KOTA BHARU – ‘Kekal 4-3-3
ataupun ubah 4-4-2” Itu dua formasi baru yang menjadi pilihan pengendali, Bojan
Hodak bagi menghadapi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan
Sumbangsih di Stadium Shah Alam pada 5 Januari ini.
Mengakui
semakin hampir mendapatkan barisan bayangan terkuat Kelantan, Hodak berkata,
beliau kini hanya perlu memikirkan dua kekosongan yang perlu diisi di bahagian
pertahanan dan tengah pasukannya.
“Saya
kena fikir siapa yang akan digandingkan dengan Obinna Nwaneri di pertahanan
tengah.
Mohd
Rizal Fahmi (Ab Rosid) dan K Nanthakumar menampilkan aksi terbaik dalam dua
perlawanan persahabatan lalu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Saya
hanya perlukan seorang lagi pemain di jentera tengah. Kita tengoklah nanti
macam mana, mungkin saya kekal dengan formasi asal (4-3-3) atau guna percaturan
baru 4-4-2 bila bertemu ATM nanti.
Menurut
Hodak, kehadiran beberapa pemain seperti Zairo Anuar Zalani dan Mohd Faiz Subri
daripada T-Team dan Mohd Haris Safwan Mohd Kamal (Johor FC) turut memberikan
pilihan kepada beliau dalam menentukan barisan terkuat pasukannya.
Dalam
pada itu, Hodak yang turut bertindak selaku pengurus pasukan menyifatkan
persiapan pra musim pasukannya berjalan dengan lancar setelah menjalani latihan
di Pulau Pinang sejak seminggu lalu.
Memanfaatkan
tempoh tersebut dengan mengadakan tiga perlawanan persahabatan, Hodak berkata,
perancangan beliau membawa anak buahnya menjalani latihan di sana dianggap satu
keputusan tepat setelah negeri ini dilanda gelombang banjir minggu lalu.
“Saya
gembira dengan perkembangan pasukan ketika ini. Pemain akur dengan
tanggungjawab bersama pasukan meski pun terpaksa meninggalkan keluarga mereka
seketika.
“Kami
menjalani latihan di atas padang yang berkualiti selain turut menjalani latihan
di gelanggang futsal. Lebih penting bagi pemain meningkatkan tahap kecergasan
sebelum bertemu ATM Sabtu ini,” katanya.
Juara
treble menewaskan pasukan Liga FAM, Pulau Pinang 4-0 pada 24 Disember lalu
sebelum seri tanpa jaringan dengan Kedah di Alor Setar, dua hari kemudian.
Kelantan menamatkan persiapan pra musim mereka bertemu Sime Darby FC di Stadium
Bandaraya malam tadi sebelum bertolak pulang ke Kota Bharu hari ini.
Petikan dari Klate.Net
Dari segi persiapan pasukan,nampaknya Bojan berjaya menguruskan pasukan dengan membawa pemain ke Pulau Pinang untuk memastikan persiapan berjalan lancar.dengan berbaki tidak kurang beberapa minggu untuk Piala Pertama 2013 iaitu piala Sumbangsih yang akan berlansung pada 5 januari di Stadium Shah Alam.Bukan mudah nak tundukkan ATM yang mana B.Stahianathan pastinya sudah siapkan pasukan mereka dengan baik.Pertembungan ini pastinya akan melihat misi balas dendam ATM bagi Piala Malaysia lepas.2012 tahun gemilang TRW dan hanya Piala Sumbangsih sahaja bagi liga Malaysia kita tidak berjaya yang lain semua kita sapu bersih. Manakala Kita berjaya ke Separuh kahir Tahun pertama Piala AFC dan di Harapkan kita boleh ke Separuh akhir pula pada tahun 2013.Walaupun beberapa pasukan lain di lihat berbelanja habis-habisan untuk menyiapkan pasukan mereka namun kawe Yakin TRW pasti Akan terus kekalkan rentak Juara.Kerana Kita ada Pemain ke-12 yang tidak pernah jemu bila bersama pasukan dan kita akan Terus kekal bersama.Selamanya The Red Worriors!!!!!
Apa pun Kita akan melihat aksi pembuka tirai 2013 nanti....
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment