Friday, 9 December 2011

Our Pride....Kelantan

Berdiri bulu roma kawe tengok video nii...Apa yang di tongjolkan sangat menarik dan mudah untuk buat orang faham dan jelas . What is The Reds Worriors? Kelantan The reds Worriors is this:-
Dan apabila orang bertanya di mana nak tengok penyokong paling hebat? jawabpannya juga mudah Kelantan The Reds Worriors at Stadium Sultan Muhammad ke IV . .But Believed ...
How Big we biuld a Stadium . .but space still a problems . . where is that? Here we are.......

In side Stadium
But out side stadium still a thousand Fans keep waitting and watch with live screen . . believed or not . .believed......
Out side Stadium
With our logo ang brand . .with our people wear reds and white jersy . .  .we still on one side . .we proud with our state and culture . . .
 we still keep togehter and we alway says....................





Thursday, 8 December 2011

Gitar solo Poknikmu

Masa klip ini di ambil pada tahun 2004 semasa Malam kebudayaan.Tapi masa video ini di ambil tak penuh cuma layan je lahh yee.Klip ini telah di convert pada MP4.Lirik dan pecipta lagu asal ada di bawah.



Maafkanlah

Maafkanlah daku sayang
Buat kali terakhir 
Izinkan daku mengundurkan diri
Biar pun daku masih menyayangi dirimu
Demi kebaha..gianmu  sayang

Maafkan daku sayang
segala yang terjadi 
aku tetap seperti dahulu
mengharapkan kasihmu abadi dalam hidupku
maafkanlah daku wahai sayang

c/o Tak pernah ku menduga sayang
perpisahan terjadi jua
setelah aku mencurahkan kasih suci
sepenuh jiwa

Andainya ku pejamkan mata
buat selama- lamanya
abadikanlah lagu ku ini sayang
sebagai peganti diriku

usahlah kau bersedih
usahlah kau menangis
kau di ciptakan bukan miliku
ku terima segala ketentuan ilahi
maafkan lah daku wahai sayang

Tajuk lagu : Maafkanlah
Pencipta    : Imin Botak
Penyanyi   : Poknikmu

Buat masa sekarang ini lagu ini akan di meinstredkan ikut asalanya.nantikan selepas semuanya selesai.lagu ini akan di poskan dengan versi penuh.

Tuesday, 6 December 2011

Syazwan, Nik Shahrul Azim Dipanggil OKS.

Dua pemain muda berbakat besar yang dicungkil daripada skuad President Warriors, Mohd Syazwan Yusoff dan Nik Shahrul Azim menerima panggilan Ong Kim Swee untuk menyertai skuad bawah 23 tahun ke Australia.
Syazwan Yusoff bermain di posisi penjaga gol manakala Nik Shahrul Azim pula merupakan pemain pertahanan utama pasukan muda Kelantan, sejak musim lalu.

Mereka berdua merupakan pemain tonggak yang membantu skuad Liga Simpanan muncul juara Piala Presiden, beberapa bulan lepas.

Kedua-dua pemain dilihat mempunyai potensi besar untuk meningkat selepas diberikan banyak pendedahan di peringkat senior oleh ketua jurulatih, Peter James Butler.

Ekoran prestasi memberangsangkan dalam persiapan The Red Warriors sempena pra musim, Syazwan dan Nik Shahrul Azim membuka mata Ong Kim Swee untuk diserapkan selaku pelatih terkini bersama seorang lagi pemain dari Terengganu, Sharil Saari.

Mereka dijangka menyertai latihan skuad bawah 23 tahun Malaysia di Australia bermula 10 hingga 23 Disember 2011. -RedsfcNews-

Pra Musim 2012 Luar Negeri : Analisis Ringkas.

Keinginan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengutip semua piala yang dipertandingkan pada musim hadapan menyaksikan beberapa perlawanan persahabatan di luar negeri telah diatur menentang pasukan dalam dan luar negara.
Berbekalkan dua tenaga import dari Ghana, skuad Kelantan yang rata-rata dibarisi pemain muda tampil cemerlang untuk mencatatan empat kemenangan dan satu kekalahan dari lima perlawanan.

Satu kelegaan sebenarnya kepada pihak pengurusan pasukan Kelantan pada awal persiapan pra musim selepas dilihat tidak silap memilih pemain import untuk diserapkan kedalam pasukan utama kerana deretan jaringan gol dan persembahan menyakinkan berjaya disempurnakan dengan jayanya oleh Denny Antwi dan Emmanuel Okine.


Biarpun cuba melakukan "trial" dengan beberapa lagi pemain import kebangsaan dan kelab terkemuka dunia seperti Mpulula, Zacharia, Banning dan Jocip, mereka berdua tetap terbaik dan mempunyai nilai bak kata Butler.


Begitu juga dengan starategi menurunkan barisan pemain muda dari skuad Piala Presiden apabila dua pemain, Mohd Syazwan Yusoff dan Nik Shahrul Azim yang diberikan peluang oleh Butler menggunakan segala ruang yang dimiliki untuk membuka mata ketua jurulatih Harimau Muda menyerapkan mereka kedalam pasukan negara untuk menjalani latihan dan perlawanan persahabatan di Australia.


Secara keseluruhan, persiapan pra musim The Red Warriors di luar negeri mencapai sasaran KAFA untuk melakukan persiapan terbaik sebelum sepak mula Liga Malaysia yang dijangka bermula pada 7 Januari 2012.


Berdasarkan lima perlawanan yang dilalui, Kelantan dilihat cukup tajam didepan pintu gol selepas menjaringkan sejumlah 13 gol dengan purata 2.6 gol untuk setiap perlawanan.


Sejumlah tujuh pemain berbeza melakukan jaringan untuk Kelantan dalam pra musim dengan penyerang import dari Ghana, Danny Antwi muncul penjaring terbanyak dengan meledak 7 gol.


Mereka turut bolos sebanyak tujuh gol dimana Negeri Sembilan menjadi pasukan terbanyak berjaya menjaringkan gol keatas Sang Kijang iaitu dengan tiga gol.

Kelantan 2-1 Maldives.
Perlawanan kompetetif pertama di atur KAFA menemukan Kelantan dengan skuad kebangsaan Maldives. Tidak seperti dijangka, The Red Warriors dapat mencatatkan kemenangan keatas Maldives hasil dua jaringan Danny Antwi. Biarpun pada satu ketika ketinggalan dengan jaringan kettua pasukan pelawat pada awal babak pertama, Kelantan bangkit seterusnya mengenepikan persepsi awal para pengkritik untuk mencatatkan kemenangan pada saat terakhir. Menurunkan gabungan barisan berpengalaman dan pemain muda, Sang Kijang berjaya mengekang segala asakan dan serangan dari pihak lawan selain menggunakan corak serangan balas untuk mencipta kejayaan.
Kelantan 3-0 Balestier Khalsa FC
Satu-satunya perlawanan pra musim di luar negeri berakhir tanpa bolos dimana Kelantan bertemu kelab pertengahan Liga Singapura. Balestier Khalsa bagaimanapun tidak mudah dihadapi barisan pemain Kelantan kerana tentangan hebat sehingga wisel penamat. Satu jaringan pada babak pertama melalui cubaan jarak jauh Emmanuel Okine memisahkan kedua-dua pasukan. Biarpun tuan rumah cuba bangkit, Nurul Azwan Roya tampil dengan jaringan kedua untuk menjarakkan kedudukan pada permulaan babak kedua. Tuan rumah cuba mengatur banyak serangan dan menguji ketangkasan penjaga gol muda Kelantan tetapi barisan benteng pantas menutup ruang mengekang sebelum S. Chanturu menggunakan serangan balas pada minit akhir untuk jaringan ketiga Kelantan di Toa Payoh.
Kelantan 4-2 ATM
Pertemuan yang sangat dinantikan kerana bekas ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan sedang menggunakan pengalaman mencipta barisan impian seperti yang dikehendaki Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dibarisi pemain ternama dalam negara, ATM cuba mengasak Kelantan tetapi kesudahan perlawanan bagaimanapun menjadi milik Sang Kijang selepas Danny Antwi terus mencipta nama penjaring dengan hatrik manakala Khairul Izuan Rosli menambah satu lagi jaringan. ATM cuba membalas dengan dua jaringan namun pemain Kelantan kekal dengan penguasaan penuh untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan ketiga.
Kelantan 1-3 Negeri Sembilan.
Tiga kemenangan yang diraih menyakinkan peminat betapa Sang Kijang bakal terus berleluasa turun perlawanan menentang barisan pincang Negeri Sembilan. Tetapi sebaliknya berlaku setelah pemain Jang tidak mudah menyerah kalah malah memberikan pengajaran berguna buat Kelantan dengan corak permainan pantas dan tersusun. Kesemua jaringan gol Negeri Sembilan yang dijaringkan oleh pemain import mereka, Omowana, Idris Karim dan Kunalan berpunca dari kesilapan barisan pertahanan dan penjaga gol. Kelantan cuba membalas melalui jaringan Danny Antwi tetapi ternyata Negeri Sembilan menggunakan pengalaman pemain utama mereka untuk mendedahkan kepincangan barisan The Red Warriors buat kali pertama selepas empat perlawanan.
Kelantan 3-1 Perak

 
Perlawanan terakhir sebelum pulang ke Kota Bharu, Kelantan dan Perak bersaing sengit dalam rangka persiapan dan pemilihan pemain untuk didaftarkan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kelantan lebih bernasib baik kerana barisan pemain 80% "full team" mampu melakukan tiga jaringan berbanding pasukan lawan yang terpaksa berpuas hati dengan 1 gol daripada Shahrulnizam Mustapha. Beberapa percubaan Seladang terkena palang termasuk sepakan deras import dari Korea. Kelantan pula hanya mendapat peluang melalui dua sepakan penalti dan jaringan padang Indra Putra. Kehadiran beberapa pemain terbaru nyata menjadi inspirasi kepada Sang Kijang untuk mencatat keputusan positif.
  
Rumusan

The Red Warriors mendapat pendedahan berguna daripada KAFA untuk saingan musim depan dengan deretan persahabatan kelas A telah diatur pada permulaan pra musim. Lima perlawanan yang dilalui walaupun bukan bertemu kelab atau pasukan negeri yang besar, Kelantan menunjukkan prospek mampu mencapai sasaran pada musim depan. Walau bagaimanapun, keputusan persiapan ini tidak menjamin kejayaan berterusan kepada Sang Kijang dalam Liga Malaysia dan Piala AFC. Masih banyak kelemahan dan kekurangan yang harus diperbaiki terutamanya penyudah penyerang dan ketahanan pemain pertahanan dan kita serahkan kepada Peter Butler untuk cuba memperbaiki segala kekurangan itu dalam persiapan di Kota Bharu pula. -RedsfcNews-

Piala AFC 2012 : Kelantan Dalam Kumpulan H

Juara Liga Super Malaysia 2011, Kelantan diundi dalam kumpulan H untuk saingan Piala AFC pada musim depan.
 Undian yang dilakukan di Rumah AFC di Kuala Lumpur turut menyatakan satu lagi wakil Malaysia, Terengganu layak automatik selepas dua pasukan dari Indonesia dan China menarik diri dari menyertai Piala AFC.

Bersama Kelantan dalam kumpulan ialah Ayeyawady United, Navibank Saigon dan Arema Indonesia.

Ayeyawady United merupakan naib juara Liga Myammar di belakang Yangon United manakala Navibank Saigon FC turut layak ke AFC kerana muncul juara Piala Vietnam pada musim ini. Arema Indonesia pula merupakan naib johan Liga Super Indonesia pada tahun ini.

Menurut AFC, kejohanan peringkat kumpulan bagi kesemua perlawanan untuk pasukan yang bertanding pada kali ini akan bermula pada bulan Mac 2012. -RedsfcNews- 


 

Saturday, 3 December 2011

FAKTA: SEORANG REMAJA BERNAMA WAN ZAHARUL NIZAM

Pemain muda yang kini sudah menempa nama dengan skuad Harimau Muda A. Perjalanan Kecik boleh dikatakan begitu cepat dan pantas.

Dari seorang pemain yang hanya bermain di kampung dan terpilih menyertai skuad muda Presiden Kelantan, Kecik tampil dengan corak permainan begitu menawan sehingga menarik perhatian banyak pihak di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Wan Zaharul mempunyai skill menggelecek menarik dan ada pakej menjadi bintang di Malaysia pada masa depan. Kekurangan pemain ini ialah berbadan kecil tetapi mempunyai larian pantas bila mendapat bola.

Ketika berada dalam skuad Presiden, nama Wan Zaharul Nizam anak kelahiran Tumpat menjadi hangat kerana akan menjadi salah seorang pemain yang akan dibawa naik kedalam pasukan senior oleh ketua jurulatih. Rezeki sememangnya berpihak kepada Wan Zaharul Nizam apabila perlawanan pertama dengan Kelantan ketika melawan Kedah dihadiri Datuk K. Rajagobal dan selepas bermain selama 20 minit, dia terus diminta melaporkan diri untuk pasukan Harimau Muda.

Ya, hanya dalam 20 minit, Datuk K tertarik untuk memberikan satu tempat kepada Wan Zaharul bersama pasukan negara. Sehinggalah kini, dia antara nama yang diberikan peranan bersama skuad muda dan senior Malaysia ke pentas antarabangsa....Sumber http://www.facebook.com/pages/KELANTAN-The-Red-Warriors-Official

Friday, 2 December 2011

Contoh Teladan Seorang Kapten Kelantan


al-kisah dari tangga Masjid Muhammadi, salah satu masjid tertua dan tersohor di Kelantan. Masjid yang pernah dikeluarkan artikel tentangnya sebelum ini. Tidak lain melainkan al-kisah seorang pemain bola sepak Kelantan, atau dalam bahasa politik komersialnya, The Red Warriors, pemain yang baru sahaja mendapat cap pertama bersama skuad kebangsaan Harimau Malaya menentang kelab Liga Inggeris, Chelsea,  juga seorang kapten di tengah padang Stadium Sultan Muhammad IV, al-kisah pemuda ini dengan kerja amalnya di luar kotak penalti. Tidak akan di paparkan oleh Sinar Harian mahupun Kosmo! melainkan The Kelantan Times. Suatu petang Ramadhan apabila matahari menanda Asar sudah mengetuk pintunya, maka bersolatlah seluruh manusia di dalamnya. Pernah juga terkadang itu melihat kelibatnya solat berjemaah Asar & Isya’, kerana dikatakan rumahnya berhampiran dari sini. Usai solat, terduduk ditangga sedang membelek-belek helaian nashkah al-Quran yang berada dalam genggaman, maka, secara kebetulan terlihat pula nama pemilik yang mewaqafkan al-Quran tersebut.

Jika dilihat serampang dua mata, modus operandi-nya samalah seperti Frederic Kanoute, pemain kelahiran Mali yang berkelana di Sevilla, kelab La Primera Liga Sepanyol dengan kerja amalnya sebagai seorang Muslim. Kanoute telah membeli sebuah masjid untuk masyarakat di Sevilla untuk menyelamatkannya daripada ditutup, cerita Badhri Radzi tidaklah sehebat Kanoute, tapi ia cukup untuk membuka mata kita untuk beramal tidak kira siapa kita akan statusnya. Mohd Badhri Radzi atau Piya telah membeli puluhan naskhah al-Quran untuk diwaqafkan kepada jemaah Masjid Muhammadi Kota Bharu.

Satu usaha yang baik dari seorang pemain bola sepak, bah kan seorang kapten contoh anak tempatan di atas padang. Namun, usahlah dinilai melalui sumbangan material semata-mata, apa yang nampak dimata tidak sama yang terbit dihati, kerana keihklasan dalam memberi itu lebih mulia dari material yang disumbangkan, samalah seperti 10 Sen yang ikhlas lebih baik dari 1 Ringgit yang riak. Tapi, Badhri Radzi : Seorang kapten contoh ! sumber dari ,

The Kelantan Times

 Jarang -jarang kita dengar seorang kapten bolasepak menderma untuk tujuan amal.Tapi apa yang di lakukan oleh Piya bakal memberi tauladan dan contoh kepada peminat.penyokong,dan semua rakyat.Piya memang mudah didekati apatah lagi ramai majoritinya kanak-kanak minat benar dengan Piya sehinggakan fesyen rambutnya jadi ikutan mereka.Apa pun kawe memang sayang ko Piya sebab dia suka layan peminatnya,.

 kawe pun pernah bergambar dengan Piya kebetulan dia datang tempat kenduri yang sama.Bila nampak  Piya macam biasalah . . hehehe jangan jelous yeee.Apa pun jagalah diri baik-2 Piya,Banyakkan kerja amal untuk akhirat . .semoga terus berjaya dalam karier dan selamat maju jaya.



Wira Yang Tidak Didendang - Ismail Chawailit.

Anda kenal Ismail Chawailit, jurulatih penjaga gol yang sekian lama menabur bakti dengan pasukan Kelantan FA. Bukan sehari dua tetapi bertahun tahun menghamburkan bakti untuk melatih penjaga gol dari Negeri Cik Siti Wan Kembang menjadi antara pemain berkaliber luar dan dalam skuad kebangsaan.

Era kini, kesemua penjaga gol yang mencipta nama dengan pasukan Kelantan pernah berlatih dan menimba ilmu dibawah kendalian Ismail. Tidak kira Shahrizan, Nurhadi, Syed Adney dan Halim Napi. (Adney cipta nama di luar ttp semusim dgn TRW dia dilatih Ismail)

Paling mencuri tumpuan ialah latihan yang diberikan oleh Ismail kepada Khairul Fahmi Che Mat telah mengangkat penjaga gol nombor satu negara tersebut ke tempat sekarang. Dialah memberi tunjuk ajar kepada Khairul Fahmi menjadi pemain yang disegani sehingga ke rantau Asia. Dia juga yang membantu Khairul Fahmi menjadi antara pemain yang tidak takut dengan segala percubaan pasukan lawan ketika diatas padang.

Siapa Khairul Fahmi tanpa Ismail. Dari seorang penjaga gol yang menyepak bola dari garisan gol tidak lepas ke garisan tengah, dari seorang penjaga gol yang tidak mempunyai ketahanan dan fokus. Semuanya diajar dengan begitu baik Ismail untuk membolehkan Apex hadir ke kem skuad kebangsaan dengan cukup "Package".

Pasti orang tidak kenal Ismail kerana sikap low profile disamping tidak mempunyai nama besar seperti jurulatih pasukan lain tetapi pengalaman yang dimiliki beliau sudah dibuktikan kepada ramai pihak terutamanya penyokong setia pasukan Kelantan.

Biarpun Ismail tidak mahukan namanya menjadi sebutan tetapi RedsfcNews tetap "highlight" kepada semua bahawa dia juga merupakan wira kepada pasukan Kelantan dan antara jurulatih berkaliber yang pernah ada membantu penjaga gol Kelantan dikenali ke seluruh dunia. -RedsfcNews-

Asalnya Khairul Fahmi Che Mat

Fakta : Ini adalah Cerita tentang Khairul Fahmi Che Mat.
    Khairul Fahmi adalah produk Kelantan FA.. Dilatih oleh coach keeper Ismail Chaiwailit sehingga menjadi pemain bintang Malaysia ketika ini. Dari seorang bekas gk peringkat umur, Apek dirijek oleh coach Malaysia u19 sehingga balik ke Kelantan tanpa mempunyai apa2.. 
 
Kelantan mengontrakkan pemain ini utk Piala Presiden ttp langsung tidak menu...njukkan persembahan cemerlang.. namun Ismail tetap fokus mengajar APek dr segi ketahanan, kekuatan, mental, fokus utk game2 sehingga membuka mata coach TRW serap dalam team first game senior vs T-Team dimenangi Kelantan 1-0.. 
Selepas itu Apek mula bermain dengan cemerlang dan menjadi pilihan no1 dengan Syed Adney dan Shahrizan Ismail kehilangan tempat. Pernah kedengaran kata2 dr peminat Kelantan di Stadium. Gk mari mano ni, aii x yakin aku gakk kalu keeper ni, bodo doh la, bakpo g msk apek.. tp dia menepis segala komen tersebut sehingga menjadi pujaan peminat pada perlawanan sterusnya. 


Selepas dipanggil Malaysia, dia menjadi pilihan utama Raja pada AFF selepas Sharbinee tidak diyakini membawa Malaysia muncul juara.. Balik Malaysia, Coach Keeper Harimau Malaya naik nama kerana melatih Apek sehingga brjaya..
 
mana jasa dan hak Ismail selaku coach keeper apek di Kelantan sehingga terpilih kedalam skuad Malaysia.. ni adalah fakta, bukan auta.... haha..



Persahabatan: Kelantan 3-1 Perak



Kelantan yang turun dengan barisan terbaik berjaya mencipta kemenangan selepas menundukkan skuad yob 3 - 1 pada perlawanan persahabatan di Negeri Sembilan.
Pada perlawanan tersebut, Perak terlebih dahulu menguji kubu Kelantan menerusi tendangan percuma pada minit ke-8 namun berjaya ditumbuk keluar oleh penjaga gol Shahrizan Ismail.


Perak sekali lagi berjaya menguji pintu gol Kelantan pada minit ke-10 namun sepakan pemain Perak meliar ke kiri gawang gol.
Jaringan gol pertama Kelantan terhasil selepas Danny Antwi dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-12 dan beliau sendiri menyepak masuk untuk memberikan kelebihan 1 - 0 buat pasukan Kelantan.


Pada minit ke-17 Perak nyaris menyamakan kedudukan menerusi tendangan fahrulrazi kamaruddin namun percubaannya terkena tiang gol.
Pada minit ke-23 Kelantan membuat pertukaran awal memasukkan pemain import dari Ghana Okine dan mengeluarkan pemain import dari Afrika iaitu Habib.
Kelantan berjaya mendapatkan gol kedua pada minit ke-25 jaringan bekas ketua pasukan Kelantan Indraputra Mahyuddin yang pertama kali beraksi buat pasukan Kelantan sejak meninggalkan Kelantan pada akhir musim 2010. Gol ini terhasil dari gerakan Farhan Muhammed dan Badhri Radzi yang bijak melorongkan bola kepada Indraputra.


Malang buat Perak apabila percubaan pemainnya pada minit ke-34 sekali lagi gagal menemui jaringan selepas rembatan pemain Perak terkena palang gol.
Tamat separuh masa pertama menyaksikan Kelantan selesa dihadapan dengan kedudukan 2 - 0.
Pada separuh masa kedua, Kelantan membuat pertukaran mengeluarkan Danny Antwi, Indra, Farhan dan memasukkan penyerang harapan dari Lubnan iaitu Mohammed Ghaddar, Nurul Azwan Roya dan Ramzul.
Perak berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-61 hasil jaringan ketua pasukan Shahrulnizam Mustapha.


Penyerang tumpuan Mohammed Ghaddar sukar untuk membuat percubaan ke arah pintu gol Perak kerana kurang mendapat bantuan dari rakan sepasukan namun beliau banyak kali membuat gerakan menarik dan mempunyai kawalan bola yang kemas.
Minit ke-82 Kelantan hampir menambah jaringan namun rembatan Nurul Azwan Roya diselamatkan oleh penjaga gol Perak iaitu Nasril Nordin.


Walaupun ketinggalan namun Perak lebih banyak menggasak kubu pertahanan Kelantan pada 10 minit terakhir perlawanan.
Percubaan pemain import dari Ghana Okine menerusi rembatan jarak jauh minit ke 87″ tinggi melepasi palang gol.
Serangan Kelantan pada minit ke-89 ialah menerusi rembatan Ghaddar yang berjaya ditepis oleh penjaga gol Perak Nasril Nordin selepas Mohammed Ghaddar berjaya menewaskan tiga pertahanan Perak.


Pada minit-minit terakhir, Kelantan sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti selepas pertahanan Perak menampan bola dengan tangan di dalam kotak penalti dan Ghaddar tenang menyepak masuk untuk memberikan gol ke tiga buat Kelantan.


Tamat Perlawanan menyaksikan Kelantan 3 - 1 Perak. Perlawanan persahabatan Kelantan seterusnya ialah pada 10 Disember 2011 menentang T-Team di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.
Sumber: Kelantan FA

GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 



Thursday, 1 December 2011

Masalah misteri Nazmi Faiz Mansor

Institut Sukan Negara (ISN) akan menjalankan beberapa ujian ke atas pemain muda berbakat, Muhamad Nazmi Faiz Mansor bagi mengenalpasti 'masalah misteri' kekejangan otot yang membelenggu pemain itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Ramlan Abd Aziz berkata, pihaknya akan meminta pemain Harimau Muda itu untuk menjalani pemeriksaan lengkap yang merangkumi aspek kesihatan, fisiologikal dan biokimia dalam tempoh terdekat.
"ISN telah dimaklumkan oleh jurulatih Ong Kim Swee mengenai masalah yang dialami Nazmi dan kami akan memanggil untuk menjalani pemeriksaan menyeluruh.
"Biarlah Nazmi mendapat rehat secukupnya terlebih dahulu.
"Ada banyak kemungkinan berhubung masalah itu, namun untuk mengenalpasti masalah sebenar, ISN perlu menjalankan kajian berdasarkan hasil laporan pemeriksaan.
Menurut Dr. Ramlan, masalah itu bagaimanapun bukan sesuatu yang baru kerana sebelum ini ISN pernah dirujuk masalah seumpama yang berlaku ke atas beberapa pemain pelapis badminton dan hoki.
"Ia bukannya satu penyakit dan bukan untuk dirawat. ISN yakin dapat mencari punca sebenar masalah tersebut dan mengatasinya.
"Pada masa sama, janganlah kita terlalu mengharap dan menjangka daripada Nazmi, hakikatnya dia masih sangat muda," ujarnya.
Dr. Ramlan berkata, sebaik proses tersebut selesai ISN akan menyerahkan laporan kepada jurulatih di samping mengemukakan beberapa syor bagi mengatasi masalah Nazmi. 
petikan akhbar  Utusan Malaysia 01.12.11
 Harap sangat Nazmi dapat pulih sepenuhnya dan dapat bermain full 90 minit.ISN perlu memberikan Rawatan terbaik untuk Nazmi,Permata baru negara.Berusahalah Nazmi kerana setiap Penyakit ada ubatnya.

Norshahrul tak ikut jejak Safee

PENYERANG Terbaik 2011, Norshahrul Idlan Talaha tidak berminat mengikut jejak langkah rakan baiknya, Mohd Safee Sali berhijrah ke Indonesia meskipun mengakui menerima banyak tawaran lumayan beraksi bersama kelab Liga Super negara jiran itu.
Dia yang turut menerima anugerah Supermokh selaku Pemain Paling Bernilai pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 semalam menyatakan tidak tertarik untuk beraksi di Indonesia, sebaliknya lebih berminat untuk mewakili kelab di Vietnam atau Thailand.

“Saya mendapat banyak tawaran daripada kelab Indonesia sejak Safee mula berpindah ke negara itu. Tapi bagi saya sendiri, saya sebenarnya lebih berminat untuk beraksi di Vietnam atau Thailand.
“Buat apa saya mahu pergi ke Indonesia sebab kita lebih baik berbanding mereka. Sukan Sea pun kita boleh mengalahkan mereka. Kalau hanya sebab sokongan penyokong kelab di sana bagus, penyokong di Kelantan juga bagus,” katanya yang ditemui pemberita semalam.

Norshahrul, 25, yang turut senang disapa dengan panggilan Mat Yo mengakui dirinya masih mahu memberikan komitmen bersama juara Liga Super, Kelantan selepas menandatangani kontrak baru selama dua tahun.

Dia yang meledak 19 gol musim lalu bagaimanapun terkejut dengan anugerah Supermokh yang diterimanya itu kerana menjangkakan rakan sepasukannya, Khairul Fahmi Che Mat turut berpeluang cerah.

“Saya sebenarnya terkejut kerana menerima anugerah Supermokh yang pertama kali diperkenalkan tahun ini kerana Apek (Khairul Fahmi) beraksi banyak perlawanan. Apapun saya berterima kasih kepada rakan sepasukan yang banyak membantu,” katanya yang turut meraih dua anugerah sama tahun lalu.

Mengulas mengenai sasarannya selepas ini, Norshahrul mahu memberi fokus untuk membantu Kelantan merebut trofi di peringkat domestik dan juga dalam kempen kejohanan Piala AFC.
Malah dia turut berazam membantu skuad kebangsaan mempertahankan Piala AFF apabila Malaysia menjadi tuan rumah tahun depan serta muncul pemain paling bernilai kejohanan dwitahunan itu.

“Saya berharap agar Malaysia dapat mengekalkan kejuaraan (Piala AFF) dan sasaran peribadi saya adalah untuk merampas anugerah pemain terbaik kejohanan itu yang diraih pemain Indonesia, Firman Utina,” katanya.
Sumber Metro

Molek apa yang Matyo fikirkan . .Kami semua ucapkan terima kasih kerana terus kekal bersama Kelantan dan Semoga apa yang diidamkan akan terus dapat di kecapi oleh Matyo . .Syabas Matyo . .Gomo Klate Gomo!!!!!!!




Struktur semula Liga M : Annuar

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa berkata, struktur Liga Malaysia perlu dirombak bagi membolehkannya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
 
Beliau berkata, kelemahan struktur liga bola sepak tempatan menyebabkan badan induk bola sepak negara serta pemain Malaysia sukar mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Ramai yang tidak tahu, negeri serta pemain yang bermain di Liga Malaysia sebenarnya tidak layak bermain di Liga Juara-Juara Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).


“Di Eropah, pemain kita tidak layak menyertai kelab di sana disebabkan Liga Malaysia tidak diurus secara profesional,” katanya pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya, semalam.


Annuar berkata mengikut peraturan AFC pada 2009, Liga Malaysia sepatutnya diuruskan oleh sebuah entiti yang terdiri daripada gabungan kelab dan persatuan negeri yang bersaing pada liga berkenaan serta diurus secara profesional.


“Namun berdasarkan perbincangan dengan anggota gabungan FAM, pengurusan di peringkat kelab dan persatuan negeri masih ditakuk lama dan terus mengharap pemberian geran tahunan dari FAM,” katanya.


Katanya, jika kelab dan persatuan negeri gagal diurus dengan baik, kesannya dapat dilihat pada pemain-pemain yang dilahirkan.


“Sebab itu, pemain terbaik di Malaysia ini sebenarnya hanya bertaraf sederhana di Asia. Kerana itu juga pemain kebangsaan sukar mendapat tempat bermain di Eropah,” katanya.


Kenyataan Annuar itu merujuk kepada isu penyerang kebangsaan Safee Sali yang gagal mendapat permit kerja untuk bermain bagi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Cardiff City pada September lalu.


Masalah tersebut timbul berikutan pihak imigresen di United Kingdom mengeluarkan syarat pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datangnya dari negara di ranking 70 terbaik dunia.