Juara
bertahan, Kelantan melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Malaysia, semalam
selepas mengamuk di Stadium Sultan Muhammad Ke IV dengan membelasah Johor Darul
Takzim (Johor DT) 6-1 pada suku akhir kedua bagi melayakkan diri secara agregat
8-5.
Turut
mengiringi Kelantan adalah juara Liga Perdana, Sarawak yang mencatatkan
kemenangan 3-1 ke atas Sime Darby di Stadium Negeri, Kuching bagi menempah
pertemuan dengan Pahang sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjadi
lawan Red Warriors dalam satu lagi saingan separuh akhir.
Walaupun
tumbang 2-4 di Larkin pada suku akhir pertama yang lalu, Red Warriors
membuktikan Kota Bharu adalah gelanggang keramat buat mereka apabila langsung
tidak memberikan sebarang ruang kepada Johor DT untuk bernafas selepas
melancarkan serangan bertalu-talu sejak awal permainan.
Skuad
kendalian Bojan Hodak memulakan kenduri gol mereka melalui pemain sayap, Mohd.
Norfarhan Mohamad pada minit ke 19 hasil rembatan deras yang mengenai palang
sebelum melantun masuk ke penjuru kanan gawang Harimau Selatan yang dikawal
oleh penjaga gol pilihan kedua, Zulfadli Mohamed.
Dua
belas minit kemudian, ketua pasukan, Mohd. Badri Radzi menggandakan kelebihan
buat tuan rumah ekoran kegagalan bek kanan Johor DT, Nazri Ahmad yang gagal
menanduk keluar bola dari kawasan penalti sebelum dia melepaskan rembatan voli
dari jarak dekat berhampiran pintu gol Johor DT.
Penyerang
kebangsaan, Safee Sali memberikan harapan kepada pasukan JDT apabila berjaya
menyumbat gol pada minit ke 41 namun ia gagal membangkitkan semangat pasukannya
apabila hanya empat minit selepas itu, Obinna Nwaneri pula yang berjaya merobek
gol pelawat sebelum babak pertama berakhir.
Permulaan
separuh masa kedua kekal dengan skrip sama apabila Kelantan terus bernafsu dan
berjaya memperoleh gol keempat, satu minit selepas sepak mula melalui tandukan
Nwakame hasil hantaran Indra Putra dan Norfarhan sekali lagi menjadi duri dalam
daging buat pertahanan Johor DT apabila menambah jaringan tuan rumah pada minit
ke-62.
Indra
Putra Mahayuddin juga tidak ketinggalan berada dalam senarai penjaring apabila
melengkapkan malam yang cukup indah buat semua penyokong Kelantan pada minit ke
88 manakala Harimau Selatan balik ke Johor Bahru dalam keadaan cukup terluka.
Sumber
: Utusan Malaysia/6 Oktober 2013
Foto
: Abu Izuddin Photography/Syeikh Khairder Syamzarey
Petikan dari Klate.Net
Alhamdullilah....Allahuakbar!!!!!!! Allahuakbar!!!!!!!!!!!!! Allahuakbar!!!!!!!!!!! kami bersujud syukur padaMu Ya Robbi...tidak ada apa lagi perkataan yang boleh di gambarkan betapa Bersyukurnya kami Rakyat Kelantan kerana Allah mendengar dan memakbulkan Doa kita semua.Amin Ya Alllah.Tidak ada perkataan lagi yang boleh di ucapkan selain dari Tahniah dan Terima Kasih kepada Semua pemain dan pengurusan TRW kerana memberikan hadiah yang cukup bermakna kepada semua penyokong.Kerana biar tewas kepada pasukan lain namun tidak kepada JDT kerana mereka pernak menyakiti kita.buat baik kita ingat buat jahat kita jadikan penyengat.Rasanya Perlawanan ini memberikan kepuasan kepada seluruh rakyat Kelantan.Terus maju Ke hadapan KlateKU.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment