Pentas
akhir Piala Malaysia semakin menggamit juara bertahan, Kelantan, apabila meraih
bekalan yang cukup berharga untuk dibawa ke Kota Bharu melalui kemenangan 2-1
di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Dua
watak penting yang membawa kemenangan The Red Warriors adalah Mohd. Badhri
Mohd. Radzi yang menjaringkan gol pertama pada minit ke-12 sebelum jaringan
kemenangan dicipta Mohd. Nor Farhan Muhammad pada minit ke-78.
Christie
Jayaseelan menjaringkan gol sagu hati buat ATM pada minit ke-19 yang sekadar
gol penyamaan sementara namun itu masih belum cukup untuk memberikan Kelantan
satu kelebihan selesa dengan dua gol di tempat lawan.
Jika
tidak kerana kecekapan penjaga gol ATM, Farizal Harun, skuad kendalian B.
Sathianathan pasti kalah dengan keputusan yang lebih teruk ketika barisan
pertahanan yang diketuai Shukor Adan begitu sukar mengawal kekuatan fizikal
yang ada pada penyerang import Kelantan, Dickson Nwakaeme.
Selain
itu, faktor keletihan dialami oleh kebanyakan pemain ATM yang berusia 30an ke
atas bijak diambil kesempatan oleh pasukan pelawat pada 20 minit terakhir
permainan dengan melancarkan serangan pantas bertali arus selain kecederaan
yang menimpa Norfazly Alias.
Kelantan
menggamatkan suasana di Selayang terlebih dahulu apabila membuka tirai jaringan
pada minit ke-12 melalui pemain pujaan The Red Warriors, Badhri Radzi. Badhri
atau lebih popular dengan nama jolokan Piya meledak melalui rembatan jarak jauh
dari luar kotak selepas melakukan tindakan susulan percubaan Nor Farhan
Muhammad.
The
Gladiators tidak menunggu masa terlalu lama memadamkan kelebihan pelawat
apabila Christie dalam situasi yang tidak diduga bijak menghukum kealpaan
pertahanan Kelantan, enam minit kemudian.
Fitri
Omar yang sebelum itu gagal melunaskan peluang keemasan pada minit kesembilan,
sekali lagi menghampakan rakan-rakan sepasukan apabila bola sepakannya sedikit
tersasar di sebelah kiri pintu gol Kelantan pada minit ke-51.
Pada
minit ke-71, Kelantan seharusnya boleh kembali berada di hadapan namun K.
Reuben menjadi penyelamat ATM apabila dapat mengeluarkan bola di atas garisan
gol hasil percubaan Nor Farhan.
Bagaimanapun,
Nor Farhan menebus kembali kehampaannya pada minit ke-78 selepas berseorangan
di dalam kotak penalti dan mudah menewaskan Farizal yang tidak dapat berbuat
apa-apa.
Sumber
: Utusan Malaysia/19 Oktober 2013
Piya dan Farhan.adalah 2 watak utama membawa bekalan untuk Kelantan bagi beraksi di Kota Bharu.More Staylish Player di berikan kepada Dickson yang begitu efecttif merencana dan mengelirukan pertahana lawan.Apa yang penting kita ada 2 gol untuk ke Kota Bharu.Walaupun banyak peluang di cipta namun gagal di terjemahkan kepada jaringan.DI samping Farizal Harun yang banyak menyelamatkan keadaan.Farhan mengotakan janji untuk meledak malam ini dan Kapten Kita Piya walaupun di lihat boleh mengubah lagi keputusan namun dia sedikit kurang tenang di depan Gol.Selain Dickson dan Indra yang turut mempunyai peluang.Namun 2 gol sudah cukup untuk membawa bekalan.
Kata-kata B.Sathianathan meresap kepada semua media dan blogger tak kurang juga pada media sosial seperti Facabook."apa yang Dickson makan pun sya tak tahu,Besi agaknya" tapi kawe percaya Dickson ada ramuannya tersendiri.Apa yang bakal di caturkan oleh Bojan di Kota Bharu? Adakah barisan pertahanan kita akan kuat seperti perlawanan pusingan pertama?Jawabpannya adalah pada 25 oktober nanti.Marilah Kita sama-sama berdoa semoga Kita berada di pentas Final Tahun ini,Insyaallah..
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment