Kelantan 2
Mohamad
Ghaddar (m-60 dan pen m-80)
SIME DARBY FC 1
Mohd
Fadzli Shaari (m-7)
KOTA
BHARU – The Red Warriors memulakan aksi pembuka tirai Liga Super 2014 dengan
langkah kanan setelah menewaskan Sime Darby FC 2-1 pada perlawanan yang
berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Kemenangan
ke atas Sime Darby FC itu bagaimana pun tidak mudah dicapai apabila skuad
kendalian Steve Darby terpaksa menunggu hampir sejam untuk menyamakan kedudukan
setelah Mohd Fadzli Shaari meletakkan pasukannya berada di depan seawal minit
ketujuh perlawanan.
Dua
gol menerusi penyerang import sensasi, Mohamad Ghaddar pada babak kedua
memastikan kelegaan buat Kelantan untuk mengutip tiga mata di tempat sendiri
sebelum menghadapi Sarawak di Kuching pada 25 Februari nanti.
Beraksi
di hadapan hampir 25, 000 penyokong setia, Kelantan yang melakukan sepak mula
mengasak seawal minit pertama namun percubaan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria di
dalam kotak penalti sekadar terbias pemain pertahanan Sime Darby FC.
Empat
minit berselang, penyerang import, Francis Forkey Doe mencipta gerakan solo
setelah menerima umpanan Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi namun rembatan
leretnya mudah diselamatkan penjaga gol Sime Darby FC, Kamarul Effandi Abdul
Rahim.
Namun
dua minit kemudian, penyokong tuan rumah terdiam seketika setelah pelawat
mendahului 1-0 menerusi tandukan cantik Mohd Fadzli Shaari berpunca sepakan
percuma yang dilakukan Mohd Firdaus Mohd Faudzi.
Tersentak
dengan jaringan tersebut, Kelantan kembali memperkemaskan corak permainan
mereka namun rembatan Forkey Doe setelah diasak dua pemain pertahanan Sime
Darby FC berakhir di atas palang gol pasukan lawan.
Derita
terus berpanjangan buat skuad kendalian Steve Darby apabila perancang
tengahnya, Mohamed Shawky Aly terpaksa diusung keluar pada minit ke-23 sekali
gus menyaksikan enjin tengah Kelantan lumpuh buat seketika.
Jelas,
ketiadaan bekas pemain kebangsaan Mesir itu begitu dirasakan apabila jentera
tengah pelawat yang diterajui pemain import Iraq, Mahmoud Al Amna dan
Uzbekistan, Dilshod Sharofetdinov dari Uzbeksitan bijak memanfaatkan situasi
tersebut dengan mendominasi posisi berkenaan.
Menuju
minit ke-28, Kelantan dihadiahkan sepakan percuma hampir tetapi rembatan
pemenang Kasut Emas Liga Malaysia 2012, Forkey Dore yang membelah pertahanan
lawan singgah di tiang gol sebelah kiri sekali gus menggagalkan hasrat tuan
rumah untuk mengikat keputusan.
Peluang
terbaik tuan rumah hadir lagi pada minit ke-36 setelah gerakan licik Mohd
Badhri di sebelah tepi padang berjaya memperdayakan tiga pemain Sime Darby FC
namun rembatan Ahmad Fakri Saarani yang merampas bola di kaki Kapten Kelantan
itu pula melewati gawang.
Ahmad
Fakri terus kempunan untuk mencetak nama selaku penjaring gol apabila
rembatannya di dalam kotak penalti hasil umpanan pendek Wan Zaharulnizam
ditangkap kemas Kamarul Effandi dua minit kemudian.
Mengakhiri
babak pertama, tuan rumah terus hampa untuk mengimbangi kedudukan apabila
sepakan penjuru Mohd Badhri yang dirembat Ahmad Fakri tersasar di sebelah kanan
untuk membolehkan Sime Darby FC kekal mendahului 1-0.
Memasuki
babak kedua, Kelantan terus garang untuk memburu gol penyamaan namun Sime Darby
FC terlebih dahulu mencemaskan gawang tuan rumah menerusi percubaan penyerang
Ghana, Wisdom Agblexo yang sempat ditepis keluar Khairul Fahmi Che Mat pada
minit ke-50.
Namun
situasi cemas itu bersifat sementara, apabila lima minit kemudian, Kelantan
kembali memperoleh peluang tetapi tandukan Mohamad Ghaddar berpunca sepakan
bebas Mohd Badhri sedikit tersasar di gawang pelawat.
Akhirnya,
gol yang dinantikan menjelma juga pada minit ke-60 apabila umpanan pendek Wan
Zaharulnizam kepada Forkey Doe membolehkan beliau melintang bola betul-betul di
depan gawang sebelum Mohamad Ghaddar yang tidak dikawal tenang merembat masuk
untuk memastikan kedudukan terikat 1-1.
Ternyata
gol penyamaan itu membakar semangat juang pemain Kelantan, dan dua minit
kemudian giliran Mohamad Ghaddar pula membuka ruang buat Forkey Doe
menghasilkan jaringan namun tolakan penyerang yang terkenal dengan jolokan The
Predator itu hanya sedikit melewati gawang Sime Darby FC.
Gol
kemenangan yang memberikan tiga mata berharga buat tuan rumah hadir ketika
permainan berbaki 10 minit untuk ditamatkan setelah pengadil, Muhammad Nazmi
Nasaruddin menghadiahkan sepakan penalti setelah bola terkena tangan pertahanan
pelawat, Mohd Firdaus di dalam kotak penalti.
Mohamad
Ghaddar tenang merembat masuk ke penjuru kanan untuk memastikan kemenangan
bermakna Kelantan ke atas pasukan yang sinonim dengan gelaran Giants Killer
biar pun sepakan pertamanya dibatalkan oleh pengadil.
Terdesak
untuk memburu gol penyamaan, Sime Darby FC yang merupakan naib juara Liga
Premier musim lalu memasukkan serentak dua pemain, Azmirul Azmi dan Mohamad
Fazrul Hazli Mohd Kadri pada minit ke-86 namun itu tidak memberi apa-apa hasil
setelah penggempur utama mereka, Wisdom Agblexo mempamerkan aksi mengecewakan
dalam perlawanan malam tadi.
Kesebelasan utama
pemain :
KELANTAN – Khairul Fahmi Che
Mat, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Obinna Nwaneri, Mohd Farisham Ismail,
Tengku Hasbullah Raja Hassan (Zairul Fitree Ishak), Mohd Badhri Radzi (KP),
Amar Rohidan, Mohamed Shawky Aly (Mohamad Ghaddar), Wan Zaharulnizam Wan
Zakaria (Ahmad Shakir Md Ali), Ahmad Fakri Saarani dan Francis Forkey Doe.
FORMASI : 3-5-2
SIME
DARBY FC – Kamarul Effandi Abdul Rahim, Mohd Firdaus Mohd Faudzi, Yosri Derma
Raju, Juzaili Samion (KP), K Prabakaran, Fahrul Razi Kamarudin, Mahmoud Al
Amna, Dilshod Sharofetdinov, Dzulfahmi Abdul Hadi (Muhd Arif Ismail),Mohd
Fadzli Shaari (Azmirul Azmi) dan Wisdom Agblexo (Mohamad Fazrul Hazli Mohd
Kadri).
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan
tepat : Kelantan (5) Sime Darby FC (2)
Percubaan
tersasar : Kelantan (10) Sime Darby FC (3)
Sepakan
penjuru : Kelantan (8) Sime Darby FC (1)
Sepakan
percuma : Kelantan (20) Sime Darby FC (15)
Ofsaid
: Kelantan (3) Sime Darby FC (8)
Kekasaran
: Kelantan (12) Sime Darby FC (12)
Kad
kuning : Kelantan (Amar Rohidan) Sime Darby FC (Dzulfahmi Abdul Hadi dan
Kamarul Effandi Abdul Rahim)
Kad
merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa
tambahan : Lima minit
Penguasaan
bola : Kelantan (53%) Sime Darby FC (47%)
PEGAWAI
PERLAWANAN
Pengadil
: Muhammad Nazmi Nasaruddin
Penolong
Pengadil 1: Mohd Sabri Mat Daud
Penolong
Pengadil 2: Mohammad Juhairi Idris
Pegawai
Keempat : Ku Alauddin Ku Mohammad
Kommissioner
Perlawanan : Ali Embong
Penilai
Pengadil : S Paramasivam
General
Koordinator : Arif Hassan
Petikan dari : www.sinarharian.com.my
Perlawanan pertama memberikan suntikan semangat dan sememangnya perlawanan pertama liga super 2014 kita bermula baik.Walaupun bolos satu gol tapi kalay di perhatikan Apek sedikit tergelincir sebab itu dia gagal selamatkan bola itu dari menerjah jaring.
Selepas Kecederaan Shawky Zairul Fitree Masuk namun ada sedikit perubahan tektikal di mana Piya di tolak lebih ke bawah ...Separuh masa kedua Ghaddar di masukkan menggantikan Tg.Hasbullah yang di lihat kurang efffectif mungkin kerana gerakkannya sudah boleh di baca Sime Darby.
Gol Jaringan pertama Ghaddar adalah hasil hantaran rendah Fokey Doe yang mudah di tolak masuk oleh Ghaddar.Mereka berdua boleh menjadi satu gandingan baik.Pada perlawanan pertama ini Fakri lebih menonjol berbanding pemain lain mungkin kerana kerajinan yang bergerak kiri dan kanan padang.Satu sikap terpuji dan kalau di kekalkan tidak mustahil dia bakal menggegarkan jaring nanti.
Kita akan ke Sarawak pula untuk Perlawanan kedua.DI harap kita berjaya mengutip 3 mata namun siapa bakal menggantikan Shawky? Sama-sama lah kita berdoa supaya TRW terus mengorak langkah awal bagi mencari maksimum 3 mata atau sekurang-kurangnya 1 mata.Kawe yakin SD bakal melakukan sedikit perubahan memandangkan ketiadaan Shawky.Adakah Ghaddar akan bersama Doe? Kita tunggu dan lihat.Siaran lansung di Astro Arena 801 jangan lupa yerr.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment