KELANTAN
ada tiga minggu sempena ‘cuti rehat’ dalam saingan Liga Super musim ini untuk
mengasah bakat muda pemainnya untuk memperkukuhkan jentera serangan di bahagian
sayap.
Ketua
Jurulatih Bojan Hodak menyedari Kelantan kini berdepan masalah di bahagian
sayap dan serangan selepas beberapa pemain berbisanya seperti S.Chanturu, Nurul
Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha, berhijrah ke pasukan lain pada musim
ini.
“Kita
perlu gunakan lebih pemain sayap tetapi malangnya kita tidak ada pemain sayap
seperti tahun lepas. Jadi kita perlu melatih pemain muda.
“Izwan
Solahuddin dimasukkan (semasa permainan) dan dia membuat sedikit perubahan.
Permainan bertambah menarik di bahagian ini (sayap) tetapi dia masih belum
bersedia. Sekarang dia mempunyai tiga minggu untuk berlatih,” katanya kepada
pemberita selepas perlawanan menentang Negeri Sembilan di Kota Bahru, malam
tadi.
Pada
perlawanan malam tadi, Kelantan terikat tanpa jaringan ketika melayan kunjungan
Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, sekali gus
memberi satu mata berharga kepada pasukan pelawat.
Kelantan,
juara treble musim lalu kini berada pada kedudukan ketujuh selepas mengutip
enam mata dalam lima perlawanan sepanjang Liga Super musim ini.
Liga
Super bakal berehat hampir tiga minggu untuk memberi laluan kepada pasukan bola
sepak kebangsaan yang terlibat dengan pusingan kelayakan AFC Asian Cup 2015 dan
bermulanya kejohanan Piala FA 2013.
Sementara
itu, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Divaldo Da Silva berkata beliau gembira
dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya pada perlawanan menentang
gergasi Pantai Timur tersebut walaupun gagal menjaringkan sebarang gol.
“Saya
beri 100 markah buat mereka kerana kerja keras. Mengenai perlawanan itu sangat
mudah, kita tahu apa kekuatan Kelantan di mana dan kita tutup (kekuatan
tersebut). Sikit lagi kita boleh menang tapi seri sudah cukup bagus.
“Saya
percaya tahap keyakinan pemain Negeri Sembilan akan meningkat selepas ini.
Kelantan tak pernah kalah (di laman sendiri) sejak 2011, selalu menang atau
seri. Kita tahu semua ini. Ini keputusan yang bagus buat kami,” katanya yang
fasih berbahasa Indonesia. – Bernama
Petikan dari Klate.net
Apa sudah jadi dengan TRW kita ni? 5 perlawanan 1 menang,1 kalah dan 3 seri.kalau ikutkan pemerhatian kawe selama 4 game kecuali melawan Negeri Sembilan kerana tiada live Streaming kerana di fahamkan admin aada masalah.Tak mengapalah asal semua urusan dapat di laksanakan.
Sepanjang 4 perlawanan yang melibatkan TRW rata-rata barisan pertahanan kita cukup mantap walaupun gandingan baru Obinna dan Nik shahrul.memamng mantap dan cukup menyakinkan.Apex pula tidak perlu di perkatakan.dia masih berusaha ke prestasi terbaik.Namun Daudsu juga perlu sedikit speeding kalau ingin terus kekal kerana tahun nii dengan pemain import yang makin laju Daudsu juga perlu usaha lebih sikit sahaja.maklumlah,pemain import semua kaki panjang.Peranan Zairul fitree perlu segera bertindak dan mengenai hantaran jauh.rasanya Obinna tidak perlu kerana tiap kali hantarannya gagal di baca pemain barisan hadapan.
Pemain tengah yang di terajui Piya dan Shakir semakin mantap.setiap kali perlawanan mereka akan merajai barisan tengah.Sebelah kiri nampaknya posisi ini sesuai dengan Farhan walaupun terpaksa bertukar tempat dengan Zamri Ramli.Namun pada perlawanan dengan Negeri sembilan Izuan Salhuddin di isi pada sebelah kanan.Farhan sentiasa gunakan sisitem switch/bless di mana bertukar tempat dan ini menyukarkan barisan pertahanan lawan untuk mengawasi mereka.
Barisan depan pada 2 perlawanan akhir tanpa kelibat Keita Manjou yang di katakan mengalami kecederaan dan Indra dan Haris nampaknya masih kurang dengan keserasian walaupun mereka berdua pernah bergandingan bersama.Khairul rosli dan Aris zaidi pernah di cuba oleh Bojan namun ramuan ini belum cukup mantap.Khairul perlu kenyakinan dan aris perlukan lebih banyak pengalaman.Paling menarik setakat ini adalah Indra dan Haris.kita perlu segera mencari keserasian mereka kalau bermain tanpa import di barisan depan.Sekarang nampaknya semakin tumpul.Bojan perlu segera bertindak dengan tempoh rehat 3 minggu ini di gunakan sebaik mungkin.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment