Ketua
jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengangkat penyerang import berbisa, Dickson
Nwakaeme sebagai wira The Red Warriors selepas pemain itu berjaya mencipta
jaringan hatrik ketika menewaskan Pahang 4-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV,
Kota Bharu malam kelmarin.
Katanya,
persembahan Nwakaeme yang memukau kira-kira 25,000 penyokong di stadium
berkenaan ternyata di luar jangkaannya kerana pemain itu masih belum cergas
sepenuhnya.
“Nwakaeme
adalah pemain hebat dan semua orang boleh lihat kehebatann yang ada padanya
apabila memberi impak besar kepada persembahan Kelantan selepas kemasukannya di
separuh masa kedua.
“Apa
yang menjadi masalah buatnya adalah dia tidak mampu bermain 90 minit kerana
masih belum cergas sepenuhnya selepas baru pulih dari kecederaan.
“Semua
pemain berhak mendapat pujian selepas menunjukkan disiplin tinggi dan kualiti
sebenar pasukan Kelantan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.
Kelantan
muncul juara Kumpulan C dan bakal berdepan naib juara Kumpulan B, Johor Darul
Takzim pada peringkat suku akhir Piala Malaysia dan Hodak berkata kemenangan
malam kelmarin memberi lebih keyakinan kepadanya bahawa Kelantan mampu
mempertahankan status juara bertahan Piala Malaysia.
Sumber
: Berita Harian/23 September 2013
Alhamdullilah segala keresahan sudah berakhir seketika dengan episod kemenangan di Stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu Kelantan.Pada perlawanan ini Kelantan mencatatkan kemenangan selesa dengan 4 - 0 jaringan daripada Indra dan Dickson Nakeami.Pertahanan kita juga berjaya mengawal dan menyerap asakan Pahang dengan baik dengan Tanpa sebarang bolos.Edisi Piala Malaysia kali ini akan di teruskan lagi pada 20 september 2013 dengan Kelantan akan ke Stadium Larkin Johor Bharu bagi menentang JDT.Walaupun dengan perlawanan terakhir kumpulan yang menyaksikan JDT tewas 2 - 0 kepada Selangor Pkns
No comments:
Post a Comment