Wednesday, 18 July 2012

QPR ASIA TOUR 2012 : Menanti QPR di Kota Bharu


Menurut Pegawai Akhbar QPR, Matt Webb, sambutan yang diberikan ketika pasukan sampai dan berada di Kota Kinabalu adalah diluar dugaan dan menjadi kenangan manis kepada pasukan ketika berada di Negeri Di Bawah Bayu.

Pemain-pemain QPR juga telah meahirkan perasaan gembira mereka dan memberi pujian dalam laman sosial twiiter kepada peminat-peminat bola sepak tempatan.

Tidak mahu ketinggalah, Kelantan juga menyediakan pelbagai aktiviti untuk memeriahkan kunjungan QPR ke Kota Bharu pada 19 Julai ini.

Menurut Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail, yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat sambutan malam tadi, acara sambutan ringkas diatur untuk meraikan QPR akan bermula di lapangan terbang, sebelum konvoi dari kelab kenderaan bermotor, kelab penyokong dan peminat bola sepak tempatan mengiringi rombongan QPR ke pengingapan mereka di Hotel Grand Riverview (GRV)

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Agong KAFA, Tuan Hj Azman dan Pegawai Media KAFA, Wan Badri Wan Omar.

Pasukan QPR dijangka berlepas dengan penerbangan khas dari Kuala Lumpur pada jam 11 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 12 tengah hari. Acara sambutan di lapantan terbang akan diketuai oleh barisan EXCO Persatuan Bola Sepak Kelantan.

Paluan rebana, persembahan silat dan sorakan (chant) Ultras Kelantan akan mengiringi ketibaan rombongan di GRV. Sesi bertemu peminat selama 30 minit di lobi hotel dijangka bermula jam 2 petang, selepas mereka selesai menikmati jamuan makan tengah hari.

Air Asia, Warriors dan Umbro akan mengadakan promosi dan jualan pelbagai barangan khas bersempena majlis tersebut.

Sementara pemain-pemain berehat, satu sidang media perlawanan yang akan dihadiri oleh jurulatih dan ketua pasukan kedua-dua pasukan akan diadakan pada jam 2.30 petang.

Pasukan QPR akan bertolak ke Stadium Sultan Muhammad ke IV (SSM4) kira-kira jam 5 petang untuk sesi latihan bersama pasukan Kelantan.

Acara iringan turut diadakan di SSM4 bagi meraikan peminat-peminat yang hadir di stadium. Selain berpeluang menyaksikan kedua-dua pasukan mengadakan latihan, mereka juga akan melihat kehebatan penjaga gol dan pemain-pemain lain QPR dan TRW yang akan diuji melalui tendangan penalti.

Peminat-peminat bertuah akan mendapat barangan yang akan disampaikan sendiri oleh pemain-pemain QPR.

Selesai acara di SSM4 lebih kurang jam 6.45 petang, QPR akan kembali ke pengingapan untuk bersiap sedia sebelum menghadiri jamuan makan malam di hotel yang sama. Jamuan makan malam ini turut dihadiri oleh pemain-pemain Kelantan (TRW) yang akan mengarak dua piala yang mereka menangi, Piala FA dan Piala Liga Super, ke dalam dewan sebelum jamuan bermula.

Lebih 500 tetamu termasuk pegawai serta pemain pasukan The Red Warriors, skuad Belia dan Skuad Presiden Kelantan dijangka memeriahkan upcara makan malam tersebut.

QPR dan TRW akan menaiki penerbangan yang sama untuk ke Kuala Lumpur selepas jamuan makan malam.

Perlawanan Kelantan dan Rangers akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Julai 2012, jam 9.15 malam.

ATUCARA RINGKAS

11.00 am - QPR berlepas dengan penerbangan KHAS dari Kuala Lumpur
12.00 pm - QPR dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu
12.45 pm - Rombongan tiba di Hotel Grand Riverview, Makan Tengah hari di Restoran
02.00 pm - Sesi Bertemu Peminat di Lounge Hotel
02.30 pm - Sidang Media Pra Perlawanan TRW-QPR di M2, Hotel Grand Riverview
04.45 pm - Rombongan bertolak ke Stadium Sultan Muhammad Ke IV
06.45 pm - Selesai acara di stadium dan kembali ke hotel
08.00 pm - Jamuan makan malam di Grand Ballroom
10.00 pm - QPR dan TRW berlepas ke Kuala Lumpur

*Tertakluk pada pindaan.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin


Sabah XI kena 5-0 dengan QPR dan kita akan berlawan dengan mereka malam esok.Acara sambutan telah di siapkan untuk mereka.Selamat Datang ke Kelantan DarulNaim...






Tuesday, 17 July 2012

Misi Buru Piala Malaysia, KAFA Pancing 3 Pemain Luar


KOTA BHARU – Selepas menjulang trofi Liga Super buat kali kedua berturut-turut, The Red Warriors kini meletakkan sasaran mahu merampas kejuaraan Piala Malaysia yang pernah dimenangi dua musim lalu.
Pentas Piala Malaysia edisi ke-86 yang akan membuka tirai penghujung bulan depan bakal menjadi kayu pengukur kekuatan sebenar Kelantan yang kini memburu kejuaraan ketiga mereka pada musim ini.
Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim berkata, anak buahnya tidak boleh terlalu alpa dengan kejayaan menjulang trofi Liga Super ketika ini sebaliknya perlu membentuk pasukan yang lebih mantap bagi menghadapi pertandingan paling berprestij itu.
“Pemain perlu tahu, kita masih ada tugas yang belum selesai. Selepas meraih Piala FA dan Liga Super, kita menetapkan sasaran untuk memburu Piala Malaysia pula,” katanya kepada pemberita sejurus majlis penyampaian piala dan medal kepada barisan pemain dan pegawai Kelantan malam kelmarin.
“Kita tersekat di peringkat suku akhir (tewas kepada Terengganu) musim lalu. Harap kita kembali fokus dalam saingan kali ini. Namun kita tidak boleh mendabik dada kerana banyak pasukan berazam mahu menewaskan kita dalam kempen Piala Malaysia nanti.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Azman turut mendedahkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kini dalam proses memancing tiga pemain daripada pasukan lain bagi memperkuatkan The Red Warriors dalam masa terdekat.
“Saya tidak boleh dedahkan lebih lanjut kerana semuanya masih dalam perbincangan. Mungkin kita pinjam pemain daripada pasukan yang tidak layak beraksi dalam kempen Piala Malaysia seperti Sabah dan Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Azman menyifatkan Kelantan wajar dinobatkan selaku juara Liga Super berdasarkan kerja keras dan semangat berpasukan yang ditonjolkan barisan pemain dan pegawai pasukan mereka sepanjang musim ini.
“Secara peribadi, saya anggap kita merupakan satu-satunya pasukan yang cukup sukar ditewaskan meski pun kita tewas 0-1 kepada Felda United FC baru-baru ini. Berkat kesungguhan semua pihak kita mampu mempertahankan kejuaraan sekali lagi musim ini.
“Trofi kemenangan ini khas untuk penyokong setia Kelantan yang memberikan sokongan tidak putus-putus kepada kami sepanjang musim ini,” katanya.
Petikan dari Klate.Net
Siapakah 3 pemain yang akan di buru oleh Kelantan untuk mengapai Piala Malaysia 2012?Kawe pun tak nampak sangat siapa tapi yang pasti mungkin untuk barisan tengah dan serangan.
Apa pun kita berharap Piala Malaysia kita akan berjaya.Dan untuk AFC semoga kita berjaya mencipta sejarah
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Keita Tak Sabar Bantu Kelantan

Naib Presiden KAFA, Datuk Ismail Md Noor (tiga dari kiri) menunjukkan piala tajaan Kumpulan Sentosa yang menjadi rebutan antara Kelantan dan QPR dalam cabaran sepakan penalti sambil diperhatikan Keita (dua kanan) di Kota Bharu, semalam.



Janji kejutan kepada penyokong The Red Warriors berdepan QPR
Kota Bharu: Pemain import terbaru Kelantan, Keita Mandjou tidak sabar untuk membuat kejutan kepada penyokong The Red Warriors apabila berdepan dengan kelab Inggeris, QPR di Stadium Shah Alam, Jumaat ini. Keita, 33, dari Guinea menandatangani kontrak perjanjian selama setahun setengah untuk membantu pasukan gergasi Pantai Timur itu dalam saingan suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), September ini.
“Bertemu dengan QPR nanti adalah persembahan pertama saya bersama The Red Warriors dan saya akan membuktikan kemampuan saya dengan menyumbang gol.
“Saya yakin tiada masalah untuk bersama pasukan hebat ini dan sudah mengenali pemain tempatan seperti Indraputra Mahyuddin, Norsharul Idlan Talaha, Mohd Daudsu Jamaluddin, Norfarhan Mohamad dan S Subramaniam ketika bersama-sama di Perak sebelum ini,” katanya.
Keita berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Cabaran Sepakan Penalti Piala Kumpulan Sentosa di Kafe The Red Warriors, Kota Bharu, semalam.
Hadir sama Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Ismail Md Noor dan Pengarah Kumpulan Sentosa, Mohd Razif Razali.
Pada sesi latihan bersama QPR Khamis ini, akan berlangsung pertandingan sepakan penalti di antara kedua-dua pasukan, The Red Warriors dan QPR, bagi merebut Piala Kumpulan Sentosa.
Sementara itu, Ismail berkata, pertandingan sepakan penalti itu julung kali diadakan dan antara tujuannya ialah bagi menguji kehebatan penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
“Lima pemain QPR akan membuat sepakan penalti ke gawang Kelantan yang dijaga Khairul Fahmi, sekali gus menguji kemampuannya mengawal pintu gol dari ditembusi pemain Liga Inggeris itu,” katanya.
Beliau berkata, pada acara Khamis ini juga, KAFA akan menyediakan sebanyak 80 bola sebagai cenderahati kepada penonton bertuah yang hadir pada sesi latihan itu, yang dijangka akan bermula jam 5 petang.
Petikan dari Klate.Net
promo sikit...heheheh
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pengurusan Suntik Kejayaan

Annuar (dua kiri) bersama Tengku panglima Kelantan, Tengku Muhammad Rizan Tengku Abdul Aziz (tiga kiri) ketika menyaksikan perlawanan Kelantan bertemu Sarawak, malam kelmarin.



KOTA BHARU – Faktor pengurusan yang efisien di samping sokongan peminat setia tempatan dilihat menjadi kunci kejayaan The Red Warriors sehingga mampu mempertahankan kejuaraan Liga Super pada musim ini.
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, elemen yang dibentuk antara kedua-dua pihak itu memberi kekuatan kepada Kelantan untuk membawa pulang trofi tersebut ke Kota Bharu buat kali kedua berturut-turut.
“Saya bersyukur kerana kita dapat mempertahankan kejuaraan Liga Super sekali lagi. Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama berpasukan yang dibentuk sejak awal musim ini,” katanya kepada pemberita sejurus perlawanan malam kelmarin.
“Lebih penting, pemain juga menunjukkan komitmen yang begitu tinggi mahu meraih kejayaan selain kekuatan pasukan juga turut didokong dengan sokongan peminat setia kita sendiri.
Tampil selaku juara, Kelantan akan menerima ganjaran cukup lumayan iaitu RM750,000 di samping insentif tambahan RM325,024 daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak lama lagi.
Ini bererti Kelantan akan menerima imbuhan keseluruhan berjumlah RM1.075 juta. Insentif tambahan tersebut diperkenalkan oleh badan induk bola sepak kebangsaan bermula saingan Liga Malaysia musim ini.
Rentetan kejayaan tersebut, Annuar berkata, The Red Warriors akan kembali memberi tumpuan terhadap dua lagi pertandingan berskala besar yang disifatkan cukup mencabar bagi pasukannya selepas ini.
“Selain kempen Piala Malaysia, kita juga akan fokus perlawanan suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang Al-Arbil dari Iraq pertengahan September nanti. Sebab itu kita bawa masuk Keita Mandjou dan Mijo Dadic bagi memperkuatkan pasukan Kelantan.
Dalam perkembangan lain, Annuar turut memaklumkan semua pemain Kelantan diberi cuti rehat selama dua minggu selepas beraksi pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Queens Park Ranger 20 Julai ini.
“Atas permintaan Bojan Hodak, beliau mahu semua pemainnya cuti panjang tanpa memikirkan langsung mengenai bola sepak. Selepas itu barulah mereka kembali menyertai latihan. Kita mahu ‘meremajakan’ semula pemain sebelum kempen Piala Malaysia bermula nanti,” katanya.
Petikan dari Klate.Net

Red Warriors Baham Bujang Senang



KELANTAN 3
Mohd Badhri Radzi (m-61)
Mohd Norfarhan Muhammad (m-65 dan 67)
SARAWAK 1
Mohd Hairol Mokhtar (m-69)
KOTA BHARU – Juara Liga Super 2012, Kelantan menutup tirai saingan liga musim ini dengan penuh bergaya setelah menewaskan Sarawak 3-1 dalam aksi perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Lebih manis, kemenangan ke-18 yang dirakam dalam perlawanan malam tadi menyaksikan Kelantan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di gelanggang sendiri sepanjang musim ini.
Malah kemenangan tersebut mengiringi kegembiraan hampir 16,000 penyokong mereka yang setia menunggu untuk meraikan kejayaan Kelatan menjulang trofi Liga Super di gelanggang keramat malam tadi.
Sarawak yang melakukan sepak mula dikejutkan dengan serangan balas pantas ketika perlawanan baru memasuki minit pertama apabila hantaran lintang Mohd Nurul Azwan Roya ditanduk tepat Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi namun diselamatkan penjaga gol, Saiful Amar Sudar.
Selang tiga minit kemudian, giliran Sarawak pula mencemaskan pintu gol Kelantan menerusi hantaran lintang Mohd Azizan Baba namun tampanan Zamri Morshidi diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Kelantan walaubagaimana pun berpeluang untuk berada di depan pada m-16 perlawanan apabila umpanan cantik Mohd Nurul Azwan ditampan kemas Mohd Badhri namun kegopohan beliau menyaksikan rembatannya sekadar melewati pintu gol pasukan pelawat.
Selang dua minit kemudian Kelantan sekali lagi mensia-siakan peluang terbaik mereka apabila hantaran lintang Norshahrul Idlan Talaha berjaya ditampan Mohd Nurul Azwan namun Saiful Amar berada tepat pada kedudukan untuk menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi.
Sarawak yang sekali-sekala menyerang kembali membuka ruang untuk mencipta jaringan seminit kemudian kali ini menerusi rembatan kencang pemain importnya, Joe Epalle namun tersasar disebelah kiri pintu gol Kelantan.
Begitu pun, Norshahrul Idlan yang kemarau jaringan sejak 10 perlawanan lalu terlepas peluang untuk meledakkan gol pertama Kelantan apabila rembatan kencangnya dalam situasi kelam-kabut di depan pintu gol Sarawak tertampan benteng pertahanan lawan pada minit ke-37 perlawanan.
Pasukan pelawat yang dibimbing Robert Alberts kempunan untuk mengejutkan Kelantan apabila Joe Epalle yang hanya berhadapan Khairul Fahmi memilih menyepak liar ke sebelah kiri pintu gol Kelantan dua minit kemudian.
Seminit sebelum babak pertama berakhir, pasukan Bujang Senang sekali lagi mensia-siakan peluang terbaik mereka setelah Zamri Morsidi yang melepasi pertahanan Kelantan gagal menjaringkan gol apabila rembatannya diselamatkan Khairul Fahmi.
Babak kedua bersambung menyaksikan pasukan pelawat mempamerkan aksi lebih tersusun menerusi jentera tengah mereka yang diterajui Guy Bwele. Ini terbukti apabila gerakan menarik Mohammad Dzulazlan Ibrahim dan Joe Epalle berjaya memperdayakan benteng pertahanan Kelantan namun percubaan daripada dua pemain tersebut dinafikan Khairul Fahmi pada m-56 perlawanan.
Ketangkasan penjaga gol Kelantan itu  sekali lagi teruji apabila berjaya menepis keluar rembatan pemain sayap Sarawak, Ashri Chuchu pada jarak 25 meter seminit kemudian.
Begitu pun gol yang ditunggu-tunggu oleh penyokong setia The Red Warriors akhirnya menjelma pada minit ke-61 perlawanan. Mohd Badhri memanfaatkan situasi bola mati apabila sepakan percumanya dari luar kotak penalti tepat menerjah jaring penjuru kanan untuk gol pertama Kelantan.
Selang empat minit kemudian, Mohd Norfarhan Muhammad menggandakan jaringan untuk Kelantan. Bekas pemain T-Team musim lalu menyempurnakan gerakan awal Norshahrul Idlan dengan merembat masuk menewaskan Saiful Amar di pintu golnya.
Sarawak terus tertekan apabila apabila Mohd Norfarhan Muhammad menjaringkan gol ketiga Kelantan dua minit kemudian. Kesilapan Saiful Amar yang meluru keluar daripada posisinya dihukum dengan lambungan mudah Mohd Norfarhan setelah menerima umpanan jauh daripada Mohd Badhri.
Kerja keras pemain Sarawak bagaimana pun berjaya membuahkan hasil dengan merapatkan jurang pada minit ke-69 perlawanan apabila  sepakan percuma Guy Bwele ditanduk masuk Mohd Hairol Mokhtar menewaskan Khairul Fahmi di pintu gol Kelantan.
Pasukan pelawat turut mempunyai dua peluang terbaik untuk merapatkan kedudukan namun sepakan percuma Guy Bwele pada m-85 perlawanan sedikit melewati pintu gol Kelantan sementara rembatan leret beliau seminit kemudian diselamatkan Khairul Fahmi.
Minit-minit akhir perlawanan, Sarawak diberikan sepakan penalti setelah pemain pertahanan Kelantan, S Subramaniam menjatuhkan Zamri Morshidi di dalam kotak penalti.
Namun Joe Epalle gagal menghadiahkan gol saguhati untuk Sarawak apabila sepakannya terkena tiang gol kanan untuk mengakhiri kemenangan 3-1 Kelantan ke atas pasukan daripada Kepulauan Borneo dalam perlawanan malam tadi.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohamad Zamri Ramli,  S Subramaniam, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Zairul Fitree Ishak, Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Radzi (KP),  Mohd Nurul Azwan Roya (Indra Putra Mahayuddin), Mohd Norfarhan Muhammad (Khairul Izuan Rosli), Norshahrul Idlan Talaha dan Azlan Ismail (Muhammad Ramzul Zahini Adenan).
FORMASI : 4-4-2
SARAWAK : Saiful Amar Sudar, Ramesh Lai Ban Huat, Yosri Derma Raju (Sahran Abdul Samad), Mohammad Dzulazlan Ibrahim (K Ravindran), Mohd Hairol Mokhtar, Mohammad Shahrol Saperi, Ashri Chuchu, Guy Bwele (KP), Zamri Morshidi, Mohd Azizan Baba (Mohamad Fareez Tukijo) dan Joe Epalle.
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (8) Sarawak (6)
Percubaan tersasar : Kelantan (3) Sarawak (3)
Sepakan penjuru : Kelantan (3) Sarawak (4)
Sepakan percuma : Kelantan (21) Sarawak (13)
Ofsaid : Kelantan (1) Sarawak (7)
Kekasaran : Kelantan (11) Sarawak (13)
Kad kuning : Kelantan (Mohammad Zamri Ramli) Sarawak (Ashri Chuchu dan Mohd Hairol Mokhtar)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tiga minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Sarawak (45%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : S Sittharajanan
Penolong Pengadil 1: Mohd Azhar Ismail
Penolong Pengadil 2: Mohd Afiq Mohamain
Pegawai Keempat : Mohd Ezani Said
Kommissioner Perlawanan : Azman Sulong
Penilai Pengadil : Nik Ahmad Yaakob
General Koordinator : Arif Hassan
Petikan dari Klate.Net

Perlawanan malam ini bermula dengan agak baik.Petahanan kedua-dua pasukan melakukan tugas masing-masing dengan baik.Penyokong kelantan mahukan Aksi akhir perlawanan LIga Super berakhir dengan kemenangan.Separuh masa pertama berahir dengan 0-0.
Separuh masa kedua barulah kita dapat melegakan hati dan perasaan kita dengan jaringan yang menarik dari Piya dan Farhan (2 gol).Kita juga di bolosi 1 gol terakhir.Aksi Kelantan malam ini adalah seolah-olah menuggu mangsa.Bila pertahanan lawan leka sahaja kita terus serang tanpa belas kasihan.Memang sukar hendak berdepan dengan TRW.Tektikal dan kebijaksanaan pemain dlam menjana pergerakkan.Tahniah Worriors!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Apa pun berakhirlah liga Super 2012 dengan Kelantan berada di tangga teratas mengatasi 13 pasukan lain di negara ini.2 Kekalahan sahaja.Prestasi terbaik TRW.


GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, 12 July 2012

PIALA LIGA SUPER DI SAMPAIKAN SABTU INI


Sidang Media Naib Presiden KAFA bersama Wakil Kelab Penyokong di THE RED WARRIORS STATION @ K.T.C.

TERKINI 12 JULAI 2012, 1.10pm
Piala Liga Super dan Medal akan dibawa ke Kota Bharu untuk disampaikan kepada Kelantan selepas perlawanan bertemu Sarawak Sabtu ini.


Datuk Hamidin yang menelefon sebentar tadi, mengesahkan FAM menerima rayuan KAFA supaya majlis berkenaan diadakan di Kota Bharu.

FAM akan menyerahkan Piala beserta medal kepada Tn Hj Azman Ibrahim, SU Agong KAFA untuk dibawa ke Kota Bharu.

Menurut Hj Azman, Dato' Affendy selaku Timb Pengerusi JKPT FAM dan juga Naib Presiden FAM akan myampaikan Piala tersebut kpd TRW. KAFA juga berharap KDYMM Sultan Mohd V atau YTM TMK akan sudi mencemar duli utk berangkat ke stadium pd hari Sabtu ini untuk menyempurnakan majlis berkenaan.
 — with ZZainy Zain and Azman Ibrahim.





Petikan dari 
 THE RED WARRIORS STATION @ K.T.C.

Alhamdulillah ,Rayuan KAFA di dengar oleh FAM.Pengurusan KAFA cepat membuat rayuan dan FAm menghantar Wakil Mereka ke SSMIV pada sabtu ini bagi menyampaikan PIALA LIGA SUPER 2012 .Terima Kasih FAM walaupun kena Merayu dulu.



Kelantan Sedih Keputusan FAM



Kuala Lumpur: Meskipun berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super buat musim kedua berturut-turut, Kelantan dipalit rasa tidak puas hati apabila buat kali kedua juga terpaksa menjulang trofi berkenaan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya.
Kelantan mengesahkan kejuaraan miliknya selepas membelasah Perak 6-0 Sabtu lalu, namun majlis penyampaian trofi tidak akan dibuat pada aksi terakhir menentang Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Sabtu ini, seperti diharapkan penyokong The Red Warriors.
Sebaliknya FAM memutuskan majlis penyampaian trofi bagi Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM diadakan serentak pada jam 3 petang, 20 Julai di Wisma FAM.
Keputusan FAM itu turut menimbulkan rasa terkejut dan dukacita Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
“Johan dan naib johan (Liga Super) sudah diketahui seawal 7 Julai (Sabtu lalu).
Jadi mengapa harus menunggu dua minggu? Penyampaian piala patut dibuat pada perlawanan terakhir Liga Super di Kota Bharu. Hadiah lain bolehlah dikemudiankan.
“Saya tak dapat memahami kenapa ini dilakukan? Apakah kerana Kelantan yang memenanginya?” kata Annuar menerusi laman Facebook rasmi miliknya, semalam.
Namun Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang juga Naib Presiden FAM tampil membuat penjelasan berhubung hal berkenaan.
“Tidak perlu jadi isu. Musim lalu pun trofi dan hadiah Liga Super disampaikan di Wisma FAM. Lagipun kebetulan pegawai FAM kini sibuk mengendalikan acara bola sepak SUKMA 2012 di Kuantan,” kata Hamidin ketika dihubungi di Kuantan, malam tadi.
Mungkin secara kebetulan, malam selepas trofi itu disampaikan pada siangnya, Kelantan bertemu QPR pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam dan pasti pasukan itu dapat meraikannya walaupun lewat seminggu.

Petikan dari Klate.Net

Sebagaimana liga di dunia ini ,Liga Malaysia adalah yang terbaik sebab Piala Liga Super Malaysia ni di sampaikan pada 20 july 2012.Yang mana Perlawanan akhir liga pada 13 July 2012 dan Kejuaraan telah di sahkan pada 7 July 2012.Ranking negara tidak penting dan cara FAM mengendalikan urusan penyampaian Piala ini perlu di tadikan semula dan Kawe rasa Menteri Belia dan Sukan perlulah bersuara sebab kerana FAM mungkin prestasi menteri turun sedikit kerana kegagalan pengurusan FAM,Badan Bolasepak Negara.
Kalau piala dia sampaikan pada hari terakhir liga ianya sangat bermakna kerana disinilah pengurusan kelab dan penyokong akan bersam-sama meraikannya dan kemeriahannya pasti di rasainya dan di jadikan sejarah dalam diri pemain dan pengurusan dan juga penyokong.Mereka akan merasai puas atas sokongan mereka selama ini dengan kesusuhan dan penat lelah mereka di bayar dengan harga yang tak ternilai.Penyokong terdiri dari semua golongan tapi bagi mereka yang kais pagi makan pagi dan kalau nak tengok bola pun kena berhutang.Apa lagi yang boleh mereka merasi puas kalau piala itu tidak di sampaikan pada hari yang sepatutunya.FAM perlu di rombak pengurusan dan tidak terikat dengan undang-undang syok sendiri yang bakal menjatuhkan imej negara dan juga pembangunan.
FAM tidak perlu lagi setiausaha yang sudah pencen dan kurang pengahtahuan dari dunia bolasepak.Tanya lah mana-mana penyokong sekalipun pasti mereka mahu Piala di sampaikan di stadium mereka sendiri.Apa yang di lakukan oleh Ultras Malaysia memang tepat pada waktunya.Skuad kebangsaan tanpa pembelaan dan pengurusan FAM mundur jauh dari pengurusan kelab yang ada.Malah liga kampung pun di sampaikan pada hari yang sama.Memang malang bolasepak Malaysia ni kerana ada FAM yang kolot dan mundur.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!


Kelantan Tetap Juara Meskipun Tewas


Kekalahan Yang Tidak Mengubah Tahta Kejuaraan Milik Kelantan
UNITED 1-0 KELANTAN
MELAKA, (10 Julai) -- Felda United berjaya menjadi pasukan kedua menewaskan Kelantan pada musim 2012 ini, kekalahan kedua Kelantan ini sedikitpun tidak menjejaskan rekod baik yang dipegang Kelantan iaitu hanya 2 kali kalah dan 17 bolos berbanding 13 pasukan dalam saingan Liga Super 2012 ini.
Keputusan ini juga tidak mengubah sebarang keputusan juara Liga Super yang sudah dipegang Kelantan malah Lion XII selaku naib juara juga tewas malam tadi, keputusan ini menjarakkan lagi pungutan 57 mata Kelantan.
Berita sedih diterima penyokong Kelantan dari Wisma FAM apabila Tan Sri Annuar Musa sendiri di laman Facebooknya mengesahkan Kelantan tidak akan menerima Piala Liga Super 2012 pada perlawanan terakhir menentang Sarawak 14 julai ini meskipun Kelantan sudah sah juara sejak sabtu lalu lagi sebaliknya Piala Liga Super akan diserahkan pada 20 julai ini sewaktu semua pemain dan pengurusan akan memberi fokus kepada tetamu EPL di Shah Alam. Namun rundingan untuk diubah sambutan ini akan diusahakan KAFA.
Keputusan FAM ini cukup meresahkan pimpinan KAFA dan seluruh penyokong Kelantan kerana perlawanan persahabatan antarabangsa Kelantan dan sambutan puasa. Untuk makluman majlis penganugerahan ini diubah sejak 2011 iaitu sejak Kelantan menjuarai Piala Liga Super dan perkara ini tidak pernah berlaku sebelum tahun 2011. Adakah FAM terkejut dengan keupayaan Kelantan mengubah percaturan orang atasan FAM untuk memberi kemenangan kepada pasukan dari seberang tambak Johor itu untuk tahun 2012 ataupun pasukan Selangor @ Terengganu yang dirancang juara 2011? Hanya Allah sahaja yang tahu keputusan pelik dan luar biasa FAM yang kebiasaannya berlaku ke atas Kelantan.
GOMO KELATE GOMO
Petikan Dari Portal rasmi KAFA

Apa lagi yang nak di bimbangi .Ada ramai lagi penyokong yang masih memerlukan kemenangan dan masih berharap baki 2 perlawanan Kelantan terus mencatat kemenangan tetapi lain pula yang terjadi.Bagi kawe memang betul apa yang di lakukan oleh Bojan Hodak merehatkan pemain-pemain utama bagi merehatkan mereka untuk aksi perlawanan  antarabangsa dengan QPR pada 20 July 2012 nanti.Barisan pemain simpanan perlu di gunakan kalau boleh 100% bagi memberi mereka peluang untuk beraksi.SUdah tiada apa lagi yang perlu kita kejarkan.
Bagi penyokong Kelantan berilah ruang dan peluang kepada pamian simpanan untuk beraksi dan kita sudah lengkapkan misi ini dengan jayanya.
Apa Pun kita raikan kejayaan bersama di SSMIV pada sabtu ini walaupun mingkin dengan hanya replika piala janji kita dapat meraikannya bersama.Keputusan dari FAM yang mahu juga menyampaikan Piala Liga Super 2012 di  buat di Wisma FAM.FAM makin tidak professional dan tidak mengambil contoh dari EPL,LA Liga dan Liga -2 Bolasepak dunia yang mana jika mata sudah jauh dan memang sudah sah pasukan itu bergelar Juara Maka Piala akan terus di sampaikan walaupun masih ada 1 atau 2 baki perlawanan.Biarlah kita hanya mampu komplain dan yang menjadi pengajurnya FAM.Tapi memang ramai sudah tidak berpuas hati dengan FAM ni.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, 10 July 2012

TIKET PERCUMA KELANTAN LWN QUEENS PARK RANGERS

Berita baik buat peminat pasukan Kelantan FA seluruh Malaysia, Akhbar Harian Metro bermurah hati mahu memberikan tiket percuma perlawanan persahabatan antarabangsa diantara Kelantan menentang Queens Park Rangers di Stadium Shah Alam pada 20 Julai 2012 Jam 9.15 malam.
Untuk mendapatkan tiket percuma Kelantan dan QPR, anda perlu menyimpan keratan kepala akhbar harian metro arena ( muka belakang ).Kumpulkan sebanyak 5 keratan diantara hari ini sehingga 19 Julai 2012 dan tukarkan untuk sekeping tiket sahaja.

 *Terma dan Syarat tertakluk kepada pihak Akhbar Harian Metro.Sebarang masalah emailkan ke sukan@hmetro.com.my

Sama nak tiket Free beli metro banyak-banyak yerrr

Kelantan bakal bertemu barisan terbaik QPR



PENGURUSAN dan pasukan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Queen Park Rangers mempunyai alasan mereka untuk memilih Sabah dan Kelantan dari Malaysia sebagai pasukan yang akan ditentang dalam perlawanan persahabatan bersempena "QPR Asia Tour 2012"

Menurut Pengarah Perdagangan QPR, Euan Inglis, Pengerusi kelab berkenaan , Tony Fernandez, membuat keputusan memilih Sabah sebagai menyokong keperluan perkembangan dan pengukuhan perniagaan Air Asia yang mahu menjadikan Kota Kinabalu sebagai salah satu hub antarabangsa syarikat penerbangan berkenaan.

Keputusan tersebut juga adalah sebagai tanda terima kasih Air Asia kepada rakyat dari negeri berkenaan yang menyokong kehadiran syarikat penerbangan tersebut dan sekaligus membuka ruang kepada penyokong-penyokong pasukan bola sepak Sabah untuk melihat aksi pemain-pemain mereka bersama barisan pemain antarabangsa dari kelab yang terkenal dengan nama jolokan "R"
Kelantan pula, menurut Inglis, merupakan sebuah pasukan yang diiktiraf sebagai pasukan juara dalam Liga Tempatan. Keupayaan pasukan Kelantan menjuarai Piala FA dan melayakkan diri ke peringkat suku akhir Kejohanan Piala AFC 2012 dilihat sebagai kekuatan yang perlu diuji QPR yang turut disertai beberapa pemain baru untuk Liga yang akan bermula Ogos nanti.

Tanpa memandang rendah pencapaian Kelantan dalam arena bola sepak rantau ini, Inglis memberi jaminan QPR akan menurunkan barisan terbaik mereka, termasuk nama-nama seperti Robert Green, Dijbril Cisse, Shaun Wrigh-Phillips, Anton Ferdinand dan Bobby Zamora.

Pasukan QPR yang dikendalikan oleh Mark Hughes dijangka tiba di Kota Kinabalu dari Hong Kong pada 14 Julai 2012. Mereka akan mengadakan perlawanan dengan pasukan Sabah di Stadium Likas pada 17 Julai, kemudian bertemu pasukan Kelantan di Stadium Shah Alam pada 20 Julai 2012 dan mengakhiri kembara Asia mereka di Surabaya untuk satu lagi perlawanan persahabatan menentang pasukan Persebaya pada 23 Julai 2012.


Bagi tujuan persediaan tersebut, Inglis telah mengadakan lawatan ke semua stadium perlawanan bagi memastikan ia berada ditahap yang baik bagi menjamin kelancaran perlawanan. Beliau, berharap Kembara Asia QPR 2012 ini akan mencapai matlamat seperti yang ditetapkan dan membantu kelab bersedia menentang Swansea ketika bermulanya kempen Liga Perdana Inggeris pada pertengahan bulan Ogos akan datang.

Dalam perkembangan yang lain, Tan Sri Annuar Musa yang mengilhamkan perlawanan ini berkata, penyokong-penyokong pasukan Kelantan harus mengambil peluang untuk hadir dan menyaksikan perlawanan bersejarah ini.

 
Tiket-tiket perlawanan persahabatan berkenaan yang berharga RM33, RM53 dan RM73 akan mula dijual secara atas talian melalui laman web AirAsia RedTix (talian hotline 03-8775 4666, 9am-6pm, kecuali pada hari minggu), juga di lokasi-lokasi Rock Corner, Victoria Music dan KL Life Center.

Manakala di Kota Bharu, tiket-tiket boleh dibeli di kaunter tiket Stadium Sultan Muhammad Ke IV dan di Wisma KAFA mulai hujung minggu ini.

KLIK untuk gambar-gambar sekitar majlis Sidang Media QPR Aisa Tour 2012, di GRV Kota Bharu.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

Ada promosi istimewa sempena Perlawanan 2 Pasukan hebat ini

 Satu orang pembeli tiket yang membeli tiket awal iaitu sebelum 15hb Julai 2012 akan mendapat peluang yang datang sekali seumur hidup iaitu:

1) Naik taraf tiket kepada tiket VIP
2) Penginapan satu malam di hotel Saujana bersama pasukan TRW dan QPR
3) Sarapan pagi bersama pasukan TRW dan QPR

Apa yang ditunggu lagi, dapatkan tiket anda hari ini untuk berpeluang memenangi hadiah ini. Pemenang akan diumumkan pada 17hb Julai 2012 dan hanya mereka yang membeli tiket SEBELUM 15hb layak.

Inilah perkataan yang paling sedap didengar bila tengok Page QPR:

For the first time, Queens Park Rangers will be coming to Asia for their 2012 pre-season friendly. They will be facing the strongest team of Malaysia, Kelantan 'The Red Warriors' ***(click here for match info)***
Description
Kick-off at 9:15pm in Shah Alam Stadium on the 20th July 2012

Tickets available for purchase at:
1. Sultan Muhammad IV Stadium
(Kota Bharu, Kelantan) during Kelantan vs Sarawak

2. Karangkraf Complex
(Lot 2, Jalan Sepana 15/3, off Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor)

3. Rock Corner outlets
(The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur)
(Mid Valley, Kuala Lumpur)
(KLCC, Kuala Lumpur)
(Subang Parade, Selangor)
(One Utama, Selangor)
(The Curve, Selangor)

4. Victoria Music outlets
(Sg Wang, Kuala Lumpur)
(Bangsar Shopping Center, Kuala Lumpur)
(AmCorp Mall, Selangor)
(Tropicana, Selangor)

5. A. Hassan restaurants
(43 Jalan Pedang Seksyen 13/27, Shah Alam, Selangor)
(35-G Jalan USJ 10/1, UEP Subang Jaya, Selangor)
(17 Jalan 7/7a, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor)
(30 Veledrome Business Park, Batu 4 Jalan Cheras, Kuala Lumpur)
(AB-PO Lebuhraya Shah Alam, Rehat & Rawat Awan Besar, Selangor)
(61 Jalan BP 6/7, Bandar Bukit Puchong, Puchong, Selangor)

6. Pejabat KAFA
(Kelantan)

7. TRW Cafe @ KTC
(Kelantan)

8. Kedai Warriors Kubang Kerian
(Kelantan)

9. Arena Futsal Pengkalan Chepa
(Kelantan)

10. Korean fans can now buy tickets at Kim's Mart (Korean Supermarket) at:
a) Kim's Mart at Solaris. No 7&9 Jalan Solaris 2, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
b) Kim's Mart ar Desa Sri Hartamas. No12, Ground Floor, Jalan 25/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Ticket Prices:
VIP - RM103
Grandstand - RM 73
Open Seating - RM 53
Upper Terrace - RM 33

Tickets available for online booking at:
AirAsia RedTix
( http://www.AirAsiaRedtix.com/Events/QPRAsiaTour2012 )