Friday, 18 July 2014

BERTEMU DENGAN GENG LAMA

Sukan Bomba 2014 menemukan kami semula.Tuan Wan Syariman dan Isterinya Zurina.Memang banyak yang kami buat untuk perancangan Bowling Terengganu.Jadi hasilnya sudah nampak pada tahun ni.

Susah payah membina perancangan namun hasilnya bukan menjadi sekelip mata.Budget punya pasal kami yang kena tanggung.Itu dulu lah,selepas dapat pingat ni mungkin telah membuka mata semua pihak.Insyaallah perancangan akan datang akan di teruskan


Seronok waktu bersama dalam pasukan bowling Terengganu kini Tuan Wan dan Zurina Mewakili Melaka plakk.Walaupun musuh di Arena tapi Geng tetap Geng.Selamat maju Jaya dalam Arena Bowling dan Kerjaya.

SUKBOM 2014


Sukan Bomba 2014 yang berlansung di Negeri Johor.Pada 7-11 Jun 2014.Kawe mewakili Bomba Terengganu untuk Tahun kedua dalam acara Bowling.Sukan pra olimpik ini hanya berlansung 2 tahun sekali.Walaupun pada 4 tahun lepas kawe hanya menyertai kerana pembangunan sukan bowling tidak begitu menjadi.Cuma pembangunan ini bermula sejak 2012 di mana acara sirkit Bowling di buat.Menjelajah setiap negeri semenanjung.Semenjak itu pelbagai program di lakukan bagi menghidupkan sukan Bowling dalam Bomba.
 Bagi acara doubles lelaki kawe bergandingan dengan Zairi kerana Zairi sudah lama mewakili Bomba Terengganu tetapi jarang kami di gandingan.Namun tiada rezeki kali ini.Pada 2 game pertama memang berada di top tetapi setelah bertukar lane ada penurunan sedikit tetapi di potong oleh team lain.Kami hanya berjaya di tangga ke 5.Tetapi team Terengganu berjaya mendapatkan Gangsa dari MBI dan Rosmadi.

  Bagi acara perseorangan kawe harap dapat menaikkan nama Terengganu tetapi lain pulak jadinya.Semalam dapat 2 kali 200 jatuhan pin.namun kali ini hanya 1 kali sahaja.Nampak gayanya kawe masih tidak menjadi.Susah keran kondisi lane dan bola bowling kawe.Tapi MBI Skali lagi naik podium..Emas.

 Dalam acara 4 berpasukan.Walaupun bagi 2 game pertama berada di podium emas namun 2 games last kami berjaya menduduki podium tetapi hanya Perak kerana gagal meninggalkan Penang,Alhamdulilah berjaya juga berikan pingat untuk Terengganu.

 
Dan bagi acara Master MBI skali lagi naik podium,Pingat Perak dan itu lah pingat terakhir dari kami dengan latihan dan budget yang di berikan.Kami buktikan yang Kami hadir di sini bukan kosong dan angan-angan sahaja.Dari 2 pingat tanpa warna yang di sasarkan,kami membawa pulang 1 emas,2perak dan 1 gangsa.






Sukbom 2014 merupakan tahun terbaik dalam acara bowling.Kerana kutipan pingat yang berjaya di bawa pulang.Untuk Acara wanita dan Veteren mereka tidak perlu gusar kerana ini adalah tahun pertama mereka dan Insyaallah pada 2016 di Negeri Sembilan mungkin masa mereka pula untuk menyumbang.Tahniah Team Bowling Sukbom 2014.Jumpa nanti di SUKBOM 2016 di Negeri Sembilan.

Friday, 21 February 2014

HARIAN METRO MOUNTAIN BIKE GRAND PRIX SIRI KE 3 2013

Lupakan dulu sukan bolasepak.Tahun lepas kawe telah meyertai Jelajah Basikal Harian Metro.Diadakan di marang terengganu.Acara ini adalah off road bermakna dalam bahasa biasa ia di sebut main basikal dalam rook.Tapi mungkin di sebabkan ianya adalah Grand Prix bermakna track yang di buat memang mencabar sampaikan peserta-peserta lain pun  mengatakan track di Terengganu ini adalah yang paling mencabar.


Daftar sahaja kita akan dapat beg,no plate basikal,baju dan bekas air.Tapi bekas air kawe bagi kat Lutfi sebab dia nak bagi kat anak dia.Kira ok lah kan.Tracknya bermula dari Marang dan terus menaiki bukit ke bukit sampailah ke Bukit Mawi yang di katakan paling tinggi dengan kayuhan 90 darjah.Perhhh memang gila lahh.

 Kalau nak ikutkan dengan basikal baru aku Fuji tuu.inilah kali pertama di turnkan ke track.Kalau anda dengan basikal yang baru di beli tetapi terus masuk event off road macam mana rasanya? syangkan tapi nak buat macam mana dah trainning kenalah test kan.Tapi kan kawe rasa memang x cukup ilmu lagi lah mungkin sebab basikal baru.lagipun nak pakai paddle klip tak berani sebab off road mungkin next event kena test pakai paddle klip pulakk.


Beginilah aksi kawe setelah sampai di garisan penamat.Tengok basikal sedih wehhh kotor sangat-2.Bila kita sampai kita akan dapat satu maddle dan inilah maddle pertama dari Fuji dan setelah di buat post mortem kawe tidak sempat menukar paddle klip kepada paddle biasa dan kasut yang kawe pakai pun agak licin bila masuk dalam air dan lumpur.penat memang lah bukan kepalang tapi kepuasan tu penting.


berjaya jugak mendapat pingat hasil kayuahan ini.first time dalam sejarah hidup berkayuh dapat pingat mungkin ini bakal manaikkan semagat kawe untuk terus berkayuh.Insyaallah ada event kalau betul dengan masa dan kepalangan kawe akan masuk.

Ada beberapa group basikal yang memuat naik video semasa event ini berlansung.Kalian lihatlah sendiri macam mana tracknya.Best memang Best.kalau ada memang nak masuk lagi...harap kali ini tak ada lagi kesilapan teknikal dari kawe....huhuhuu




Tuesday, 18 February 2014

PERAK KEJUTKAN KELANTAN DI IPOH



BARISAN muda Perak melakar kejutan apabila mengecewakan pasukan berstatus elit, Kelantan 2-1 pada saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Pemain gantian Perak, Khairul Asyraf Sahizah muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit ke-79.

Jaringan tersebut terus mematikan langkah Kelantan yang berhasrat untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata dari Ipoh.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan bermula garang dan tidak menunggu lama untuk menguji gawang tuan rumah menerusi sepakan percuma kapten, Mohd. Badri Radzi. namun percubaannya berjaya ditepis keluar penjaga gol Perak, Razi Effendi.

Pelawat sekali lagi memiliki peluang pada minit kesembilan menerusi Mohamed Shawky, namun Razi sekali lagi bertindak cemerlang untuk menafikan percubaan tersebut.

Selang dua minit, pemain sayap The Bos Gaurus, Muhamad Ridzuan pula melepaskan percubaan deras namun ia sedikit tersasar.

Tanpa kehadiran ayam tambatan yang merupakan kapten pasukan bawah 23 tahun Myanmar, Kyaw Zayar Win yang digantung perlawanan, ia tidak merencatkan perencanaan skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu.

Skuad Seladang akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-12 apabila Ahmad Shukri berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk gol pertama Perak.

Gol tersebut diperoleh selepas berlaku salah faham antara pertahanan Kelantan yang gagal mengeluarkan bola hasil sepakan penjuru Mohd. Noor Hazrul.

Tersentak dengan jaringan itu Kelantan menggandakan asakan ke kubu tuan rumah dan memperoleh peluang pada minit ke-22 menerusi sepakan gunting Ahmad Fakri Saarani namun Razi tenang menafikannya.

Sebaik babak kedua bermula, kedudukan sudah berubah dan Kelantan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan Mohamed Shawky pada minit ke-55.

Gol tersebut melonjakkan semangat pemain Kelantan yang terus mengasak kubu pasukan tuan rumah, namun jentera pertahanan Perak bijak bertahan.

Tuan rumah yang mendapat sokongan kira-kira 20,000 penyokong kembali di depan menerusi jaringan Khairul Asyraf pada minit ke-79 melalui untuk menjadikan kedudukan 2-1 dan ia kekal sehingga tamat permainan, sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga buat Perak.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, T-Team mengikat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan keputusan seri 2-2.

Skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah itu mempamerkan aksi cukup bertenaga bagi memastikan mereka memperoleh satu mata berharga.

Pada perlawanan itu, pasukan tuan rumah terlebih dahulu memecah kebuntuan melalui rembatan kencang Azlan Ismail pada minit-12.

Pasukan ATM yang dikemudi bekas pemain Terengganu, Hairuddin Omar mengikat kedudukan melalui jaringan cantik Nor Fazly Alias pada minit ke-38.

Pada minit ke-59, pemain import ATM, Bruno Sebastian Marteloto menambah derita skuad The Titans melalui sepakan deras ke gawang T-Team.

Skuad ATM hampir menambah gol ketiga apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-66.

Bagaimanapun, penjaga gol T-Team menghampakan sepakan penyerang import ATM, Juan Manuel Arostegui.

Pemain tengah T-Team, Khairan Ezuan muncul penyelamat apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-90.

Dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura, Lions XII seri tanpa jaringan dengan Terengganu sementara Selangor terus mengukuhkan cengkaman selepas menewaskan Sime Darby 2-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Selangor kini memimpin kedudukan liga dengan 9 mata.

www.kosmo.com.my




Formasi sama lagi...3-5-2 walaupun di awal Sepak Mula astro menjangkakan SD akan merubah Formasi ini Kerana Kelab Penyokong TRW Kota Bharu telah bersuara mintak Coach di beri kata dua.Namun SD memang tetap dengan pendirianya yang dia rasakan betul.Memang betul apa yang di katakan coach semua tahu pasal pasukannya.Betul ke? Apa yang penyokong rasakan malam ini telah terbukti.
  Kelantan tewas sekali lagi dan buat kali ke dua dalam Liga Super 2014.Permaian dan tektik malam ni betul-betul macam budak sekolah.kenapa tidak cuba praktikkan tektikal lain semasa rest season? mungkin dengan perlawanan persahabatan boleh di uji cuba pelbagai formasi,dan bila liga sudah bermula pastikan tiada kalah paling teruk pun seri ini tidak 2 kali dah tewas.sebab apa yang di bimbangi oleh penyokong dan peminat malam ini menjadi kenyataan.Bukan kita nak kan kekkalahan tetapi kiekalahan ini telah membuka mata semua pihak termasuk SD yang mana dia kena cuba melaklukan sesuatu dengan lebih pantas sebelum kita terus tergolek ke bawah liga.Bila penyokong bersua bermakna mereka juga sudah nampak apa yang bakal berlaku sekiranya tektikal dan perancangan 3-5-2 di teruskan.Dengar cerita Tan Sri Haji Anuar musa bakal bertemu dengan semua pemain dan barisan kejurulatihan selepas game ini.Post mortem lah katakan.Kalau penyokong meluahkan mungkin SD tidak akan melayan tapi kalau barisan kejurulatihan dan pemain sendiri mintak mungkin akan di pertimbangkan..Ayuh semua kita bangkit!!!!!!!!

GO FOR MORE !!!!!!


Monday, 17 February 2014

GOL SHAKIR BUAT SABAH GIGIT JARI




Kota Bharu: Kelantan terpaksa berhempas pulas untuk menjinakkan Sabah dengan kemenangan tipis 2-1 bagi melayakkan diri ke suku akhir saingan Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Penyerang gantian, Ahmad Shakir Ali menjadi penyelamat The Red Warriors (TRW) apabila menjaringkan gol kemenangan tuan rumah di penghujung perlawanan.

Bermula babak pertama, Kelantan beraksi garang apabila mula mengasak kubu Sabah seawal minit ke-5 menerusi gerakan pemain Tengku Hasbullah Raja Hassan yang melorongkan bola kepada penyerang import Mohamad Ghaddar namun percubaan pemain Lubnan itu sedikit tersasar ke kiri gawang.

Minit ke-13, tuan rumah terus garang, malah kali ini menerusi pemain tengah import, Mohamed Shawky Aly yang merembat kencang dari luar kotak penalti namun percubaannya itu sekadar menggegarkan palang gol.

Tiga minit berselang, giliran pelawat mengatur serangan balas menerusi penyerang muda, Rozaimi Abdul Rahman yang melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun tersasar ke kiri gawang.

Minit ke 22, Rozaimi sekali lagi berpeluang meletakkan Sabah di depan namun rembatan kencangnya melepasi palang gol.

Bagaimanapun di hujung babak pertama, tuan rumah berjaya memecah kebuntuan apabila Shawky Aly menolak masuk ke gawang ketika berlaku kekalutan di dalam kotak penalti sekali gus membolehkan Kelantan berada di depan sehingga tamat babak pertama.

Sepuluh minit selepas babak kedua bermula, Sabah menyamakan kedudukan pada minit ke-55 menerusi jaringan ketua pasukan, Rosdin Wasli yang menolak masuk sepakan percuma Mitrovic Srecko.

Minit ke-72, penyerang gantian, Ahmad Shakir berpeluang menjaringkan gol kedua Kelantan selepas menerima hantaran lintang Mohd Badhri Radzi namun percubaannya tidak menemui sasaran. Ahmad Shakir sekali lagi mensia-siakan peluang terhidang pada minit ke-82 untuk meletakkan Kelantan di depan apabila gagal menyudahkan umpanan Ghaddar di dalam kotak penalti.

Bagaimanapun peluang ketiga yang diperoleh Ahmad Shakir di hujung perlawanan dimanfaatkan sepenuhnya pemain berkenaan yang merembat kencang bola muntah dari dakapan penjaga gol, Irwan Jamil untuk memastikan kemenangan Kelantan.

www.hmetro.com.my


 Kawe menantikan perubahan tektikal dari SD namun dia belum lagi menukar
tektikalnya.Kenapa dia taksub sangat dengan tektikal ini.Tektikal Juventus...hehhehe.Perlawanan malam ini ada sedikit perubahan dengan banyak juga hantaran pendek namun long pass masih ada.Mungkin ini kali pertama Mohd Shawky di masukkan dalam kesebelasan utama.Pemain ini namun begitu menonjol jika nak di bandingkan dengan Piya.Mungkin dia sedikit teruja dengan penampilan pertamanya,namun seorang lagi pemain adalah Mohd Syazwan di turunkan buat kali pertama untuk 2014.Penampilan Syazwan mungkin kerana Apek menerima anak sulung nya.Tahniah Apek supaya lebih bersemangat lagi dalam perjuangan.
 Shawky di lihat sebagai pakar rembatan dari jauh,kalau dia kerap melakukannya tidak mustahil satu hari nanti dia bakal menemui jaringan.Perhatikan rembatannya pada minit ke 12 memang laju betul rembatannya cuma terkena palang dan melantung keluar semula.Kalau tahun lepas kita ada Zairul namun apa yang di tunjukkan oleh Shawky dia mungkin boleh melakukannya.Perlawanan pertama dan dia juga menjaringkan gol pertama Kelantan pada minit ke 44 separuh masa pertama.Selepas jaringan itu dia melakukan sujud syukur di padang.Satu contoh yang terpuji kerana itu mengambarkan dia seorang yang bagus dalam agama Islam.Sesuai dengan Kelantan kito.
  Masuk separuh masa kedua kelantan bermula dengan baik namun usaha tanpa jemu yang di tunjukkan oleh Sabah bermain-matian menyerang dan menyerang dan akhirnya mereka menemui jaringan pernyamaan pada minit ke 54.Rozaimi memang kemas cara dia bermain dan penjaga gol sabah cukup liat untuk untuk di tewaskan.Kelantan cuba menjaringkan gol pada minit ke 91 masa kecederaan namun penjaga gol sabah sudah bersedia.Shakir Ali akhirnya menyambar bola rempatan Fakri yang terlepas dari tangkapan penjaga gol Sabah pada minit ke 95 bagi membolehkan Kelantan mara ke Suku Akhir dan yang tidak bestnya kita bakal berjumpa dengan Selangor PKNS yang telah mengalahkan kita pada perlawanan liga Super hari tuu.mampukah kita terus mara atau di gigit semut merah lagi sekali?
 Ada beberapa pengulas sukan menyatakan yang penyokong Kelantan kurang pada malam ini dan ada yang mentafsirkannya sebab kalah dengan PKNS sebab tu kurang.Bafi kawe penyokong Kelantan tidak kira berapa pun mereka kena bayar sebab nak tengok bola mereka sanggup korbankan.Apa yang mereka nampak adalah permaian yang di tonjolkan dengan tektikal 3-5-2 serta pemilihan pemain gagal menarik minat mereka.Mereka akan kata mainan dop sedakk.Mereka juga akan kata kita tahu ramai yang keluar dari Kelantan tapi pemain yang ada kerana selalu di uji dengan berbagai cara permaian dan formasi dan kita tengok apa pemain boleh buat? Bukan kekal dan terus statik cuba benda yang sama.Penyokong Kelantan dulu di katakan kelas C namun mereka sudah lama tahu menilai permainan dan corak yang sesuai dengan pemain Kelantan.Tak caya try g tanya.mesti mereka sebut 3-5-2?
  Walau apa pun kawe mintak lah ko SD acu try formasi lain banyak lagi lah wakk ada .4-4-2 ko 4-3-3 ko.Striker kito depan tu kaki gol saja kalau biar lama-lama takut karak payoh keno polish pulakk.Baiki permainan dan formasi ,Insyaallah hasilnya lagi baik.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!

 

Friday, 14 February 2014

RED WARRIORS DIGIGIT RED ANTS DI LAMAN SENDIRI



KOTA BHARU – The Red Warriors dimalukan di hadapan kira-kira 25,000 penyokong sendiri selepas tewas 1-2 kepada PKNS dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, semalam.

Beraksi di laman sendiri dengan sokongan padu penyokong setia, babak pertama perlawanan jelas dikuasai Kelantan yang garang melancarkan banyak gerakan berbahaya namun dipatahkan dengan mudah benteng pertahanan pelawat.

Serangan demi serangan pasukan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-30 apabila Kapten Pasukan, Badhri Radzi melakukan hantaran pendek sebelum ditanduk masuk Ahmad Fakri Saraani.

Seminit kemudian, tonggak import Kelantan, Mohammed Ghaddar mempersiakan peluang untuk menambah jaringan selepas rembatannya sekadar melintasi gawang gol PKNS biarpun penjaga gol Mohd. Ramezey Che Ros sudahpun tertewas ketika itu.

Tersentak dengan jaringan awal tuan rumah, pelawat kembali bangkit dengan meledakkan gol penyamaan menerusi kapten pasukan, Mohd. Fauzan Dzulkifli untuk mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-39.

Kerapuhan benteng pertahanan The Red Warriors semakin ketara apabila pasukan pelawat berjaya menambah jaringan dua minit kemudian menerusi lorongan mudah Mohd. Aminuddin Mohd. Noor yang hanya perlu berdepan Khairul Fahmi Che Mat sekali gus menutup aksi babak pertama berpihak kepada PKNS.

Sebaik sahaja babak kedua bersambung, pelawat dilihat semakin garang menerusi rembatan kencang perancang tengah mereka Mohd. Nazmi Faiz Mansor namun berjaya ditepis keluar oleh Khairul Fahmi pada minit ke-46.

Kelantan pula kembali menggandakan asakan dan berjaya memperoleh dua peluang terbaik untuk mendapatkan jaringan pada minit ke-52 dan 56, namun rembatan deras Francis Forkey Doe gagal menepati sasaran.

Minit ke-58, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria pula terlepas peluang meledak jaringan penyamaan apabila sepakannya melewati palang walaupun pintu gol sudah pun ternganga.

www.utusan.com.my


Home Game di, THIS IS Kota Bharu.Kesebelasan utama Kelantan adalah sama seperti ketika bertemu dengan Sarawak.Dengan ketiadaan Amarulhiddan Kelantan mengekalkan Zairul Fitree dan Shawky akan berada di tengah bersama Piya.Perlawanan ini di siarkan secara lansung oleh Astro.Permulaan masa pertama Kelantan banyak melakukan serangan tetapi cara serangan kelantan tidak segagah mana kerana pertahanan PKNS mengamalkan tahap disiplin dan mudah membaca gerakkan kelantan.Apa masalah serangan kelantan yang menghantar bola dari pertahanan dan terus mencari target man iaitu striker.Kenapa tak susun serangan dari bawah sampai ke atas dengan gerakkan short pass.kenapa perlu terus di hantar ke hadapan? ke sebab memang tektikal SD macam tu?Striker kita bukannya tahap EPL yang boleh mengelecek semua pertahanan lawan.


Bermain di tempat sendiri dari 2 perlawanan lalu namun SD masih mahu mngekalkan corak yang sama dan permaian ini sama dengan corak pemainan budak sekolah kan.Sebab apa ? tiada gerakkan yang tersusun.Memang kita tahu ketiadaan Amarulhiddan dan Shawky tetapi apa salahnya kita cuba tektikal lain.kalau takut di bolosi guna sahaja 5-3-2.ramaikan di bahagian bawah.Kalau kita biasa bermain PS2 cuba pakai formasi SD 3-5-2 tgk apa jadi.kalau main piala confirm group stage pun x lepas.Nak tahu cubalah.Biasanya Juventus pakar dalam formasi ini.Sejak 2009 kelantan biasa bermain 4-4-2.Kalau kita kalah dengan aksi yang baik dan menghiburkan tak ada pun orang akan marah kerana penyokong tahu pemain dah bertungkus lumus.tetapi kalau kalah macam perlawanan malam tadi kawe pun lepar jersi...kalah tempat sendiri satu hal,kalah pula dengan pemainan corak budak sekolah menenengah.Jangan salahkan penyokong kalau stadium akan suram lepas ni.Bukan senang nak bangkit dengan kehilangan beberapa pemain utama.Tetapi pemain yang ada kena berusah berlipat kali ganda untuk mencapai level terbaik.Pemain yang ada tahun ni pun bukan calang-calang.Kita kena cari rempah mana yang boleh melazatkan hidangan kita.SD kena cari ramuan lain.Masakkan anda tidak sedap...Ayuh bangkitlah Pahlawan Merah....Bangkitlah

GO FOR MORE