PENGENDALI
Kelantan K Devan berpuas hati dapat mengutip satu mata dalam perlawanan
pembukaan menentang Perak dalam saingan Liga Super, yang disaksikan 21,000
penonton di Stadium Perak malam tadi.
“Kalau
dapat satu mata bila main di tempat lawan pada permulaan musim ia dikira sangat
baik,” kata jurulatih skuad ‘Pamoga Qu Puteh The Red Warriors’ itu.
Perlawanan
itu berkesudahan seri tanpa jaringan.
Sementara
itu, jurulatih Perak Syamsul Mohd Said berkata walaupun gagal memanfaatkan
peluang bermain di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, beliau tetap
berpuas hati dengan aksi anak buahnya.
“Kami
puas hati dengan keputusan ini dan ia adil untuk kedua-dua pasukan,” katanya
dalam sidang media selepas perlawanan. – Bernama
Ramai boleh tengok sendiri live bola Perak Lawan Kelantan.jadi bila di hayati perlawanan ni.kawe berasa jurulatih dok main penin lagi ni.ada wak kata tengok dulu segame dua.tapi kalau kawe lah...bukan gapo hanya nk bagi pendapat peribadi.Thore tu x masuk xpo...level wak di tunjukkan semasa game ni orang klate boleh kata berat.
Wan Z banyak dok berolek sorang selepas tu hilang bola.4 orang pemain import dari midfield sampai ke strike sebutir gol x leh nak masuk.Kecik tenggelam terus game ni.tak nampak sungguh corak permainan.bahagian midfield kenapa suka sangat hantar bola belakang.bukan apa kalau baru nk attack nampak pemain lawan rapat jadi x berani nk tolak bola.
mckain dengan bahagian defend kawe puji tapi muslim kadang-2 jarang-2 ada miss jugak tu.nasib baik bola out side kalau tidak putih mata set kita.Daudsu dan poknik meme hardcore pada game ni.
Bukan nk kata pandai jadi coah dok cuma dari kaca mata kawe lahh.tanpa Piya midfield kelantan nampak payah jah nk gerak.hantaran bola kepada strike banyak tak tepat.Piya kalau ganding dengan Brendan Gan kemah molek doh tapi Gan ni rajin .kita try tengok lawan PDRM di stadium keramat malam ni.Dengar creta Piya dengan Indra nk wak turun malam ni.
Harapan kawe stadium SSMIV akan kembali kebal dan dapat mengutip 3 mata malam ni.Game pertama DEVAN fail.Penyudah tidak berbisa.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!
GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment