Wednesday, 24 August 2016

STAMINA DAN MENTAL STRENGTH

  Pada 22 ogos 2016,kayuhan bermula. Basikal dan bowling ada banyak kaitannya.Pertamanya stamina dan keduanya latihan mental dan fokus.Biasanya bila lama tidak berkayuh walaupun melalui jalan yang biasa kita ikut,Pada permulaannya memang banyak yang datang di benak pemikiran.Boleh ke aku kayuh ni? sampai ke target 42 km ni? Aku pusing balik lah? Kenapa nafas aku ni? panaslah? rasa tidak sedap ni kenapa?
jadi kalau anda berada pada persolan ini apa anada akan buat? yang paling tepat kawapannya adalh pusing dan balik ke rumah kan?Tapi bagi saya yang dah biasa kayuh ni kita akan soal balik soalan di atas tu.macam biasa aku boleh buat? sebab lama tidak kayuh ni rasa macam ni? aku boleh?Aku kena buat masa hari ini untuk kayuhan akan datang? aku kena buat?
    Persoalan di permulaannya banyak ke arah negetif tapi kita imbangi dengan pemikiran positif.Tapi peroalan negetif memang kerap datang tapi biasanya saya akan bawak kotak pemikiran saya kepada perkara lain yang tidak kena mengena dengan kayuhan.sebagai contoh,awek semalam comel jugak ye? esok nak buat apa? persoalan memang banyak ketika kayuhan tapi kita kena pandai bawak otak kita ke tempat lain tapi mata kena betul-2 fokus jangan terleka pulak.Ini bab pemikiran.

 
Pada meter basikal saya Cateye Velo 5.5 funtion yang ada Dst,Av,time,cal dan odo.apa tujuannya tu.Dst : adalah destination kayuhan .jarak kayuhan dari awal hingga sampai ke finishing.Biasa rider akan guna funtion ni ketika kayuhan bukan apa kalau saya starting memang saya perhatikan meter sebab nak sampai 10 km baru sedap sedut air.Saya gunakan air Ejuss perisa mangga kerana energy bosternya bagus.rasa manis dan ada masam-2 sikit .Manis tu untuk energy ,masam-2 tu untuk elakkan kren kaki.Bukan air minuman semata-mata tau,kena tahu juga maslaah bila berkayuh jauh-jauh ni.kalau jauh melebihi 50km biasanya saya akan bawak pisang dan air isotonik yang lain macam 100 plus warna putih.lagipun Rm1 je sepeket.



  Av: adalah everage kayuhan.di mana everage ini mengambil kira purata kelajuan kayuhan kita.kalau dekat bolehlah everage tinggi.Ini sebab pakai mountain bike bukan sahaja mental tapi jalan dan faktor angin kadang-2 menggangu speed kayuhan. Biasanya Av untuk kayuhan saya adalah 26/27 sebab tahun 2016 ni baru start jadi jauh dari kebiasaan.Apa yang perlu saya kena kerap berkayuh untuk mndapatkan everage saya yang lama.22.2 Av tu kira recovery ride sahaja/kayuhan statik tapi x akan tambah kelajuan cuma kayuh untuk layan sahaja.sebab jalan yang di lalui adalah jalan dah biasa lalu dan dah tahu selok belok jalan tu.

Mx: maxsimum ,ini memang penting kerana ia menunjukkan kayuhan paling laju yang di buat hari ni.38.3 sepatutnya max kayuhan saya hari ni dalam 30 je.tetapi kadang-2 kalau jalan lurus rasa geram tu datang jadi speed up jugak lah sikit.hari pertama kan,kadang-2 sejarah kayuhan lama tu datang menggangu .Biasa jalan ni boleh speed sampai 40 max.Tapi tulah yang saya cakapkan dari awal tadi banyak perkara yang akan menggangu kita jadi kena banyakkan sabar dan maintain sahaja.

 Ca: ni bukan calsium tetapi calory yang di bakar hari ini.608.7 kalori yang di bakar selama hampir 2 jam kayuhan .Bayangkan banyak mana kalori yang di bakar kalau hari-2 berkayuh.tapi nak dapatkan maxsimum kayuhan kena cari geng-2 kayuhan yang bergerak jauh hari-2.Masalah di terengganu ni geng-2 mountain mesti nak mountain jugak.Tapi saya bukan apa kalau main bukit tu ,kalau up hill ok tapi bab down hill ni masih ada gerun lagi.Bukan apa jarang main dengan bukit ni.

Odo: odometer,Yang ni adalah total kayuhan,sebab saya dah reset balik meter kepada 0.jadi odometer keseluruhan saya minggu ini,inilah dia.tapi biasanya sepaling malas saya akan pergi dalam 4 kali kayuhan .Maknya 42.4 x 4=169.6km seminggu.Itu pun depend kepada kerja dan hal-hal lain.
Insyaallah kalau tiada aral yang melintang saya rasa rugi sangat kalau tidak berkayuh.Saya berkayuh bukan untuk berlumba walaupun setting lumba masuk jugak sikit-2.Tetapi nak kan kesihatan dan stamina untuk bowling dan kehidupan.


  Time: jangan tertukar dengan time jam kita yerr.Time ini adalah masa kayuhan kita pada hari ini.hampir 2 jam tu.Biasanya kalau petang memang masa dalam lingkungan tu je lah sebab macam saya bagitau tadi faktor jalan dan angin di sebelah petang memang agak kuat.badan dah lebar campur dengan angin memang beratlah sikit tu tidak kira jalan berbukit lagi.kadang-2 sampai 20 aje meter semasa mendaki.Tapi dulu biasanya kalau turun petang main bukit korr je dalam 3 roun lepas tu balik umah.Peha dan betis memang keras ,bukan keras sahaja tapi fit dah nampak ketul-2 tuuu.


Bila sampai sahaja di rumah...bukan sahaja sampai tapi perasaan ketika itu memang happy sangat-sangat berjaya sampai walaupun begitu banyak halangan yang di tempuhi hari ini.Yang penting Puas hati dan capai target kita.alhamdulilah walaupun,masa kayuh tadi hampir nak kren.perkara biasa bila dah lama sangat tidak kayuh kan.Bukan senang nak dapatkan stamina.Macam guru kawad saya bagitau dulu En Mat Hussin( sekarang dah Tuan Mat Hussin) " kalau kat kedai ada jual stamina,saya orang pertama akan belinya banyak-2".Kata-2 itulah sentiasa membuat saya sanggup buat apa sahaja untuk membelinya.






Pada 23 ogos 2016 ,kayuhan kedua.Kayuhan hari kedua ,hari ni badan dah check rasa gagah sikit,di atas adalah hasil kayuhan tetapi meter ada problems sikit semasa kayuhan tadi.tiba-tiba je behenti.kalau jadi lagi sekali kena tukar barulah.Cat Eye Velo 5 biasanya RM 100 keatas.tak pe lah bukan nak stail sebab ada gunanya meter.Kayuhan kedua ni kalau ikutkan masa turun pkl 5.05 petang dan sampai di rumah pukul 7 malam.maknanya saya dan bet time semalam dalam 5 minit kot.Average tidak berubah tetapi maxsimum speed dah sampai 40.18.tak pe nanti kita catch lagi average dan maxsimum speed tu dan juga time.kalau kayuh waktu pagi biasa saya boleh pergi 1 jam 35 minit je ,petang masa tidak banyak sangat boleh bet sebab faktor-2 menghalang.Saya ada azam dan kekuatan saya dalam kayuhan bagi saya kalau selagi ada daya dan peralatan dalam keadaan baik saya boleh lakukan.I believe myself and i can do it, so just do it.


No comments:

Post a Comment