Sunday, 14 October 2012

KELANTAN HAMPIRI MISI TREBLE


KELANTAN mengesahkan laluan ke pentas final Piala Malaysia Edisi ke-86 selepas menewaskan Selangor 2-0 sekali gus mara dengan agregat 3-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Dua jaringan gol pada separuh masa kedua oleh Mohamad Ghaddar minit ke-84 dan Mohd Badri Radzi pada minit ke-93 sudah cukup memastikan malam derita Selangor yang berhasrat merealisasikan Misi 33 mereka.

Bermula wisel babak pertama, Selangor terus melancarkan gerakan melalui hantaran jauh dan memperoleh sepakan percuma di luar kotak penalti Kelantan apabila Subramaniam menjatuhkan Bosko Balaban.

Namun sepakan percuma diambil Safiq Rahim sedikit tersasar di sebelah kiri gawang Kelantan yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat.

Tersentak dengan serangan dilancarkan tuan rumah, Kelantan menyusun strategi memantapkan bahagian tengah dan hadapan serta hampir memperoleh gol pendahuluan apabila tandukan penyerang sensasi Kelantan, Mohamed Ghadar ditepis penjaga gawang Selangor, Norazlan Razali pada minit ke-12.

Menyedari tekanan dari Selangor semakin berkurangan memasuki 15 minit seterusnya, Kelantan memperkemaskan serangan melalui rangkaian penyerang Norfarhan, Norshahrul Idlan dan Mohamad Ghaddar.

Pintu gol Selangor sekali lagi hampir bolos minit ke 16 apabila Norfarhan yang dikenali ‘Ben 10’ dalam kalangan peminat Kelantan melakukan rembatan namun berjaya ditepis sekali lagi Norazlan.

Gawang pelawat cemas seketika pada minit ke-22 apabila rembatan Safiq di luar kotak penalti gagal ditangkap kemas Khairul Fahmi namun tindakan pantas penjaga gol kebangsaan itu menggagalkan usaha K Solihin yang cuba menolak bola muntah tadi namun Solihin berada dalam keadaan offside.

Ghaddar berpeluang meletakkan pasukannya di hadapan namun tolakannya mudah ditepis Norazlan yang bertindak cemerlang menggagalkan hasrat kira-kira 35,00 penyokong setia The Red Warriors.

Peluang berbahaya tuan rumah terhasil pada minit ke-43 apabila Bosko melakukan sepakan dari luar kotak penalti namun Khairul Fahmi telah bersedia dan menepis sepakan berkenaan.

Berbaki satu minit masa tambahan separuh masa pertama, peluang terhidang di depan gawang Selangor gagal dimanfaatkan Indra Putra yang mendapat tolakan cantik dari Norfarhan namun sepakan Indra ketika hanya berdepan dengan Norazlan melambung tinggi.

Babak kedua bermula, Selangor dilihat agresif apabila sepakan dari luar kotak penalti oleh Bosko berjaya ditepis Khairul Fahmi sebelum Mohamed Ghadar membalas serangan pada minit ke-51 yang berjaya diselamatkan Norazlan.

Mat Yo turut berpeluang mencetak nama sebagai penjaring namun sepakan leretnya minit 57 selepas mendapat lorongan bola dari Norfarhan sekali lagi benteng terakhir Selangor menjadi penghalang.

Akhirnya gol Kelantan berhasil pada minit 84 apabila larian pantas dan kelicikan Mohamed Ghaddar yang berjaya mengelecek tiga pertahanan lawan sebelum melakukan penyudahan tahap bintang dengan kuisan berjaya memperdayakan Norazlan buat kali pertama.

Malam derita buat Selangor terus berpanjangan apabila Bosko dilayangkan kad merah selepas mengasari Obinna Nwaneri pada minit ke-87.

Mendahului satu gol tidak membuatkan anak didik Bojan Hodak berpuas hati malah melancarkan serangan dan berjaya mendapatkan sepakan percuma di luar kawasan penalti sebelah kanan gawang tuan rumah.

Badri yang sememangnya pakar dalam sepakan percuma akhirnya melenyapkan impian Gergasi Merah Kuning untuk menggapai Misi 33 selepas sepakannya menerjah jaring di sebelah bucu kanan gol Selangor yang gagal diselamatkan Norazlan buat kali kedua. – www.sinarharian.com.my

Petikan dari Klate.Net

 

"Alhamdulilah,Syukur padamu Ya Allah...Allhuakbar!!!!!!!!!! kerana memberikan kejayaan kepada Negeriku Kelantan Darul Naim.Kami mensyukuri pemberianmu Ya Allah".

Tiada apa yang dapat di katakan lagi,bagi kawe Kelantan berjaya mengekalkan corak permainan pertahanan yang baik dalam 2 game terakhir sebelum ke Final.Di harapkan Pertahanan kita akan berjaya sekali lagi dalam Final nanti.Insyaallah.Terima kasih kepada Ghaddar dan Kapten Marble kita Piya.Shafiq Rahim mengambil hampir 3 free kick tapi malam tidak menjadi buat Shafiq.Tetapi Piya masuk tak sampai 5 minit dan mengambil free kick dan terus menjaringkan Gol pengesahan ke Final dalam usaha kita untuk misi Trebles.Berjaya atau tidak pada Final hanya Allah yang akan menentukannya dan kita berdoa semoga pemain yang di turunkan di beri taufik dan hidayah supaya nampak arah tuju dan mencari sinar kejayaan.Berdoa dan berdoalah...semoga kita di berikan rezeki di Final nanti.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!


 

Friday, 12 October 2012

HODAK ADA STRATEGI KHAS




THE Red Warriors (TRW) akan turun dengan strategi khas bagi menyekat keazaman Selangor pada perlawanan penentuan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini.

Ketua jurulatih, Bojan Hodak sudah menyediakan perancangan rapi bagi memastikan sasaran mara ke final tercapai.

Bekal satu gol masih belum selamat buat Kelantan dan kerana itu strategi penting untuk mengecewakan Selangor.

Jurulatih berusia 40 tahun dari Crotia itu mengaku tidak gentar dengan tekanan yang bakal dihadapi anak buahnya di gelanggang lawan Tanpa mendabik dada, Bojan berkata, pemainnya cukup berpengalaman beraksi di Shah Alam dan mampu menyerap tekanan selain dibantu sokongan ribuan penyokong TRW kelak.

“Inilah masanya untuk saya mencurahkan segala pengalaman dan menyediakan strategi khas memerangkap Selangor.

“Kami tidak perlu berasa tertekan kerana penyokong TRW berada di mana saja dan saya hargai sokongan mereka, malah kita boleh menang jika beraksi cemerlang sepanjang 90 minit perlawanan,” katanya.

Sementara itu, kapten Mohd Badri Radzi berkata, TRW hanya perlu mencari gol awal untuk menaikkan semangat pasukan dan meneruskan kemaraan memburu kejuaraan trebel musim ini.


Petikan dari Klate.Net

Memang kita tahu Kelantan masih tidak menunjukkan tahap sebenar permainan mereka ketika Piala Malaysia cuma beberapa gerakkan berbahaya menhasilkan gol dan memberi kemenangan kepada TRW.Namun resipi yang di sediakan Bojan Hodak ( Kelantan Head Coach) cuma atas pemain sama ada mereka boleh bermain di tahap sebenar atau di bawah PAR.Mungkin gol awal bakal merentap dan mengosongkan kerusi penyokong Selangor.Namun Selangor tanpa Nasriq dan Kelantan bakal membawa masuk Kapten Marble dan kemasukkan Piya pasti akan meringankan kerja Mat Yo dan Ghaddar pasti akan bertambah yakin bila Piya ada kerana dia tahu Piya pasti akan memberikan bola yang dia tunggu-tunggu selama Piala Malaysia ini.Adakah Flangker kiri dan kanan akan di gunakan malam ini? Serangan kiri,kanan dan tengah akan menjadi malam ini?
 Kita tunggu 90 minit perlawanan malam ini dan kawe yakin dengan kemasukkan Piya akan menambah sengat Kelantan.Clash Of Titans pasti menarik.Kelantan dengan membawa masuk kunci pasukan dan Selangor derita tanpa Nasriq.Malam ini kalau Kelantan dapat menjaringkan gol pada 10 minit perlawanan pasti lenih banyak gol akan terhasil.Semangat Pahlawan Merah pasti akan bertambah jika mendapat gol awal.Kawe harap kita perolehi kemengan pada 90 minit perlawanan.Bukan apa sekurang-kurangnya Kelantan dapat rehat yang cukup sebelum ke FINAL 20 OKTOBER 2012.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 

PIYA SUDAH PULIH

SYUKUR ALHAMDULILAH !!!!!!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!!!!Kapten kesyangan kita sudah pulih dan bakal di turunkan malam ini.Kami merindui kelibat Piya kerana tanpa dia TRW hanya dapat mengatur Serangan dalam 20 minit awal sahaja.Jika dia ada Insyaallah kita akan serang Selangor Habis-habisan malam ini dan Gol Awal bakal menyiksakan Selangor...GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!

Sedikit sejarah Piya








EKLUSIF BERSAMA PIYA

Ini dipetik dari Majalah Dunia Warriors. Ditulis semula oleh Ammar Are-liff


“Memang cita-cita saya nak jadi pemain bola sepak. Ayah saya dulu juga merupakan pemain bolasepak dan pernah bermain untuk pasukan TNB Kelantan. Ketika itu, era semi-pro. Setiap kali ayah ada perlawanan, saya akan pergi untuk menonton. Saya tidak pernah ketinggalan untuk menyaksikan ayah saya beraksi. Dari situlah muncul minat untuk saya bermain bolasepak” – kata Piya.

Pada tahun 2002, ketika piya berumur 20 tahun, beliau telah menyertai pasukan Milo Kelantan sebelum dipanggil menyertai pasukan Liga Simpanan pada tahun 2003 dibawah bimbingan jurulatih, Anizan Daud. Pada tahun 2004, beliau telah diserapkan ke dalam pasukan senior untuk bermain dalam Liga Malaysia. Pada tahun 2005, Piya menyertai pasukan TNB Kelantan selama semusim sebelum menyarung jersi JPS Kelantan pada tahun 2006. Ketika bersama JPS Kelantan, Piya telah berjaya membantu pasukan itu menjuarai Liga FAM sekali gus layak ke Liga Perdana. Permainan Piya bersama pasukan JPS Kelantan telah menarik minat pasukan PDRM yang menagih khidmat beliau. Pada tahun 2007, beliau telah menyarung jersi pasukan PDRM dan berjaya membantu pasukan itu muncul juara liga perdana.

Selepas beberapa tahun berkelana di negeri orang, akhirnya Piya telah dipanggil pulang ke negeri kelahirannya pada tahun 2008 untuk menyarung jersi merah putih. Ketika itu, beliau bermain di bawah bimbingan jurulatih Norizan Bakar dan ketua pasukan ketika itu ialah Khairul Anuar Ramli. Pada tahun itu juga, Piya dan rakan sepasukan berjaya membawa Kelantan kesaingan Liga Super musim 2009.

Pada tahun 2009, bermulalah kebangkitan pasukan dari zaman gelap. Ketika itu, presiden Tan Sri Annnuar Musa telah membawa jurulatih, Peter James Butler dan beberapa pemain baru seperti Indra Putra, Khalid Jamlus dan Norfarhan untuk memantapkan lagi pasukan. Dan ketika itu jugalah Badhri Radzi dipilih sebagai ketua pasukan.

“Ketika mula-mula dilantik sebagai ketua pasukan, saya menolak tawaran itu kerana masih ada pemain senior yang lebih layak memakai lilitan ketua pasukan berbanding saya. Namun, selepas membuat undian, Peter Butler berkeras mahukan saya menjadi ketua pasukan, akhirnya saya menerima tugas sebgai ketua pasukan, bermula pada tahun 2009.” – Ujar Piya.

Aksi cemerlang Piya bersama Kelantan sedikit terjejas apabila beliau mengalami kecederaan serius di kaki kiri (patah) ketika aksi menentang Pulau Pinang. Kecederaan patah kaki kiri itu mengambil masa lebih tujuh bulan untuk Piya kembali sembuh. Kecederaan itu juga menyaksikan beliau terlepas aksi final Piala Malaysia pada tahun 2009, ketika era B.Sathianathan. Piya kembali menyertai pasukan selepas Piala Malaysia tersebut.


Soalan : Apakah harapan Piya kepada penyokong ?


Piya - Harapan saya kepada penyokong, kalau boleh, setiap kali perlawanan, saya mahukan stadium sentiasa penuh. Beri semangat kepada pemain-pemain dan pemain akan berikan 120%. Biar lawan gerun untuk bermain di Kota Bharu.


Soalan : Adakah Piya mengimpikan untuk bersara di Kelantan ?

Piya – Soalan cepu emas yang sukar dijawab buat masa sekarang.


Soalan : Macam mana dapat nama gelaran Piya ?

Piya – Nama Piya ni sebenarnya diberi oleh seorang bekas jurulatih semasa saya bermain di Padang Bank. Beliau dikenali dengan gelaran “ETUK”. Beliau yang beri nama gelaran “PIYA” kepada saya kerana pada ketika itu, ada seorang pemain Colombia, Faustino Asprilla yang cukup tersohor di zaman itu. Beliau kata, nama “PIYA” ni sesuai dengan saya. Dari hari tu, sehinggalah hari ini, “PIYA” itu melekat dan sinonim dengan diri saya.

abeawe
— with Halimah Sulaiman.


Kawe yakin hanya Kapten Marvel mampu mebimbing dan membuat hantaran cantik kepada striker kita yang mana  hantaran dia adalah hantaran kegemaran Striker.Insyaallah Mat Yo dan Ghaddar akan selesa malam ini.
Apa pun kepada penyokong ,Lakukan tugas biasa jadikan Stadium Shah Alam sebagai Home Ground kita.Kita tahu pasukan kita memerlukan kita dan Insyaallah kita kan berjaya malam ini.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, 9 October 2012

Kelantan Nafi Lepas 3 Pemain

Norshahrul Idlan Talaha


KAFA hantar surat bantahan kepada FAM, tiga tonggak masih ada kontrak bersama TRW



KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menafikan ketiga-tiga tonggak utama mereka bakal mengubah haluan dengan menyarung jersi Johor pada saingan Liga Malaysia musim depan.

Sambil menyifatkan berita mengenai penghijrahan pemain tersebut tidak berasas, Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim menegaskan kesemua mereka masih mempunyai kontrak beraksi dengan The Red Warriors setakat ini.

“Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) mempunyai ikatan dengan Kelantan sehingga tahun depan manakala kontrak Mohd Daudsu Jamaluddin dan Mohd Nurul Azwan Roya pula hanya akan berakhir November nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Kita sudah menghantar surat (penawaran kontrak) kepada semua pemain pada Julai lalu. Jadi kita masih dalam proses berunding dengan mereka sama ada berminat atau tidak untuk terus kekal bersama Kelantan. Tiada perbincangan mengenai perpindahan, jadi mereka kekal bersama kita setakat ini.

“Jadi tidak adil kenyataan sedemikian dikeluarkan sedangkan Liga Malaysia 2012 sendiri masih belum berakhir. Ini sebenarnya melanggar kod etika yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan ketiga-tiga pemain berkenaan disunting bekas juara Piala Malaysia 1991 itu untuk beraksi dalam kancah Liga Perdana musim depan.

Malah dalam laporan itu juga menyatakan, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bersedia berbincang dengan Kafa bagi membolehkan Norshahrul Idlan, penyerang yang merangkul Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) 100Plus-FAM pada 2010 dan 2011 mendapat pelepasan untuk menyarung jersi Johor.

Dalam perkembangan berkaitan, Azman berkata, pihak Kafa akan menghantar surat kepada badan induk bola sepak kebangsaan dalam masa terdekat sebagai membantah kenyataan yang disifatkan melanggar peraturan itu.

“Saya tidak berminat untuk berbalas kenyataan di media. Tetapi sebagai seorang bekas pemain profesional, Fandi (Ahmad) (Pengurus Pasukan Johor) tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Ia boleh mengganggu tumpuan pemain kita yang sedang beraksi dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia ketika ini.

“Apa jua keadaan mereka kena ikutlah saluran yang betul dan merujuk kepada Kafa.

“Saya harap pasukan lain pun bersabar sebelum mereka mengumumkan nama pemain baru masing-masing sehinggalah musim Liga Malaysia berakhir 20 Oktober ini,” katanya.

Petikan dari Klate.Net

Kalau sesuatu pasukan mengeluarkan kenyataan dan melanggar peraturan kita kena tegas dan mengajar mereka bagaimana nak menghormati pasukan lain yang masih dalam perjuangan memburu piala.Tindakkan mereka ini seperti mahu mencetuskan kontroversi kepada kita.Kawe berharap FAM segera bertindak tanpa mengira pasukan itu di terajui oleh Istana atau menteri.