Wednesday, 18 July 2012

QPR ASIA TOUR 2012 : Menanti QPR di Kota Bharu


Menurut Pegawai Akhbar QPR, Matt Webb, sambutan yang diberikan ketika pasukan sampai dan berada di Kota Kinabalu adalah diluar dugaan dan menjadi kenangan manis kepada pasukan ketika berada di Negeri Di Bawah Bayu.

Pemain-pemain QPR juga telah meahirkan perasaan gembira mereka dan memberi pujian dalam laman sosial twiiter kepada peminat-peminat bola sepak tempatan.

Tidak mahu ketinggalah, Kelantan juga menyediakan pelbagai aktiviti untuk memeriahkan kunjungan QPR ke Kota Bharu pada 19 Julai ini.

Menurut Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail, yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat sambutan malam tadi, acara sambutan ringkas diatur untuk meraikan QPR akan bermula di lapangan terbang, sebelum konvoi dari kelab kenderaan bermotor, kelab penyokong dan peminat bola sepak tempatan mengiringi rombongan QPR ke pengingapan mereka di Hotel Grand Riverview (GRV)

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Agong KAFA, Tuan Hj Azman dan Pegawai Media KAFA, Wan Badri Wan Omar.

Pasukan QPR dijangka berlepas dengan penerbangan khas dari Kuala Lumpur pada jam 11 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 12 tengah hari. Acara sambutan di lapantan terbang akan diketuai oleh barisan EXCO Persatuan Bola Sepak Kelantan.

Paluan rebana, persembahan silat dan sorakan (chant) Ultras Kelantan akan mengiringi ketibaan rombongan di GRV. Sesi bertemu peminat selama 30 minit di lobi hotel dijangka bermula jam 2 petang, selepas mereka selesai menikmati jamuan makan tengah hari.

Air Asia, Warriors dan Umbro akan mengadakan promosi dan jualan pelbagai barangan khas bersempena majlis tersebut.

Sementara pemain-pemain berehat, satu sidang media perlawanan yang akan dihadiri oleh jurulatih dan ketua pasukan kedua-dua pasukan akan diadakan pada jam 2.30 petang.

Pasukan QPR akan bertolak ke Stadium Sultan Muhammad ke IV (SSM4) kira-kira jam 5 petang untuk sesi latihan bersama pasukan Kelantan.

Acara iringan turut diadakan di SSM4 bagi meraikan peminat-peminat yang hadir di stadium. Selain berpeluang menyaksikan kedua-dua pasukan mengadakan latihan, mereka juga akan melihat kehebatan penjaga gol dan pemain-pemain lain QPR dan TRW yang akan diuji melalui tendangan penalti.

Peminat-peminat bertuah akan mendapat barangan yang akan disampaikan sendiri oleh pemain-pemain QPR.

Selesai acara di SSM4 lebih kurang jam 6.45 petang, QPR akan kembali ke pengingapan untuk bersiap sedia sebelum menghadiri jamuan makan malam di hotel yang sama. Jamuan makan malam ini turut dihadiri oleh pemain-pemain Kelantan (TRW) yang akan mengarak dua piala yang mereka menangi, Piala FA dan Piala Liga Super, ke dalam dewan sebelum jamuan bermula.

Lebih 500 tetamu termasuk pegawai serta pemain pasukan The Red Warriors, skuad Belia dan Skuad Presiden Kelantan dijangka memeriahkan upcara makan malam tersebut.

QPR dan TRW akan menaiki penerbangan yang sama untuk ke Kuala Lumpur selepas jamuan makan malam.

Perlawanan Kelantan dan Rangers akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Julai 2012, jam 9.15 malam.

ATUCARA RINGKAS

11.00 am - QPR berlepas dengan penerbangan KHAS dari Kuala Lumpur
12.00 pm - QPR dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu
12.45 pm - Rombongan tiba di Hotel Grand Riverview, Makan Tengah hari di Restoran
02.00 pm - Sesi Bertemu Peminat di Lounge Hotel
02.30 pm - Sidang Media Pra Perlawanan TRW-QPR di M2, Hotel Grand Riverview
04.45 pm - Rombongan bertolak ke Stadium Sultan Muhammad Ke IV
06.45 pm - Selesai acara di stadium dan kembali ke hotel
08.00 pm - Jamuan makan malam di Grand Ballroom
10.00 pm - QPR dan TRW berlepas ke Kuala Lumpur

*Tertakluk pada pindaan.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin


Sabah XI kena 5-0 dengan QPR dan kita akan berlawan dengan mereka malam esok.Acara sambutan telah di siapkan untuk mereka.Selamat Datang ke Kelantan DarulNaim...






No comments:

Post a Comment