Sunday 1 March 2015

ROMBAKKAN BOETENG MENJADI

Piala FA Pusingan Ke 2



PENGENDALI The Red Warriors (TRW), George Boateng menganggap strateginya merombak kesebelasan utama memberi kesan sehingga pasukannya mampu menundukkan Sarawak 2-1 pada aksi pusingan kedua kempen Piala FA di Stadium Negeri, Petrajaya, malam kelmarin.

Boateng berkata, percaturan taktikal merehatkan beberapa tonggak utama berjaya mengelirukan jurulatih Sarawak, Robert Alberts yang mungkin menyangka pasukannya akan menurunkan barisan terkuat lebih awal pada perlawanan kalah mati itu.

“Saya lihat fizikal dua pemain tengah mereka (Ivan Fatic dan Ronald Hikspoors) agak besar dan mungkin boleh menyebabkan pergerakan Piya (Mohd Badhri Radzi) terbatas. Jadi, saya meletakkan dia di bangku simpanan terlebih dahulu sebelum memasukkannya pada babak kedua.

“Begitu juga Poknik (Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim) yang menggantikan Mohd Noor Hazrul (Mustafa) dalam kesebelasan utama. Dia beraksi dengan begitu baik dan tidak mengecewakan saya malam kelmarin,” katanya.

Pada perlawanan itu, jaringan penyerang import, Erwin Carrillo dan Kenmogne pada minit kedua dan 63 memastikan kemenangan Kelantan 2-1 sementara gol tunggal tuan rumah disumbangkan oleh Ryan Griffiths (m-29).

Kejayaan menumbangkan skuad Bujang Senang membolehkan bekas juara musim 2013 itu mara ke pusingan ketiga untuk bertemu pasukan Liga Premier, Kuala Lumpur pada 20 Mac depan.

Malah, jurulatih berusia 39 tahun itu mendedahkan dia mengambil risiko tinggi mempertaruhkan Emmanuel Kenmogne meskipun penyerang Cameroon berusia 35 tahun itu belum 100 peratus cergas pada perlawanan itu.

“Tak ramai yang tahu mengapa saya tidak menurunkan dia dalam perlawanan sebelum ini. Hakikatnya, Pancho (Kenmogne) mengalami kecederaan harmstring dan bukan saya suka-suka mahu mengetepikan pemain itu,” katanya.

Menurutnya, kemenangan itu melonjakkan kembali moral pasukannya yang sebelum itu dikecam hebat berikutan kekalahan memalukan 0-4 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada saingan Liga Super, minggu lalu.

“Sudah pasti kami gembira dengan kemenangan ini. Bukan sesuatu yang mudah beraksi di hadapan penyokong fanatik Sarawak tetapi kami membuktikan sebaliknya apabila meleburkan rekod tanpa kalah mereka di Kuching, malam kelmarin.

“Pujian juga harus diberikan kepada penjaga gol, Apex (Khairul Fahmi Che Mat) yang menyelamatkan sepakan penalti Griffiths pada penghujung permainan. Kalau tidak, mungkin kita diheret ke masa tambahan pada perlawanan ini,” katanya.

www.sinarharian.com.my


Aksi yang amat menarik jika dapat melihat dengan live telecast.Tetapi apa dah jadi dengan media Prima kerana telah di khabarkan mereka mendapat hak siaran lansung MSL 2015 tetapi tiada siaran lansung yang di buat untuk Piala Fa.Kenapa Hal sebegini menggangu kerancakkan MSL 2015?


  Dua serangan Import di depan seorang di tengah dah seorang di pertahanan membawa kepada satu serangkai yang baik di tampung pula oleh Pemain tempatan menjadikan kita semakin kuat.Bangkit dari kekalahan mengaibkan dan kembali ke pentas kecemerlangan.Perlahan-lahan kita kena mendaki kembali.


   Sati sepakkan penalti yang tidak masuk tetapi di tampung dengan bacaan yang baik dari Khairul Fahmi.Tahniah Apek ...Save satu sepakkan penalti.Kemenangan 1-2 atas serawak dalam Piala FA meruntuhkan kekebalan mereka di bumi kenyalang.Tahniah TRW terus menuju kecemerlangan Piala Fa memang kita mahukan Tahun ni.Apa pun GO FOR MORE!!!

GOMO KLATE GOMO !!!