Monday, 22 February 2016

JENTERA SERANGAN KELANTAN PERLU DIASAH

Pemain Kelantan, Dramane Traore (tengah) cuba melepasi benteng pertahanan PDRM dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.



KOTA BHARU – Kemenangan tipis 1-0 yang dilakar Kelantan ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin cukup melegakan pengendalinya K. Devan.

Devan menghambur pujian kepada barisan pemain yang disifatkan mempamerkan peningkatan lebih baik berbanding aksi pertama ketika menentang Perak, yang berkesudahan seri 0-0 Sabtu lalu.

Katanya, kemenangan itu menjadi tonik berguna buat seluruh pasukan untuk mengharungi saingan Liga Super musim ini, selain menyuntik semangat tambahan menjelang saingan Piala FA menentang UKM FC Sabtu ini.

“Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan komitmen pemain yang menunjukkan semangat juang tinggi dan mencipta banyak peluang.

“Bagaimanapun, jentera serangan masih tumpul dan perlu diperbaiki dengan segera,” katanya selepas tamat perlawanan.

Kelantan terpaksa berhempas-pulas dan menunggu hingga minit ke-65 untuk memperoleh jaringan pertama menerusi Dramane Traore.

Devan memberitahu, dia tidak menolak kemungkinan kehadiran semula ketua pasukan Mohd. Badhri Radzi turut membantu Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) meraih keputusan positif.

Katanya, Piya telah melaksanakan tugasnya dengan baik apabila membentuk gandingan mantap dengan pemain dari Brazil, Jonathan Lucca di bahagian tengah.

“Bahagian tengah kami berfungsi dengan baik dan saya harap momentum ini dapat dikekalkan untuk perlawanan akan datang.

“Bukan itu sahaja, kami turut bertahan dengan baik dalam perlawanan ini dengan mengekang setiap asakan pihak lawan,” ujarnya.


petikan dari : http://www.utusan.com



nak komen banyak -banyak pun susah jugak sebab tak tgk game ni sebab tiada live.Di fahamkan pada malam game ini telah di rasmikan TRWTV oleh Tan Sri Anuar Musa.Tapi siarannya masih belum dapat di lihat.Penyokong Kelantan berada di mana-mana kawe mintak di segerakan siaran lansung ini.Kalau dah rasmi maknanya sudah boleh tengok kan.Cepat-2 tidak sabar doh nii.

DSV membuat prediction bahawa Kelantan akan menang 2-1. 

 
First Eleven
Troere menjaringkan gol pertamanya dan juga gol kemenangan Kelantan.
cuma nak komen sikit pasal stiker kelantan ni Traore musim lalu dia merupakan pemenang kasut Emas namun apa yang di pamerkan setakat ini adalah bawah par.





 namun jangan di lupakan asist game ini adalah Piya melalui tendangan sudut.
next game Super Best Power Piala FA.Apa pun............

Go FOR More!!!!!!!!!!!!!!!!

 GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!! 




Tuesday, 16 February 2016

DEVAN PUAS HATI KELANTAN KUTIP SATU MATA



PENGENDALI Kelantan K Devan berpuas hati dapat mengutip satu mata dalam perlawanan pembukaan menentang Perak dalam saingan Liga Super, yang disaksikan 21,000 penonton di Stadium Perak malam tadi.

“Kalau dapat satu mata bila main di tempat lawan pada permulaan musim ia dikira sangat baik,” kata jurulatih skuad ‘Pamoga Qu Puteh The Red Warriors’ itu.

Perlawanan itu berkesudahan seri tanpa jaringan.

Sementara itu, jurulatih Perak Syamsul Mohd Said berkata walaupun gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, beliau tetap berpuas hati dengan aksi anak buahnya.

“Kami puas hati dengan keputusan ini dan ia adil untuk kedua-dua pasukan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan. – Bernama


 Ramai boleh tengok sendiri live bola Perak Lawan Kelantan.jadi bila di hayati perlawanan ni.kawe berasa jurulatih dok main penin lagi ni.ada wak kata tengok dulu segame dua.tapi kalau kawe lah...bukan gapo hanya nk bagi pendapat peribadi.Thore tu x masuk xpo...level wak di tunjukkan semasa game ni orang klate boleh kata berat.

Wan Z banyak dok berolek sorang selepas tu hilang bola.4 orang pemain import dari midfield sampai ke strike sebutir gol x leh nak masuk.Kecik tenggelam terus game ni.tak nampak sungguh corak permainan.bahagian midfield kenapa suka sangat hantar bola belakang.bukan apa kalau baru nk attack nampak pemain lawan rapat jadi x berani nk tolak bola.

mckain dengan bahagian defend kawe puji tapi muslim kadang-2 jarang-2 ada miss jugak tu.nasib baik bola out side kalau tidak putih mata set kita.Daudsu dan poknik meme hardcore pada game ni.




Bukan nk kata pandai jadi coah dok cuma dari kaca mata kawe lahh.tanpa Piya midfield kelantan nampak payah jah nk gerak.hantaran bola kepada strike banyak tak tepat.Piya kalau ganding dengan Brendan Gan kemah molek doh tapi Gan ni rajin .kita try tengok lawan PDRM di stadium keramat malam ni.Dengar creta Piya dengan Indra nk wak turun malam ni.
Harapan kawe stadium SSMIV akan kembali kebal dan dapat mengutip 3 mata malam ni.Game pertama DEVAN fail.Penyudah tidak berbisa.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!

GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!

JERSI BAHARU SKUAD KELANTAN PENUH KEAJAIBAN

PENASIHAT Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida.


KOTA BHARU: Empat jersi jenama DSV (Datuk Seri Vida) yang akan dilancarkan esok, bukan sekadar rekaan semata-mata tapi turut mempunyai kelebihan dari segi kesihatan apabila benang pakaian itu direka khas untuk kurus dan berkulit putih.
Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, berkata beliau mahu jersi yang dipakai pemain dan penyokong turut mempunyai fungsi kesihatan, bukan hanya mempamerkan rekaan semata-mata seperti jersi lain.
Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata, benang yang direka khas itu dihasilkan kilang di tiga negara iaitu China, Thailand dan Vietnam dengan menggunakan teknologi terkini untuk pembangunan baju itu.
“Keempat-empat jersi yang bakal dilancarkan bagi edisi pertama ini mempunyai fungsi perangkap peluh dan mampu memutihkan kulit. Apabila saya mahu lakukan sesuatu, saya suka memandang ke hadapan dan biarlah hasilnya memberi manfaat kepada semua.
“Jersi ini bermula daripada benang yang mana ia turut berfungsi melancarkan perjalanan darah kepada pemakai selain menghasilkan kelembapan daripada peluh pada badan, sekali gus mampu membakar lemak. Proses mengeringkan peluh itu akan menjadikan kulit putih seolah-olah baharu saja selesai sauna.
“Saya sudah lama membuat rekaan benang ini bagi menghasilkan produk baharu untuk kurus dan putih. Tapi alang-alang mahu reka jersi, jadi saya terus aplikasikan kelebihan ini kepada rekaan jersi skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW),” katanya.
BH sebelum ini melaporkan tanda tanya kalangan penyokong Kelantan mengenai gambaran sebenar empat rekaan jersi jenama DSV akan terjawab menerusi pelancarannya esok.
Pengasas Vida Beauty Qu Puteh itu berkata, syarikatnya akan mengeluarkan dua versi bagi keempat-keempat rekaan iaitu ‘versi eksklusif’ dan ‘versi penyokong’ dengan pengeluaran sebanyak 20,000 helai untuk edisi pertama.
Daripada empat rekaannya itu, jersi berwarna tradisi Kelantan merah-putih serta merah jambu-putih akan digunakan bagi perlawanan di laman sendiri sementara warna merah jambu-hitam dan biru-putih akan digunakan PQPTRW di tempat lawan.
Mengulas lanjut, Dr Vida yang juga Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata beliau yakin fungsi jersinya tidak akan mudah ditiru mana-mana pihak sebaik saja ia dilancarkan nanti.
“Majlis pelancaran yang diadakan nanti pasti memberi kejutan luar biasa kepada orang ramai, seolah-olah jersi ini turun daripada angkasa lepas. Harga yang ditawarkan mampu milik bagi membolehkan semua orang dapat memilikinya,” katanya.
www.bharian.com.my

ok lah klu DSV buat 3 harga tu orang kata apa....harga mampu milik.jadi untuk penyokong pilihan dah ada jadi kena pilihlah yang mana sesuai dan ikut kemampuan.kita sokong pasukan dengan salah satunya dengan cara pembalian jersi.

 KTC menjadi pilihan untuk PQPTRW melancarkan jersi untuk tahun 2016.


 nampaknya DSV memilih jersi no 6.


dikhabarkan seramai 2000 peminat dan penyokong menhadiri majlis perasmian ini.




kena negung dulu nihh...nak beli wak mana so...comel blako nii...tapi dok braso nk try color pink dulu nihh.tanda terima kasih kepada DSV.Terima kasih lah anak Kelantan yang nak majukan negeri sendiri,negeri yang sekecil kebun bunga.

GO FOR MORE !!!!!!!!!!!!!

GO MORE KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!