenazah Abah di usung dan di bawa ke Tanah pengkuburan Banggol dan di semadikan di sana.Selepas selesai talkim dan aku membawa pulang Haji salleh kerana beliu akan mengimamkan Solat magrib di Masjid.Malam pertama kami buat tahlil Arwah di mana hanya keluarga terdekat dan Tahlil di bawakan oleh Hafiz suami sepupuku.sedap dia bawakan kerana sebelum tahlil bermula sedikit tazkirah di berikan.Alhamdulilah selesai semuanya pada hari pertama.
 Pada keesokkan harinya kami mengziarahi kubur arwah dan sambil itu persiapan apa yang patut di kubur.Malam kedua dan pada malam ke 3 adalah malam tahlil terakhir dan semuanya berjalan baik.Aku pula kena uruskan beberapa hal arwah seperti bank.koperasi dan lain-lain tempat yang Arwah berurusan.
 2 Hari Arwah meninggallkan kami.kawe di kejutkan dengan Sepupu kawe Abang Ju telah di masukkan dalam Wad kerana Serangan Jantung.Ya Allah selamatkan lah sepupuku.Aku pergi melawat Abg Ju.Kerana antara sepupuku.Abang Ju adalah yang paling rapat denganku.Kami susah nak berjumpa kerana dia sudah berpindah di Demik.
   Selepas 5 hari Arwah meninggalkan kami,kami di kejutkan pada malam harinya Syabilla telah pecah air ketumbar dan segera di bawa ke Hospital.Nazli,Syila dan Isteriku menemani Syabilla dan aku membawa ibuku kemudiannya.16.11.2012 jam 12tgh malam Syabilla di masukkan di wad.Tapi tengok pada reaksinya dia masih tenang dan masih kuat.kawe,Ibu,isteri kawe dan Syila kena tunggu di luar Wad.Sementara Nazli juga berada bersama kami.Ibu dan Syila tido dalam kereta sementara kawe dan Isteri menunggu di luar.
 Pada 16.11.2012 Lahirlah anak saudara dan Cucu pertama Arwah abah.Tepat jam 7.35 pagi dan masa lahir arwah Abah adalah 7.30 pagi.Orang kata pengganti.Apa pun kami semua menyambut kedatangan Anak Saudara kami dengan penuh kesyukuran dan tawakduk.
 Inilah dia penawar kedukaan kami sekeluarga dan Ibuku sudah bertukar menjadi Tok ku.dan aku pula menjadi Ayah long dan isteriku mak long.Tahniah adikku syabilla kerana sudah menjadi ibu dan Nazli sudah menjadi bapa.Tahniah atas kelahiran penawar hati kami.Kawe dapat rasakan Tok ku lah insan yang paling gembira walaupun kedukaan tetap terasa tetapi kehadiran Muhammad Amjad Hakimi Bin Ainul Nazli membwa kegembiraan.

Pada pagi 24.11.2012 Amjad di bawa ke Tuan Tok Guru Nik Aziz Bin Nik Mat untuk di taknik dan bercukur.kawe ,Syabilla,Nazli dan Amjad turun rumah pada jam 5.15pg.Untuk solat subuh bersama Tok Guru dan selepas itu Beratur dan meminta Tok Guru Taknik dan bercukurkan Amjad.Alhamdullilah selesai.


 Tok Guru selesai Taknik dan bercukur Amjad.Amjad tenang sahaja kerana masih suka tido.Dan yang kelakarnya Nazli,ayahnya begitu gembira dan siap posing lagi,sebelum bertolak balik kerumah.


Selesailah Amjad semoga menjadi Khalifah terbaik di muka bumi Allah Ini dan menjadi anak soleh dan taat kepada Ibu dan Ayahnya.Semoga Allah menjadikan Amjad Kahlifah terbaik.Insyaallah.
    Buat Arwah Abah semoga Abah Tenang di sana mengadap Allah S.W.T.Dan Along akan cuba sedaya upaya untuk meringankan tugas Ibu dan Along akan sentiasa pastikan adik-adik berada dalam keadaan baik dalam menuju masa depan mereka.Walaupun Along akan menhadapi masalah untuk updatekan Blog ini bila berbicara pasal bola Kelantan kerana Arwah abahlah yang banyak memberi Inspirasi kepada along tapi along akan lakukan seperti biasa.Insyaallah dengan tunjuk ajar Arwah abah,along akan teruskan.

Sekilas peristiwa penting dalam Keluarga Almarhum Shaban Bin Mohd Wazai.Lahir 30 April 1954.mempunyai Isteri TG. Nor asnah Binti Tg Abdul Wahab.6 orang anak.2 menantu dan 1 cucu.Meninggal Dunia pada 11 November 2012 bersamaan 26 Zukaedah 1433 masihi.Kasih sayang mu tetap kami hargai dan di ingati sepanjang hayat.Al-Fatihah.