Kuala
Lumpur: Meskipun berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super buat musim kedua
berturut-turut, Kelantan dipalit rasa tidak puas hati apabila buat kali kedua
juga terpaksa menjulang trofi berkenaan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) di Kelana Jaya.
Kelantan
mengesahkan kejuaraan miliknya selepas membelasah Perak 6-0 Sabtu lalu, namun
majlis penyampaian trofi tidak akan dibuat pada aksi terakhir menentang Sarawak
di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Sabtu ini, seperti diharapkan
penyokong The Red Warriors.
Sebaliknya
FAM memutuskan majlis penyampaian trofi bagi Liga Super, Liga Perdana dan Liga
FAM diadakan serentak pada jam 3 petang, 20 Julai di Wisma FAM.
Keputusan
FAM itu turut menimbulkan rasa terkejut dan dukacita Presiden Persatuan Bola
Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
“Johan
dan naib johan (Liga Super) sudah diketahui seawal 7 Julai (Sabtu lalu).
Jadi
mengapa harus menunggu dua minggu? Penyampaian piala patut dibuat pada
perlawanan terakhir Liga Super di Kota Bharu. Hadiah lain bolehlah
dikemudiankan.
“Saya
tak dapat memahami kenapa ini dilakukan? Apakah kerana Kelantan yang
memenanginya?” kata Annuar menerusi laman Facebook rasmi miliknya, semalam.
Namun
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang
juga Naib Presiden FAM tampil membuat penjelasan berhubung hal berkenaan.
“Tidak
perlu jadi isu. Musim lalu pun trofi dan hadiah Liga Super disampaikan di Wisma
FAM. Lagipun kebetulan pegawai FAM kini sibuk mengendalikan acara bola sepak
SUKMA 2012 di Kuantan,” kata Hamidin ketika dihubungi di Kuantan, malam tadi.
Mungkin
secara kebetulan, malam selepas trofi itu disampaikan pada siangnya, Kelantan
bertemu QPR pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam dan pasti pasukan itu
dapat meraikannya walaupun lewat seminggu.
Petikan dari Klate.Net
Sebagaimana liga di dunia ini ,Liga Malaysia adalah yang
terbaik sebab Piala Liga Super Malaysia ni di sampaikan pada 20 july 2012.Yang
mana Perlawanan akhir liga pada 13 July 2012 dan Kejuaraan telah di sahkan pada
7 July 2012.Ranking negara tidak penting dan cara FAM mengendalikan urusan
penyampaian Piala ini perlu di tadikan semula dan Kawe rasa Menteri Belia dan
Sukan perlulah bersuara sebab kerana FAM mungkin prestasi menteri turun sedikit
kerana kegagalan pengurusan FAM,Badan Bolasepak Negara.
Kalau piala dia sampaikan pada hari terakhir liga ianya
sangat bermakna kerana disinilah pengurusan kelab dan penyokong akan
bersam-sama meraikannya dan kemeriahannya pasti di rasainya dan di jadikan
sejarah dalam diri pemain dan pengurusan dan juga penyokong.Mereka akan merasai
puas atas sokongan mereka selama ini dengan kesusuhan dan penat lelah mereka di
bayar dengan harga yang tak ternilai.Penyokong terdiri dari semua golongan tapi
bagi mereka yang kais pagi makan pagi dan kalau nak tengok bola pun kena
berhutang.Apa lagi yang boleh mereka merasi puas kalau piala itu tidak di
sampaikan pada hari yang sepatutunya.FAM perlu di rombak pengurusan dan tidak
terikat dengan undang-undang syok sendiri yang bakal menjatuhkan imej negara
dan juga pembangunan.
FAM tidak perlu lagi setiausaha yang sudah pencen dan kurang
pengahtahuan dari dunia bolasepak.Tanya lah mana-mana penyokong sekalipun pasti
mereka mahu Piala di sampaikan di stadium mereka sendiri.Apa yang di lakukan
oleh Ultras Malaysia memang tepat pada waktunya.Skuad kebangsaan tanpa
pembelaan dan pengurusan FAM mundur jauh dari pengurusan kelab yang ada.Malah
liga kampung pun di sampaikan pada hari yang sama.Memang malang bolasepak
Malaysia ni kerana ada FAM yang kolot dan mundur.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment