Monday, 17 December 2012

KIM SWEE KUNCI MULUT



NAMA pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee ketika ini cukup laku bagaikan ‘pisang goreng panas’ dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Ia ekoran pengendali kelahiran Melaka itu dikatakan calon paling sesuai mengambil alih tugas pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal ekoran kegagalan skuad Ha rimau Malaya mempertahankan Piala Suzuki AFF kali ini sebaik ditewaskan Thailand menerusi agregat 1-3 pada peringkat separuh akhir di Stadium Supachalasai Bangkok, minggu lalu.

Biarpun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mempercayai kredibiliti Rajagobal sehingga kontraknya berakhir pada Disember 2013, sebahagian besar penyokong tempatan dilihat sudah mula kurang sabar dan mendesak supaya Rajagobal meletak jawatan ataupun dipecat serta-merta.

Pada masa sama, rata-rata mereka mahu Harimau Malaya diambil alih oleh Kim Swee berdasarkan reputasi jurulatih itu mempertahankan ibu emas temasya Sukan SEA di Jakarta, Indonesia tahun lalu.

Begitupun, Kim Swee lebih gemar mengambil pendekatan ‘mengunci mulut’, selain membayangkan mahu kekal menerajui Harimau Muda bagi mempertahankan emas pada temasya Sukan SEA di Myanmar, tahun depan.

“Biarlah beliau (Rajagobal) teruskan dahulu kerja beliau (selaku jurulatih).

“Senang cerita, fokus utama saya ialah mempertahankan emas Sukan SEA,” kata Kim Swee ringkas kepada Kosmo! semalam.

Semalam, Kosmo! Ahad melaporkan kedudukan Rajagobal selaku jurulatih Harimau Malaya masih terjamin sekurang-kurangnya sehingga kontraknya tamat penghujung tahun depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dilaporkan berkata, Rajagobal perlu diberikan sokongan biar pun gagal mempertahankan Piala Suzuki AFF kali ini.

Dalam pada itu, Kim Swee yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-42 pada 11 Disember lalu menegaskan, beliau sentiasa akur dengan arahan yang dikeluarkan FAM berhubung perkara itu.

“Saya hanya ikut arahan FAM,” jelas Kim Swee.

Petikan dari Kosmo

Apa lagi yang FAM nak tunggu? Semua Penyokong dan Rakyat Malaysia mahukan kerusi jurulatih Harimau Melaya segera di isi dengan Individu yang lain.Bukan kami tak hargai sumbangan dan Jasa yang telah di berikan oleh RG.Namun kesilapan RG dalam memilih pemain dan tidak ada perubahan dalam tektikal game menyebabkan kami dah bosan dengan alasan demi alasan sehingga kita GAGAL pertahankan Piala Suzuki AFF.Dalam peringkat kumpulan kita bernasib baik kerana Loas berada dalam keadaan low Par.Jika Loas cukup bersedia sudah pasti kita tidak ke mana-mana.
 OKS memang layak menduduki Jurulatih Malaysia.Kerana dia ada vision dan tahu memilih pemain.Dia memilih pemain dari segi prestasi semasa dan bukan pemain yang di kehendaki jurulatih.Dia juga memilih pemain tanpa mengira pemain itu dari negeri mana?namun skuad harimau muda yang ada jika di gabungkan dengan pemain yang berada di puncak prestasi tentunya akan membuatkan Malaysia akan bermain tektikal lain.Malaysia mampu bermain laju dan short pass.Apa yang kami idamkan Malaysia layak ke Final.Menang atau kalah di Final bermakna kita telah mencuba yang terbaik.Tapi kalau setakat separuh akhir rasanya Malaysia patut malu dan Penggendali perlu bertanggungjawab.tak perlu tunggu lagi.Kita perlu segera bertindak kerana masa amat mencemburui kita.Masa Itu EMAS dan Malaysia perlukan rombakkan besar-besaran dan bukan hanya menunggu dan menugggu.FAM jalankan kewajibpan anda sebagai Nadi Bolasepak negara.Jangan kerana sejarah lepas kita terus berharap.Yang lepas biarkan berlalu dan terus buat palan baru.
 Demi bolasepak negara RG perlu letak jawatan dan perlu sedar yang dia sudah kekringan idea.Sudah sampai limit RG,letak sahajalah jawatan.FAM perlu pantas kerana Piala Asia bermula pada febuari dan kita hanya ada 2 bulan dari sekarang.

RG LETAK JAWATAN DEMI MALAYSIA


No comments:

Post a Comment