Friday 18 July 2014

BERTEMU DENGAN GENG LAMA

Sukan Bomba 2014 menemukan kami semula.Tuan Wan Syariman dan Isterinya Zurina.Memang banyak yang kami buat untuk perancangan Bowling Terengganu.Jadi hasilnya sudah nampak pada tahun ni.

Susah payah membina perancangan namun hasilnya bukan menjadi sekelip mata.Budget punya pasal kami yang kena tanggung.Itu dulu lah,selepas dapat pingat ni mungkin telah membuka mata semua pihak.Insyaallah perancangan akan datang akan di teruskan


Seronok waktu bersama dalam pasukan bowling Terengganu kini Tuan Wan dan Zurina Mewakili Melaka plakk.Walaupun musuh di Arena tapi Geng tetap Geng.Selamat maju Jaya dalam Arena Bowling dan Kerjaya.

SUKBOM 2014


Sukan Bomba 2014 yang berlansung di Negeri Johor.Pada 7-11 Jun 2014.Kawe mewakili Bomba Terengganu untuk Tahun kedua dalam acara Bowling.Sukan pra olimpik ini hanya berlansung 2 tahun sekali.Walaupun pada 4 tahun lepas kawe hanya menyertai kerana pembangunan sukan bowling tidak begitu menjadi.Cuma pembangunan ini bermula sejak 2012 di mana acara sirkit Bowling di buat.Menjelajah setiap negeri semenanjung.Semenjak itu pelbagai program di lakukan bagi menghidupkan sukan Bowling dalam Bomba.
 Bagi acara doubles lelaki kawe bergandingan dengan Zairi kerana Zairi sudah lama mewakili Bomba Terengganu tetapi jarang kami di gandingan.Namun tiada rezeki kali ini.Pada 2 game pertama memang berada di top tetapi setelah bertukar lane ada penurunan sedikit tetapi di potong oleh team lain.Kami hanya berjaya di tangga ke 5.Tetapi team Terengganu berjaya mendapatkan Gangsa dari MBI dan Rosmadi.

  Bagi acara perseorangan kawe harap dapat menaikkan nama Terengganu tetapi lain pulak jadinya.Semalam dapat 2 kali 200 jatuhan pin.namun kali ini hanya 1 kali sahaja.Nampak gayanya kawe masih tidak menjadi.Susah keran kondisi lane dan bola bowling kawe.Tapi MBI Skali lagi naik podium..Emas.

 Dalam acara 4 berpasukan.Walaupun bagi 2 game pertama berada di podium emas namun 2 games last kami berjaya menduduki podium tetapi hanya Perak kerana gagal meninggalkan Penang,Alhamdulilah berjaya juga berikan pingat untuk Terengganu.

 
Dan bagi acara Master MBI skali lagi naik podium,Pingat Perak dan itu lah pingat terakhir dari kami dengan latihan dan budget yang di berikan.Kami buktikan yang Kami hadir di sini bukan kosong dan angan-angan sahaja.Dari 2 pingat tanpa warna yang di sasarkan,kami membawa pulang 1 emas,2perak dan 1 gangsa.






Sukbom 2014 merupakan tahun terbaik dalam acara bowling.Kerana kutipan pingat yang berjaya di bawa pulang.Untuk Acara wanita dan Veteren mereka tidak perlu gusar kerana ini adalah tahun pertama mereka dan Insyaallah pada 2016 di Negeri Sembilan mungkin masa mereka pula untuk menyumbang.Tahniah Team Bowling Sukbom 2014.Jumpa nanti di SUKBOM 2016 di Negeri Sembilan.