Thursday 23 January 2014

RED WARRIORS LANGKAH KANAN



Kelantan 2
Mohamad Ghaddar (m-60 dan pen m-80)

SIME DARBY FC 1
Mohd Fadzli Shaari (m-7)

KOTA BHARU – The Red Warriors memulakan aksi pembuka tirai Liga Super 2014 dengan langkah kanan setelah menewaskan Sime Darby FC 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Kemenangan ke atas Sime Darby FC itu bagaimana pun tidak mudah dicapai apabila skuad kendalian Steve Darby terpaksa menunggu hampir sejam untuk menyamakan kedudukan setelah Mohd Fadzli Shaari meletakkan pasukannya berada di depan seawal minit ketujuh perlawanan.

Dua gol menerusi penyerang import sensasi, Mohamad Ghaddar pada babak kedua memastikan kelegaan buat Kelantan untuk mengutip tiga mata di tempat sendiri sebelum menghadapi Sarawak di Kuching pada 25 Februari nanti.

Beraksi di hadapan hampir 25, 000 penyokong setia, Kelantan yang melakukan sepak mula mengasak seawal minit pertama namun percubaan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria di dalam kotak penalti sekadar terbias pemain pertahanan Sime Darby FC.

Empat minit berselang, penyerang import, Francis Forkey Doe mencipta gerakan solo setelah menerima umpanan Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi namun rembatan leretnya mudah diselamatkan penjaga gol Sime Darby FC, Kamarul Effandi Abdul Rahim.

Namun dua minit kemudian, penyokong tuan rumah terdiam seketika setelah pelawat mendahului 1-0 menerusi tandukan cantik Mohd Fadzli Shaari berpunca sepakan percuma yang dilakukan Mohd Firdaus Mohd Faudzi.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Kelantan kembali memperkemaskan corak permainan mereka namun rembatan Forkey Doe setelah diasak dua pemain pertahanan Sime Darby FC berakhir di atas palang gol pasukan lawan.

Derita terus berpanjangan buat skuad kendalian Steve Darby apabila perancang tengahnya, Mohamed Shawky Aly terpaksa diusung keluar pada minit ke-23 sekali gus menyaksikan enjin tengah Kelantan lumpuh buat seketika.

Jelas, ketiadaan bekas pemain kebangsaan Mesir itu begitu dirasakan apabila jentera tengah pelawat yang diterajui pemain import Iraq, Mahmoud Al Amna dan Uzbekistan, Dilshod Sharofetdinov dari Uzbeksitan bijak memanfaatkan situasi tersebut dengan mendominasi posisi berkenaan.

Menuju minit ke-28, Kelantan dihadiahkan sepakan percuma hampir tetapi rembatan pemenang Kasut Emas Liga Malaysia 2012, Forkey Dore yang membelah pertahanan lawan singgah di tiang gol sebelah kiri sekali gus menggagalkan hasrat tuan rumah untuk mengikat keputusan.

Peluang terbaik tuan rumah hadir lagi pada minit ke-36 setelah gerakan licik Mohd Badhri di sebelah tepi padang berjaya memperdayakan tiga pemain Sime Darby FC namun rembatan Ahmad Fakri Saarani yang merampas bola di kaki Kapten Kelantan itu pula melewati gawang.

Ahmad Fakri terus kempunan untuk mencetak nama selaku penjaring gol apabila rembatannya di dalam kotak penalti hasil umpanan pendek Wan Zaharulnizam ditangkap kemas Kamarul Effandi dua minit kemudian.

Mengakhiri babak pertama, tuan rumah terus hampa untuk mengimbangi kedudukan apabila sepakan penjuru Mohd Badhri yang dirembat Ahmad Fakri tersasar di sebelah kanan untuk membolehkan Sime Darby FC kekal mendahului 1-0.

Memasuki babak kedua, Kelantan terus garang untuk memburu gol penyamaan namun Sime Darby FC terlebih dahulu mencemaskan gawang tuan rumah menerusi percubaan penyerang Ghana, Wisdom Agblexo yang sempat ditepis keluar Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-50.

Namun situasi cemas itu bersifat sementara, apabila lima minit kemudian, Kelantan kembali memperoleh peluang tetapi tandukan Mohamad Ghaddar berpunca sepakan bebas Mohd Badhri sedikit tersasar di gawang pelawat.

Akhirnya, gol yang dinantikan menjelma juga pada minit ke-60 apabila umpanan pendek Wan Zaharulnizam kepada Forkey Doe membolehkan beliau melintang bola betul-betul di depan gawang sebelum Mohamad Ghaddar yang tidak dikawal tenang merembat masuk untuk memastikan kedudukan terikat 1-1.

Ternyata gol penyamaan itu membakar semangat juang pemain Kelantan, dan dua minit kemudian giliran Mohamad Ghaddar pula membuka ruang buat Forkey Doe menghasilkan jaringan namun tolakan penyerang yang terkenal dengan jolokan The Predator itu hanya sedikit melewati gawang Sime Darby FC.

Gol kemenangan yang memberikan tiga mata berharga buat tuan rumah hadir ketika permainan berbaki 10 minit untuk ditamatkan setelah pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin menghadiahkan sepakan penalti setelah bola terkena tangan pertahanan pelawat, Mohd Firdaus di dalam kotak penalti.

Mohamad Ghaddar tenang merembat masuk ke penjuru kanan untuk memastikan kemenangan bermakna Kelantan ke atas pasukan yang sinonim dengan gelaran Giants Killer biar pun sepakan pertamanya dibatalkan oleh pengadil.

Terdesak untuk memburu gol penyamaan, Sime Darby FC yang merupakan naib juara Liga Premier musim lalu memasukkan serentak dua pemain, Azmirul Azmi dan Mohamad Fazrul Hazli Mohd Kadri pada minit ke-86 namun itu tidak memberi apa-apa hasil setelah penggempur utama mereka, Wisdom Agblexo mempamerkan aksi mengecewakan dalam perlawanan malam tadi.

Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN – Khairul Fahmi Che Mat, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Obinna Nwaneri, Mohd Farisham Ismail, Tengku Hasbullah Raja Hassan (Zairul Fitree Ishak), Mohd Badhri Radzi (KP), Amar Rohidan, Mohamed Shawky Aly (Mohamad Ghaddar), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Ahmad Shakir Md Ali), Ahmad Fakri Saarani dan Francis Forkey Doe.

FORMASI : 3-5-2

SIME DARBY FC – Kamarul Effandi Abdul Rahim, Mohd Firdaus Mohd Faudzi, Yosri Derma Raju, Juzaili Samion (KP), K Prabakaran, Fahrul Razi Kamarudin, Mahmoud Al Amna, Dilshod Sharofetdinov, Dzulfahmi Abdul Hadi (Muhd Arif Ismail),Mohd Fadzli Shaari (Azmirul Azmi) dan Wisdom Agblexo (Mohamad Fazrul Hazli Mohd Kadri).

FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Kelantan (5) Sime Darby FC (2)
Percubaan tersasar : Kelantan (10) Sime Darby FC (3)
Sepakan penjuru : Kelantan (8) Sime Darby FC (1)
Sepakan percuma : Kelantan (20) Sime Darby FC (15)
Ofsaid : Kelantan (3) Sime Darby FC (8)
Kekasaran : Kelantan (12) Sime Darby FC (12)
Kad kuning : Kelantan (Amar Rohidan) Sime Darby FC (Dzulfahmi Abdul Hadi dan Kamarul Effandi Abdul Rahim)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :  Lima minit
Penguasaan bola : Kelantan (53%) Sime Darby FC (47%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Muhammad Nazmi Nasaruddin
Penolong Pengadil 1: Mohd Sabri Mat Daud
Penolong Pengadil 2: Mohammad Juhairi Idris
Pegawai Keempat : Ku Alauddin Ku Mohammad
Kommissioner Perlawanan : Ali Embong
Penilai Pengadil : S Paramasivam
General Koordinator : Arif Hassan

Petikan dari : www.sinarharian.com.my




Perlawanan pertama memberikan suntikan semangat dan sememangnya perlawanan pertama liga super 2014 kita bermula baik.Walaupun bolos satu gol tapi kalay di perhatikan Apek sedikit tergelincir sebab itu dia gagal selamatkan bola itu dari menerjah jaring.

Selepas Kecederaan Shawky Zairul Fitree Masuk namun ada sedikit perubahan tektikal di mana Piya di tolak lebih ke bawah ...Separuh masa kedua Ghaddar di masukkan menggantikan Tg.Hasbullah yang di lihat kurang efffectif mungkin kerana gerakkannya sudah boleh di baca Sime Darby.
 Gol Jaringan pertama Ghaddar adalah hasil hantaran rendah Fokey Doe yang mudah di tolak masuk oleh Ghaddar.Mereka berdua boleh menjadi satu gandingan baik.Pada perlawanan pertama ini Fakri lebih menonjol berbanding pemain lain mungkin kerana kerajinan yang bergerak kiri dan kanan padang.Satu sikap terpuji dan kalau di kekalkan tidak mustahil dia bakal menggegarkan jaring nanti.

Kita akan ke Sarawak pula untuk Perlawanan kedua.DI harap kita berjaya mengutip 3 mata namun siapa bakal menggantikan Shawky? Sama-sama lah kita berdoa supaya TRW terus mengorak langkah awal bagi mencari maksimum 3 mata atau sekurang-kurangnya 1 mata.Kawe yakin SD bakal melakukan sedikit perubahan memandangkan ketiadaan Shawky.Adakah Ghaddar akan bersama Doe? Kita tunggu dan lihat.Siaran lansung di Astro Arena 801 jangan lupa yerr.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!

KENALI PASUKAN KELANTAN

KEKUATAN

Kembalinya Mohd Ghaddar dan penyerang baru Forkey Doe pastinya memberi kelebihan buat Darby untuk mempelbagaikan corak serangan, ditambah Mohamed Shawky yang kian serasi bergandingan dengan Piya pastinya digeruni lawan.

KELEMAHAN

Posisi pertahanan menjadi persoalan utama TRW, adakah beberapa pemain baru mampu mengalas tanggungjawab diberikan selain kehilangan hampir separuh tonggak utama yang berhijrah.

NAMA JOLOKAN: THE RED WARRIORS

Stadium: Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
Pencapaian musim lalu: Naib Juara Piala Sultan Ahmad Shah, Tempat keempat Liga Super, Juara
Piala FA, Naib juara Piala Malaysia
Pengurus Pasukan: Azman Ibrahim
Penolong Pengurus : Wan Badri Wan Omar
Ketua Jurulatih: Steve Darby
Penolong Jurulatih: Mohd Hashim Mustapha dan Zahasmi Ismail
Jurulatih Penjaga Gol : Ismail Chawalit Abu Bakar
Jurulatih Kecergasan : Miro Petric
Fisioterapi : Mohd Zainuddin Zakariar
Kitman : Harun Ismail
Pegawai Keselamatan: Datuk Mohd Farek Abdul Ghani
Pegawai Media: Md Zuki Deraman

PEMAIN DIKEKALKAN

1.    Muhammad Syazwan Yusoff (1)
2.     Tuan Muhammad Faim Tuan Zainal Abidin (2)
3.     Obinna Nwaneri (4)
4.     Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim (5)
5.    Mohd Farisham Ismail (6)
6.     Mohamad Ab Aziz Ismail (11)
7.     Ahmad Fakri Saarani (13)
8.     Mohd Badhri Radzi (16)
9.     Khairul Fahmi Che Mat (19)
10.     Mohd Khairul Izuan Rosli (23)
11.     Zairul Fitree Ishak (24)
12.     Mohd Shahrizan Ismail (30)

PEMAIN BAHARU

1.     Mohamad Faiz Suhaimi (3)
2.     Tengku Hasbullah Raja Hassan (7)
3.     Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (8)
4.     Amar Rohidan (12)
5 .     Lim Choon Wee (14)
6 .     Famirul Asraf Sayuti (15)
7.     Muhamad Nazri Ahmad (18)
8 .     Muhammad Aizat Jaini (20)
9.     Ahmad Shakri Md Ali (21)
10.     Faizol Nazlin Sayuti (25)
11.    Mohamed Shawky Aly (17)
12.     Francis Forkey Doe (10)
13.     Mohammed Ghaddar (22)

PEMAIN KELUAR

1.    Mohd Norfarhan Mohamad ( Terengganu)
2.     Shakir Shaari, Azizi Mat Rose ( JDT 1)
3.     Mohd Daud Su Jamaludin (JDT 1)
4.     S Subramaniam (JDT 1)
5 .     Indra Putra Mahyuddin (Felda United)
6 .    Rizal Fahmi Ab Rosid (Selangor)
7.    Dickson Nwakaeme (Pahang)
8.    Haris Safwan (Felda United)
9 .    Zairo Anuar Zailani (Terengganu)
10.     Mohd Faiz Subri (Terengganu)

* Nombor jersi dalam kurungan

Petikan dari Klate.Net


Dari apa yang kawe perhatikan ,pemain yang keluar dari TRW adalah perkara biasa dan memang betul persoalan adakah pemain baru dapat menggantikan pemain yang keluar? Mungkin kita kena bagi masa pada mereka dalam suku pertama liga dan kita akan nampak sedikit demi sedikit mereka akan mula bercantum membentuk satu kemantapan dari segi persefahaman dan Steve Darby akan bertanggungjawab bagi memulakan percaturan yang bijak di mana kita mengharapkan tektikal First Class akan hadir sinonem dengan status SD.Apa pun kita hanya perlu berharap pemain dapat memahami tektikal baru SD dan dapat mentafsirkan di atas padang.Semoga satu Piala akan dapat kita capai sekurang-kurangnya.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!