Thursday 8 June 2017

IFTAR GENG MEE REBUS 2017


Pada 5 Jun 2017 yang lalu,Saya bersama Geng-geng Mee Rebus telah mengadakan majlis suka-suka berbuka puasa BBQ.Memang tidak ramai yang buat majlis berbuka puasa dengan BBQ sebab ia seakan merumitkan sikit,Jadi adalah sedikit ceritanya.
Ada jugak yang ambik gambar curi.

   Saya memang sampai awal sebab tugas saya kali ini adalah arang dan jaring untuk bakar.jadi selepas asar saya dah sampai di pantai batu buruk seorang diri sebab saya rasa perlu sampai awal sebab nak hidupkan api untuk buat BBQ.Risau jugak sebab dalam pukul 3 ptg tadi dah hujan.nak tahu siapa yang sampai no 2.Ni lah orang yang tangkap gambar saya,bukan apa saya tak cam keretanya sebab bukan apa sebab tak pernah tengok.Hahahahah Pok Mie,Otai main bowling.

Otai..Pok Mie
 Makan masa jugak kan untuk hidupkan api bukan senang ,nasib baik sampai awal.Kalau tak tak masak lah lauk berbuka nanti.Dalam hampir sepuluh minit baru lah Rosmadi Ayu sampai dan anak-anak juga datang bersama boleh lah temani aku sebab kereta abang Lan rosak.Sebab abang Lan nk sponser nasik putih,Ulam dan ikan singgan.Memang terbaik lah abang lan.Rosmadi guna kereta saya untuk mengambil Abang Lan sekeluarga,

si kecik teman Poknik
Ok lah ,time check in dah tiba semua dah sampai.Bila mereka sampai saya pun dah tak boleh nak buat apa-apa sebab masing-masing memang suka BBQ ni.saya buka plakk satu pemanggang lagi sebab banyak sangat bahan nak di bakarnya.

bakar sambil berborak-2
meriahnya...
Din Zenky kena dengan Omar
GG pun ada oooi
Banyak lauk malam ni .Ayam bakar,sotong dan udang Zamly sponser,walaupun baru balik dari Kuantan namun di sempat juga menyiapkan bahan -bahan ni untuk majlis kita orang.caya lah Zamly.





Majlis berjalan dengan lancar dan seorang demi seorang hadir memenuhi perkarangan batu buruk ni.
Lauk memang banyak .kalau nk ajak 10 orang lagi pun lepas rasanya.



Kyrol bahagian air soya dan Tebu dia juga berniaga di Bazar ramadan Kuala Ibai.Sesiapa yang nak rasa air tebu pior dengan soya boleh lah pergi cari dia di sana.

Sama-sama membakar juadah berbuka
ayam bakar boh...
Penyerang tunggal..sorang no hal punya
Tauke...bawak ikan bakar..nak ngail ajak dia

view suasana dar atas mayang places
kaum Hawa siapakan juadah berbuke
Tidak ada perkataan yang boleh di luahkan bersantai-santai semasa berbuka dengan ayam,sotong,udang dan satay ikan memang best.Semua macam happy jer bersam-sama berbuke dengan Bbq.Sejarah di Negeri Terengganu ni sebab orang biasa berbuke dengan buffet dan juadah dari bazaar Ramadan tapi innisiatif group kami berbuke dengan menu BBQ.Tempat molek ,budaya menarik itulah Terengganu.

Memang best berbuke sebegini di harap next trip kita akan berbuke bersama lagi.Atau trip lain mungkin.ada juga ura-ura ke pulau cuma kita tunggu dan lihat program seterusnya.kalau kena dengan masa dan ketikanya bolehlah semua turut serta.Geng Mee Rebus memang sporting dan happening.

REAL MADRID UEFA CHAMPIONS LEUGUE 2017 CHAMPIONS



     Pada 4 jun 2017 jam 2pg saya telah bersiap sedia di hadapan tv bagi menyaksikan sendiri live Telecast dari Cardiff city.UEFA Champions League berada diCardiff  City. Saya Memang meminati Real Madrid dari dulu lagi.Sebab Team Yang dulu semasa Luis Figo Bermain untuk club real lagi,selepas itu Ronaldo.Roberto Carlos,Zinnande Zidane,David Beckam dan Zaman Ronaldinho dan ramai lagi lah pemain-pemain start yang suka bermain untuk Kelab Real Madrid ini.

Dulu dia memang seorang pemain midfielder antara yang terbaik di zamannya dengan skill yang menarik dan aksi selambanya semasa bermain iatulah yang membuatkannya menjadi seorang player yang menarik.Juara La Liga -Real Madrid ,EUFA Champions League 2016 -Real Madrid maknanya Zidane buat doubles lah untuk Real Madrid.Tahniah lah Coach Zidane.Dari segi tektikal game memang jahat strategi yang di atur oleh Zidane bukan apa dari segi pasukan pilihan memang ramai yang memihak kepada Juventus dan hampir semua media meletakkan juara adalah Juventus tetapi mereka tidak sedar yang itu membuatkan Juventus menjadi tertekan sebelum game bermula.Bagi saya Real dah Menang 1-0 sebelum game bermula.Aksi separuh masa pertama melihatkan real cuba untuk menyerang dari setiap sudut dan mencari kelebihan dan kekurangan pasukan lawan.
cara Zidane mengatur pemainnya di lihat mereka seolah -olah dah bersedia pada aksi Final ini.

 Kalau nak di bandingkan Ronaldo dan Poulo Dybala masih jauh jarak di antara mereka berdua sebab itu lah Ronaldo di berikan Pemain Terbaik Final.


Chirstion Ronaldo di nobat pemain terbaik final Uefa Champions legue 2017.Memang kemas permainan dia sekarang ni komitment 200% atas padang,seolah -olah ada jiwa ketika bermain di atas padang.

Tidak saya lupakan keeper Juventus ini..Buffon sudah berumur 39 tahun dan masih tangkas dan cergas.Namun saya respect Buffon menunjukkan semangat juang yang tinggi dan penuh dengan semangat kesukanan.walaupun tewas dia tetap emngajak kawan-kawannya untuk meraikanpara penyokong yang menyokong mereka sejak dari mula.


Tahniah Real Madrid .Hala Madrid kerana memenangi Piala UEFA Champions Leugue untuk yang ke -12 kalinya,Tahniah-Tahniah...Clasius Madrid....

Monday 5 June 2017

PROGRAM JOM SEHAT

Team Montel dari Kiri Nik M,Zulkifli Wan Abdullah,Tuan Suriati dan Zakaria

Pada 3 jun yang lalu ,saya bersama team montel (BBP Wakaf Tapai) merupakan salah satu team dari 14 balai Bomba yang ada di negeri Terengganu ni.Saya juga terlibat.Program ini bermula dari bulan januari lagi dan akan berakhir pada jun nanti.Di Sebabkan bulan ramadan tiada aktiviti yang diaadakan hari ni.macam bulan-bulan yang lalu aktiviti yang pernah kami buat adalah Larian di Taman,menaiki bukit dan jogging.Jadi hari ni kita orang hanya datang untuk Timbang dan mengambil gambar pasukan sahaja.
   Saya bermula dengan berat 106kg pada bulan januari yang lalu.Pada Bulan Pertama saya buang nasik,minyak dan minyak dan tiada sebarang aktiviti yang saya buat jadi keputusan bulan pertama saya berjaya turunkan 4.9kg untuk bulan febuari.Satu result yang memberansangkan.jadi saya tekad untuk meneruskan apa yang saya buat namun di sebabkan badan dan Terasa ringan jadi saya mengambil keputusan untuk membuat aktiviti sikit.Saya bermula slow jog dengan jarak 2.4km selama seminggu dan selepas itu saya jog dengan 4.8km.masa ni saya tidak timbang pun namun saya teruskan dan berjaya jog sampai 7.2km.Selepas itu saya membuat rancangan tambahan dengan berkayuh basikal trek biasa saya berkayuh 42km selama hampir 1 jam 42 minit setiap kali berkayuh.Bila hari saya bekerja saya jogging dan bila saya tidak bekerja saya berbasikal.

basikal Road Canondale.


 Timbangan Bulan kedua Mac saya still boleh turunkan berat badan saya 2.8kg tapi sehari sebelum hari timbangan saya ambil nasik lemak waktu pagi sebab masa tu ada pertandingan futsal.Di Sebabkan malas nak keluar jadi saya makan apa yangada sahaja di kawasan berdekatan.Sekali fikir rugi jugak makan nasik ni.Tapi tak apelah sebab keadaan masa tu kan.Jadi aktiviti saya teruskan tapi bulan ni agak limited sikit sebab banyak aktiviti yang berlansung di dalam negeri Terengganu ni.

masa ni berat masih dalam 101.1

Untuk Timbangan bulan ketiga (April) saya tidak dapat bersama pasukan kerana mengalami sedikit masalah di bahagian lutut kiri saya.Saya bermain bowling di Mesra mall dan sebab itulah lutut saya mengalami kecederaan ringan.Kebetulan pasukan saya yang pergi ke sana kena naik bukit Bauk di dungun dan timbangan saya dia orang guna yang berat di bulan kedua dan saya tiada sebarang penurunan kalau di ikutkan pada syarat dan peraturannya lah.Namun aktiviti saya yang telah saya rangka saya teruskan tapi bulan ni sekali sekali saya ambik jugak nasik(satu gemgam .sekali sehari)



Pada Bulan mei ,Timbangan Ke-4 saya bersama pasukan dan pasukan lain kena menaiki bukit besar berhampiran ibu pejabat bomba dan selepas timbang berat sata turun 1.9kg sahaja dan berat saya menjadi 96.4kg dari 106kg dah 10 kg berat saya turun dan masa yang saya ada adalah 2 bulan lagi bagi mengakhiri pertandingan ini.Saya nerharap dapat turunkan lagi .




Timbangan Bulan ke -5 adalah bulan ramadan dan hari ini adalah ramadan yang ke tujuh.Baru seminggu puasa dan timbangan hari ini saya naik 400g.jadi berat saya 96.8tak sangka pulak naik ingatkan maintain je sebab badan rasa macam biasa jer.perut sudah x nampak memboyot.Satu Bulan lagi sebelum Timbangan yang ke-6 dan penghabisan.Saya nak lagi 10kg atau paling kurang 5 kg.Berjaya atau tidak ..kita tunggu.

Saturday 3 June 2017

CCB 3 6 9




       Pada Hari Jumaat 2 jun 2017,Misi saya untuk mencari kedudukan terbaik adakah akan terjadi atau makin teruk.Pendaftaran untuk Event pada malam ini adalah pada jam 10 malam.Saya telah nekad dari rumah untuk main bersunggug-sungguh.Saya turun dari rumah pada jam 9.40 malam dengan semangat yang berkobar-kobar dan berharap ada sesuatu atau result yang terbaik boleh saya bawa balik.Kawan-kawan saya yang lain pun turut serta juga.Jadi Event malam ni serasa saya akan bermula agak lewat sebab bulan ramadankan.Biasanya semua pemain akan bersolat Terawih di Surau atau Masjid kampung mereka atau Favourate mereka.Ada setengah Surau buat 8 dan ada yang sampai 21 atas kehendak dan kekuatan masing-masing.Kalu larat boleh lah nk pergi 21 rakaat pun tapi kalau perut kekeyangan biasa standard 8 rakaat.Jadi malam ni saya buat 8 Rakaat sebab biasa dah buat 8 ni,bukan selalu pun dah memang sentiasa buat 8.hahahhaha.

Kena dulu sebatang...hahahahhahahhaahh

     Ok lah sembang bab Bowling ni ,Malam ni format 3 6 9 .Sesetengah orang tahu main bowling tapi bila kita sebut pasal 9 Pin Tab,3 6 9,Baker Format.10 pin mungkin ramai yang biasa dengar dan tahu lah kan.Ok nombor 3 6 9 itu adalah nombor frame strike yang di berikan dan memang auto bila sampai di frame tu strike akan ada walaupun kita x membuat balingan.Maknanya, dalam sistem dah ada strike pada Frame ke 3 6 9.Cuma Pemain hanya perlu mencari strike pada frame yang 1 2 4 5 7 8 10 11 12.cara pengiraan jatuhan pin adalah sama macam biasa.

Rosmadi Ayu kesejukkan........haha
 Kita Merancang dan Allah tentukan.Itulah ungkapan yang tepat.Pertama kali saya test lane dalam 10 minit masa di berikan,alangkah terkejutnya saya apabila saya baling bola pada arrow 1 1/2 bola saya terus menuju ke pin yang ketujuh.nanti rujuk pic susunan pin.Maknanya ada sesuatu yang berlaku pada lane.Samada lane tu kering giler atau dia oily pendek dan rasanya minyak petang tadi yang di oily pada jam 5.30 dan minyak itu tidak ada orang yang bermain di Lane menyebabkan minyak macam mati.Tapi saya tidak tanya pun EN Mat pengurus CCB tu bukan apa nanti kan dia jawab dengan jawapan yang lain ,lain pula jadinya.

                                                        http://www.tepakku.com/wp-content/uploads/2014/01/wpid-IMG-20131128-WA0006.jpg

Jadi inilah resultnya,saya jatuh menjunam ke tangga ke 52.Memang sakit hati sangat padahal masa latihan malam-2 lane ok jer...entah lah nantikan cakap banyak orang kata pulak "Alasan" kan.Saya bawak balik frust dan kecewa kerana kondisi lane belum dapat saya ketahui dan kenal dengan baik.Kena ubah balik cara balingan mungkin saya akan join member saya yang lain untuk main pool.Bukan judi yer cuma latihan mental kerana selalu di tekan untuk bermain dengan baik.


Bayar yuran rm65 balik dengan tangan kosong.Setiap kali main di CCB ada sahaja perkara -perkara baru yang berlaku tapi tak pe lah.Next time kita cuba dan Terus mencuba.Saya akan mencari formula demi formula setakat yang saya tahu dan boleh.mungkin cara balingan saya di CCB udah makin keras dan tidak selembut permianan biasa,Jadi dalam group bowling ni saya ada join satu group ni namanya "Set Mee Rebus" Bukan gengster tapi mereka ini selalu bermian bowling dan boleh di katakan hari-2 main bowling di CCB dengan main pool.Jadi selepas game kita orang semua berkumpul dan berbincang mengenai Majlis berbuka puasa pada 5.6.2017 majlis santai jerdan kita nantikan cerita apa yang akan berlaku pada hari itu.Insyallah akan ada cerita pelik-pelik rasanya .