PENASIHAT Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida. |
KOTA
BHARU: Empat jersi jenama DSV (Datuk Seri Vida) yang akan dilancarkan esok,
bukan sekadar rekaan semata-mata tapi turut mempunyai kelebihan dari segi
kesihatan apabila benang pakaian itu direka khas untuk kurus dan berkulit
putih.
Penaja
utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, berkata beliau mahu jersi yang
dipakai pemain dan penyokong turut mempunyai fungsi kesihatan, bukan hanya
mempamerkan rekaan semata-mata seperti jersi lain.
Hasmiza
atau lebih dikenali Dr Vida berkata, benang yang direka khas itu dihasilkan
kilang di tiga negara iaitu China, Thailand dan Vietnam dengan menggunakan
teknologi terkini untuk pembangunan baju itu.
“Keempat-empat
jersi yang bakal dilancarkan bagi edisi pertama ini mempunyai fungsi perangkap
peluh dan mampu memutihkan kulit. Apabila saya mahu lakukan sesuatu, saya suka
memandang ke hadapan dan biarlah hasilnya memberi manfaat kepada semua.
“Jersi
ini bermula daripada benang yang mana ia turut berfungsi melancarkan perjalanan
darah kepada pemakai selain menghasilkan kelembapan daripada peluh pada badan,
sekali gus mampu membakar lemak. Proses mengeringkan peluh itu akan menjadikan
kulit putih seolah-olah baharu saja selesai sauna.
“Saya
sudah lama membuat rekaan benang ini bagi menghasilkan produk baharu untuk
kurus dan putih. Tapi alang-alang mahu reka jersi, jadi saya terus aplikasikan
kelebihan ini kepada rekaan jersi skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors
(PQPTRW),” katanya.
BH
sebelum ini melaporkan tanda tanya kalangan penyokong Kelantan mengenai
gambaran sebenar empat rekaan jersi jenama DSV akan terjawab menerusi
pelancarannya esok.
Pengasas
Vida Beauty Qu Puteh itu berkata, syarikatnya akan mengeluarkan dua versi bagi
keempat-keempat rekaan iaitu ‘versi eksklusif’ dan ‘versi penyokong’ dengan
pengeluaran sebanyak 20,000 helai untuk edisi pertama.
Daripada
empat rekaannya itu, jersi berwarna tradisi Kelantan merah-putih serta merah
jambu-putih akan digunakan bagi perlawanan di laman sendiri sementara warna
merah jambu-hitam dan biru-putih akan digunakan PQPTRW di tempat lawan.
Mengulas
lanjut, Dr Vida yang juga Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan
(KAFA) berkata beliau yakin fungsi jersinya tidak akan mudah ditiru mana-mana
pihak sebaik saja ia dilancarkan nanti.
“Majlis
pelancaran yang diadakan nanti pasti memberi kejutan luar biasa kepada orang
ramai, seolah-olah jersi ini turun daripada angkasa lepas. Harga yang
ditawarkan mampu milik bagi membolehkan semua orang dapat memilikinya,”
katanya.
www.bharian.com.my
ok lah klu DSV buat 3 harga tu orang kata apa....harga mampu milik.jadi untuk penyokong pilihan dah ada jadi kena pilihlah yang mana sesuai dan ikut kemampuan.kita sokong pasukan dengan salah satunya dengan cara pembalian jersi.
KTC menjadi pilihan untuk PQPTRW melancarkan jersi untuk tahun 2016.
nampaknya DSV memilih jersi no 6.
dikhabarkan seramai 2000 peminat dan penyokong menhadiri majlis perasmian ini.
kena negung dulu nihh...nak beli wak mana so...comel blako nii...tapi dok braso nk try color pink dulu nihh.tanda terima kasih kepada DSV.Terima kasih lah anak Kelantan yang nak majukan negeri sendiri,negeri yang sekecil kebun bunga.
GO FOR MORE !!!!!!!!!!!!!
GO MORE KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment