KOTA
BHARU – Bekas pemain tengah Felda United, Indra Putra Mahayudin berkata sokongan
yang diterima daripada penyokong setia The Red Warriors membuatkan dia
mengambil keputusan untuk kembali menyarung jersi pasukan berkenaan musim
depan.
Indra
berkata, faktor itu juga membuatkan dia menolak tawaran daripada beberapa
pasukan yang turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya tanpa mengadakan
perbincangan lanjut.
“Alhamdulillah
perbincangan tertutup antara saya dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)
beberapa hari lalu akhirnya menemukan kata sepakat.
Akhirnya
saya mengambil keputusan untuk kembali ke Kelantan,” katanya kepada pemberita
di sini semalam.
Presiden
KAFA, Tan Sri Annuar Musa semalam membuat pengumuman bahawa Indra Putra sah
menyarung jersi Kelantan untuk musim 2016. Pengumuman itu dibuat sebelum
perlawanan persabatan The Red Warriors menentang pasukan Liga FAM, Perbadanan
Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Berita
gembira itu disambut dengan sorakan bergemuruh dari penyokong yang menyaksikan
perlawanan itu yang berkesudahan Kelantan menang 2-0.
Tambah
Indra, keputusan yang diambilnya adalah tepat sekali gus menunaikan janjinya
sebelum ini untuk kembali semula ke Kelantan.
“Hujung
tahun lalu tidak menjadi kenyataan, namun kali ini hasrat itu menjadi realiti,”
katanya.
Indra
berkata, dia berterima kasih kepada pucuk pimpinan KAFA terutama Annuar yang
masih lagi percaya dengan kebolehannya.
Katanya,
dia percaya Kelantan akan kembali bangkit dan menjadi salah sebuah pasukan yang
mampu mencabar musim depan.
“Keyakinan
itu berdasarkan kepada ramuan pemain yang ada. Saya juga akan berusaha
memberikan persembahan terbaik untuk pasukan musim hadapan,” katanya.
www.utusan.com.my
No comments:
Post a Comment