Kelantan
memilih laluan sukar dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia apabila
tewas 2-4 kepada Johor Darul Takzim pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia
di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.
Skuad
bimbingan Azmi Mohamed itu mampamerkan aksi cemerlang di hadapan puluhan ribu
penyokong sendiri untuk memastikan Harimau Selatan membawa bekalan selesa
apabila berdepan Kelantan pada aksi suku akhir kedua di Kota Bharu minggu
hadapan.
Pada
aksi semalam, gol pertama tuan rumah diperoleh seawal minit keempat hasil
sepakan percuma dari luar kotak penalti yang disempurnakan oleh Jasazrin
Jamaluddin.
Johor
hampir menambah jaringan seminit kemudian, namun percubaan Safiq Rahim berjaya
ditangkap kemas penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Kelantan
turut memperoleh dua peluang terbaik untuk menghasilkan gol pertama, namun
cubaan kapten pasukan, Mohd. Badri Radzi dan pemain import, Dickson Waekame
masing-masing pada minit ke-7 dan 9 gagal disempurnakan dengan baik.
Sebaliknya,
skuad Harimau Selatan menambah jaringan menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada
minit ke-20.
Bagaimanapun,
Kelantan masih tidak berputus asa dan meneruskan asakan sehingga berjaya
menjaringkan gol pertama melalui cubaan Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-22.
Penyerang
kebangsaan, Mohd. Safee Sali mempunyai peluang untuk menghadiahkan gol ketiga
buat Johor DT, namun sepakan penalti yang diperoleh pada minit ke-33 gagal
disempurnakan dengan baik apabila ditampan kemas oleh Khairul Fahmi.
Safiq
turut meletakkan nama sebagai penjaring Johor DT pada minit ke-38 apabila
berjaya menewaskan Khairul Fahmi selepas menerima hantaran cantik daripada
Norshahrul di hadapan pintu gol.
Masuk
babak kedua, permainan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas
serangan.
Kelantan
berjaya merapatkan jurang pada minit ke-49 menerusi pemain import, Obinna
Nwaneri.
Obinna
dan rakan sepasukan, Dickson Waekame serta Mohd. Badri turut melakukan beberapa
cubaan berbahaya, namun penjaga gol tuan rumah, Muhd. Al Hafiz Hamzah beraksi
cemerlang menyelamatkan gawang Johor DT.
Kemasukan
Leonel Nunez bagi menggantikan Muhd. Haidin ternyata berbaloi apabila pemain
import Johor DT itu menghadiahkan gol keempat tuan rumah menerusi sepakan
percuma pada minit ke-81.
Pusingan
suku akhir kedua akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 5
Oktober ini.
Sumber
: Kosmo/29 September 2013
Malam ini persembahan Kelantan amat mengecewakan.Rupanya perlawanan terakhir kumpulan JDT adalah untuk merehatkan beberapa pemain penting bagi menghadapi Kelantan.Kelantan Bermula dengan permainan terbuka dan bukannya man to man marking.Kelantan seolah-olah terikut dengan gerakkan pantas yang di aturkan oleh JDT.Keadaan menjadi sedikit kelam kabut dalam gerakkan.Dek kerana terlalu ingin menyerang dengan satu death freekick.Kelantan bolos buat kali pertama oleh
Jasazrin Jamaluddin pada minit ke- 4 permainan.Walaupun ada usaha dari Piya dan Dickson namun gagal menerjah jaring.Sebaliknya Mat Yo melebarkan jaringan pada minit ke 20 hasil kelekaan pertahan Kelantan.Kelantan meraptkan kedudukan dengan Jaringan dari Indra pada minit ke 22.Namun Kelantan kecewa sekali lagi apabila Shafiq Rahim menggandakan Jaringan JDT pada minit ke 38 sebelum wisel separuh masa pertama di tiupkan.Kedudukan JDT 3 - 1 Kelantan.
Jasazrin Jamaluddin pada minit ke- 4 permainan.Walaupun ada usaha dari Piya dan Dickson namun gagal menerjah jaring.Sebaliknya Mat Yo melebarkan jaringan pada minit ke 20 hasil kelekaan pertahan Kelantan.Kelantan meraptkan kedudukan dengan Jaringan dari Indra pada minit ke 22.Namun Kelantan kecewa sekali lagi apabila Shafiq Rahim menggandakan Jaringan JDT pada minit ke 38 sebelum wisel separuh masa pertama di tiupkan.Kedudukan JDT 3 - 1 Kelantan.
Bermula babak kedua Kelantan dan JDT terus dengan aksi serang balas.Kelantan berjaya merapatkan kedudukan sekali lagi dengan jaringan dari Obinna pada minit ke-49.Kelantan mula menguasai permainan kerana pada separuh masa pertama tadi Kelantan terlalu banyak memberi ruang kepada JDT.Kekuasaan permainan yang di tunjukkan oleh Kelantan dan bermain seperti biasa barulah permainan dapat di imbangi dengan baik.namun Kelekaan pemain pertahanan menyebabkan berlaku sekali lagi kekasaran di hadapan kotak penalti Kelantan dan Nunez merembat masuk bola ke dalam gawang pada minit ke 81 dan menjadikan kedudukan JDT 4 LWN Kelantan 2.
Kedudukan di Larkin agak merisaukan.Kerana Kelantan pernah tewas di tangan Negeri Sembilan di SSMIV di peringkat kumpulan.Harapan penyokong sangat tinggi kerana kita kalah dengan JDT dengan aggregat 4-2.Namun jika semuanya menjadi Kelantan hanya perlu menang 2-0 atau 2-1 atau 3-1 janji 2 lebihan gol tanpa memberikan tidak lebih dari 2 gol kepada JDT.Kawe sendiri pun agak gusar dan resah.Apakah tektikal Bojan di Kota Bharu? jika terus dengan apa yang di tunjukkan pada separuh masa pertama di JDT keputusannya pasti akan mengecewakan.Kawe harap sangat Kelantan bangkit dengan permainan sebenar dan dapat mengatasi aggregat dari JDT.Ayuh semua Rakyat Kelantan.Penuhkan STadium Keramat kita dengan Laungkan semangat dan beri mereka semangat juang yang tinggi dan tolonglah jangan sesekali menjatuhkan mereka dengan kutukkan yang tidak munasabah.Kita inginkan pasukan kita Mara lebih jauh dan Mengekalkan Piala Malaysia di BUMI Kelantan.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment