Wednesday 24 August 2016

NEW BIKE CANONDALE OPTINO USA



Pada 26 november 2015 yang lalu.kawe telah mmembeli sebuah basikal 2nd hand.namanya Canondale Optino.Asalnya basikal ini adalah untuk kawe bantu member kawe untuk mrenjualnya.Antaranya En.Amir dari Negeri Sembilan telah mengadakan sedikit perbincangan akan tetapi keputusannya adalah tidak jadi.Nama pemilik basikal ini adalah Nik Ubaidilah.Member repair kereta dulu di Losong tetapi yang betul-betul kenal adalah abang iparnya yang merupakan seorang Pegawai Bomba.Dulu pernah bertugas bersama satu balai di Negeri Terengganu.


  Last-last basikal ni jadi milik saya,yang pertamanya rim fulram ni memang berjenama dan harganya mahal sikit dan keduanya saya masih belum memiliki basikal road (Racing type).Tuannya bagitau harga pembukaannya RM 3,000 tetapi atas dasar kawan-kawan dia bagi harga special RM 2,500.Jadi Deal ,saya jugaklah pemiliknya.tapi basikal ini nampak gayanya ada beberapa setting yang saya perlu betulkan untuk kegunaan saya.Apa yang saya perlukan adalah kasut klip,tayar dan tiub serta spoket racing tapi itu kena tanya pakar basikal dulu en. mat noor kedai basikal kat istana chedering.Setakat hari ni ,dialah yang paling top bab repair dan barang-barang basikal ni.x sabar dah ni nk go head basikal ni cuma kena sabar sikit sahaja lagi.insyallah..



STAMINA DAN MENTAL STRENGTH

  Pada 22 ogos 2016,kayuhan bermula. Basikal dan bowling ada banyak kaitannya.Pertamanya stamina dan keduanya latihan mental dan fokus.Biasanya bila lama tidak berkayuh walaupun melalui jalan yang biasa kita ikut,Pada permulaannya memang banyak yang datang di benak pemikiran.Boleh ke aku kayuh ni? sampai ke target 42 km ni? Aku pusing balik lah? Kenapa nafas aku ni? panaslah? rasa tidak sedap ni kenapa?
jadi kalau anda berada pada persolan ini apa anada akan buat? yang paling tepat kawapannya adalh pusing dan balik ke rumah kan?Tapi bagi saya yang dah biasa kayuh ni kita akan soal balik soalan di atas tu.macam biasa aku boleh buat? sebab lama tidak kayuh ni rasa macam ni? aku boleh?Aku kena buat masa hari ini untuk kayuhan akan datang? aku kena buat?
    Persoalan di permulaannya banyak ke arah negetif tapi kita imbangi dengan pemikiran positif.Tapi peroalan negetif memang kerap datang tapi biasanya saya akan bawak kotak pemikiran saya kepada perkara lain yang tidak kena mengena dengan kayuhan.sebagai contoh,awek semalam comel jugak ye? esok nak buat apa? persoalan memang banyak ketika kayuhan tapi kita kena pandai bawak otak kita ke tempat lain tapi mata kena betul-2 fokus jangan terleka pulak.Ini bab pemikiran.

 
Pada meter basikal saya Cateye Velo 5.5 funtion yang ada Dst,Av,time,cal dan odo.apa tujuannya tu.Dst : adalah destination kayuhan .jarak kayuhan dari awal hingga sampai ke finishing.Biasa rider akan guna funtion ni ketika kayuhan bukan apa kalau saya starting memang saya perhatikan meter sebab nak sampai 10 km baru sedap sedut air.Saya gunakan air Ejuss perisa mangga kerana energy bosternya bagus.rasa manis dan ada masam-2 sikit .Manis tu untuk energy ,masam-2 tu untuk elakkan kren kaki.Bukan air minuman semata-mata tau,kena tahu juga maslaah bila berkayuh jauh-jauh ni.kalau jauh melebihi 50km biasanya saya akan bawak pisang dan air isotonik yang lain macam 100 plus warna putih.lagipun Rm1 je sepeket.



  Av: adalah everage kayuhan.di mana everage ini mengambil kira purata kelajuan kayuhan kita.kalau dekat bolehlah everage tinggi.Ini sebab pakai mountain bike bukan sahaja mental tapi jalan dan faktor angin kadang-2 menggangu speed kayuhan. Biasanya Av untuk kayuhan saya adalah 26/27 sebab tahun 2016 ni baru start jadi jauh dari kebiasaan.Apa yang perlu saya kena kerap berkayuh untuk mndapatkan everage saya yang lama.22.2 Av tu kira recovery ride sahaja/kayuhan statik tapi x akan tambah kelajuan cuma kayuh untuk layan sahaja.sebab jalan yang di lalui adalah jalan dah biasa lalu dan dah tahu selok belok jalan tu.

Mx: maxsimum ,ini memang penting kerana ia menunjukkan kayuhan paling laju yang di buat hari ni.38.3 sepatutnya max kayuhan saya hari ni dalam 30 je.tetapi kadang-2 kalau jalan lurus rasa geram tu datang jadi speed up jugak lah sikit.hari pertama kan,kadang-2 sejarah kayuhan lama tu datang menggangu .Biasa jalan ni boleh speed sampai 40 max.Tapi tulah yang saya cakapkan dari awal tadi banyak perkara yang akan menggangu kita jadi kena banyakkan sabar dan maintain sahaja.

 Ca: ni bukan calsium tetapi calory yang di bakar hari ini.608.7 kalori yang di bakar selama hampir 2 jam kayuhan .Bayangkan banyak mana kalori yang di bakar kalau hari-2 berkayuh.tapi nak dapatkan maxsimum kayuhan kena cari geng-2 kayuhan yang bergerak jauh hari-2.Masalah di terengganu ni geng-2 mountain mesti nak mountain jugak.Tapi saya bukan apa kalau main bukit tu ,kalau up hill ok tapi bab down hill ni masih ada gerun lagi.Bukan apa jarang main dengan bukit ni.

Odo: odometer,Yang ni adalah total kayuhan,sebab saya dah reset balik meter kepada 0.jadi odometer keseluruhan saya minggu ini,inilah dia.tapi biasanya sepaling malas saya akan pergi dalam 4 kali kayuhan .Maknya 42.4 x 4=169.6km seminggu.Itu pun depend kepada kerja dan hal-hal lain.
Insyaallah kalau tiada aral yang melintang saya rasa rugi sangat kalau tidak berkayuh.Saya berkayuh bukan untuk berlumba walaupun setting lumba masuk jugak sikit-2.Tetapi nak kan kesihatan dan stamina untuk bowling dan kehidupan.


  Time: jangan tertukar dengan time jam kita yerr.Time ini adalah masa kayuhan kita pada hari ini.hampir 2 jam tu.Biasanya kalau petang memang masa dalam lingkungan tu je lah sebab macam saya bagitau tadi faktor jalan dan angin di sebelah petang memang agak kuat.badan dah lebar campur dengan angin memang beratlah sikit tu tidak kira jalan berbukit lagi.kadang-2 sampai 20 aje meter semasa mendaki.Tapi dulu biasanya kalau turun petang main bukit korr je dalam 3 roun lepas tu balik umah.Peha dan betis memang keras ,bukan keras sahaja tapi fit dah nampak ketul-2 tuuu.


Bila sampai sahaja di rumah...bukan sahaja sampai tapi perasaan ketika itu memang happy sangat-sangat berjaya sampai walaupun begitu banyak halangan yang di tempuhi hari ini.Yang penting Puas hati dan capai target kita.alhamdulilah walaupun,masa kayuh tadi hampir nak kren.perkara biasa bila dah lama sangat tidak kayuh kan.Bukan senang nak dapatkan stamina.Macam guru kawad saya bagitau dulu En Mat Hussin( sekarang dah Tuan Mat Hussin) " kalau kat kedai ada jual stamina,saya orang pertama akan belinya banyak-2".Kata-2 itulah sentiasa membuat saya sanggup buat apa sahaja untuk membelinya.






Pada 23 ogos 2016 ,kayuhan kedua.Kayuhan hari kedua ,hari ni badan dah check rasa gagah sikit,di atas adalah hasil kayuhan tetapi meter ada problems sikit semasa kayuhan tadi.tiba-tiba je behenti.kalau jadi lagi sekali kena tukar barulah.Cat Eye Velo 5 biasanya RM 100 keatas.tak pe lah bukan nak stail sebab ada gunanya meter.Kayuhan kedua ni kalau ikutkan masa turun pkl 5.05 petang dan sampai di rumah pukul 7 malam.maknanya saya dan bet time semalam dalam 5 minit kot.Average tidak berubah tetapi maxsimum speed dah sampai 40.18.tak pe nanti kita catch lagi average dan maxsimum speed tu dan juga time.kalau kayuh waktu pagi biasa saya boleh pergi 1 jam 35 minit je ,petang masa tidak banyak sangat boleh bet sebab faktor-2 menghalang.Saya ada azam dan kekuatan saya dalam kayuhan bagi saya kalau selagi ada daya dan peralatan dalam keadaan baik saya boleh lakukan.I believe myself and i can do it, so just do it.


Sunday 21 August 2016

CHAMPIONS OPEN 9 PIN PANTAI TIMUR 2016

Milik siapakah Piala 9 pin ini?
  Pada 30 july 2016,baru balik dari Sukbom dan Majoriti kawan-kawan mengucapkan Tahniah di atas kejayaan Pingat Emas buat Terengganu.Pada Mulanya rasa bangga akan Tetapi aura dari Dreambowl Tiba-tiba datang.Saya hanya akan bermain untuk 2 blok iaitu blok pagi dan blok petang kerana pada malamnya iaitu blok ke-3 saya tidak dapat bermain kerana ada majlis jamuan Hari Raya Bomba Negeri Terengganu.Apabila blok pertama bermula saya bermain di lane 9 & 10.Pada mulanya saya mendapat kesukaran untuk mendapatkan Strike pada lane ke 10.Bila bermulanya game pertama saya segera mencari strike akhirnya saya berjaya mendapat susunan strike dan membuat 278 jatuhan pin.Game kedua saya bermain agak baik dan membuat jatuhan pin sebanyak 254 pada mulanya tidak perasan lagi mungkin saya fikir orang lain lagi tinggi scorenya dari saya.game ketiga saya membuat 244 jatuhan pin.Walaupun bermain 9 pin tetapi strike saya kebanyakkannya adalah strike 10 pin.Game keempat perubahan oily saya drop sikit score dan hanya membuat 177 jatuhan pin.Bola saya kembali memberikan strike di last game dan saya membuat 254 jatuhan pin.Jumlah keseluruhan jatuhan pin saya adalah 1210.Strike sebanyak 41 strike bagi 4 game.Everage saya adalah 242 untuk blok yang pertama.Alhamdulilah.Saya menjadi Johan Blok yang Pertama.


Itulah result untuk blok pagi tadi.semasa makan tengah hari bersam kawan-kawan ada juga berbincang sikit.Tapi nampak gayanya saya hanya perlu meningkatkan permainan saya untuk blok kedua supaya menjadi 250 ke atas untuk 5 game.


 Semasa bermulanya game kedua rasa lain macam tu dah datang.Fokus tiba-2 datang dan saya betul-betul bermain dengan baik.pada permulaanya saya membuat 221 jatuhan pin dan apabila nampak bola dah masuk dan saya cuba maintain sebaaik mungkin dan saya membuat 279 jatuhan pin begitu juga lah game ketiga saya membuat 278 jatuhan pin .Confident dan Trust saya untuk mendapatkan everage 251 mungkin akan berjaya namun game keempat saya jatuh sedikit dengan hanya membuat 200 jatuhan pin dan akhirnya saya mmebuat 280 highes game pada game yang terakhir.Total score saya adalah 1258 jatuhan pin.dan strike sebanyak 44 kali.dan apa yang bestnya saya berjaya achieve 251 jatuhan pin Alhamdulilah dan pada pemikiran saya hanya seorang sahaja yang boleh memotong score saya iaitu Wan Z money bowlers dari Kelantan.sya hanya perlu tunggu untuk blok yang ketiga pada sebelah malamnya.harap dalam hati mintak-mintak lah tidak ada yang memotongnya.


Ketiga dalam suasana jamuan Raya penganjur iaitu Lokman menghubungi saya dan memaklumkan penyampaian hadiah akan di buat.dia tidak cakap pun siapa yang juara.Apabaila sampai ramai yang ucapkan tahniah kepada saya dan memberitahu saya lah cham.bergegas naik tangga dengan berpakaian baju melayu silver berkilat untuk mengambil hadiah.


Alhamdulilah bersyukur kepada Allah.Allah bayar pengorbanan membeli bola dan kesungguhan latihan dengan cash.Juara adalah RM 2000 dan tempat kedua juga saya menang dengan RM 1000.RM3000 saya dapat dalam masa satu hari.Memang tidak percaya tetapi kadang-kadang yang jadi underdog itulah yang best.Juara 9 Pin terbuka Pantai Timur terengganu,kelantan dan Pahang.Alhamdulilah Aku bersyukur padamu Ya Allah.

nampak x pakai baju melayu ambik hadiah.no 2 tuu.Rm 1000.bukan senang nak dapat ini.fokus kena lebih dari biasa.Baru balik dari jamuan raya.tapi para penyokong di belakang pun kena ada baru ada extra fokus.Bukan sebab ada penyokong tapi ada tempat nak mengadu time ada masalah ketika bermain.sokongan morallah lebih kurang.Percen ada tuuu.tapi jumlahnya rahsia.


Cahmpions Malam ni.RM 2000 cash money tuu.Banyak pulak duit malam ni.Tapi kena plan betul-2 sebab nak dapat bukan senang.Terima Kasih juga kepada sponser Hadiah Pin Bowling tu Wan Z,Terima kasih banyak-2.

Jadi main bowling ,bowling jugak .Stamina memang kena jaga betul-2.Kalau bab stamina dari jogging saya lebih suka berbasikal sebab ada latihan mental di situ.Nanti saya ceritakan bab basikal plak nanti.Apa pun Terima Kasih Banyak-2 kepada penganjur dan sponser Hadiah.Tidak berseri bowling Terengganu tanpa kamu semua dan begitu juga pemain-2 bowling dari pantai timur.


EMAS BUAT TERENGGANU SUKBOM 2016

SUKBOM 2016 berlansung pada 22 july-26 july 2016.kali ini berlansung di Negeri Sembilan bertempat di USIM.Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah perubahan besar yang saya lakukan untuk mencapai kejayaan ini.Selepas tamat Sukbom 2014 di Johor saya bertekad untuk masuk All Event dan untuk mendapatkan Emas buat Bomba Terengganu.Kenapa saya berani lakukan perkara ini?tidak ada seorang pun yang bertanyakan pada saya hal ini.Ini amat mengecewakan saya samaada kawan dari Bomba sendiri atau kawan -2 yang bermain bowling.
   Inilah yang membuatkan saya ingin untuk kongsikan.Yang pertama ,saya telah berkursus pasal bowling ni pada tahun 2014 dan telah berjaya menamatkan kursus kejurulatihan bowling Tahap 1 pada 17-20 November 2014.Tetapi Test untuk Lesen saya gagal tapi boleh mengulanginya pada masa akan datang.


 Bukan sijil yang saya ingin nyatakan di sini tetapi Ilmu yang saya dapat dan pengalaman akan datang bila kita teruskan bermain.Dengan Ilmu dan pengalaman yang saya lalui dan melihat perkembangan Bowling saya ingin cuba sesuatu yang baru.
  Yang Kedua,saya jual bola kesayangan saya ,sewaktu itu saya pakai bola storm Vivid beratnya 14 gram.Dan bola Hammer Uriten ( jual tapi xlaku)beratnya 15.4 gram terlalu berat untuk saya.








Masalah yang saya hadapi apabila bermain bola storm vivid inin adlah saya susah untuk maintain score keran corenya yang tidak bulat dan sy sudah berbincang dengan coach zul untuk tukar semuanya.Apa yang saya tukar?

Bola Storm 30 universery ,bola ini coach setting untuk masuk maksimum hingga 4 arrow.Maksimum hook.dan ini merupakan bola first ball.High performance ball.berat 15.2
dan satu lagi bola iaitu roto grip tapi masih dalam latihan sebab belum dapat lagi momentum dan arrow yang bola ni mahukan.masih dalam trainning.Hectic berat 15g.


ada satu lagi accesories yang mungkin jarang bowlers gunakan tapi saya berani untuk gunakannya.lebig senang dari pakai tape.Tumb Sock Namanya.


Saya juga sudah tidak memakai hand guard lagi kerana cara balingan baru lebih senang tanpa memakai hand guard.Kasut pun saya tukar dengan kasut yang mahal sikit dan ada extra tapak untuk di tukar mengikut kesesuaian lane.


Beg dari 2 bola kepada 3 bola.bukan apa sebab nak setting bola untuk high ball,medium ball.dan low ball.semua bola ini ada tugas masing-2.


Bukan saya nak berlagak tapi ilmu yang ada memaksa saya buat perubahan untuk berjaya dalam sukan yang saya minati.wang bukan ukuran kejayaan tetapi kepuasan dan berjaya selesaikan masalah semasa keadaan lane.
    Yang ketiga ,saya ubah cara saya bermain.dulu kalau coach minta saya bermain arrow satu,saya akan berasa takut bola itu akan masuk lonkang tapi sekarang tidak lagi.malah itulah arrow yang saya paling suka main.Bola Rotogrip biasa saya akan bermain dengan Arrow 1setengah sbb bola tu lagi ringan dari first ball.Sy buang hand guard dan sekarang hanya pakai sarung lengan dan hand grip sahaja.

Inilah saya dulu sewaktu pakai hand guard.dan sekarng saya dah ubah tidak memakainya lagi.kerana saya rasa lebih bebas sewaktu release ball.

Inilah gaya dan pembaharuan dari segi penampilan sahaja.tapi seluar saya tetap pakai slack dan jersi sebab kalau dah biasa ikut peraturan semasa game kita tidak akan kekok.Try lah kalau nak tahu.saya akan memberikan video pendek bagi bola first ball.tetapi bagi bola roto grip saya masih perlukan coach untuk betulkan balik bagaimana untuk bermain dengan bola ni.Video ini Adalah cara biasa sy bermain di MIG bowls ,Terengganu.dari 4 cara bermain .


Manakala video Kedua adalah cara saya bermain dengan bola RotoGrip HecticTapi saya belum pasti lagi cara palng sesuai untuk menggunakan bola ni.


Dan oleh keran kerap sangat missed  pin 10 saya membeli bola maxim di tebuk mengikut bola Rotogrip kerana saya tidak mahu menggunakan cara yang berlainan.walupun bola straight tapi bola roll macam hook tapi ada sedikit masuk.Tapi spare ball saya tu baru sahaja di beli dan tidak saya gunakan sewaktu Sukbom.Tapi waktu di sukbom saya gunakan rotogrip untuk ambik spare.


  Yang Keempat macam mana saya dapatkan hugh fokus level,ok ada satu cara iaitu menggunakan bola tennis .Anda berdiri dalam 10 ke 12 kaki dan letakkan sati mark pada dinding.Lontar bola tennis tu pada mark tersebut.buat dalam 10 kali sehari.Lama-2 bila main bowling semasa bermain dan bila nak fokus anda akan rasakan yang otak anda betul-2 berada di hadapan sehinggakan apa sahaja yang orang cakap anda dah tidak peduli yang anda tahu adalah fokus.


 Yang Kelima ,Sebelum pergi ke mana-mana event,mintak lah doa semoga Allah memudahkan dan memeberikan kita kejayaan dan selepas kita berjaya buatlah solat syukur atas kejayaan dan mintaklah semoga Allah tidak akan putuskan kejayaan kepada kita.Insya Allah...amin.


Inilah yang saya buat sehingga hari ini.Latihan berterusan dan jangan seekali cepat puas dengan apa yang telah kita miliki.Nak dapatkan emas bukan senang banyak perlu kita korbankan.Semasa latihan kita tinggalkan keluarga,masa bersama keluarga ,budget latihan,kadang-kadang kita trainning dengan duit semdiri je.Kita lakukan pengorbanan sekali je dalam bowling ni tapi kalu dah dapat Insyaallah,Allah akan bayar balik dengan cara Dia.sebenarnya semasa Sukbom ni saya bukan hadiahkan Emas sahaja malah satu lagi perak dari acara 4 some.4 berpasukan.kami kalah bukan sebab apa.Sebab semangat berpasukan dan kepercayaan anatara satu sama lain kurang.sebab tu pasukan Kelantan boleh beat Team Kita.


Jadi apa yang saya buat itu adalah demi Sukan yang saya minati dan hendak berjaya dalam event-2 yang saya sertai jadi 2 pingat ini petanda awal kebangkitan saya.Insyallah saya akan terus berusaha dengan Ilmu yang saya ada serta dengan Coach yang tidak pernah jemu memberikan tunjuk ajar.sebab saya jenis suka bertanya.nak berjaya memang kita kena bacalah sikit buku-2 kejayaan orang lain untuk bagi inspirasi kepada kita.lepas tu kita cuba membuka cerita kita dengan kajayaan yang datang dari titik peluh kita sendiri.




Kalau anda tanya saya adakah saya berpuas hati dengan pencapaian saya.saya akan jawab belum dan ini adalah bermulanya cerita saya yang bernama Nik M.

Go For More !!!!!!!!!!