KEUTAMAAN
keluarga menjadi faktor utama tonggak pertahanan, Mohd Daudsu Jamaludin memilih
kekal beraksi bersama The Red Warriors bagi saingan Liga Malaysia musim depan.
Meski
pun mengakui menerima tawaran lumayan pasukan Johor, Mohd Daudsu bagaimana pun
akhirnya memilih terus menabur bakti
bersama pasukan negeri kelahirannya bagi tempoh semusim lagi.
“Setelah
berfikir semasak-masaknya, akhirnya buat keputusan kekal bersama Kelantan.
Mungkin wang amat penting dalam kehidupan, tetapi keluarga saya adalah
segala-galanya ketika ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
“Cukuplah
dengan apa yang saya ada. Kalau hendak kejar kemewahan mungkin saya boleh
berhijrah ke Johor tetapi saya fikir rezeki sentiasa ada di mana-mana. Jadi
keputusan untuk kekal di sini pasti dapat menggembirakan, terutama penyokong
Kelantan.
Keputusan
tersebut sekali gus menamatkan keresahan penyokong setia The Red Warriors yang
seakan tidak merelakan pemergian pemain kesayangan mereka itu beraksi dengan
pasukan lain pada saingan Liga Malaysia musim depan.
Sebelum
ini, Mohd Daudsu serta dua lagi pemain iaitu Mohd Nurul Azwan Roya dan
Norshahrul Idlan Talaha ditawarkan gaji lumayan oleh Persatuan Bola Sepak
Negeri Johor (PBNJ) jika memilih untuk menyarung jersi Harimau Selatan pada
musim depan.
Menurut
Mohd Daudsu, beliau turut mengambil kira faktor persekitaran seperti sokongan
peminat tempatan yang tidak jemu-jemu memberi dorongan kepada beliau setelah
kembali menyarung jersi negeri ini sejak tiga tahun lalu.
Pemain
pertahanan berusia 27 tahun itu mengembangkan kerjayanya dalam sukan bola sepak
dengan mewakili TNB Kelantan pada musim 2003 hingga 2004, Johor FC (2005 hingga
2008) sebelum kembali menyarung jersi Kelantan pada tahun 2009 hingga sekarang.
Petikan dari Klate.Net
Kemah kereta kebal Kelantan ini dan nampaknya dia akan terus kekal di Kelantan mungkin kerana sudah masak dan sudah menjadi sebahgian dari Rakyat Kelantan.Penyokong selalu di hatinya dan membuatkannya begitu selesa dan serasi di Kelantan.Kemah DS kita...
No comments:
Post a Comment