Monday, 4 November 2013

KELANTAN GAGAL PERTAHANKAN PIALA MALAYSIA









TABIK TOK GAJAH



SHAH ALAM - Setelah 21 tahun menanti, Pahang akhirnya menamatkan kemarau juara Piala Malaysia dengan meranapkan impian Kelantan mempertahankan kejuaraan dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Shah Alam, semalam.

Kejayaan Pahang itu bukan sahaja disambut dengan sorakan ribuan penyokong Pahang di stadium, malah pastinya menggembirakan setiap rakyat negeri itu yang menyaksikannya menerusi skrin televisyen yang bersiaran secara langsung.

Sekalung tahniah buat pemain import dari Argentina, Matias Conti yang muncul wira Tok Gajah, apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-58 sudah cukup buat Pahang memahat sejarah merangkul kejuaraan ketiga dalam sejarah penganjuran Piala Malaysia selepas melakukannya (juara) pada tahun 1983 dan 1992.

Di hadapan 85,000 penonton yang membanjiri stadium, anak-anak buah Dollah Salleh sewajarnya layak dinobat sebagai juara berdasarkan aksi yang lebih berkualiti dengan penguasaan di bahagian tengah dikemudi pemain berbakat besar, Azamuddin Akil dan Mohd. Amirulhadi Zainal.

Perlawanan semalam bagaikan mengulangi keputusan 1-0 ketika mereka menang ke atas Kedah pada tahun 1992 dan lebih menggembirakan kali ini, mereka hanya dilabel sebagai underdog untuk menang tetapi berupaya mengejutkan Kelantan yang jauh lebih berpengalaman.

Selain Conti dan Azamuddin yang layak dilabel sebagai wira pasukan, aksi cemerlang yang dipamerkan oleh penjaga gol muda, Khairul Azhan Mohd. Khalid wajar diberikan pujian apabila menafikan banyak peluang The Red Warriors terutama pada penghujung permainan apabila menyelamatkan percubaan Mohd. Nor Farhan.

Kelantan yang dianggap pilihan untuk memenangi perlawanan ini mempamerkan aksi yang tidak begitu bermaya dengan kelibat ketua pasukan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi tenggelam manakala Indra Putra Mahayuddin dan Mohd. Norfarhan Muhammad tidak dibiarkan bebas di bahagian sayap.

Ketiadaan Obinna Nwaneri di pertahanan jelas mengundang masalah apabila gandingan Nik Shahrul Mohd. Azim dan Azizi Matt Rose tidak mampu mengekang kelincahan Conti dan Azamuddin yang acap kali dapat melepaskan diri ke dalam kotak penalti The Red Warriorrs.

Permainan antara kedua-dua pasukan seperti kurang bernyawa pada babak pertama ekoran hujan lebat sebelum perlawanan bermula yang banyak merencatkan pergerakan bola.

Tok Gajah lebih banyak menguasai jentera tengah tetapi Kelantan memilih taktik secara serangan balas kilat bagi mendapatkan jaringan dengan Dickson Nwakaeme banyak memberikan ancaman kepada pertahanan Pahang.

Kelantan nyaris memecahkan kekebalan pintu gol pada minit ke-25 melalui Nwakaeme yang dapat melarikan diri secara solo ke arah gawang Pahang, mujur tindakan Damion Stewart menjatuhkan pemain import Nigeria di atas garisan berhampiran kotak penalti menyelamatkan Pahang buat seketika.

Nasib tidak bersama Pahang seminit kemudian apabila percubaan jarak jauh pemain kelahiran Bera, R. Surendran mengenai palang walaupun Khairul Fahmi sudah tertewas.

Penonton akhirnya terhibur dengan aksi pada babak kedua apabila hujan berhenti dengan lebih banyak serangan pantas dan bermutu dapat dipamerkan oleh kedua-dua pasukan sebelum jaringan pertama hadir, 13 minit kemudian.

Taktikal Dollah meletakkan Azamuddin di bahagian sayap kanan menggantikan Surendran selain memasukkan Mohd. Fauzi Roslan begitu menjadi dengan pemain kelahiran Kampung Relong, Kuala Lipis itu menjadi punca kepada gol sulung Pahang.

Selepas berjaya melepasi kawalan Zairul Fitree, hantaran silangnya berjaya menemui Matias Conti yang begitu bergaya menanduk masuk ke dalam gawang Kelantan bagi memastikan Pahang memimpin perlawanan pada minit ke-58 dan menggembirakan kira-kira 40,000 penyokong setia Tok Gajah yang hadir.

Walaupun tempo permainan Kelantan berubah sedikit selepas jaringan dari Pahang dengan kehadiran Faiz Subri serta Ahmad Fakri Saarani tidak mampu mengubah kedudukan 1-0 bagi memastikan Piala Malaysia akhirnya singgah ke bumi Kuantan setelah sekian lama.

Petikan dari utusan Malaysia



Kawe frust dan kecewa bagai mimpi Kelantan di tewaskan.Kawe tak lena nak tido.Darah Kelantan yang ada dalam diri ini mendidih nak maroh pun ada,geram pun ada.Ini bukan nak merendahkan martabat dan Maruah Kelantan.Tapi sekadar analisa kawe jah.
  Senarai lane-up Farisham mengambil alih tempat obinna.Betul ke ? kawe rasa lebih baik Nik Shahrul yang ambik tempat Obinna kerana pengalaman peringkat kebangsaannya lagi luas.Bukan nak pertikai tetapi Nik Shahrul sepatutnya mengambil tempat Farisham.Walaupun nampak Azizi berada dalam form yang baik tapi masalahnya bukan barisan pertahanan.Ada lah sedikit tapi tak nampak sangat.Tektikal Bojan pada separuh masa pertama adalah baik di sebabkan keadaan padang yang basah.Memang perlu bermain hantaran jauh.Namun Pahang mengawal ketat semua pemain tengah Kelantan.Dikson juga tidak banyak dapat melepasi Darren Stewart.
 Kekalahan Kelantan bermula sebaik wisel separuh masa kedua bermula.Keadaan padang sudah nampak agak baik.Namun kenapa Kelantan masih perlu bermain hantaran jauh? Walaupun prestasi Zairol menurun dan masih di berikan kepercayaan oleh Bojan.Sepatutunya separuh masa kedua Piya perlu ke tempat Zairol dan Fakri di masukkan.Selepas kena 1 gol kenapa Piya di keluarkan? sedangkan pada separuh akhir kedua lawan ATM Piya adalah penjaring gol yang melayakkan Kelantan Ke Final.Memasukkan Faiz Subri namun permainan semasa itu banyak berlegar ke sebelah kanan.Faiz bermain di sebalah kiri.Dikson memang bagus namun dia agak tamak dan lambat untuk menhantar bola di kala kawan-kawannya dalam keadaan terbaik.Ini merosakkan dan menutup peluang kawan yang berada di posisi terbaik.Piya memang di kawal rapi tapi Posisi dia malam tadi tak kena.Bojan kata malam ini adalah perlawanan terakhir dia dan Kelantan.Tapi pada malam ini adalah kali pertama Tektikalnya tidak menjadi.Percaturannya tidak kena malam ini.
 Cakap banyak pun perkara dah berlalu.Jadi tamatlah Bolasepak Malaysia Bagi Tahun 2013.Tahnah Pahang kerana berjaya menewaskan Kelantan dengan jaringan 1-0 sama seperti ramalan Irfan Bakti.Kalah dan menang adalah adat pertandingan.Insyaallah Tahun depan ada rezeki kita jumpa di Final plakk.Walaupun ada pasukan KAYA yang bakal menjadi menguasai Bolasepak  Malaysia dengan membeli pemain suka-suka hati dia jee.Namun Kelantan 2014 akan terus memberikan saiangan dengan beberapa pemain utama masih kekal.Pemain dtang dan pergi itu adlah lumrah bolasepak jadi persoalannya sekarang Siapa penganti Bojan? dan Siapa 2 import baru Kelantan? Insyaallah Kawe akan update dari semasa ke semasa.Lupakanlah kekecewaan malam ini buka lambaran baru.Untuk mengekalkan kejayaan sangat payah dari mencarinya.The 12 Worriors masih kukuh di belakangmu.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!

 

No comments:

Post a Comment