Wednesday, 20 February 2013

ANALISIS LIGA SUPER 2013: SELANGOR LWN KELANTAN



Lama dah x menulis rasanya. Selepas berehat agak lama, janji kebangkitan diterjemahkan kepada kedefeatan 0-2. Bukan nak marah tapi kecewa!

Menyentuh berkenaan taktikal, saya nampak perlawanan malam ini adalah mirip dengan perlawanan TRW vs ATM pada perlawanan pembuka tirai. Kalau admin boleh link dengan analisis TRW vs ATM lagi bagus. Penguasaan lawan ke atas flank dan opponent avoidance to engage secara intensif di kawasan tengah. Semua orang tahu (kecuali ???), TRW mempunyai kombinasi pemain tengah terbaik ketika ini. Jadi TRG menggunakan flank sebaiknya untuk mencipta 2 gol awal.

Idea asal Bojan meletakkan Daudsu dan Nik Sharul sebagai fullback mungkin bertujuan untuk membuat attacking duties. Namun keberkesan lawan menguasai flank menyebabkan jentera pertahanan TRW tidak boleh absorb. Adakah hantaran lintang lawan benar-benar mantap atau pemain lawan kita off position dan x challenge. Nik sangat baik apabila berganding di tengah bersama Obinna. Adakah sehingga perlawanan ini, pemilihan posisi masih lagi menjadi ujian dan perjudian?

Kemasukan Piya dan KM membawa sedikit nafas. Namun sudah terlewat. KM pada pandangan saya sudah mencuba sehabis daya dia, namun abiliti dan prestasi yang dipamerkan tidak mencukupi untuk membantu sesuai dengan status beliau sebagai pemain import.

Saya paling suka scene bila Piya dililit “Band Captain” oleh Indra, seolah-olah ada aura tersendiri. Tidak sampai 10 minit beliau di atas padang tidak kurang 10 hantaran tepat yang berkualiti dicipta beliau. Ia bukan sahaja soal Piya mencipta lorongan. Semua orang tahu Piya berkemampuan membuat killer pass pada ruang yg sempit, sudut yg sukar… Ia soal kesediaan rakan-rakan seperjuangan menerima hantaran beliau. Keserasian memang wujud, cuma ketumpulan jentera serangan sahaja.

Jentera serangan, x perlu diulas dah… Kita perlu Goal Machine ketika ini! Dalam musim-musim yang lepas, saya tidak pernah runsing kalau TRW bolos 2-0 1st half, kerana kita tahu enjin diesel lambat panas…Peluang untuk menang sentiasa ada. Sekarang setelah ketinggalan 2-0, kita hanya mengharapkan magik. Bagaimana kita nak sustain hingga ke pertengahan musim sementara menunggu tingkap perpindahan dibuka?

Berikut adalah kelemahan ketara pada taktikal permainan:

1. Skill – skill bukanlah suatu perkara yang boleh digilap sekelip mata. Jadi, bagaimana kita ingin menyesuaikan skill player yang sedia ada dengan tactical playing yang hendak dibuat. Perkara ini yang saya percaya memang menggeletek minda BH. Objektif tim adalah mencipta gol dan menang.

2. Passing – Sebelum kemasukan Piya, kita cuba bermain direct pass tetapi gagal kerana kita tidak dapat maju serentak ke atas kerana ancaman permainan laju dan counter attack melalui flank. Sepatutnya kita bermain short pass to space. Banyak kali saya sebut berkenaan ini. Pada ketika ini, hanya ini sahaja yang kita mampu dengan pilihan pemain yang ada. Setiap kali mana2 pemain memegang bola, paling kurang 3 orang pemain perlu berlari membuka ruang dan memberi opsyen untuk passing atau bersedia menerima bola.

3. Penguasaan tengah – Ini kekuatan kita dan kita perlu manfaatkan sebaiknya. Kita bukan Warrior yang bermain dengan ultra defensive dan prepare untuk counter attack. Sesuatu harus difikirkan supaya kita bermain dengan gaya permaianan dengan semua pemain berpeluang mencipta gol terutamanya midfield.

4. Taktik – Dari segi taktikal sebenarnya kita ketinggalan. Bukan TRW sahaja, bahkan keseluruhan liga kita. Selaju-laju tempo game malam tadi yang kita nampak laju, sebenarnya ia adalah perlahan pada peringkat global. Objektif kita bukan sahaja liga tempatan, kita juga mengejar AFC. Pengurusan KAFA kene selalu update berkenaan hal

ini. Semakin hari saya melihat gaya permaianan kita semakin tidak bersistem. Seolah-olah kita masuk ke padang dan try for luck.

5. Winger – Winger menjadi Decisive Factor kepada penciptaan peluang, attacking duties dan support defensive duties. Sehingga kini, kita tiada winger yang benar-benar mantap. Maaf menyentuh faktor umur, Farhan dan Indra hebat musim dulu, namun sudah berumur. Siapa pemain ketika latihan yang mampu mencabar posisi mereka dalam pemilihan kesebelasan utama. Ketiadaan cabaran dalam latihan dan pemilihan akan menyebabkan performance tidak progresif, lack of development. Kita ada pemain muda, namun dipercayai belum sampai masa untuk menjadi kesebelasan utama.

Dengan prestasi yang ditunjukkan sekarang, percaturan yang streotype, taktik dan taktikal yang mudah dibaca menjadikan saya ketiadaan idea untuk menulis. TRW bukan bergelut untuk berada dalam kelompok 5 terbaik, TRW sekarang bergelut untuk sustain agar tidak terperosok ke bawah liga. Tidak mustahil selepas ini saya berhenti. Bukan kerana kecewa, tetapi kerana ketiadaan idea. Eloklah dibaca semula semua analis sebelum ini terutamanya SWOT analysis.

Sebagai sisipan, saya quote ulasan lepas;

“Ketinggalan Mata – Sedar atau tidak kita sudah mengharungi 4 perlawanan dari 22. TRW sudah menghampiri 20% game dan cuma mengumpul 5 mata dari maksima 12. Jika diperhatikan dari rekod 2010 – 2012 juara liga mengumpulkan sekurang-kuran 77% daripada total mata maksimum. Musim 2013 mata maksimum 66. Untuk juara harus mengumpul lebih kurang 51 mata.Dengan berbaki 18 game, TRW harus menang sekurang 13 dan bakinya seri…tanpa kalah. Saya cuba untuk realistik, mampu ker?”

Macam mana jadinya ayat di atas selepas dari game ini?

Sekian pemerhatian saya sebagai seorang penyokong dan peminat TRW. Sesuatu haruslah dilakukan secara berani dan drastik. Semua pandangan di atas adalah dari kaca mata saya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Wassalam.

~Hamba Allah Anok Klate~

Petikan dari Klate.Net

15 April 2013 - Memang betul apa yang di katakan oleh penulis di atas tapi pada pandangan kawe.Separuh masa pertama adalah:-
  Pertamanya Zairol gagal bertindak sebarang pemain di bahagian tengah.Hanya menampakkan Shakir terpaksa menanggung 2 tugas selaku Attacking dan Defensive Midfielder.Amat memenatkan bagi Shakir.Manakal kehadiran Khairul Izuan yang nampaknya masih gagal untuk bermain seperti asalnya dulu.Farhan pula selepas pulang dari kem Malaysia nampaknya dia agak merosot.Mungkin sedikit kepanatan kerana masih belum rest selepas pusingan pertama dan mengikuti kem Malaysia pula.DI bahagian serangan pula Indra tidak mendapat hantaran yang di mahukannya.kerana kegagalan bahagian tengah seakan mati.
Dari segi pertahanan gandingan Obinna dan Rizal Fahmi di Bahgian tengah Nik Shahrul di bahagian kanan dan Daudsu di bahagian kiri.Biasanya Nik akan bergandingan dengan Obinna di mana setiap kali mereka berganding di bahagaian tengah Barisan pertahanan nampak lebih kebal.Di mana Zairol patut di letakkan?apa posisi sepatutnya Zairol inginkan?


  Selepas kemasukkan Piya dan Keita manjou barulah bahagian tengah hidup kembali.dan memang benar bila Indra lilitkan ,lilitan Kapten di bahu Piya auranya sampai ke hati kita.Lilitan itu memberitahu bahawa Ketua Engineer TRW telah masuk.Namun beberapa peluang yang hadir masih gagal di gunakan sepenuhnya oleh Keita Manjou.Nampak akan kesungguhan Keita tapi penyudah masih belum hadir.TRW memperjudikan taruhan terakhir iaitu Faiz Subri.Serangan bertali arus namun bola tetap tidak mahu menerjah jaring.Peluang Faiz yang boleh menjaringkan gol ada 2 peluang.manakal Keita pula lebih kurang 5 /6 peluang.Inilah Bolasepak.Kalau hari kekalahan datang buat macam mana pun tetap akan kalah juga.

Bagi kawe,Kawe tidak salahkan tektikal Bojan cuma kelewatan mengesan Pemain yang perlu di keluarkan menyebabkan kegagalan kita malam ini.Faiz Subri perlu di masukkan lebih awal bersama Keita dan Piya.Namun mungkin Bojan risau akan ada kecederaan jika memasukkan mereka serentak.Di sebabkan beberapa posisi tidak dapat menjana lebih awal dan kerana itu kita gagal mendapatkan jaringan.Insyaallah dengan apa yang di perhatiakan malam ini.Rasanya Bojan telah nampak kesebelasan bila bertemu dengan Terengganu di Kota Bharu pada hari selasa nanti.Semoga TRW dapat 3 mata bagi mengimbangi kekalahan pada malam ini.Semoga TRW bangkit dan menemui rentak semula.Bergerak dan terus mendaki tangga ke tangga.Sebab masih ada 5 perlawanan liga lagi sebelum senjata sulit kita masuk.Atas apa yang di khabarkan TRW akan memasukkan beberapa pemain baru dan akan menggunakan mereka sebaik pusingan kedua bermula.


GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!

 

No comments:

Post a Comment