Friday, 1 January 2016

2 SYARAT QU PUTEH CETUS VIRAL!



KUALA LUMPUR: Dua prasyarat diletakkan Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi menaja badan induk itu menjadi viral dan mendapat reaksi berbeza pembaca Berita Harian (BH).

Menerusi Facebook BH Online, berita mengenai dua syarat yang ditetapkan – Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) – menerima 11,052 Like dan dikongsi 1,937 pembaca setakat jam 11.40 pagi ini.

Antara komen pembaca seperti berikut: “Pada saya, mmg wajar tindakan dato vida sbb dia adalah penyumbang terbesar..adalah menjadi hak dia untuk memberi syarat tersebut kerana ia juga sebagai batu loncatan untuk mempromosikan produk dia,” komen Sha Al-Yahya.

Ashraf Helmi pula berkata: “Bg aku, cat pink tu blh trima lg…utk tuko nama pasukan tu mmg level ahmad maslan laaa…team2 barcelona, realmadrid, bayern, man utd pn dpt penaja lg ratus2 juta, xde plk kn tmbh nama pd pasukan..ade kt dgr team samsung tv chelsea fc…..adehhhh….letak iklan kt jersi beso2, blh le trime…..nama kekal je cam bese…”

Adam Amirul pula menegaskan, “Tak berat apa pun syarat tu. Apa ada hal. Org nak taja, nak ambik, tak nak ikut jangan ambik. Tp nama tu sy tak setuju Dato. Sepatutnya jadi Qu Puteh The Pinky Warrior. Haha.”

“Nama pasukan tu ble difikirkan lg biar nampak lebih kesukanan…mcm NS matrix..dengarnye saja wlpn xtau mlsd matrix tu apa..tp masih ble diterima sebagai lambang keutuhan pasukan..

Kalaulah “pamoga qu puteh the red warriors”..xkena la..panjang sgt.berbelit2 nak sebut..xde kesukanan dlm ayat tu…fikir yg lainsikit…simple..xpanjang2..tp nampak sporty..

Lg 1..dah sebut red warriors tp semua nk kaler pink…mcm mana tu? ambil kira la warna bendera kelantan utk lambang pasukan tu…”, komen Fa RedOne panjang lebar.

BH Sukan sebelum ini melaporkan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, optimis mendapatkan sebanyak mungkin tajaan bagi meningkatkan semula prestasi skuad TRW dalam saingan Liga M musim 2016.

Antara penaja yang sedia membantu ialah Vida Beauty Sdn Bhd apabila beliau mengesahkan mengadakan pertemuan dengan Dr Hasmiza, Sabtu lalu bagi merealisasikan permintaan rakyat Kelantan yang mahu melihat pengeluar produk kecantikan `Qu Puteh’ dan jus Pamoga itu menaja pasukan kesayangan mereka.

Sementara itu bagi pembaca Esya Asyifaq menyifatkan, syarat terutama stadium ditukar kepada warna merah jambu mampu menjadi tarikan pelancongan terbaru di Kelantan. “Stadium warne pink..think positive, lepas nie lebih Ramai yang melancong kat kelantan ,sbb nk tgk stadium lain drpd y lain..bila rmai y dtg ekonomi kt klantan pon mnigkat jgk.”

Namun, Muhd Amran berpendapat stadium berwarna merah jambu agak keterlaluan. “Mungkin Dato boleh boleh letak perhiasan seperti bendera, frame gmbar yg pink shj kot. Klu tukar player pkai jersi pink pon sy x kisah asalkan kne dgn gayanya..tgk kit real Madrid (away) pd musim2 yg lpas.

Nama pon bg sy ok cuma kne singkatkan shj. Dato bukan shj boleh mnyumbang dana kpd pasukan, mlah memberikan supplement kpd players agar lebih sihat & bertenaga”, katanya.

Ada juga merasakan syarat berkenaan sebagai pelik dan tidak masuk akal seperti disuarakan Zulkarnain Hussin:

“Permintaan yg pelik… rasanya KAFA x pyh ikutla… kalu ikut syarat ni mcm gadai jatidiri je…sukan bola x sama dgn hiburan biasa… sukan bola jenis sukan lasak…. xkan satu stadium nk kaler kan warna pink… warna yg sinonim dgn kelembutan..!!! Amat tdk sesuai… x kena pd tempat”.

www.bharian.com.my





Malas lagi nk komen...kena tunggu kenyataan rasmi dari Tan Sri Anuar Musa dulu








PENAJA PERLU IKUT PROSEDUR
“Saya harap mana-mana pihak yang mahu menaja TRW tidak akan membincangkannya dalam media sebelum ada rundingan sebenar. Ini untuk mengelakkan salah faham dan mengganggu rundingan TRW dengan penaja-penaja lain.
  “Sebarang tajaan perlu mengikut prosedur tertentu dan harus ada rundingan secara rasmi. Saya pohon perkara ini dihormati. Dan KAFA tidak mahu isu tajaan menimbulkan salah faham kepada mana-mana pihak.Terima kasih”.
.
PRESIDEN KAFA, TAN SRI ANNUAR MUSA - 1 JANUARI 2016
.


INDRA PUTRA KEMBALI DEMI PEMINAT




KOTA BHARU – Bekas pemain tengah Felda United, Indra Putra Mahayudin berkata sokongan yang diterima daripada penyokong setia The Red Warriors membuatkan dia mengambil keputusan untuk kembali menyarung jersi pasukan berkenaan musim depan.

Indra berkata, faktor itu juga membuatkan dia menolak tawaran daripada beberapa pasukan yang turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya tanpa mengadakan perbincangan lanjut.

“Alhamdulillah perbincangan tertutup antara saya dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) beberapa hari lalu akhirnya menemukan kata sepakat.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk kembali ke Kelantan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa semalam membuat pengumuman bahawa Indra Putra sah menyarung jersi Kelantan untuk musim 2016. Pengumuman itu dibuat sebelum perlawanan persabatan The Red Warriors menentang pasukan Liga FAM, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Berita gembira itu disambut dengan sorakan bergemuruh dari penyokong yang menyaksikan perlawanan itu yang berkesudahan Kelantan menang 2-0.

Tambah Indra, keputusan yang diambilnya adalah tepat sekali gus menunaikan janjinya sebelum ini untuk kembali semula ke Kelantan.

“Hujung tahun lalu tidak menjadi kenyataan, namun kali ini hasrat itu menjadi realiti,” katanya.

Indra berkata, dia berterima kasih kepada pucuk pimpinan KAFA terutama Annuar yang masih lagi percaya dengan kebolehannya.

Katanya, dia percaya Kelantan akan kembali bangkit dan menjadi salah sebuah pasukan yang mampu mencabar musim depan.

“Keyakinan itu berdasarkan kepada ramuan pemain yang ada. Saya juga akan berusaha memberikan persembahan terbaik untuk pasukan musim hadapan,” katanya.

www.utusan.com.my

Monday, 28 December 2015

RANGKUMAN INFO PERSIAPAN TRW 2016.












RANGKUMAN INFO PERSIAPAN TRW 2016.





Penajaan:
1. Que Puteh telah pun berunding berkenaan penajaan dengan KAFA, namun tiada hitam putih yang dikeluarkan.



Kejurulatihan:
1. K. Devan sebagai ketua jurulatih telah memulakan tugas dan pasukan sudah pun menjalani latihan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
2. Zahasmi Ismail membawa diri ke MOF FC selepas KAFA tidak serius melantik beliau. Beberapa permintaan kecil tidak dipenuhi.Pemain:


1. Bekas pemain skuad treble, Daudsu setuju dengan terma dan syarat cuma masih belum menandatangani persetujuan untuk kembali ke TRW.
2. Muslim Ahmad, Faizal Abu Bakar dan Abdul Manaf Mamat adalah 3 pemain tempatan yang disenaraikan dalam skuad.
3. Jonathan McKain yang mengadu kepada PFAM berkenaan isu tunggakan gaji, kembali menjalani latihan bersama Brendan Gan sekaligus menamatkan teka-teki masa depan mereka dengan TRW.
4. Indra berada di rumah beliau di Kota Bharu sempena cuti Maulidur Rasul. Beliau mendapat 2 tawaran daripada pasukan lain, namun keberatan untuk menerima tawaran tersebut. Beliau ingin membantu TRW seperti mana yang pernah dilakukan dulu. 2016 merupakan tahun beliau kembali tetapi tiada rundingan atau tawaran daripada KAFA dan TSAM. Dengan kata lain, hati dan keinginan untuk menyertai TRW adalah besar sekali, tetapi tiada tawaran.
5. Tiada pemain import yang sahih diserap le pasukan. Terbaru, pemain dari Syria , Marwan Seyedeh mencuba nasib namun tiada perkembangan lanjut diperolehi.
6. Konflik antara KAFA-Syahrul.Azwari-FA Sarawak masih belum dimuktamadkan. Dipercayai FAM akan menyelesaikan masalah ini.


7. Penjaga gol kedua, Syazwan dipinjamkan ke Melaka.

Kredit sumber risikan Wan Rozak Fans.




Thursday, 10 December 2015

MY NEW BOWLING EQUIPMENT AND TECNIC.

Setelah lama bermain akhirnya setelah ada rezeki sikit kawe menukar semua equipment baru untuk sukan kegemaran kawe bowling.

 Storm IQ 30 universery  harga ...xperlu bagitaulah sebab ada setengah tempat berbeza.

bola ni baru lagi tapi perlu banyak latihan lagi.system bola ni banyak kepada c cruff sikit.tapi nk dapat dia punya tiun susah sikit lah .kena trainning banyak lagi.ini adalah first ball high performance ball.
my second ball tapi sometimes boleh jadi first ball jugak defend pada condition lane jugak.tapi bila tengok youtube pun banyak pada c jugak.tapi bila try straight down pun ok jugak bola ni.tapi latihan pun kena banyak jugak lagi nak dapat kan tiun yang betul.


beg 3 biji bola pun kawe angkat bukan apa senang nak bawak travel nanti.oklah beg ni walaupun sedikit berbeza dari beg lama.tapi keberatannya boleh sakit tangan angkut oooiii.


kasut baru lahh plakk.mula-mula pakai sedikit licin lah .tapi kalau x ada berus kasut susah jugak.nasib baik ada berus kasut dalam beg lama.

ini adalah tumb sock untuk di pakai di ibu jari tangan bagi memudahkan semasa release dan mengelakkan kecederaan.

ok kita tengok dulu apa pengeluar bola storm dan rotogrip bgtau pasal kedua bola di atas:





tapi bila latihan demi latihan di buat inilah hasil yang aku dapat:



 

bowling ohhh bowling

Alhamdulilah selesai jugak kursus tapi maslah sekarang ujian licience belum lulus.banyak jugak lah ilmu yang dapat semasa menghadiri khursus ni.dari knowlegdge lain -lain sampai dapat tahu step-2 untuk belajar bowling.kawe rasa ilmu ini kena selalu di panaskan bukan apa untuk diri sendiri dulu sebelum menyalurkan ilmu ini kepada yang memerlukan.rasanya ingin jugak memiliki sijil kejurulatihan tapi tengoklah kalau ada rezeki akan hadir jugak suatu hari nanti.
Apa yang perlu adalah latihan yang berterusan jika perlu beli bola dan ubah teknik balingan pun kawe akan buat.Insyaallah berusaha tanpa jemu .