KOTA
BHARU – Penyerang import yang sedang diuji, Dickson Nwakaeme terus mempamerkan
aksi memukau apabila membantu Kelantan menewaskan Felda United FC 2-0 dalam
aksi perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV,
petang semalam.
Meskipun
tidak menjaringkan gol, kelincahan pemain kelahiran Nigeria yang kerap
memperdayakan pemain pertahanan lawan, selain keupayaannya membuka ruang kepada
rakan sepasukan selain mencipta gerakan berbahaya cukup menghiburkan.
Sekali
gus, dia menjadi calon import paling sesuai untuk menamatkan konflik ketumpulan
jentera serangan Kelantan.
Keghairahan
Nwakaeme untuk membuktikan kehebatannya di hadapan hampir 7,000 penyokong setia
hadir seawal minit keempat menerusi gerakan menarik satu dua bersama Kapten,
Indra Putra Mahayuddin, namun rembatan leretnya tidak menepati sasaran.
Selang
lapan minit kemudian, penyerang bertubuh sasa itu bijak melakukan ‘dummy’ hasil
hantaran lintang Salim Arrache, namun rembatan pemain sayap, Muhammad Izuan
Mohd Salahuddin pula tinggi melewati pintu gol pasukan pelawat.
Malah
Nwakaeme mempunyai peluang kedua untuk menjaringkan gol pada minit ke-21 hasil
umpanan Mohd Daudsu Jamaluddin, namun rembatannya tersasar di sebelah kiri
gawang Felda United FC.
Dua
minit kemudian, giliran Salim pula mensia-siakan peluang terhidang apabila
memilih menampan tinggi bola di depan gawang Felda United FC berpunca hantaran
lintang Muhammad Izuan.
Pasukan
pelawat yang turun tanpa penyerang import Lubnan, Mohammad Ghaddar yang kembali
menyarung jersi negaranya pada pusingan Kelayakan Piala Asia 2015, hanya
mempertaruhkan Razali Umar Kandasamy dan Rudie Ramli.
Bagaimanapun,
mereka hampir mengejutkan tuan rumah pada minit ke-29 perlawanan.
Sepakan
penjuru bekas pemain Johor FC dan Perlis, Mohd Syazwan Zainon pantas ditanduk
tepat Shafizan Hashim, namun tiang gol menjadi penghalang ketika Muhammad
Syazwan Yusoff sudah tertewas di posisinya.
Nwakaeme
kembali mempamerkan kegarangan sebenarnya apabila mudah melepasi kekangan dua
pemain pertahanan dua minit kemudian, namun percubaan Zairo Anuar Zalani hampa
apabila gagal menembusi pintu gol Felda United FC.
Begitupun,
Salim, pemain yang pernah beraksi bersama kelab Marseille di Perancis
membuktikan ketajaman penyudahnya apabila menjaringkan gol pembukaan perlawanan
menerusi rembatan kencang yang gagal diselamatkan Mohd Helmi Eliza Elias pada
minit ke-33.
Hasilnya,
Kelantan mendahului 1-0 sehingga tamat babak pertama.
Felda
United FC bagaimana pun bermula garang sebaik sahaja tiga minit babak kedua bersambung
apabila hampir menyamakan kedudukan menerusi rembatan jarak jauh pemain tengah,
Wan Khairul Faiz Kamaruddin namun sekadar menggegarkan tiang gol Kelantan.
Percaturan
Devan yang mencuba formasi baharu dengan menggandingkan Wan Khairul Faiz bersama
Azi Shahril Azmi di bahagian tengah begitu berkesan apabila kedua-dua pemain
tersebut dilihat sering kali menjana serangan buat pasukan mereka.
Dua
minit kemudian, kelincahan Nwakaeme di dalam kotak penalti sekali lagi
membuatkan pemain pertahanan lawan sesak nafas apabila beliau bertindak bijak
melakukan hantaran lintang kepada Muhammad Izuan, namun rembatan bekas pemain
Harimau Muda A itu tinggi melewati pintu gol.
Nwakaeme,
penyerang yang pernah menyarung jersi Song Lam Nghe An FC dalam Liga Vietnam
musim lalu terus memberi masalah kepada benteng pertahanan skuad kendalian K
Devan lima minit kemudian.
Menerusi
gerakan sama, tiga pemain Felda United FC mudah dilepasi beliau namun rembatan
susulan bekas pemain T-Team, Zairo Anuar pula jauh meliar daripada gawang
pasukan pelawat.
Indra
Putra terus mempamerkan aksi berkualiti selaku pemain tengah terbaik negara
apabila rembatan kencangnya hasil tolakan ke belakang pemain gantian, Mohd
Subri menggegarkan palang sekali gus bola melantun masuk untuk gol kedua pada
pada minit ke-72 perlawanan.
Anak
buah Bojan Hodak bagaimanapun buntu menggandakan jaringan apabila percubaan
Nwakaeme pada minit ke-76 mudah diselamatkan Mohd Helmi Eliza.
Sementara
rembatan Mohd Haris Safwan Mohd Kamal pada minit ke-84 yang gagal ditangkap
kemas penjaga gawang Felda United FC itu juga gagal menghasilkan gol.
Sebaliknya
pasukan yang terkenal dengan jolokan ‘The Settlers’ hampir memperoleh gol sagu
hati mereka tiga minit sebelum perlawanan berakhir.
Namun
rembatan jarak jauh Shafizan berjaya ditepis keluar Norhadi Ubaidillah untuk
keputusan 2-0 kekal milik Kelantan.
Kesebelasan
utama pemain :
KELANTAN
– Muhammad Syazwan Yusoff (Norhadi Ubaidillah), Mohd Daudsu Jamaludin (Mohamad
Zamri Ramli), Obinna Nwaneri (Lek Kcira), Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Zairul
Fitree Ishak, K Nanthakumar (Azizi Matt Rose), Zairo Anuar Zalani (Mohd Badhri
Radzi), Salim Arrache (Khairul Izuan Rosli), Muhammad Izuan Mohd Salahuddin
(Mohd Faiz Subri), Indra Putra Mahayuddin (KP) (Mohd Haris Safwan Mohd Kamal)
dan Dickson Nwakaeme.
FORMASI:
4-4-2
FELDA
UNITED FC – Mohd Helmi Eliza Elias (Rozaimie Rohim), Mohd Rahman Zabul (Mohd
Nizam Abu Bakar), Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain (KP), Carlos Junior
Pereira, Mohd Syazwan Zainon, Mohd Akmal Mohd Noor (Mohd Khairul Anuar Jamil),
Azi Shahril Azmi, Wan Khairul Faiz Kamaruddin, Shafizan Hashim, Rudie Ramli
(Mohd Fazli Zulkifli) dan Razali Umar Kandasamy (Mohd Rizal Ahmad).
FORMASI:
4-4-2
Petikan dari Klate.Net
Pada pertemuan ini kita bermain di waktu petang.Jarang perlawanan persahabtan di SSMIV kita bermain petang.Mungkin kerana prestasi perlawanan kita bermain petang kerana 1 kekalahan dan seri itu merisaukan prestasi kita.dengan apa sahaja yang ada.masih ada satu bulan bagi TRW memantapkan pasukan sebelum kemungkinan besar perubahan pemain import bakal berlaku.kemungkinan Dickson dan Dimi Petratos bakal di masukkan.kerana dari segi pertahanan kita sudah ramai pemain Azizi,zairul,Rizal Fahmi,Daudsu dan Nik Shahrul. mereka boleh pertahankan TRW tanpa sebarang kompromi.manakala di bahagian tengah kita lansung tidak bimbang di tambah dengan kehadiran Nantha dan Zairol.sayap kiri dan kanan cuma ada sedikit masalah dari segi penganti.kerana yang ada sekarang Indra,Farhan,Izuan solahuddin dan Faiz.mereka berempat ini hanya 2 yang biasa di gunakan.mungkin Faiz baru sembuh dari kecederaan.
Masalah utama kita adalah serangan.Keita dan haris.Mereka masih belum dapat serasikan persefahaman.banyak gerakakn yang gagal di sudahkan walaupun peluang keemasan di depan mata.kita tidak mungkin dapat menunggu lagi Keita untuk bangkit.3 bulan satu jangka masa yang panjang.kemungkinan besar dia akan di keluarkan dari MSl.mungkin dickson dan Dimi pilihan terbaik....mungkin kejutan kepada team-team MSl.Insyaallah kita mampu mengejar pendahulu.Kita tidak boleh tewas lagi.
Semoga perubahan besar yang bakal di umumkan Tan Sri nanti bakal membawa perubahan dan membaiki prestasi TRW.Pahang sudah mula menunjukkan penurunan dan inilah masanya kita mula mengejar.
GO FOR MORE!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment