Game DI SSMIV pada 21.2.2015 |
MALANG
menimpa Kelantan apabila dimalukan di hadapan penyokong sendiri setelah tewas
0-4 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terus melakar kejutan dalam aksi
Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Pada
perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan aksi hambar
apabila beberapa peluang yang dimiliki gagal diterjemahkan dengan jaringan.
Kebuntuan
jaringan pada perlawanan itu hampir dileraikan oleh Kelantan menerusi Wan
Zaharul Nizam Wan Zakaria pada minit ke-22, bagaimanapun kuisannya berjaya
disekat oleh pertahanan import pelawat, Kughegbe Onorionde.
Tujuh
minit berselang, Wan Zack Haikal Wan Noor pula terlepas peluang untuk mencetak
jaringan apabila gagal memanfaatkan peluang terhidang di depan pintu gol PDRM.
Ketika
aksi babak pertama seolah-olah berakhir dengan keputusan seri, penyerang import
PDRM, Ashfaq Ali menghukum kealpaan benteng pertahanan tuan rumah dengan
meledak jaringan pertama perlawanan.
Bersambung
babak kedua, The Red Warriors bangkit untuk mendapatkan gol penyamaan, namun
tidak membuahkan hasil apabila deretan peluang yang dimiliki gagal disudahkan
oleh barisan penyerang diketuai oleh Erwin Carrillo.
Keghairahan
Kelantan memburu jaringan penyamaan dihukum pelawat menerusi gol kedua hasil
sepakan penalti Dramane Thaore pada minit ke-53 selepas penjaga gawang tuan
rumah, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan Ashfaq.
Ashfaq
terus membuktikan ketajaman penyudah dengan menghukum kealpaan pertahanan
Kelantan apabila menjaringkan gol ketiga PDRM pada minit ke-73.
Tuan
rumah terus dirundung malang selepas itu, apabila Mohamadou Sumareh meledakkan
gol keempat PDRM pada minit ke-85 selepas bijak menghukum kealpaan benteng
pertahanan Kelantan dan keputusan itu kekal hingga tamat permainan.
www.kosmo.com.my
Liga baru bermula game ketiga dah alami kekalahan besar di tempat sendiri pulak tu.Dari segi pemilihan pemain dan tektikal Boateng jadi persoalan? Sehinggakan big boss pun dah berbunyi.Segeralah perbanyakkan tektital...or? Apa pun..GO FOR MORE!!!
GOMO KLATE GOMO
No comments:
Post a Comment