Monday, 14 January 2013

T-TEAM CALAR EGO KELANTAN



KUALA TERENGGANU – Kelantan gagal meneruskan rentak cemerlang setelah tewas 0-1 kepada T-Team dalam aksi perlawanan kedua Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, petang semalam.
Enam kad kuning dilayangkan pengadil, empat untuk T-Team dan dua Kelantan dalam perlawanan menyaksikan ketumpulan jentera serangan diterajui pemain import, Keita Mandjou terus menjadi bahan kecaman 2,000 penyokong setia The Red Warriors.
Pasukan tuan rumah yang melakukan sepak mula dikejutkan dengan percubaan awal pemain Kelantan apabila Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi melepaskan rembatan di luar kotak penalti namun sedikit tersasar pada minit pertama perlawanan.
T-Team yang mendapatkan sokongan hampir 12,000 peminat tempatan bagaimanapun mengejutkan anak buah Bojan Hodak apabila memperoleh jaringan pertama sekali gus gol kemenangan pasukan tersebut pada minit kelapan perlawanan.
Kelekaan benteng pertahanan Kelantan dihukum apabila hantaran lintang pemain sayap, Ahmad Syamim Yahya membolehkan Mohd Aizulridzwan Razali yang tidak dikawal di dalam kotak penalti melepaskan rembatan leret ke penjuru sebelah kanan untuk gol kemenangan mereka.
Selang tujuh minit, pasukan kendalian Peter Butler sekali lagi mempunyai peluang untuk terus menjarakkan kedudukan menerusi hantaran silang Mohd Yusri Abas namun Muhammad Muinuddin Mokhtar mensia-siakan peluang apabila merembat tinggi melepasi gawang Kelantan.
Begitu pun, The Red Warriors kembali memberi saingan apabila sepakan percuma Zairo Anuar Zalani nyaris menghasilkan gol saguhati kalau tidak kerana tandukan pemain pertahanan tuan rumah, Mohd Nuraliff Zainal Abidin ke gawang sendiri tersasar empat minit kemudian.
Tidak ada gerakan berbahaya dicetuskan pemain Kelantan malah sumbangan penyerang import Keita Mandjou ternyata cukup mengecewakan penyokong setia yang bertandang ke Kuala Terengganu semalam.
Kekalahan itu ternyata memberi tamparan hebat buat pengendali Croatia untuk menyediakan pasukan mantap dalam tempoh tiga hari kerana bakal bertemu pasukan paling mahal, Johor Darul Takzim pada perlawanan ketiga di Kota Bharu, Selasa ini.

Petikan dari Klate.Net

Perlawanan yang berlansung di Kuala Terengganu.Sepatutunya kawe ke ada di sana semasa perlawanan tetapi ada hal yang mustahak dan kawe tidak mempunyai kesempatan berada di sana.Kawe menjangkakan kita boleh mendapatkan sekurang-kurang nya 1 mata dari tiada mata lansung namun apa yang boleh di katakan.DI khabarkan juga berlaku pertelingkahan mulut antara Butler dan Bojan.Aksi panas.Tapi mungkin kita lupa 2012 kita juga tewas pada pasukan yang sama.Apa-apa pun kawe mengharapkan TRW jadikan perlawanan menentang JDTFC selasa ini sebagai turning Point untuk kita kemabali ke Track....Landasan untuk kejayaan.




GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!


Saturday, 12 January 2013

KELANTAN RAIH KEMENANGAN TIPIS




Kota Bharu, 9 Jan - Skuad kendalian Bojan Hodak, Kelantan terpaksa berhempas pulas sebelum menang tipis 2-1 mengatasi PKNS FC, dalam aksi pembukaan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Pasukan pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah, apabila ketua pasukan PKNS FC, Helmi Rameli menjaringkan gol pendahuluan menerusi sepakan percuma cantik menewaskan Khairul Fahmi di gawang Kelantan.
Tersentak dengan gol pendahuluan pelawat, Kelantan bangkit menyusun serangan ke kubu lawan dan akhirnya ketua pasukan, Piya menjaringkan gol buat Kelantan. Gol berpunca dari rembatan Haris Safwan Kamal yang menggegar palang PKNS FC sebelum bola yang melantun ke arah Piya disempurnakan untuk gol penyamaan tuan rumah.
Di saat perlawanan hampir berkesudahan seri 1-1, Zairul Fitree muncul wira pasukan Kelantan selepas menjaringkan gol kemenangan di masa tambahan berpunca dari sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin.
Tamat perlawanan, Kelantan berjaya meraih tiga mata berharga di gelanggang sendiri mengatasi PKNS FC, 2-1. Untuk perlawanan seterusnya, Kelantan akan bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah, menentang T-Team FC, Sabtu ini.

Pertikan dari laman web rasmi TRW

Bojan menurunkan pemainan biasa TRW 4-4-2.Tapi kadang-kadang banyak kali tengok jadi 4-4-1-1.Nampaknya susunan pemain di barisan pertahanan ada sedikit perubahan di mana Daudsu di letakkan di bahagian asal iaitu sebelah kanan dan Shahrul Azim bermain bersama Obinna.ZAirul fitree di letakkan di bahagian kiri.Pertahanan kita tampak kukuh hari ini dengan serangan dapat di patahkan.Barisan tengah pula di kemudi oleh Shakir dan Piya.Bermain seperti biasa dan relax. Tempo kita sedikit perlahan.Farhan dan Indra bermain di sebelah sayap dengan Keita di gandingkan dengan Haris Safwan.
 Banyak kali kita lihat kegagalan Keita sebagai Target man.Ini bakal memberikan masalah kepada perlawanan akan datang.Apa yang Keita nak pun kita tak tahu.Macam main sorang pun ada Keita nii.Peluang Terhidang tidak di menfaatkan.Sesuatu perlu di lakukan oleh Bojan kerana dia sendiri mengambil Keita dan Bukannya Petratos.Bukan nak pertikaikan Bojan tapi untuk Keita kembali ke tahap terbaik mengambil masa yang panjang.Risiko kita kena hadapi di permulaan.Pemain nampak agak lemah semangat bila ruang yang baik di berikan masih juga dia gagal sudahkan.
 Jaringan dari Piya meletakkan kita di hadapan namun freekick cantik dari PKNS menyedarkan kita dari lamunan.Namun rembatan baik Zairul Fitree menyelamatkan kita dan berjaya meraih 3 mata.Perlawanan pertama menang dengan tipis.Apa-apa pun selamat berjuang TRW...semoga Terus berjaya dalam perlawanan demi perlawanan.



 

Sunday, 6 January 2013

PIALA SUMBANGSIH: BOJAN KECEWA PRESTASI PEMAIN



JURULATIH  Kelantan,  kecewa dengan persembahan pasukan bimbingannya pada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyaksikan The Red Warriors tewas, semalam.Katanya, walaupun mereka mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa kedua, namun anak buahnya gagal meningkatkan tempo permainan.
."Saya akui gol Indra Putra Mahayuddin pada awal separuh masa kedua telah menaikkan moral pemain.“Namun kelekaan benteng pertahanan pada saat-saat akhir menyebabkan kita gagal untuk mencatatkan kemenangan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.Misi Kelantan untuk mencari piala keempat nyata gagal apabila tewas kepada ATM menerusi sepakan penalti 3-4.
Dalam pada itu, Bojan turut menegaskan bahawa beliau ingin melupakan kekalahan semalam dan kembali fokus dalam saingan Liga Malaysia yang akan bermula minggu depan"Saya tidak mahu terlalu memikirkan kekalahan ini kerana yang lepas biarkan lepas.“Apa yang penting sekarang adalah fokus bagi menghadapi Liga Super pada Rabu depan menentang Selangor PKNS di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Baharu,” jelas beliau yang turut menyifatkan kekalahan ke atas ATM akan menjadi pengajaran awal buat pemain bagi mempersiapkan diri menghadapi perlawanan seterusnya.“Saya harap pemain akan bangkit pada perlawanan menentang PKNS nanti dan jadikan kekalahan ini sebagai satu pengajaran yang berguna,” jelas beliau.

Petikan dari Sinar Harian.


Apabila kita tengok first eleven malam tadi.Gandingan 5 pemain di bahagian tengah  Shakir,Piya,Zairul,Farhan dan Indra ini menjadikan formasi 4-3-2-1.Satu percubaan formasi baru bagi Kelantan mungkin Bojan Mahu mengatasi masalah Penyerang kerana kalau di lihat dari segi perlawanan persahabatan ternyata Keita Manjou masih belum dapat membuka kelebihannya lagi.Mungkin kita perlu memberi masa dalam 3-4 perlawanan lagi.Keita Terlalu inginkan bermain untuk liga Malaysia mungkin Bojan ingin memberikan Peluang buat Keita sehingga habis pusingan pertama Liga Super.Mungkin selepas itu baru di buat penilaian kembali.Separuh Masa pertama melihat formasi baru nampak seakan belum serasi dan  Kelibat penjaga Gol pelapis kita Syazwan cukup mendebarkan.Semua bercakap pasal tempo perlawanan dan ada yang kata tidak sedap tengok.Cuba kita fikir,memang lah jauh bila liga berakhir dan baru bermula.Tirai 2013 baru di buka.Dengan tektikal baru dan Pemain baru memang mereka perlukan masa untuk menyesuaikan tektikal dan serasi serta sefahaman antara satu sama lain.Syazwan bermula dengan mungkin agak gemuruh dan selepas itu baru nampak dia selesa dengan keadaan.

 Penjaga gol kita Syazwan patut di beri peluang dan mungkin kita perlu buat giliran.Jika lawan team yang agak ringan dan kita mungkin boleh gunakan penjaga gol berbeza.Mungkin ada kebaikan jika ada yang cedera atau bermain untuk skuad kebangsaan.Kawe nampak Syazwan boleh di katakan penjaga gol yang baik.kerana beberapa percubaan ATM dia dapat menangkap dengan kemas.Cuma semasa dia salah faham dengan Rizal Fahmi mungkin masa tu dia masih mencari keselesaan.Maklumlah tidak pernah bermain untuk perlawanan yang tinggi.Mungkin dia perlu di beri peluang dan kawe pasti dengan susuk tubuhnya dia pasti dapat pergi lebih jauh.

Kekebalan pertahanan kita sudha nampak dari awal.Di mana hanya ada beberapa kali sahaja pemain ATM berjaya lolos dan yang lainnya dapat di sekat dengan baik.RIzal Fahmi ,Obinna ,Daudsu dan Nik Shahrul.nampaknya gandingan ini sudah dapat keserasian dan semakin selesa. Tidak mustahil dia bakal menggantikan Apek satu hari nanti.Jika Posisi lain kita silih berganti maknanya posisi penjaga gol juga kita perlu ada pengganti.


DI bahagian Tengah semalam bila bermain formasi baru 4-3-2-1 di lihat Piya agak tenggelam kerana bola sampai pada Zairol dan Shakir.Bagi membuat gerakkan ke kubu lawan.Piya jarang di gunakan dan Piya nampaknya banyak ke bawah.Indra nampaknya selesa jika kita letakkan dia sebagai back up pada keita.Mungkin formasi 4-4-2 lebih sesuai.Bojan kecewa kerana banyak peluang yang terhidang gagal di menfaatkan.
Pada separuh masa kedua Indra meletakkan kita di hadapan hasil dadaan Keita dan Bola do rembat deras terkena Shukor Adam dan masuk ke Gawang.Farhan juga memainkan peranannya seperti biasa.Cuma gerakkannya sering kali di gagalkan dengan penyudah tumpul dari Keita.Keita mungkin belum fit 100% keran di khabarkan dia masih di belenggu kecederaan.Mungkin pada 9 Haribulan nanti kita akan dapat melihat barisan terkuat serta pemain dari lane up terbaik TRW.Piala ini mungkin di gunakan sebagai perlawaan ujian terakhir pemain.

 Kita berikan masa kepada Keita untuk dia bangkit kembali dan mencari sentuhan berbisanya bila bermula perlawanan liga super 2013.Kita tengok dalam suku perlawanan pusingan pertama.Jika Keita tidak dapat kembali juga kita masih ada Dimi Petratos bagi menggantikan Keita.Mungkin Pusingan Kedua nanti kita akan dapat melihat aksi Dimi.

Kesudahan perlawanan menyaksikan sepakkan percuma terbaik dari Irwan Fadhli.Keeper EPL pun gagal menyelamatkan Gawang dengan sepakkan yang sebegitu.Kesudahan 1-1 perlawanan terus ke sepakkan penalti.Sepakkan dari Indra,Keita dan Piya Berjaya manakala sepakkan dari Rizal Fahmi gagal menerjah jaring walaupun sepakkannya di ambil buat kali kedua.Namun Syazwan menyelamatkan sepakkan dari ATM.Namun bukan rezeki kita apabila Daudsu menendang bola terkena tiang kanan dan melantung keluar dari sebelah kiri gol.Apa nak di kata..Daudsu sekali lagi menjadi anatara nama yang bakal di sebut kerana kegagalannya.Namun kita lupakan terus perlawanan semalam dan kita kembali ke Liga Super yang akan berlansung pada 9 Januari di Stadium keramat kita Stadium Sultan Muhammad ke-IV.Adakah rekod bersih SSMIV dapat di kekalkan? Ayuh kita adalah pemain ke-12 Kelantan.Sebaik shaja tirai 2013 di buka dengan rasminya semalam.Kita akan kembali menjalankan tugas sebagai pemain ke 12 Kelantan.Kita teruskan misi impian Trebles sekali lagi dan mungkin juara AFC tahun ini.Semua tidak mustahil jika kita bersatu hati dan menyokong terus pasukan kita.Pasukan yang merupakan Gergasi Pantai Timur.THE RED WORRIORS....

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!