Thursday, 19 October 2017

MALANG MENIMPA TEAM BASIKAL BOMBA TERENGGANU




Malang tidak berbau itulah yang dapat saya ungkapkan kerana sepanjang Latihan perlumbaan Basikal Sukan Bomba (SUKBOM 2017) Saya giat berlatih namun apabila tiba hari pertandingan segla persiapan telah kami semua buat dengan teliti.Perlumbaan berlnsung di Negeri Kelahiran saya sendiri dengan penuh semnagat kesukanan yang tinggi yang selama ini belum pernah saya rasakan dengan confident level yang tinggi sekali.Anda sendiri Boleh bayangkan latihan selama 12 hari berterusan degan segala kudrat dan pengorbanan yang kami semua lakukan.Semangat memang tinggi sekali walaupun berlumba atas tiket Bomba Terengganu namun tempat asal kelahiran tu yang menjadi kelainan pada perlumbaan saya kali ini.Ini adalah perlumbaan Ketiga saya bagi sukan Bomba SUKBOM.


 Pada Start perlumbaan saya berjaya menempatkan diri di kelompok pelaton yang pertama dalam erti kata lain untuk mendapatkan no adalah ruang yang terbaik.Peluang memng saya tidak akan lepaskan kerana sudah lama menanti untuk mendapatkan tempat di kalangan kelompok pelumba terbaik.Senasa lap pertama sejauh 27.8 km saya masih di pelaton pertama sebab dah ada break untuk pelaton kedua dan ketiga.Semasa Pusingan kedua menuju ke garisan permulaan dan penamat dalam 1km di situlah terjadinyaperistiwa yang tidak mungkin saya akan lupakan.Apabila barisan depan mula mengorak langkah tiba-2 ada pelumba dari sebelah kiri masuk ke bahagian tengah ,mereka berlaga dengan seorang pelumba yang lain dan jatuh.Saya dari belakang tidak sempat untuk mengelak dan melanggar salah seorang dari mereka ,apa yang pasti saya memijak peha salah seorang mereka yang jatuh dan menyebabkan saya juga jatuh bersama 3 lagi pelumba yang lain.ada 2 pelumba dari selangor masih berupaya bangkit dan meneruskan pelumbaan.saya pun ingat nk bangkit untuk kejar semula namun tangan kiri saya seakan tidak boleh bergerak.Saya ingtkan ada patah di mana-2 namun rupanya batu kecil memasuki atas jari saya dan keadaan siku saya pada masa itu adalah amat perit.jadi saya di pangku oleh Pengerusi Basikal Team Bomba Terengganu untuk ke tepi jalan.Sempat lagi bertanyakan basikal saya ok ke tidak.PPON kata ok cuma rantai je tercabut.


Bertambah lah koleksi parut di tangan kiriku.Saya tidak kisah pun,apa yang penting demi sukan kesyangan ku iniBukan apa kalau diikutkan Mohd Hariff Salleh( TSG) pom semasa LTDL,2 kali jugak lah jatuh.Tapi tengoklah di sukan Sea Kuala Lumpur Baru-2 ini Dapat pingat Emas walaupun masih Di belenggu kecerdaan tulang belakang lagi masa tu.


Walaupun jari terkena batu namaun semangat untuk terus berkayuh masih ada.InsyaAllah saya akan kembali.Tu pun kalau bpmba masih memerlukan khidmat saya dalam acara basikal ini nanti.Saya kalau dah minat ,saya akan usahakan untuk terus mengejar siapa di depan saya kalau kali ini saya tidak berjaya saya akan terus berusaha kerana saya pasti ...Saya akan berjaya suatu hari nanti.

Luka Di Peha

Calar belakang

Jersi baru pakai pagi race

kesan darah
Jersi bajuku

berlubang seluar

rosak jersi..sedih


     Biarlah luka ini akan menjadi Suatu tanda untuk saya bangkit di SUKBOM 2019 di Sabah nanti. Itu pun kalau saya masih di pilih.Saya berharap dapat menebus dan mendapat peluang untuk saya bangkit.Rise Together....What I believe ,Trainning make perfect.I Be Back soon.

No comments:

Post a Comment