Monday, 15 May 2017

KEJOHANAN TEN PIN BOWLING TERTUTUP (PTBDM)


Pada 13 Mei 2017,Persatuan Ten Pin Bowling Daerah Marang telah menganjurkan Kejohanan Ten PIN Bowling di CCB PB Square.Jumlah Peserta Seramai 70 orang.Yuran Yang di kenakan adalah RM70.Seperti mana Yang di posterkan pendaftaran sedikit lewat dalam 10.15pg baru pintu CCB dapat di buka dan Persiapan AJK kejohanan telah bersedia.Kawe Juga Menyertai Pertandingan ini.




ALhamdulilah ,dapat tempat ketiga.dari awal permaianan kawe memang menghadapai masalah kerana oily lane pagi ni adalah 41ft.biasanya CCB akan oily 39ft.jadi kawe agak bernasib baik kerana cepat menyesuaikan pergerakakan bola  dengan keadaan minyak lane yang sebegini.Kebetulan semasa live talecast malaysia open brunih Shalin Zulkifli ada menyatakan jika minyak panjang biasanya bowlers akan bermain di arrow 2,2.3 dan 3 yang mana palaing hampir dengan pocket.Nasib kawe baik sebab mungkin hari tu kawe bermain dengan speed yang agak laju.Bila gunakan arrow 2 bola x masuk dan kalau arrow 1.5 pun lagi jauh.Jadi kawe maintain arrow 3 atau dalam bahasa baru board 20.Kawe tahu pemain yang boleh meraih Piala kali ini dalam senarai kawe adalah Syazwan,MBI dan Madi.Namun kawe tengok Madi macam tak boleh bermain dengan condition lane jadi tinggal MBI dan Syazwan.Namun DKNY tiba-2 menjadi plakk.Kawe memang aim Syazwan dari awal lagi namun pada game yang kedua Syazwan mula mendahului kawe sebab masa tu ada beberapa spare dan split datang.namun nasib baik still boleh score 180.Namun selepas dua game baru result keluar keduduakan kawe masa tu adalah di tangga keempat.Namun kawe nekad untuk terus mengejar Syazwan.Sehinggalah pada game yang keempat (last game) Kalau kawe boleh ambik spare pada frame ke 10 dan spare pada frame ke12 mesti score kawe menjadi 840.Namun kawe redha,Frame ke 10 jadi sedikit gangguan  dan kawe miss spare tu.Kawe akan baiki kesilapan ini dan berharap supaya tiada ladi kesilapan yang boleh menjadikan kawe berada di bawah.Namun kawe masih bersyukur dengan apa yang berlaku pada hari ini Alhamdulilah mungkin Allah mahu mengajar kawe agar terus yakin sampai ke wisel penamat.


Memang Rezeki memihak pada Bukhari lah kali ini.Kawe memang tak target pun orang lain hanya fokus pada Syazwan je.Bukan Benci pada Syazwan namun kalu boleh mengatasi dia rasanya mungkin ada sedikitlah gerun dia pada game yang akan datang.Tapi tak apelah Syazwan Kita fight lagi nanti.Samada dia jadi atau Kawe yang menjadi.Kita Tunggu


Inilah dia Syazwan.Bekas Pemain Sukma Terengganu Tahun 2010 /2012 .Permaianan dia baik,kawe pun minat juga cara maianan dia.Tapi sebenarnya kawe masih tercari-cari lagi cara maianan yang paling sesuai sebab sekarang ni pun Bola Storm IQ kawe memang nak bermain board 20.Kawe rasa macam boleh bermain Board 8/10/15.jadi apa yang perlu kawe buat adalh kena buat three step dan roll bola tu dulu dan baru boleh tengok macam mana hasilnya nanti.


Inilah kawe atau nama dalam bowling NIK M.Nasib lah kan ...tu lah orang kata dalam bowling ni memerlukan juga sedikit luck.Kalau terlalu berhati-hati juga lain jadinyakan.Tapi masih apa yang kawe katakan tadilah nasib dan redha semoga tidak akan berulang lagi kesilapan itu di masa-masa akan datang Insyaallah satu lagi game besar pada 20 mei 2017 nanti.Target Kawe top 3.

Sesi bergambar buat kenang-kenangan bersama peserta yang masih ada dan majoritinya ramai yang dah balik.
Hadiah Kemenngan tempat ketiga






Zoom medal sikit.

Bertambah lah koleksi yang di kumpul sejak 2012
OK lah rasanya dah banyak yang kawe tulis kali ini lan ni bari no3 kalau champions mahu 2 helaian.tak adalah bergurau je so Target dari 2 dah tinggal 1 sahaja lagi semoga kali ini ada sinar buat kawe.

Hadiah 3 ribu oooi...sapakah yang bakal membawa pulang Piala MB Terengganu kali ini.dan apa yang tambah menariknya adalah baju kejohanan ini. dan kawe dah dapat patern yang di berikan Oleh MBI.Kawe memang minat Bola Storm dan baju juga baju Storm kan.

Insyaalah kawe tidak berani nak kata apa-2 sebelum game cuma berharap agar kawan-kawan doakan kejayaan kawe kali ini.4 event dah mencuba.Harap kali terakhir sebelum raya ada pula lah giliran kawe .Insyaallah semoga Allah membuka peluang dan ruang untuk kawe mengecapi gelaran juara.I will do all My Best.Akan ku berjuang habis-habisan kali ini.Hingga ke Balingan yang terakhir.

No comments:

Post a Comment