Wednesday 13 March 2013

HODAK: PENYOKONG KEKUATAN UTAMA KAMI




Kelantan seri 2-2 dengan Pahang dalam perlawanan sengit minggu lepas dan akan bertemu Perak, pasukan yang mempunyai benteng pertahanan yang paling kukuh (dengan LionsXII) selepas dibolos hanya lima kali dalam tujuh perlawanan.

“Perlawanan kami dengan PKNS pada hari Selasa terpaksa ditunda tetapi ia memberi pasukan kami lebih masih untuk rehat.” kata Bojan Hodak kepada FOX SPORTS.

“Nik Shahrul mempunyai masalah dengan buku lalinya dan mungkin tidak dapat berlatih selama seminggu sementara Shakir Shaari masih 50-50.

“Jelas yang perlawanan dengan Pahang agak berlainan dengan perlawanan dengan Perak nanti. Perak mempunyai benteng pertahanan yang kukuh dan sukar untuk bolos gawang mereka. Walaubagaimanapun mereka juga mempunyai masalah di hadapan gol.

Penyerang Guinea Kelantan, Keita Mandjou, kelihatan telah menyelesaikan masalah pasukan di hadapan gol dan telah menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan.

Bojan Hodak memuji penyerang yang berusia 33 tahun itu dan berkata: “Ia penting yang dia tidak henti menjaringkan gol kerana ia meningkatkan tahap keyakinan sebagai penyerang.

“Dia pantas dan kini mempunyai sentuhan yang baik, saya harap dia akan teruskan prestasinya.

Dalam 38 perlawanan, Kelantan hanya tewas sekali pada tahun 2011 dalam perlawanan dengan T-Team.

“Ia jelas yang Kota Bharu adalah kubu kami. Semua pasukan sedar bagaimana para penyokong kami dapat mempengaruhi perlawanan.

“Mereka adalah pemain ke 12 kami dan mereka tidak pernah mengecewakan.”

 Petikan dari Klate.Net

Aksi mendebarkan perlawanan dengan Pahang.Pahang baru mengalami masalaah kekalahan dan mahu bangkit.Bermain di kubu lawan bukan sesuatu yang mudah.Mereka pasti bersemangat dan mahu membuktikan pasukan mereka antara terbaik.Kelantan hanya mahu seri atau menang.Alhamdullilah keputusan wajar untuk perlawanan ini.Insyaallah dengan barisan baru pada April nanti kita akan mengejar satu demi satu hingga ke puncak.INsyaallah semoga doa dan harapan kita akan di laksanakan dengan baik oelh Pahlawan Merah.THE RED WORRIORS tidak kenal apa itu putus asa dan Kecewa selagi wisel belum berbunyi.COME ON WOrriors  bangkitlahh!!!!!!!


GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


KELAB PENYOKONG ATM KUMPUL DERMA BANTU KAFA



BIARPUN menjadi penyokong setia pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), namun atas dasar keprihatinan, bantuan dihulur tanpa mengira batas sempadan.

Bukti keprihatinan itu ditunjukkan oleh Kelab Penyokong ATM bersama gabungan Kelab-kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (Gempita) dalam membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membayar denda RM62,500 yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pengerusi Kelab Penyokong ATM, Mohd Asri Ismail berkata, sifat tanggungjawab dalam diri membuatkan mereka membuat keputusan untuk melancarkan kempen kutipan lima sen untuk FAM bagi meringankan beban Kafa.

“Sebenarnya, objektif utama kutipan ini dibuat kerana ingin mengeratkan hubungan antara semua penyokong pasukan masing-masing.

“Kami mahukan kerjasama semua penyokong dan saling membantu antara satu sama lain dalam menghadapi apa jua masalah,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

FAM sebelum ini mendenda Kafa RM62,500  atas empat pertuduhan, yang membabitkan keselamatan sewaktu perlawanan menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, 15 Januari lalu.

Sambil menyifatkan FAM tidak tulus, Asri mahu kesemua penyokong bersatu hati membuka mata badan induk bola sepak negara itu agar melihat tindakan mendenda tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus menyokong pasukan masing-masing.

“Kami mahu buktikan kepada FAM bahawa kami bukan penonton yang hanya suka membuat masalah di stadium, tetapi juga peminat yang akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

“Kami tidak akan lepas tangan, disebabkan itu, kami dan bersama gabungan penyokong lain melancarkan kutipan lima sen ini untuk membantu dan meringankan beban Kafa,” ujarnya.

Kutipan lima sen FAM yang berlangsung seminggu bermula kelmarin diadakan di seluruh negeri. Antara pihak yang terlibat ialah kelab penyokong Perak, Negeri Sembilan, Johor dan sebagainya.

Hari ini kelab penyokong bola sepak ATM dan Kelantan telah bersama-sama mengutip derma di depan masjid Kampung Baru Kuala Lumpur pada sebelah pagi sementara di sebelah petangnya pula telah diadakan di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Mengulas lanjut, Asri berkata, beliau yakin dengan tempoh masa selama seminggu, kutipan lima sen yang dikutip akan mencukupi untuk membantu Kafa membayar denda.

“Setakat ini saya melihat sambutan amat memuaskan, maklum balas daripada semua penyokong juga positif, dan saya gembira melihat semua penyokong bersatu hati,” jelasnya yang akan turut membantu Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim di atas denda yang dikenakan oleh FAM sekiranya mempunyai hasil lebihan daripada kutipan tersebut.

Sementara itu, Penyelaras Gabungan Kelab-Kelab Penyokong Kelantan (Gempita), Mohd. Shaharuddin Abdul Latif ketika dihubungi berkata, kempen ini hasil usaha kelab penyokong yang mahu menyatakan tanda sokongan kepada Tan Sri Annuar Musa di atas sumbangan beliau dalam industri bola sepak Kelantan.

“Sebenarnya, ini kutipan kedua yang dilakukan oleh penyokong Kelantan kepada Kafa.

“Kesalahan ini datang daripada penyokong sendiri, jadi memang wajar sekiranya kami turut membantu untuk mengurangkan beban persatuan itu.

“Dan kami berharap kutipan ini akan dapat membantu Kafa menyelesaikan denda tanpa mengeluarkan duit persatuan,” katanya yang menolak dakwaan mengatakan mereka mahu menyindir FAM dengan melakukan kutipan itu.

“Kami tak sindir mana-mana pihak, niat kami baik iaitu untuk menunjukkan tanda sokongan kepada Annuar dan saling bertanggungjawab atas kesalahan yang dibuat penyokong,” ujarnya.

www.sinarharian.com.my

Inilah di namakan satu hati.walaupun pasukan berbeza dengan semangat bersama dalam satu arena meskipun pasukan berlainan.Namun semangat saling bantu membantu membuatkan kita semakin kuat.Contoh sebegini perlulah di contohi oleh pasukan lain di dalam liga Malaysia.Kalau semua saling membantu pastinya persatuan yang lemah kini boleh bertukar menjadi Persatuan yang hebat.Kerjasama perlu di earatkan lagi.Terima kasih ATM.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!

 

Tuesday 5 March 2013

KAFA: ‘TUNGGU SURAT FAM, BARU KOMEN’



24 Febuari 2013
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung hukuman denda dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas mereka.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan apa-apa mengenai hukuman denda RM62,500 yang dijatuhkan oleh badan induk bola sepak kebangsaan itu berhubung kesalahan dilakukan Kelantan.

“Saya cuma baca berita ini menerusi blog dan surat khabar. Oleh sebab perkara ini melibatkan peraturan dan sebagainya, saya rasa langkah yang betul kita lakukan ialah tunggu dan lihat sahaja.

“Kita kena tunggu surat rasmi FAM. Saya tak tahu apa-apa, kalau nak tahu kena tanya jawatankuasa (Jawatankuasa Tatatertib FAM) terbabit,” katanya, semalam.

Pendirian yang diambil oleh tokoh bola sepak Kelantan itu bertujuan untuk tidak mahu mengeruhkan keadaan dan hanya bersedia mengeluarkan kenyataan setelah mendapat surat rasmi daripada pihak FAM.

Kelmarin, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman mendapati Kelantan bersalah di atas empat pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka walaupun pasukan tersebut menafikannya.

Pertuduhan tersebut dikenakan ke atas Kelantan berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh pasukan tuan rumah itu ketika aksi perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV pada 15 Januari lalu.

www.sinarharian.com.my

Kenapa kita asyik di denda? pertama kerana penyokong dan kedua kali ini kerana salah faham.Situasi dengan penyokong JDT sebenarnya sudah di bincangkan dari awal tapi kena juga denda.Sukar nya untuk menjadi Penyokong setia,Peminat dan penonton TRW ni kan.Tapi semangat rakan sepejuangan dari ATM dan Kedah yang melancarkan kutipan derma Syiling 5sen dan 1sen membuatkan FAM bakal merasai yang mereka di perlekehkan oleh KAFA dan beberapa kelab gabungan mereka sendiri.FAM sudah uzur seusia penaju persatuan itu sendiri.Artikel 88 hanya untuk rakyat biasa dan bukan untuk saudara mara sultan.FAM " Apa yang kau buat"..