Sunday, 18 December 2011

TRW Sasar Rekod Tanpa Kalah Liga



BUKAN sekadar laungan kosong, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), memasang impian membara bagi memastikan sasaran menyapu bersih empat piala dipertandingkan musim depan terlaksana.
Bukan itu sahaja, Kafa juga menetapkan visi kepada setiap pemainnya untuk memenangi semua perlawanan tanpa mencatatkan sebarang rekod kekalahanan bagi kempen Liga Super.
Kata-kata penuh azimat itu dilontarkan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa pada Majlis menandatangani program kerjasama Kafa-Happy dan penaja bersama The Red Warriors 2012 di Digi Telecommunications, Subang Hi-Tech, semalam.
“Kita memandang serius setiap cabaran yang bakal menjelang tidak lama lagi. Malah, saya menaruh keyakinan ingin melihat pasu­kan The Red Warriors sekali lagi menjejakkan kaki ke Stadium Bukit Jalil pada perlawanan akhir Piala FA yang dijangka diadakan April depan.
“Kalau boleh, saya mahu melihat pasukan Kelantan melakukan winning streak dalam semua perlawanan liga dengan dibantu dua tonggak import, Danny Antwi dan Mohammed Mahmoud Ghaddar.
“Malah, kami juga membawa obor negara apabila menyertai saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) nanti,” katanya.
Pada majlis sama, Kafa turut menandatangani penajaan bersama tujuh syarikat lain antaranya Sinar Harian, Al-Hamra, Masterskills, RW Plus Energy, Umbro, Warriors dan Yusmira.
Sementara itu, Annuar berkata, pihaknya amat berbangga apabila penaja Happy bersetuju untuk terus menyokong pasukan bola sepak Kelantan.
“Kami berharap kerjasama antara kedua belah pihak pada musim ini akan dikekalkan bagi membuahkan hasil yang lebih positif,” katanya.
Ditanya mengenai persiapan pra-musim yang dijalankan pasukannya, Annuar ternyata berpuas hati dan berharap momentum kemenangan dapat diteruskan menjelang aksi sebenar Liga Malaysia yang bermula awal Januari depan.
Sepak mula liga tempatan bakal menyingkapkan tirainya dengan Kelantan bakal menjadi tuan rumah untuk pertandingan Piala Sumbangsih menentang Negeri Sembilan pada 7 Januari depan di Kota Bharu.
Kelantan juga menempah slot beraksi di pentas antarabangsa bersama Terengganu dalam saingan Piala AFC yang dijangka berlangsung Mac depan

Petikan dari KELATE.net

Kelantan,Persebaya FC Berentap

JUARA Liga Super 2011, Kelantan bakal melayan kunjungan juara Liga Prima Indonesia (IPL), Persebaya FC bagi merebut trofi Yayasan Persahabatan Malaysia-Indonesia (Permai) dalam perlawanan pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada 23 Disember ini.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan, Datuk Ismail Md Nor berkata, perlawanan tersebut diadakan secara timbal balik di mana Kelantan akan menjadi tuan rumah pada perlawanan pertama.
“Perlawanan kedua akan berlangsung di Stadium Gelora, Surabaya pada 28 Disember dan majlis penyampaian hadiah trofi Permai akan diadakan sejurus perlawanan kedua tersebut berakhir.
“Dalam konteks hubu­ngan dua hala di antara kedua-dua negara, saya percaya ianya dapat dipertingkatkan menerusi penganjuran perlawanan ini.
“Malah perlawanan ini juga pasti menarik memandangkan bakal menemukan juara liga daripada kedua-dua negara terbabit.
Menurut Ismail, perlawanan ini merupakan anjuran bersama Liga Prima Indonesia (IPL) dengan Malaysia Super League (MSL) dan dipersetujui Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“Kelantan sudah pasti tampil dengan barisan ter­kuatnya termasuk empat pemain import, manakala Persebaya FC juga difahamkan mempunyai empat pemain import dari Brazil dan Australia. Selain itu, pemain skuad bawah 23 tahun Indonesia yang memenangi pingat perak dalam Sukan Sea lalu, Andik Vermansyah juga turut mewakili pasukan tersebut,” katanya.
Ismail berkata, tiket bagi menyaksikan perlawanan tersebut ialah RM12 bagi tempat duduk terbuka, RM15 (Astaka Dua), RM25 (Astaka Utama) manakala tiket kanak-kanak berharga RM5 akan mula di jual pada hari perlawanan nanti.
Pertemuan dua pasukan juara ini juga bakal disaksikan berjuta-juta peminat bola sepak di kedua-dua negara memandangkan ia akan disiarkan secara langsung oleh Astro, selaku penaja utama Liga Malaysia musim depan.

Petikan dari KELATE.net

Apa yang menarik wallpaper kawe di gunakan . .terima kasih . .rasa di hargai dan Grafik kawe akan teruskan
Go For More...........


Happy Penaja Utama Pasukan The Red Warriors Untuk Tahun Kedua


KAFA Turut Ditaja Tujuh Syarikat Lain
Shah Alam, 16 Disember 2011 - happy, satu-satunya jenama prabayar yang menawarkan kadar rata yang terendah di Pantai Timur, sekali lagi menjadi penaja utama pasukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan kontrak penajaan The Red Warriors bagi tahun yang kedua.
Penajaan untuk tahun kedua ini meliputi kesemua perlawanan pasukan The Red Warriors di dalam Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia, Piala Presiden, Piala FAM dan Piala Sumbangsih untuk musim 2012.
Perjanjian antara kedua belah pihak telah dimeterai dalam satu majlis menandatangani perjanjian kerjasama yang diadakan di Shah Alam hari ini. happy telah diwakili oleh Cheng Weng Hong, Ketua Pemasaran happy manakala KAFA diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Tuan Haji Azman Bin Ibrahim dengan disaksikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Annuar Hj Musa selaku Presiden KAFA.
Dimajlis ini juga, KAFA telah menandatangani perjanjian penajaan bersama tujuh syarikat yang lain seperti Alhamra, Masterskills, RW Plus Energy, Sinar Harian, Umbro, Warriors dan Yusmira.
Menurut Cheng, "Pengalaman positif bekerjasama dengan KAFA dan pasukan bola sepak Kelantan sepanjang tahun 2011 telah mendorong kami di Happy untuk berganding bahu sekali lagi dalam meningkatkan prestasi sukan bola sepak di Malaysia khususnya bagi pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang yang telah berjaya menjadi juara Liga Super musim lalu.

"Untuk musim akan datang ini, happy akan memeriahkan lagi suasana dengan menawarkan bonus istimewa kepada setiap ahli pasukan The Red Warriors untuk setiap perlawanan yang mereka menangi. Insentif ini adalah komitmen happy kepada pasukan bolas sepak Kelantan dan berharap ianya dapat menyuntik semangat setiap pemain dan terus bekerja keras untuk mencapai kemenangan," tambah Cheng.
Seperti penajaan sebelum ini, happy juga akan terus menyokong program pembangunan bola sepak remaja negeri Kelantan melalui program Akademi Alhamra Red Warriors yang diterajui oleh KAFA. Sejak ianya ditubuhkan pada awal tahun ini, seramai 240 orang remaja dibawah umur 17 tahun telah diberi latihan bola sepak oleh jurulatih-jurulatih yang dipilih khas oleh KAFA di akademi

YBhg Tan Sri Annuar Musa turut berkata, "kami amat berbangga apabila happy bersetuju untuk terus menyokong pasukan The Red Warriors untuk tahun kedua. Kolaborasi antara kedua belah pihak pada musim lepas telah banyak membantu KAFA dalam membangunkan sukan bolasepak di negeri Kelantan serta mencungkil bakat-bakat baru di kalangan generasi muda untuk memperkasakan lagi pasukan The Red Warriors. Kami berharap kerjasama antara kedua belah pihak pada musim ini akan terus  membuahkan hasil yang positif untuk semua yang terlibat".
Seperti musim lalu, terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan untuk membawa kemeriahan bola sepak kepada masyarakat negeri Kelantan. Untuk tahun 2012, para peminat The Red Warriors yang juga pengguna perkhidmatan prabayar happy boleh mengundi untuk membawa pemain pilihan mereka melawat ke sekolah atau komuniti mereka.
Untuk menguatkan lagi semangat para penyokong pada hari-hari perlawanan, pengguna perkhidmatan happy akan berpeluang untuk membuat panggilan dan menghantar SMS secara percuma kepada pelanggan happy yang lain. Mereka juga akan menerima berita-berita terkini dan eksklusif KAFA yang sentiasa dikemas kinikan.


Mengenai happy prepaid:
Dilancarkan pada tahun 2007, happy prepaid kini merupakan jenama mudah alih prabayar Malaysia yang menawarkan kadar rata yang terendah di Pantai Timur dan boleh diperolehi dari wakil-wakil jualan terpilih. Di pasaran lain, happy dijual di www.happy.com.my.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Azlyn Abdul Rahman 016 336 3327

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo


 Petikan Dari Laman Web Rasmi KAFA

7 Syarikat utama penajaan,Terima kasih kerana kesetiaan anda kepada TRW.Tahun depan sambung lagi yee. . Go For More....




Dua Stadium Impian Rakyat Kelantan

Kelantan akan mempunyai 2 stadium baru . .Percaya atau tidak . .belived..



"Tunggu dan kelihlah, ado kito gomo gi ado games gak" Inilah antara luahan kebanyakkan rakyat Kelantan di alam maya dan di kedai-kedai kopi ketika membicarakan isu dua stadium yang bakal dibina daripada KAFA dan kerajaan negeri. Mungkin luahan ini saja yang mampu mengurangkan harapan 100% rakyat Kelantan berikan kepada mana-mana pihak yang sedang merancang pembinaan stadium ini. Apa yang penting mereka semua bersetuju dan menyokong penuh pembinaan stadium.
Jika dilihat pada sejarah stadium Sultan Muhammad ke-IV yang dibina sudah hampir mencecah 45 tahun ini, fungsinya sudah melepasi tahap kegunaan sesebuah stadium dengan pelbagai aktiviti dan acara dilangsungkan dalam stadium ini. Kelantan memang perlu memiliki sebuah stadium atau lebih stadium baru memandangkan kemajuan sukan dan popularasi rakyat Kelantan makin meningkat selain kesetiaan penyokong Kelantan ini telah menyaksikan penyokong Kelantan menjadi penyumbang terbesar tiket Liga Malaysia iaitu 40% daripada kutipan keseluruhan tiket FAM 2011 yang dianggar mencecah lebih RM1.5 juta.
Malah sudah ada nada sinis mencadangkan Kelantan memiliki dua pasukan berbeza Kelantan United dan Kelantan City seperti Manchester City dan Manchester United, bagi pemerhati bolasepak Kelantan ianya bukan satu perkara yang pelik kerana Kelantan pernah memiliki banyak pasukan yang cemerlang serta digeruni lawan sebelum ini seperti pasukan JKR Kelantan, TNB Kelantan, PKINK, SKMK dan lain-lain. Tidak mustahil akan wujud dua pasukan yang kuat mewakili Kelantan dengan dua stadium tuan rumah yang berbeza. Perkembangan ini juga diharap dapat membuka mata kepada semua pelabur dan pemaju untuk menjadikan sebuah stadium impian menjadi kenyataan dalam tempoh 2-5 tahun akan datang. Pahat sudah berbunyi, kini tibalah tukul saling menyiapkannya.
Info Stadium:
1. Stadium Sultan Mohammed Ke-IV -Sekarang
Stadium Sultan Mohammed Ke-IV merupakan salah sebuah stadium yang terdapat di negeri Kelantan. Stadium ini mampu menampung sehingga 30,000 orang penonton. Ia terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu.

 2. Stadium Red Warriors - Baru (Nama stadium belum disahkan)

 Stadium Red Warriors itulah nama yang dipilih oleh kerajaan negeri Kelantan untuk stadium baru yang dianggar berharga RM120 juta dan boleh memuatkan 40,000 penonton, fasiliti terkini, kemudahan kompleks sukan lain  dan ruang solat yang lebih besar. Tapak yang dicadangkan di Bukit Merbau Pasir Putih Kelantan.




 3. Stadium Sultan Muhammad ke 5 - Baru (Nama gelaran dicadangkan THE FORTRESS)

 Gambar sekadar lakaran sahaja (Bukan gambaran sebenar rekaan yang dirancang)

Stadium yang dicadangkan ini kegunaan padangnya khas untuk sukan bolasepak sahaja dan akan diuruskan sepenuhnya oleh KAFA. Masih dalam proses merekabentuk plan mengikut kesesuaian KAFA oleh sebuah syarikat yang akan berkerjasama dalam membangunkan stadium ini. Dimaklumkan stadium ini akan mendapat bantuan kerajaan pusat dan dibantu syarikat swasta. Pengumuman dan majlis pecah tanah dijangka akan berlangsung pada awal tahun 2012. Kapasiti penonton 40,000 orang.
Status Facebook Tan Sri Annuar Musa:
Mari kita berangan.....STADIUM KITA NAMANYA "STADIUM SULTAN MUHAMAD V"-home of the REDWARRIORS .....NICKNAME STADIUM KITA "THE FORTRESS".....konsep rekabentuk modern contemporary...high-tech materials..berbumbung sepenuhnya...tempat duduk 40,000..dilengkapi WARRIORS MALL,HALL OF FAME,4 surau,CAFES,PLAYERS SUITES,CORPORATE BOX,BANQUET HALL,SEMINAR ROOMS,WARRIORS SPA,SPORTS THERAPY CENTRE..etc etc


Tan Sri Annuar MusaPukul 4 ptg ni bersambung lagi presentasi reka bentuk THE FORTRESS..SILA KEMUKA PENDAPAT ANDA...APA YG ANDA MAHU LIHAT ADA PADA STADIUM BARU TRW...munkin pandangan anda boleh membantu rekabentuk yg lebih functional lagi...TRW...team kita..stadium kita...!!
Bagi seluruh pemerhati dan penyokong bolasepak Kelantan, mereka melihat isu ini dengan positif dan bersyukur bolasepak Kelantan kini sudah memasuki era urbanisasi dan revolusi ke arah bolasepak eropah. Dikala pasukan-pasukan negeri lain dalam Liga Malaysia masih lagi memikirkan mensubsidi tiket stadium dan stadium untuk menarik jumlah kehadiran penyokong ke stadium, di Kelantan jumlah kehadiran bukan lagi masalah besar bagi mereka kapasiti stadium melebihi permintaan yang ingin diselesaikan oleh KAFA dan kerajaan negeri. Kerancakan bolasepak Kelantan ini merupakan kebanggaan yang tidak ada di negeri lain sejak 3-5 tahun yang lalu malah kerancakan ini makin luar biasa di Kelantan.
Fenomena awang import mungkin akan menambah lagi keghairahan rakyat Kelantan untuk menonton secara dekat kesemua pemain Kelantan yang dikhabarkan tiada lagi diklasifikasikan sebagai kesebelasan utama kerana semua pemain boleh disenaraikan sebagai pemain utama dalam setiap perlawanan selain Kelantan akan mengharungi saingan AFC buat julung kali dalam sejarah penubuhannya. Namun sedikit teguran untuk penyokong Kelantan supaya tidak mengulangi kesalahan yang ditegah oleh KAFA, FAM, AFC dan FIFA, diharap tidak berlaku penyokong Kelantan bakal didenda AFC pula.
Sekarang bukan lagi masa rakyat Kelantan dibuai angan-angan politik semasa, bagi mereka ada duit jalan saja kalau tiada wang baik diam. GOMO KELATE GOMO.....Semoga impian stadium baru ini menjadi kenyataan........InsyaAllah...Amin
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Petikan dari Laman Rasmi KAFA.

Kalau semua dah siap . .kita perlukan satu lagi pasukan mungkin Kijang Worriors . .heheh sebab stadium ada 2  . .jadi team pun kena ada 2 . . . Gomo lahh kot mano pun janji stadium kembar akan sama-sama lahir . .walau pun lain mak dan bapaknya . .heheh . .  Go For More


Saturday, 17 December 2011

TRW Grafik caming back

Terima lah wall yang khas di tujukan untuk Piala Permai 2011.Tiba -tiba datang idea.Terima kasih di ucapkan kepada FAM walaupun kita selalu kutuk tapi dengan Piala antara benua ni yang di wujudkan oleh FAM kawe rasa kita bertuah kerana boleh menaikkan mutu Bolasepak kita.Dan Lawannya bukan calang-calang Juara Liga Indonesia.Kelantan tak gentar kita ada pemain yang hebat.TRW memang tak gentar kerana kita ada Penyokong yang terhebat di Malaysia.


 Salah satu dari ramai yang kawe minat adalah Farhan . .Tapi nombor jersi ni berdasarkan apa yang di pakai oleh Farhan dan belum murtamad.Kawe suka skill dia dan ada stail dan kelas.Dia nampak berdisiplin dan menghargai penyokong.Terima kasih Farhan.Sebagai tanda Terima kasih pada Farhan.




Siapa yang ambil wall dari blog kawe ni terima kasih banyak-2.Kita harap Piala Permai akan jadi Piala Sulung skuad 2012.GO FOR MORE!!!!!!

Kenali RW Plus Energy Penaja Baru TRW 2012

 Ramai yang tertanya-tanya mengenai desas-desus penajaan RW Plus Energy dan ingin mengetahui siapa pemilik syarikat ini yang sanggup berkerah tenaga dan wang ringgit demi menjadi antara penaja utama yang bakal tercetak di jersi The Red Warriors 2012 ini.
RW Plus Energy adalah sebuah syarikat beralamat di Tanah Merah Kelantan membekal dan mengedar air mineral yang ditambah tenaga. Syarikat ini dimiliki oleh Norashikin Che Omar (gambar: tengah) dan rakan-rakan.
Puan Norashikin Che Omar, mungkin ramai yang sudah mengenali srikandi The Red Warriors yang begitu aktif serta komited dalam mengadakan program bersama komuniti di sekitar lembah Klang sewaktu bersama kelab-kelab penyokong Kelantan dulu.
Menceritakan pengalamannya, beliau kini dengan semangat yang membara untuk terus menabur bakti pada skuad kesayangannya, Puan Norashikin bersama rakan memasang tekad untuk menjadi penaja utama. Idea bermula daripada berbual kosong sambil minum di sebuah restoran, Puan Norashikin mengumpul segala kemampuan kewangan yang ada bersama rakan untuk menjadikan sebuah impian jadi kenyataan.
Puan Norashikin ketika ditemui memberitahu "kami merasa bangga kerana RW Plus Energy terpilih antara penaja utama KAFA meskipun pada awalnya permohonan ini melalui proses pemilihan yang sukar daripada pihak KAFA. Saat-saat yang dinantikan oleh kami telah pun tiba. Kami bukan sahaja menaja pasukan The Red Warriors 2012 dengan produk kami, kami juga berharap peminat The Red Warriors dapat bersama kami menyumbang kepada KAFA dengan membeli air mineral semulajadi ini pada harga pengenalan yang ditawarkan untuk 500ml dengan harga RM2.00 , ianya berbeza jika anda membeli air mineral lain yang tidak menyumbangkan kepada KAFA. Kami juga menawarkan komisen yang berpatutan sekiranya ada rakan niaga berminat menjual produk kami."
Nantikan kemunculan produk ini bersama kemunculan The Red Warriors 2012. Semoga semangat yang ditunjukkan barisan pemilik syarikat ini menjadi pendorong lebih ramai anak muda sedia menjadi penaja dan berbakti kepada bolasepak Kelantan mengikut kemampuan mereka. Semoga The Red Warriors terus cemerlang dan gemilang.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Norashikin (014-265 1578)

Petikan dari Portal Rasmi KAFA.

satu lagi merchades perniagaan baru oleh TRW.Bolasepak adalah satu industri dan perlukan produk-produk yang menarik dan berkualiti . .GO FOR MORE!!!!


Format Liga Malaysia 2013-2016 Diumunkan.

Kelana Jaya, 16 Disember 2011, FAM hari telah bersidang dan memutuskan perkara seperti berikut
Liga Malaysia 2012
Liga Super 2012 (14 pasukan)
Pasukan tempat ke 1-10 kekal di Liga Super 2013
Pasukan tempat ke 11, 12 dan 13 bermain playoff ke Liga Super 2013
Pasukan tempat ke 14 diturunkan ke Liga Premier 2013

Liga Premier 2012 (12 pasukan)

Juara Liga Premier 2012 Layak ke Liga Super 2013
Pasukan tempat ke 2 bermain playoff ke Liga Super 2013
Pasukan tempat ke 3-7 kekal di Liga Premier 2013
Pasukan tempat ke 8, 9 dan 10 bermain playoff ke Liga FAM 2013
Pasukan tempat tempat ke-11 dan 12 dikeluarkan dari Liga Premier 2013

Playoff Ke Liga Super 2013 (1 tempat) secara kalahmati

1. Pasukan tempat 11, 12 dan 13 Liga Super 2012 (3 pasukan)
2. Pasukan tempat kedua Liga Premier 2013 (1 pasukan)

Playoff Ke Liga Premier 2013 (2 tempat) secara kalahmati

1. Pasukan tempat ke 8, 9 dan 10 Liga Premier 2012 (3 pasukan)
2. Pasukan tempat kedua Liga FAM 2013 (1 pasukan)
3. Juara Liga FAM 2012 layak secara terus ke Liga Premier 2013

Piala Malaysia 2012 (16 pasukan)

12 pasukan Liga Super dan 4 pasukan Liga Premier di bahagikan kepada 4 kumpulan dengan 4 pasukan satu kumpulan

Liga Malaysia 2013-2016

Liga Super (12 pasukan)

Liga Premier (12 pasukan)


Piala Malaysia 2013 (24 pasukan)

12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Premier di bahagikan kepada 6 kumpulan dengan 4 pasukan satu kumpulan. Juara kumpulan serta dua pasukan terbaik naib juara kumpulan layak ke suku akhir,

*Keputusan ini tidak membabitkan Lions XII dan Harimau Muda B yang dikecualikan dari naik turun liga

Selepas format 12 pasukan kedua-dua liga sudah stabil musim 2012, turun naik liga hanya membabitkan dua pasukan tercorot Liga Super dan dua pasukan teratas Liga Perdana tanpa memerlukan sebarang aksi playoff.

petikan http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/

Sokong Biar Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Petikan dari Portal Rasmi KAFA :  
http://theredwarriors.com/
 
 

Wallpaper grafik dah di pos Kelantan Fa

Terima kasih admin Kelantan FA . . rasa nak kongsi banyak lagu grafik yang telah ,sedang dan akan di buat.Yang menariknya . .ramai yang dah share ,copy ,like . .rasa apa yang di buat selama ini di hargai . .buat dengan hati yang tulus dan memang di buat khas untuk The Reds Warriors.Pge view tiba-2 naik 60%.

Kelantan FA
Do you ready for 2012?
Graphic by http://poknikmu.blogspot.com/Ingin berkongsi apa-apa bahan & maklumat seperti ini, sila hantarkan ke email kami: fanpageskelantanfa@gmail.com TQ



· · · about an hour ago ·

  • You, Waja Timur and 141 others like this.
  • 2 shares2 shares

      • Mohd Aizat II semart lh gmbr kelantan kito ny same ny doh tuka bru dh

      about an hour ago ·


    • about an hour ago ·


    • about an hour ago ·

    • Wan Fazlimi u are ready.....
      about an hour ago ·

    • Abe Ef Klate Niño keno sedoh ko kije pecoh cengkerang lu penyu....hahahhahah
      about an hour ago · · 2

    • Hadzli Ley gomo klate gomo
      about an hour ago ·

    • Amjad Awang ‎2 star dah... hoho
      about an hour ago ·

    • Redoyie Ismail Penyu nak pijak kijang kot mana... Kaki pun pendek... Hahahaha
      about an hour ago · · 3

    • En Shah gomm molek penyu.......nyo guling ko kijang gak...jawabnya 4 4 kaki la alah ke atah....kekais kekaias la jawabnyo.....lucu penyu hahhahaa
      about an hour ago ·

    • Poknikmu Long kemah admin . . terima kasih . .gomo sedap blako
      16 minutes ago ·

    • Azlan Mohd Zain kulit keras mana sangat gat klu penyu...hahaha kijang tu, klu ikut asal usul ula selor putus palo..beringat tu...
      5 minutes ago ·
 ni lah yang di paparkan . .tapi nak jeas kena tengok Kelantan Fa facebook.kawe Gomo dohh koho-koho . .yang lain kita serahkan kepada worriors-worriors kita.  .GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!


Thursday, 15 December 2011

Jadual Piala Fa 2012 dah dapat

Piala sumbangsih 2012 merupakan Piala charity . .yang mana sebahagian kutipan tiket pada malam itu akan di sumbangkan kepada badan-2 kebajikan yang terpilih.Dan tiada kiraan mata untuk liga bagi perlawanan ini.Ini semata-mata Satu piala.
Piala Fa pula akan di mulakan  seawal bulan Febuari dan akan berakhir pada bulan Mei 2012.Jika di lihat pada undian semalam Kelantan mempunyai sedikit kelebihan jika dapat kekalkan keserasian dan mengekalkan prestasi terbaik setiap perlawanan.





 Pusingan Pertama – (18 Feb 2012) Pusingan Pertama – (10 Mac 2012) Suku Akhir 1 – (24 Mac 2012) Suku Akhir 2 – (27 Mac 2012) Separuh Akhir 1 – (21 April 2012) Separuh Akhir 2 – (01 Mei 2012) Akhir – (19 Mei 2012)

jika di lihat persaiangan kita untuk ke Quater final kita dilihat tiada masalah sangat cuma yang  Semi final kawe meramalkan salah satu dari 3 pasukan ini akan bertemu kita.Kedah,PKNS dan Felda United.Tapi di sebelah group A . pesaiangan Antara Terengganu, ATM, N.9 dan Selanggor.Kumpulan maut ...Apa pun selamat maju jaya kepada semua yang bertanding.Kelantan Semifinal Confirm . ...

Grafik baru lagi...

Masa tak ada bola ni memang tak tahu apa yang buat, kita ada kerja tambahan nak di buat . .tapi ini lah hasilnya.Dan bila di lihat dari persiapan TRW kawe yakin kita akan dapat mencapai KPI yang di letakkan.2012 Kelantan di jangka sekali lagi menmpa sejarah gemilang.Harap ada sejarah yang lebih manis jika kita berjaya dalam AFC.
nanti kawe buat lagi yang menarik untuk .blog ini bukan sekadar nak beri pandangan malah satu diary bagi penyokong tegar The Reds Warriors.Cuma Idea kadang-2 susah nak di tafsirkan jika kita tak lihat sendiri perlawanan Bolasepak.Kita Sokong dengan Bijak  . .kita lihat dan kita lemparkan apa yang kita ada . .itulah bloggers.

Monday, 12 December 2011

Grafik TRW 2012

Berdasarkan kemenangan atas TTeam marin  . .mari idea nak buat grafik smula.Lama tinggal nak sudah lebih kure 2-3 jam so wallpaper.Wak alain pun ada tapi nanti lah dulu .Kawe buwe 3 jah  . .akan datang Insyaallah kawe buwe lagi nehh.
Wak edisi startting ada sleck sikit jah . .tapi boleh lahh.Wallpaper nih tak silap 1440 x 900 atau 442kb agak besar sikit tak ingat nak comel saiz 1200 x 800.Tapi tak po Tan Sri senyum comel tambah dengan spek hitam tu.Pah tu Haji dgn Butler dok atur strategi kemah team lagi.

Wakk edisi ke dua nii,ado jugak braso sedap kelik. ..tak serabuk mano sebab cuma ada peta jah extra pah tu wakk bunga tepi tu kan kelantan negeri sebesar kebun bunga . .cehh wahhh.Try lahh letak di desktop wallpaper braso tak sakit mato dohhh.saiz 1360 x 768 comel sikit 695kb.Kawe brehi wall paper color hitam nak cari lain payoh sebab pakat nak beham color merah.
wakk no 3 nih rasa nak we amaran sikit ko team lain . .kita ada 3 striker nak jadi kembar sikit lagi.Pahtu baru tringat nak letak brand kawe.Wakk atas tak ingat lansung dohhh.Tapi wakk ni kena letak namo baru ore lain gerun sikit . . .nama antwi jah salah ejo  . .jadi atwi . .maaf lahh nehh tak se nak repair dohh sebab ori.Saiz wak nii1200 x 911.Molek dohh untuk wallpaper desktop.409kb.Pilih lah braso kene wakk mano.


Lepas ni kawe ejas sedap wakk lain plokk . .sumber tak brapo nak ado sebab baru pra musim . .tapi kalu ada masa kawe buat lain plokk.Wakk mano kejo negeri ore tu ...tebin sikit kat wall di desktop  . .biar ore lain dengki sikit ko kito . .ko ghano set kito . . .macam biasa lahhh  . .GO For More!!!!!!

Sunday, 11 December 2011

TRW Semakin Mantap dan Menghiburkan.

Taktikal Peter James Butler pada separuh masa pertama perlawanan pra musim melawan T-Team FC di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu begitu mantap dan menghiburkan semua penyokong yang hadir.


Rata-rata penyokong yang berada di stadium juga turut memuji barisan pemain yang diturunkan Butler merupakan barisan termantap The Red Warriors selepas tiga tahun bersaing di peringkat tertinggi.

Apa tidaknya, deretan serangan pantas, pergerakan pemain barisan depan begitu variasi selain kekebalan benteng menyerap asakan pelawat memberikan Sang Kijang kemenangan 2-0.

Biarpun terlepas banyak peluang melakukan jaringan, ia langsung tidak menjadi permasalahan kerana masih boleh diperbaiki dari masa ke semasa.

Paling membanggakan, selepas satu tahun akhirnya Butler dapat menerapkan kembali taktikal kepada pemain agar lebih merbahaya melalui situasi bola mati seperti sepakan sudut yang kelihatan sudah kehilangan bisa pada dua musim terdahulu.

Kawalan bola, kelajuan, skill individu menarik dan paling utama, sikap positif yang ditampilkan sepanjang 45 minit separuh masa serta 15 minit masa kedua memberikan satu sistem menarik untuk dikekalkan sehingga penghujung musim 2012.

Tidak mustahil, Sang Kijang mampu melangkah lebih jauh serta menepati sasaran awal pihak pengurusan pada musim depan jika mereka dapat mengekalkan disiplin seperti yang dimahukan ketua jurulatih. -RedsfcNews- 

Inilah yang kita mahukan dari Team kesayangan kita.Semoga kita akan bertambah koleksi dan dapat mencapai sasaran 4 Piala 2012.


Friday, 9 December 2011

KAFA mula resah

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menaruh harapan tinggi agar perlawanan pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dapat dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu pada Mac tahun depan.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, meskipun peluang untuk beraksi di tempat sendiri agak tipis berikutan beberapa kemudahan di stadium yang telah berusia 44 tahun itu gagal memenuhi syarat AFC bagi melangsungkan kejohanan berkenaan, namun beliau masih menaruh harapan impian tersebut tercapai.
"Seboleh-bolehnya saya mahu Kejohanan AFC berlangsung di Kota Bharu. Tetapi persoalannya bolehkah kita bermain di sini memandangkan kita masih tidak dapat memenuhi pelbagai syarat yang diletakkan oleh pihak AFC.
"Saya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim, banyak soalan yang perlu kita isi pada borang AFC, namun sukar untuk kita jawab. Misalnya bolehkah tahap pencahayaan stadium kita mencapai 1,200 lux sedangkan ketika ini hanya sekitar 800 lux sahaja.
"Begitu juga dengan scoreboard (papan markah elektronik) yang sampai sekarang tidak dibuat sejak setahun lalu.
"Memang kita dukacita, bukannya isu besar pun soal scoreboard tetapi sampai sekarang gagal dipasang. Saya akan minta Setiausaha Agung kemukakan rayuan kepada pihak AFC," katanya.
Dalam majlis undian Kejohanan AFC yang berlangsung di ibu negara tiga hari lalu, Kelantan selaku juara Liga Super musim ini diundi dalam Kumpulan H bersama dengan tiga lagi pasukan iaitu Navibank Saigon (Vietnam), Arema Malang FC (Indonesia) serta Ayeyawady United FC dari Myanmar.
Menjawab maklum balas pihak kerajaan negeri mengenai perkara tersebut, Annuar enggan mengulas lanjut, sebaliknya meminta pihak media menanyakan sendiri perkara tersebut kepada pihak berkenaan.
"Saya tidak mahu komen lebih lanjut. Yang saya tahu kita kena ada stadium kerana orang Kelantan hendak tengok bola. Kalau tidak ada pilihan, mungkin kita terpaksa cari stadium lain seperti Stadium Nasional di Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam," jelasnya.
Sementara itu mengulas mengenai kontroversi yang melanda penjaga gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat, Annuar menganggap itu sebahagian daripada proses biasa yang terpaksa dilalui oleh seseorang yang mula mendapat populariti ketika ini.
"Saya fikir itu merupakan satu proses yang biasa, apatah lagi dengan kewujudan pelbagai ruang alam maya seperti Facebook dan Twitter ini. Beliau perlu bijak menangani sendiri setiap isu yang melandanya.
"Dia ada keluarga, ada majikan, ada negeri. Yang pasti dia perlu jaga nama baik ketiga-tiga itu. Saya memang bercadang untuk berjumpa dengan beliau sekeluarga selepas ini," ujarnya.
sumber kosmo..........