Tuesday 24 February 2015

KELANTAN TERSUNGKUR DI GELANGGANG SENDIRI

Game DI SSMIV pada 21.2.2015



MALANG menimpa Kelantan apabila dimalukan di hadapan penyokong sendiri setelah tewas 0-4 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terus melakar kejutan dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan aksi hambar apabila beberapa peluang yang dimiliki gagal diterjemahkan dengan jaringan.

Kebuntuan jaringan pada perlawanan itu hampir dileraikan oleh Kelantan menerusi Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria pada minit ke-22, bagaimanapun kuisannya berjaya disekat oleh pertahanan import pelawat, Kughegbe Onorionde.

Tujuh minit berselang, Wan Zack Haikal Wan Noor pula terlepas peluang untuk mencetak jaringan apabila gagal memanfaatkan peluang terhidang di depan pintu gol PDRM.

Ketika aksi babak pertama seolah-olah berakhir dengan keputusan seri, penyerang import PDRM, Ashfaq Ali menghukum kealpaan benteng pertahanan tuan rumah dengan meledak jaringan pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua, The Red Warriors bangkit untuk mendapatkan gol penyamaan, namun tidak membuahkan hasil apabila deretan peluang yang dimiliki gagal disudahkan oleh barisan penyerang diketuai oleh Erwin Carrillo.

Keghairahan Kelantan memburu jaringan penyamaan dihukum pelawat menerusi gol kedua hasil sepakan penalti Dramane Thaore pada minit ke-53 selepas penjaga gawang tuan rumah, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan Ashfaq.

Ashfaq terus membuktikan ketajaman penyudah dengan menghukum kealpaan pertahanan Kelantan apabila menjaringkan gol ketiga PDRM pada minit ke-73.

Tuan rumah terus dirundung malang selepas itu, apabila Mohamadou Sumareh meledakkan gol keempat PDRM pada minit ke-85 selepas bijak menghukum kealpaan benteng pertahanan Kelantan dan keputusan itu kekal hingga tamat permainan.

www.kosmo.com.my


Liga baru bermula game ketiga dah alami kekalahan besar di tempat sendiri pulak tu.Dari segi pemilihan pemain dan tektikal Boateng jadi persoalan? Sehinggakan big boss pun dah berbunyi.Segeralah perbanyakkan tektital...or? Apa pun..GO FOR MORE!!!

GOMO KLATE GOMO 

 

Monday 16 February 2015

THE RED WORRIORS TERUS GARANG








KOTA BHARU – Kelantan meneruskan rentak cemerlang de­ngan melakar kemenangan kedua berturut-turut apabila menumbangkan jaguh Singapura, Lions XII 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Beraksi di depan 25,000 penyokong setia mereka, The Red Warriors mempamer sengat menerusi jaringan pertama seawal minit keenam menerusi tandukan kencang pertahanan import, Jonathan McKain.

The Red Warriors terus bernafsu untuk memburu jaringan menerusi gandingan dua peledak import, Erwin Carrillo dan Emmanual Kengome namun gagal diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan.

Sebaliknya, Lions XII cuba bangkit menerusi beberapa gerakan bahaya, tetapi benteng pertahanan tuan rumah yang dikawal rapi oleh McKain bersama gan­dinganya Norhafiz Zamani Misbah, Mohd. Fitri dan Mohd. Noorhazrul Mustafa bijak membaca serangan pelawat.

Tuan rumah kembali mengatur gerakan dan hasilnya kapten pasukan Mohd. Badhri Radzi meledak jaringan kedua Kelantan selepas tenang menyempurnakan sepakan percuma di luar kotak penalti pelawat sekali gus melepasi jangkauan penjaga gol Lions XII Izwan Mahbud pada minit ke-42.

Bersambung babak kedua, tuan rumah kehilangan khidmat Mohd. Badhri yang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-52 akibat kecederaan dan digantikan oleh Wan Zack Haikal Wan Noor.

Minit ke-70, Kelantan berpeluang menambah jaringan mereka menerusi Wan Zack Haikal, bagaimanapun sepakan percumanya dari luar kotak penalti terus ke dakapan Izuan.

Lions XII cuba bangkit untuk mendapatkan jaringan semangat, bagaimanapun hampa dengan ketumpulan penyudah Mohd. Khairul Amri Mohd. Kamal yang bertindak sebagai penggempur utama.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus membolehkan The Red Warriors terus mencabar kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.

www.utusan.com.my


Di harap Kelantan akan terus berusaha untuk kekalkan rekod bersih di Kubu kita.SSMIV.
Perlawanan seterusnya adalah melawan PDRM.Satu perlawanan yang di jangka menarik untuk di lihat.Apa Pun GO FOR MORE!!!





Wednesday 11 February 2015

FEBUARI MEMBERI SINAR BARU 2015

KT BOWL 1.02.2015
Hari ini kawe ingin menceritakan sedikit mengenai Perjalanan Sukan Bowling.Kerana pada tahun 2014 merupakan tahun suram bagi kawe kerana hanya sekali terima hadiah,Namun itu cerita 2014.Bermulanya tahun baru seakan memberi kan semula pelaburan yang kawe buat pada 2014.Inilah score sheet dari event Rony.Di mana yuran penyertaannya adalah RM 60 dan Bermain sebanyak 5 games dengan Format 9pin tap.Dapatlah RM 30.

Pada 10.02.2015 Event Rony sekali lagi dengan format 9pin Tap kawe sekali lagi podium kali ini No3.Alhamdulilah bertambah lagi rezeki di bulan Febuari ini.Mungkin selepas kawe bermain di Megamall dan bertemu dengan Hamizan jadi lain sedikit permaianan kawe.Cuma untuk kosisten tu masih memerlukan sedikit ejastment dari bola kawe.


Dengan everage game 200 jatuhan pin segame dengan jumlah keseluruhannya adalah 1207 bagi 5 game merupakan satu game paling tinggi kawe pernah buat setakat ini,Di harapkan dapat mengekalkan kosisitensi pada masa-masa akan datang.


Semoga Allah mengizinkan kawe untuk mencapai Johan pula di masa-masa akan datang.Insyaallah usaha dan terus barusaha dengan setiap apa yang ada.Kerana niat kawe tahun ini untuk membaiki prestasi dan membeli barangan bowling dari hasil bowling itu sendiri.Apa..Pun GO FOR MORE!!!


Monday 9 February 2015

BERTEMU INSAN YANG TELAH LAMA DI CARI

Pada tanggal 31.01.2015 kawe berkelana ke Kuantan du lane megamall kerana ada satu kejohanan bowling di situ.Pada Hari pertama kejohanan selepas beraksi dalam kategori perseorangan kawe mendapat tempat ketujuh di mana lane megamall memang x pernah main di di situ tapi kira oklah sebab pertama kali bermain di situ.

Tapi bukanlah kejohanan ini yang mahu kawe ceritakan.Kali ini lebih kepada pertemuan semula dengan member lama sewaktu bekrja di De Palma Ampang lebih kurang 15 tahun dahulu.Hamizan adalah seorang kawan yang memperkenalkan sukan bowling pada kawe.Banyak yang dapat di bualkan dalam masa satu hari.Banyak jugak info mengenai rakan sekerja lama sewaktu berbicara dengannya.Apa yang menarik adalah dia masih lagi bujang sama statusnya sewaktu berjumpanya dahulu.


Tapi x habis di sini sahaja sebab pada 6.2.2015 kami berjumpa lagi sekali di tempat yang sama dan kali ini siap test lane dan melihat sendiri cara maianan masing-masing.Dulu lane kayu dan sekarang dan lane Statik jadi ada sedikit perbezaan dahulu dan sekarang.Tapi cara belajar dan bermain bowling tetap sama.Cuma berbeza dari segi cara nak swing.

Selepas berjumpa dengan Hamizan (AMG) nama bowlingnya banyak jugak yang dapat di pelajari darinya.Insyaallah lain kesempatan kita akan berjumpa lagi.


BERAKSI 10 PEMAIN TIDAK PATAHKAN SEMANGAT PASUKAN




PENGURUS Kelantan Azman Ibrahim memuji semangat ditunjukkan pemain pasukan tersebut walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain ketika berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam semalam.
    
Azman berkata beliau kagum dengan semangat juang ditunjukkan pemain The Red Warriors sepanjang 30 minit terakhir perlawanan itu, untuk mengutip tiga mata penuh di tempat lawan, selepas Brendan Gan dikeluarkan akibat kecederaan, tatkala Kelantan ketika itu telah menggunakan kesemua tiga pertukaran pemain.
    

"Saya amat kagum dengan sikap dan disiplin diperagakan pemain sepanjang tempoh berkenaan dan berjaya mengekang asakan bertali arus pihak lawan.
   
"Pemain beraksi sebagai satu unit dan saling membantu antara satu sama lain. Semangat ini amat diperlukan dalam saingan liga selepas ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
   
Kelantan membuka langkah kanan dalam perlawanan pembuka tirai saingan Liga Super malam tadi, apabila menewaskan ATM 2-0 menerusi jaringan Mohd Noor Hazrul Mustafa pada minit ke-13 dan Erwin Carrillo minit ke-61.
    
Azman, bagaimanapun mengingatkan anak buah George Boateng itu supaya melakukan persediaan mental dan fizikal yang lebih rapi bagi mengharungi musim ini yang dilihatnya cukup mencabar berikutan kemunculan beberapa pesaing baharu.
   
"Pemain juga perlu menunjukkan sikap positif dan komitmen tinggi jika mahu terus tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan pada setiap perlawanan akan datang," katanya.
  
Dalam pada itu, Azman berharap Gan tidak mengalami kecederaan serius kerana khidmatnya amat diperlukan oleh pasukan untuk mengharungi perlawanan selepas ini.
   
"Kita telah bawa Gan untuk berjumpa dengan doktor malam tadi (semalam), kecederaan yang dialami nampak tidak serius. Setakat ini dia boleh berjalan tanpa bantuan rakan-rakan walaupun terhenjut-henjut.
   
"Bagaimanapun, keputusan sebenar akan ditentukan selepas Gan menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur hari ini," katanya. - Bernama

Sinar Harian

Gandingan defend malam tadi manampakkan kekemasan.Norhafiz Zamani Misbah telah menunjukkan bahawa pemilhannya adalah tepat bergandingan dengan Mckain.Jelas pada perlawanan ini Zamani lebih cenderung untuk memintas setiap gerakakan dan di bantu oleh Mckain.Pertahanan sebelah kanan oleh Norhazrul sementara sebelah kiri oleh Poknik.Dalam aspe pertahanan Zamani telah menunjukkan bahawa dia masih berada dalam kalangan terbaik.Norhazrul boleh di katakan bakal bergilir dengan Piya untuk mengambil sepakkan percuma.Tak puas tengok memang cantik.
 
Pada bahagian Midfield pula Piya banyak di beri tugas untuk backup pada Carillo.Amar macam biasa banyak kepada bertahan walaupun dia agak gemar menghantar bola ke belakang.Yang paling mencuri tumpuan adalah Pupo..dia banyak mengatur pergerakkan ke bahgian hadapan.Sementara kecik dan Farhan banyak bergerak ke bahagian sayap.

DI bahagian Serangan tiada sangkaan lagi walaupun ini adalah game pertama Carilo terus menempatkan dirinya dalam senarai penjaring Gol.DI bantu oleh Farhan dan Piya...
 
 
 
 
 
Status kecederaan Gan ,farhan dan Hazrul masih belum di ketahui.Cuma di harap dapat segera pulih kerana mereka adalah aset penting pasukan.


Apa pun..GO FOR MORE!!!!

GOMO KLATE GOMO !!!

 

MAJLIS MEMPERKENALKAN PEMAIN ,JERSI DAN PENAJA 2015


Majlis pelancaran jersi memperkenalkan pemain dan penaja 2015 berlansung di KTC Kota Bharu Pada 4 febuari 2015.Chengal jati mendahului penajaan pada tahun ini.Selain beberapa lagi penaja lain.TSHAM memaklumkan Kelantan Tahun ini mmerlukan RM 10 juta untuk mengurus TRW 2015 berbanding Tahun lepas Rm 5 juta tahun lepas.Satu perkara yang mencabar dan jika kejayaan datang nilai RM 10 juta itu memang berbaloi.

Jersi tahun ni agak simple tetapi ada penariknya.Namun Jersi penjaga gol nampaknya lebih menyerlah berbanding pemain.

Gelagat Ben10 memang di nantikan kerana dia anatara pemain kegemaran Penyokong Kelantan.Kembalinya Ben10 membawa keceriaan di hati penyokong Kelantan.

Nampaknya Big Bos Kita pakai no 1 tu.Cantik juga nama dan no TSHAM.Kotak jersi tu pun nampak menarik.Boleh beli ni...

Sekitar belakang tabir.beberapa pemain mengambil gambar sebelum ke pentas.Perhatikan lutut mereka.Hehehe dah ada yang sembunyikan.Apa pun ..GO FOR MORE !!!

GOMO KLATE GOMO !!!!


PERLAWANAN AMAL PERSAHABATAN : TERENGGANU VS KELANTAN

Perlawanan kali ini masih berlansung di Terengganu namun apa yang menarik kali ini adalah Kelantan menurunkan hampir skuad utama kerana ktiadaan kelibat Piya dan Apek.Jadi Kita masih belum boleh melihat aksi sebenar skuad 2015.Mungkin bebrapa siri perlawanan akan datang bakal melihat kesebelasan utama.Pada perlawanan ini yang paling mencuri tumpuan adalah Brian Gan kerana dia nampak menonjol setakat ini dan Poncho seolah-olah terlalu igin mencari rentak namun menjadi bahan kelakar pada penyokong yang ada pada perlawanan ini.

Banyak peluang dari kedua-2 pasukan namun gol yang di cari gagal di temui sehingga wisel penamat di bunyikan.Namun jumlah kutipan untuk tabung amal media prima kali ini kalau tidak silap mencecah RM11600 .Thaniah bagi kedua-dua penyokong yang beramal sambil menonton Bolasepak.Penyokong bersatu demi Bolasepak.Apa-apa pun GO FOR MORE !!!

GOMO KLATE GOMO !!!







Perlawanan Persahabatan 2015: Kelantan mula uji keserasian pemain


Kelantan sekadar seri 2-2 dalam perlawanan persahabatan Pra Musim 2015 menentang T-Team malam tadi.

Gol Kelantan dijaringkan oleh Khairul Izuan Rosli pada minit ke 56 dan melalui rembatan tepat Carillo pada minit ke 78 manakala gol T-Team dijaringkan oleh Oniya pada minit ke 48 dan Tadjiyev pada minit ke 53 melalui sepakan penalti.
Perlawanan ini melihat Goerge Boateng menyusun rentak permainan lebih kepada mencari taktikal keserasian pemain yang cuba diterapkannya.
Hasil kutipan tiket perlawanan ini akan didermakan kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Dari laman web TRW

Kawe pun pergi pada perlawanan amal ini namun kelibat Piya dan Apek masih belum kelihatan.Pada perlawanan separuh masa pertama Kelantan hanya menurunkan pemain simpanan kerana mugnkin coach Boteng mahu menilai pemain-pemain muda pada perlawanana ini.Aksi mereka agak kelam kabut sedikit tetapi lama kelamaan mereka semakin baik.

Perlawanan Amal.TTEAm Vs Kelantan  7.01.2015

 Pada separuh masa kedua.Tteam terlebih dahulu menjaringkan gol dan sekali lagi pintu gol di bolosi.namun kelebihan TTeam tidak lama apabila Kahirul Izuan Merapatkan jurang dengan remabatan dari sebalah kiri Pintu Gol.


Namun seperti apa yang di janjikan oleh Carillo dia menyamakan kedudukan kepada 2-2.Aksi boleh di katakan seimbang antara 2 pasukan pada malam ini.Namun apa yang penting adalah Amal kita untuk membantu mangsa banjir Di Kelantan dan Terengganu.


 Pemain import seperti pupo menunjukkan skill yang baik.Mackain nampak agak berhati-hati kerana mungkin masih baru untuk memahami cara permaianan liga Malaysia.Emmanual Kemogne susah sikit nak komen semangat ada...tapi dia macam takut-2 nak pegang bola.Lebih gemar bermain 1..2.




Pose depan Bas Baru TRW

Selfy dulu seround
 Apa apa pun masih terlalu awal untuk menilai...namun apa yang perlu ada ...GO FOR MORE!!!!

GOMO KLATE GOMO !!!!!