Tuesday 13 September 2016

MAKSAK TERENGGANU 2016

Pada awal tahun 2016 ,saya telah meletakkan sasaran untuk mendapatkan pimgat bagi sukan bowling Bomba dan dapat menyertai pasukan maksak Terengganu 2016.Sukbom saya telah buktikan lane di luar saya masih boleh dapatkan sesuatu.namun itu adalah dari saya sebagai pemain bowling untuk badan kerajaan di negeri Terengganu.Saya memohon kemaafan jika apa yang saya tulis di sini akan membuatkan beberapa individu dan penganjur terasa hati.
  Saya pemain bowling yang ada target sendiri,saya bukan menghabiskan duit gaji saya untuk tukar permainan dan meningkatkan permainan saya untuk pergi lebih jauh,namun apa yang berlaku kali ini membuatkan saya down dan kecewa sekali.Betul saya dah habis beribu tapi Pihak MAKSAK Terengganu ini tidak pernah nak berubah.Kali ini dia orang buat pertandingan Tapi mana syarat-2 dan senarai hadiah?pertandingan apa tanpa semua ini.Jika JKR yang menjadi penganjur kenapa orang lain turut campur tangan? mereka juga menyertai pertandingan.Sepatutnya semua ajak adalah dari JKR dan tiada seorang pun dari badan kerajaan yang lain.sebab apa ? sebab boleh menyebabkan ada suara-2 sinis dan ada yang tidak mahu menyertainya kerna syarat-2 dan penglibatan orang luar selain dari JKR.Sebab ada setangah orang tu berhati baik dan ada juga yang berniat jahat.Kalau pertandingan undian lane kena buat.bukan di tetapkan.
  Saya tidak kisah pun jika tidak menyertai pasukan MAKSAK Terengganu ni.Namun sebab saya target untuk diri saya.Kenapa kalau pertandingan Lane sudah di tetapkan?kalau sudah di tetapkan bagi yang biasa bermain di MIG BOWLS dia orang dah tahu lane mana yang boleh bermain untuk skill-2 tertentu.DAn ada setengah bowlers dah ada favourate Lane mereka.Bagi yang baik dengan penganjur Mereka boleh pulak tentukan lane mereka.Juara Pun duduk di lane Favourte dia.Kalau dia duduk lane 7&8 memang score tu tidak akan jadi sebegitu.Percayalah.Konspirasi yang mereka lakukan tidak adil bagi semua jabatan kerajaaan Negeri Terengganu.Setiap Jabatan melalui kelab sukan masing-2 menghantar peserta mereka untuk kalah Ke? saya percaya semua yang di hantar adalah untuk memberikan saingan terbaik dan mendapat kemenangan.Bukan di perbodohkan oleh Konspirasi mereka-2 yang terlibat sebab apa? senarai nama favourate dan ada dan bila hal ini berlaku orang-2 yang mereka target akan berada di lane yang sedap dan boleh score tinggi dan layak.
  Saya bukan nak pertikai apa yang berlaku pada saya.Tapi biar pesaingan yang sihat dan Intergriti penganjur nak anjur ,anjurlah betul-2 jangn dengar cakap orang dan lakukan yang terbaik untuk jabatan  anda.Apa salahnya Bowlers-2 dari jabatan lain? mereka tidak boleh wakil MAKSAK Terengganu ke? Ke nak Senarai orang-2 yang dah ada pingat? come on lah ini sukan bowling bukan selalu kita berada di atas.Tapi kalau ambik semua player baru buat strategi latihan dan kalau mereka boleh menang pingat itu adalah pemenang yang sebenar.Ubah sistem Pemilihan ke pertandingan ke Bagi lah peluang untuk pemain-2 yang muda-2 untuk wakil MAKSAK Terengganu.Ramai lagi yang boleh menggalas Tugas tu.Nak cakap banyak pun dah tidak berguna perkara setiap tahun benda yang sama.Kalu boleh tahun depan bagi jabatan yang baru pulak untuk pegang.Kita tengak macam mana.Boleh ke tidak mereka uruskan dengan baik.Bosan betul lah MAKSAK Terengganu ni.Benda yang sama setiap tahun tapi apa yang berlaku tiada perubahan.Good Luck Maksak Terengganu 2016.saya sokong mana-2 sukan pun untuk negeri saya bekerja iaitu Terengganu,walaupun saya bukan berasal dari Terengganu tapi buatlah sesuatu biar semua jabatan berpuas hati.
   Apa yang saya luahkan adalah dari hati saya sendiri dan tiada niat nak jatuhan sesiapa pun tapi seorang anggota kerjaan Negeri Terengganu untuk meminta sistem pemilihan MAKSAK Terengganu ni lebih telus dan berintergriti dan demi sukan bowling kesayangan saya.


CHAMPIONS MIG BOWL

5 SEPTEMBER 2016,Saya memenangi event MIG BOWLS yang di buat setiap hari isnin setiap bulan.Namun Juara adalah RM 400.di samping pelbagai hadiah lain kerana penganjurnya adalah pemilik bowling alley tu sendiri.Piala itu hanyalah piala pusingan dan hanya 3 kali juara sahaja dapat membawa hadiah itu untuk pulang.bukan senang nak maintain juara MIG BOWLS sekarang ni.Sebab lane di undi setiap kali pertandingan.Format kali ini adalah 2 game 10 pin dan 2 game 369.

Saya akan cuba untuk menang 3 kali dalam masa terdekat.namun latihan saya akan cuba teruskan ,sebab kekadang permainan saya menjadi tidak menentu dan bukan berdebar tapi semasa realease bola tu mungkin sedikit laju dan bukan arrow bola saya.Saya akan cuba baiki permainan dari semasa ke semasa.Tapi kena selalu berhati-2 dalam sparing semasa 10 pin game.insyaalah saya akan cuba baikinya.nak maintain strike kat lane ni sekarang pun agak susah sikit sebab pin baru yang di gunakan.'Praktis make perfect' itu sahaja lah ubatnya,GO FOR IT NIK M!!!!!!!