Thursday 8 June 2017

IFTAR GENG MEE REBUS 2017


Pada 5 Jun 2017 yang lalu,Saya bersama Geng-geng Mee Rebus telah mengadakan majlis suka-suka berbuka puasa BBQ.Memang tidak ramai yang buat majlis berbuka puasa dengan BBQ sebab ia seakan merumitkan sikit,Jadi adalah sedikit ceritanya.
Ada jugak yang ambik gambar curi.

   Saya memang sampai awal sebab tugas saya kali ini adalah arang dan jaring untuk bakar.jadi selepas asar saya dah sampai di pantai batu buruk seorang diri sebab saya rasa perlu sampai awal sebab nak hidupkan api untuk buat BBQ.Risau jugak sebab dalam pukul 3 ptg tadi dah hujan.nak tahu siapa yang sampai no 2.Ni lah orang yang tangkap gambar saya,bukan apa saya tak cam keretanya sebab bukan apa sebab tak pernah tengok.Hahahahah Pok Mie,Otai main bowling.

Otai..Pok Mie
 Makan masa jugak kan untuk hidupkan api bukan senang ,nasib baik sampai awal.Kalau tak tak masak lah lauk berbuka nanti.Dalam hampir sepuluh minit baru lah Rosmadi Ayu sampai dan anak-anak juga datang bersama boleh lah temani aku sebab kereta abang Lan rosak.Sebab abang Lan nk sponser nasik putih,Ulam dan ikan singgan.Memang terbaik lah abang lan.Rosmadi guna kereta saya untuk mengambil Abang Lan sekeluarga,

si kecik teman Poknik
Ok lah ,time check in dah tiba semua dah sampai.Bila mereka sampai saya pun dah tak boleh nak buat apa-apa sebab masing-masing memang suka BBQ ni.saya buka plakk satu pemanggang lagi sebab banyak sangat bahan nak di bakarnya.

bakar sambil berborak-2
meriahnya...
Din Zenky kena dengan Omar
GG pun ada oooi
Banyak lauk malam ni .Ayam bakar,sotong dan udang Zamly sponser,walaupun baru balik dari Kuantan namun di sempat juga menyiapkan bahan -bahan ni untuk majlis kita orang.caya lah Zamly.





Majlis berjalan dengan lancar dan seorang demi seorang hadir memenuhi perkarangan batu buruk ni.
Lauk memang banyak .kalau nk ajak 10 orang lagi pun lepas rasanya.



Kyrol bahagian air soya dan Tebu dia juga berniaga di Bazar ramadan Kuala Ibai.Sesiapa yang nak rasa air tebu pior dengan soya boleh lah pergi cari dia di sana.

Sama-sama membakar juadah berbuka
ayam bakar boh...
Penyerang tunggal..sorang no hal punya
Tauke...bawak ikan bakar..nak ngail ajak dia

view suasana dar atas mayang places
kaum Hawa siapakan juadah berbuke
Tidak ada perkataan yang boleh di luahkan bersantai-santai semasa berbuka dengan ayam,sotong,udang dan satay ikan memang best.Semua macam happy jer bersam-sama berbuke dengan Bbq.Sejarah di Negeri Terengganu ni sebab orang biasa berbuke dengan buffet dan juadah dari bazaar Ramadan tapi innisiatif group kami berbuke dengan menu BBQ.Tempat molek ,budaya menarik itulah Terengganu.

Memang best berbuke sebegini di harap next trip kita akan berbuke bersama lagi.Atau trip lain mungkin.ada juga ura-ura ke pulau cuma kita tunggu dan lihat program seterusnya.kalau kena dengan masa dan ketikanya bolehlah semua turut serta.Geng Mee Rebus memang sporting dan happening.

No comments:

Post a Comment