Thursday 20 June 2013

ACARA BARU TAHUN 2013



  Pada 18 April 2013 kawe mendapat surat menyatakan akan diadakan mesyuarat berhubung dengan Acara berbasikal yang di adakan pada sukan Bomba 2013.Sukan Bomba ( SUKBOM) akan di adakan pada 5-10 Jun 2013.Ini adalah tahun pertama acara sukan Basikal.Pada pertemuan itu di hadiri oleh Kawe,En pesol,Yusman,Shafie, mundok,Rafien manakala pengurus sukan basikal Terengganu adalah Tuan Hassan.Pengerusi kejohanan Basikal adalah Tuan Khairee.Selepas berbincang mengenai budget dan kelengkapan kami bersurai dan latihan pertama akan diadakan pada 22 April 2013.Biasanya kawe hanya berkayuh untuk kesihatan dan hanya ada basikal MTB off road tetapi di Terengganu ni semua pelumba kalau berkayuh suka-suka atau latihan ramai yang gunakan MTB sebab ianya berat dan boleh ambil stamina.Biasanya kalau hari kerja malam pada sebelah paginya kawe akan berkayuh sejauh 42 km.dengan kelajuan biasa dan tidak stabil.kadang-kadang tengok meter 25,22 dan 19 pun ada.Orang baru belajar pasal basikal.
  Pada pagi 22 April bermulalah latihan pertama.Pada pagi ini hanya 3 pelumba sahaja yang turun.Kawe ,Shafie dan Mundok.Semasa pagi ini kami melalui jalan kuala berang-lebuh raya-keluar mengadang baru dan balik semula ke Balai Kuala Terengganu.Jaraknya lebih kurang 30km sahaja.Selesailah bab pagi.Kawe biasa berkayuh kalau dengan Shafie biasa dia akan maintain kelajuan 25-27 ke atas.mungkin sebab ini kot mundok nampak macam penat.


  Pada sebelah petangnya,Datanglah Coach ( Mohd Lutfi Bin Mohd) datang menaiki motor skuter egonya.Latihan petang ni adalah Bukit Korr.Dengan nama Bukit Korr pun aku dah naik risau.Kalau bab Bukit ni memang aku kalah.Tetapi mungkin dengan bantuan Shafie yang meberitahu coach yang Kawe kalau bukit memang jemm.Sebab itulah di ikut aku dari belakang.Yang pertama dia ubah kedudukkan seat basikal kawe.Dengan cara kayuhan mengepit dia ajarnya.Kawe ni jenis pick-up.bagitau dan terus buat.Kawe rasa menyampah pun ada kat coach nii.hahha.Apabila sampai betul-betul di Bukir Korr Coach memberitahu gunakan speed hadapan no 2 dan belakang bawah sekali.Naikkan Speed belakang satu persatu hingga rasa sedap.Kalau rasa berat jugak turunkan terus speed hadapan.Maknanya nak main bukit kita kena bermula dengan speed paling berat dan naik bukit dengan menilai tahap kemampuan otot peha kita dengan kedua-dua tangan menolak handle ke hadapan dan punggung rapat ke seat.Jangan goyangkan tangan dan kayuh dengan stabil dan muka tunduk ke ke hadapan.Alhamdullilah dapat naik bukit korr dengan baik tanpa banyak menggunakan tenaga.Apabila sampai di puncak hendaklah menukar speed pada bahagian hadapan paling atas no3 dan belakang paling bawah dan lakukan henjutan selaju mungkin dan sampai suku turun dari bukit hendaklah menundukkan badan sepenuhnya pada handle hadapan dan letakkan kaki kanan pada no 3 dan kaki kiri no 9.Coach juga ada cakap jangan cepat sangat bangun rugi second katanya.


Begitulah kalau nak makan bukit kata Coach.Dulu memang tak berani pada Bukit Korr tetapi lepas pada ni Insyaallah...Bukit ni akan jadi makanan kawe.Insyaallah.Tapi semasa tranning masuk hari ketiga ada perubahan berlaku.Sebelah pagi kami akan berkayuh 40-45km dengan menaikkan speed bermula dengan 25-35 kmph.Selepas tu Maintain 35.memang memenatkan dan habis sahaja kayuh kedai pati di gong kapas pekena air dan telur separuh masak 2 biji.
Sebelah petang kami akan berkayuh dengan beberapa exercise basikal.Seperti kayuhan 35 kmph sambil bertukar tempat.Orang pertama akan membawa kumpulan dengan speed 35 kmph dalam beberapa minit orang pertama akan bergerak ke sebelah kiri dan akan ambil tempat paling belakang.biasanya perkara ini berlaku di jalan batu buruk bermula pintu gerbang istana sampai ke traffik light Kuala Ibai dan akan masuk laluan Kuala Ibai.Sampai di padang Golf kami akan memecut selaju mungkin.dan kami akan santai dan naik semula Bukit Grammar dan terus minum di bandar.huhhuhuh latihan minggu pertama.


Pada hari jumaat sempat bersama geng-geng Otai berkayuh.Hari ni baru tahu kenapa kita perlukan basikal yang baik.Salah satunya kerana faktor berat basikal dan essosori basikal tu sendiri serta speednya.Kayuhan hari ini kawe memang tak boleh nak ikut walaupun geng-geng otai ni kayuh pada kelajuan 40kmph.Bagi mereka adalah kayuhan biasa tetapi bagi kawe dengan basikal Releigh Diablo memang tak terkejar lah mereka walaupun dah pakai tayar 26 x 1.25.Memang hebat dia orang ni.Insyaallah kalau basikal baru nanti,kawe akan berussaha untuk dapat bersama mereka nanti.


Kita orang macam di raikan oleh geng-geng Otai kerana mereka bawak melalui jalan Kuala Berang-pengadang baru-banggol Katung-Alor limbat-jalan Kuala Berang semula-Undang-Kedai buluh dan behenti minum di Kedai Buluh.Tapi sayang pagi ni Basikal kawe pancit tayar belakang.Tapi masa kat Alor Limbat aku dah tertinggal dah tak dapat kejar mereka.Insyaallah satu hari nanti kita akan kayuh bersama.


Minggu last latihan...Hari Ahad dah kena Kayuh 80km.Kami bermula dengan kayuhan santai dahulu.sebab hari pertama.


Ini lah dia laluan yang akan mencabar kami pada 8 jun 2013 nanti.Cuma kami bermula dari Balai Bomba Kuala Terengganu mengikuti jalan Kuala Berang.Semasa berkayuh melepasi bukit Payung sudah mula merasai tekanannya.Sampai sahaja Durian Guling jalannya agak berbukit masa inilah kawe tertinggal sebab tak dapat nak kejar geng-geng kat depan namun kawe tetap cuba dengan penuh semangat.Coach Lutfi siap belikan Pisang untuk memberi tenaga.Sampai masuk jalan wakaf Tapai ke Pengkalan Berangan jalan kat sini memang banyak bukit.tetapi yang mencabar adalah Bukit jertik.Bukit tak lah tinggi sangat tetapi macam 2 tingkat.Hari pertama kawe memang suka dok belakang ni.Bukan tak larat tapi startegi.hahahahah.suka dulu sekali.

 Inilah orang kuat geng kita orang.Namanya Shafiee ,dia memang atlet berlari sebab tu kakinya kuat.Dalam latihan kami masih lagi pakai MTB untuk stamina.Tapi dengan kayuhan 30-35 kmph dengan MTB kalau orang luar dengar pun mesti dah goyah.En Pesol pun dah pecah muslenya sebab nak ikut gerakkan latihan yang di atur oleh Lutfi kalau 2-3 hari tertinggal memang tak dapatlah nak ikut.Kesian Encik Pesol kan.Dia memang bersemangat tapi sebab dia ada urusan di kampung jadi tertinggal 3 hari bila berkayuh dengan kami semula dia dah injerk.Tak pa lah smula lah encik yee.


Ini Pula Rafien dari Balai Chenah.Yang ni pun ganas jugak.Boleh kejar Shafiee.Tapi dia pakai basikal Giant Lutfi memang Basikal tu dah gred A jadi aku dalam angan je lah dulu.


Yang ini pula atlet Tritlon. Namanya En Zuraidi dari Balai Bomba Setiu.Tapi nama glamournya Mundok.Mundok memang biasa dengan basikal ni.Namun setting pada hari pertama banyak yang tak kena namun selepas di setting balik dengan Lutfi baru lah nampak kayuhannya.Memang ada peningkatan.


Nama atlet Mr Wonderful ni adalah Yusman.Pagi sahaja dia berkayuh.selepas makan telur 8 biji shaja dia terus ke Gim untuk work out.mungkin sampai pukul 4 petang dan lepas tu memang dah penat lah nak kayuh exesice petang dengan kita orang.



En Pesol yang pakai baju hijau tu.Pakai basikal Merida dah dan baru beli kasut basikal dengan pedal klipnya.Tapi sayang musle pecah dah kena rehat seminggu dan rasanya pertandingan ni dia tak sempat pulih.Jadi dari 6 orang tinggallah kami 5 orang.


Inilah laluan untuk ke bukit jertik.Selepas selekoh inilah kita akan berentap dengannya.Kayuhan dari 35 kmph boleh jadi sampai 19 kmph.Agak tinggi.tapi lebih tinggi lagi bukit Kor. 


Ok lah ini adalah kayuhan pagi dan kayuhan masa sebelah petang pula minggu terakhir ni.Minggu terakhir ni Lutfi proggramkan untuk main bukit rtm dan bukit grammar.


Bukit rtm ni kena naik turun 3 round.Bukit ni bukan jauh dekat je tapi tingginya memang menegak.memang bagus untuk otot peha dan kaki.


Naik bukit ni sekali pun dah jeler lidah ni pula kena buat 3 round.memang memenatkan.tapi untuk pasukan kami kena berusaha mengatasi semaksimum mungkin dalam rempaoh 2 minggu ni.Walaupun orang lain dah bermula awal.Sebab acara ni pun di putuskan last minit.


Nak curi tulang pun dah tak boleh sebab coach dah memang ada kat atas tu tunggu anak buahnya naik atas.Bagi kawe pada mulanya memang benci betul dengan bukit ni.Beberapa kali jugak behenti namun berjaya juga sampai di atas.


Inilah saat paling sukar bila berada di bukit ni.jalannya memang agak menegak bukan 45 darjah lagi dan ni dah macam 25 darjah.kena betul-betul jaga penafasan dan maintain kayuhan.Geram jugak aku tengok geng-geng lain macam sedap je naik bukit ni.Memang menyeksakan.



Inilah basikal Hybrid setelah mencuba basikal sendiri ,Merida namun akhirnya yang ni agak selesa rasanya.Namun tak biasa masuk pertandingan belum boleh di katakan apa keputusan nya nanti.
Selepas Bukit ni 3 round naik Bukit Grammar menghala ke Maidin dahulu dan naik balik untuk menuju ke bandar Kuala Terengganu dan minum sambil buat post mortem.Bukan minum saja.



 Kedai makan ada 3 tempat biasa kami lepak.Dekat teksi di bandar KT dan di celah antara Tenaga Nasional dan minggu last ni banyak kat sinilah dekat dengan cout memount.Tamatlah sesi latihan dan exercise kami cuma esok akan ke penarik bagi last sesi.




Tuesday 18 June 2013

KELANTAN KE PENTAS AKHIR

SSINS 28 Mei 2013

 
KUALA TERENGGANU – Kelantan meneruskan misi mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Terengganu secara agregat 6-5 dalam aksi separuh akhir kedua di sini, semalam.

Selepas ketinggalan 0-4, Kelantan bangkit mengikat kedudukan agregat 5-5 apabila pemain import Obinna Nwaneri menanduk bola ke gawang pada masa kecederaan sekali gus menghidupkan saingan penyandang juara itu dan memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Tuan rumah turut menerima padah apabila dua pemainnya, Effa Owana dan Abdul Manaf Mamat dilayangkan kad merah sekali gus memberi kelebihan buat pelawat menggandakan asakan.

Terengganu yang terpaksa bermain tanpa tiga tonggak utama, Owana dan Abdul Manaf serta pemain tengah, Ashari Samsudin yang kemudiannya dikeluarkan akibat kecederaan mula hilang punca.

Kepincangan itu membolehkan Kelantan meneruskan asakan sebelum melengkapkan kemenangan apabila bola hantaran Indra Putra ke gawang gol lawan berjaya disudahkan penyerang import, Dikson Nwakaeme pada minit ke-120.

Pun begitu, skuad Bojak Hodak terpaksa berdepan asakan bertubi-tubi anak-anak buah E. Elavarasan sepanjang 90 minit permainan.

Terengganu yang bangkit beraksi garang selepas tewas 1-4 di Stadium Sultan Muhammad IV pada perlawanan separuh pertama 25 Mei lalu, berjaya memperoleh gol seawal minit keempat hasil penyerang import, Vincent Bikana.

Kelantan yang seolah-olah hilang rentak pada awal permainan terus diberi tekanan apabila Terengganu menambah satu lagi gol pada minit ke-26 menerusi G. Puaneswaran hasil hantaran lintang Abdul Manaf Mamat tepat ke gawang gol lawan.

Tersentak dua gol Terengganu, Kelantan cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan, namun kekentalan benteng pertahanan yang dikawal rapi kapten pasukan, Hasmizan Kamaroddin berjaya mengekang kemaraan jentera serangan skuad Kijang sehingga tamat babak pertama.

Babak kedua pula menyaksikan Terengganu terus menjarakkan mata jaringan apabila lorongan G. Puaneswaran disempurnakan Effa Owana pada minit ke-70 yang kemudian disusuli jaringan keempat pada minit ke-92 oleh Abdul Manaf Mamat.

Terengganu yang seolah-olah sudah menempah tiket perlawanan akhir, dikejutkan dengan tindakan pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri melayangkan kad merah kepada Owana kerana didakwa mengasari salah seorang pemain pelawat sehingga mencetuskan rasa berang pemain itu.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, pasukan Terengganu yang terpaksa bermain dengan 10 orang, berjaya dimanfaatkan Kelantan apabila memperoleh gol pertama daripada Nwaneri pada masa kecederaan.

Jaringan itu memaksa permainan diheret ke masa tambahan selepas kedudukan agregat terikat 5-5, dan tidak lama selepas itu berlaku kekecohan apabila Abdul Manaf pula dilayangkan kad merah oleh Suhaizi kerana menendang belakang pemain Kelantan, Mohd. Farisham.

Insiden kekecohan berlarutan sehingga ke luar padang apabila penyokong Terengganu mula memaki hamun pengadil sehingga memaksa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengiringi pengadil terbabit ke bilik rehat.

Pengendali pasukan Terengganu, Elavarasan ketika diaju tentang kad merah kepada dua pemainnya, enggan mengulas dan meminta pihak media merumuskan insiden itu.

Beliau bagaimanapun tetap memuji usaha anak-anak buahnya yang mampu meraih empat gol dalam aksi semalam.

Petikan dari Klate.Net



Berat sangat performance Kelantan pada separuh masa pertama dengan membiarkan Terengganu menggasak dan membelah pertahanan namun 2 gol yang di biarkankan di bolosi perlu di buat kajian.mungkin tiada lagi alas an tidak biasa bermain di waktu petang.TRW perlu hadapi hakikat ini.separuh masa kedua Terengganu Berjaya mengikat aggreget pada 4-4.Satu kebangkitan yang harus di puji oleh pemain Terengganu.Mereka memberikan 200% da nada keinginan untuk ke Final.Kita agak bernasib baik kerana jaringan Nakaeme.Yang membuat Terengganu di heret ke masa tambahan.Jaringan Obinna memastikan kita ke Final.Terima Kasih Obinna kerana jaringan itu memberikan kita merasai kembali Final Piala FA.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!