24 Febuari 2013
PERSATUAN
Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung
hukuman denda dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas mereka.
Presiden
Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan apa-apa
mengenai hukuman denda RM62,500 yang dijatuhkan oleh badan induk bola sepak
kebangsaan itu berhubung kesalahan dilakukan Kelantan.
“Saya
cuma baca berita ini menerusi blog dan surat khabar. Oleh sebab perkara ini
melibatkan peraturan dan sebagainya, saya rasa langkah yang betul kita lakukan
ialah tunggu dan lihat sahaja.
“Kita
kena tunggu surat rasmi FAM. Saya tak tahu apa-apa, kalau nak tahu kena tanya
jawatankuasa (Jawatankuasa Tatatertib FAM) terbabit,” katanya, semalam.
Pendirian
yang diambil oleh tokoh bola sepak Kelantan itu bertujuan untuk tidak mahu
mengeruhkan keadaan dan hanya bersedia mengeluarkan kenyataan setelah mendapat
surat rasmi daripada pihak FAM.
Kelmarin,
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman mendapati Kelantan
bersalah di atas empat pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka walaupun
pasukan tersebut menafikannya.
Pertuduhan
tersebut dikenakan ke atas Kelantan berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh
pasukan tuan rumah itu ketika aksi perlawanan Liga Super menentang Johor Darul
Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV pada 15 Januari lalu.
www.sinarharian.com.my
Kenapa kita asyik di denda? pertama kerana penyokong dan kedua kali ini kerana salah faham.Situasi dengan penyokong JDT sebenarnya sudah di bincangkan dari awal tapi kena juga denda.Sukar nya untuk menjadi Penyokong setia,Peminat dan penonton TRW ni kan.Tapi semangat rakan sepejuangan dari ATM dan Kedah yang melancarkan kutipan derma Syiling 5sen dan 1sen membuatkan FAM bakal merasai yang mereka di perlekehkan oleh KAFA dan beberapa kelab gabungan mereka sendiri.FAM sudah uzur seusia penaju persatuan itu sendiri.Artikel 88 hanya untuk rakyat biasa dan bukan untuk saudara mara sultan.FAM " Apa yang kau buat"..
No comments:
Post a Comment